Pages

Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

Wednesday

Kerja :: Minggu Akhir

Assalammualaikum

Selepas 6 tahun berkhidmat di Naza Academy,
minggu ni adalah minggu terakhir aku..

Perasaan??
Tak dapat di gambarkan..
Semua ada..
Bercampur-campur..
Sayu, sedih, happy, tak sabar...
Semua la....

Aku sayang kerjaya aku sebenarnya..
Aku sayang kerja aku sekarang..
Sebab ini cita-cita aku..
Nak jadi Akauntan kan..
Sebab apa yang aku buat sekarang semua aku suka..
Tapi keadaan yang memaksa..
Huhuhuhu..

Aku redha..

Aku sayang kerja aku..
Aku sayang bos aku, En. Rosli...
Sayang sebagai staff je la..
Sebab aku rasa tak da bos yang sebaik En. Rosli ni...

Aku ada sebab sendiri kenapa aku terima offer VSS ni..
Sedih sebenarnya..
Tapi aku redha sebab keputusan aku dah buat..

Thursday

2 Syawal

Raya kedua...

kononnya raya kedua di Yan.. sebelah aku..
takda maknanya..

dah tengahari baru nampak ura ura nak balik laki aku nie..
aku biarkan saja..

jadinya tengahari baru gerak balik..
terus ke rumah mak abah la..
elok sampai ja..
abang sulung aku.. abg adi tak dak kat rumah dengan kak cicilia..
adik aku..amin dan ayu pun tak dak..
diorang memang duduk umah mak ayu,..
dekat ja dengan rumah mak abah..
so boleh ulang alik ja..

pastu laki bagitau aku famili dia nak datang beraya..
aku inform mak aku la..
siap siap masak bagai la mak aku..besan nak datang beraya..

petang sikit abang aku balik dah..
sempat la jugak.. lega..
dah la setahun sekali ja aku nak jumpa kakak ipar aku nie..
cuti sekolah hujung tahun dia akan balik sarawak..
cuti raya ja aku dapat jumpa dia..
dah la ritu time diorang balik cuti raya cina..
aku kena gi kl..
pastu diorang nak jumpa aku di ikea sebab diorang dah dalam perjalanan balik johor,

diorang dah la tak penah tengok maryam lagi..
jadi hari raya nie jelah diorang nak tengok maryam pun..
dah 7 bulan budak kecik nie..
baru paklong dan maklong dia dapat tengok dia..
sadis kann.. 

pastu famili laki aku pn sampai..
mak abah aku macam biasa..
hepi je tetamu mai rumah..
mak aku bautkan nasi goreng udang galah..
pastu sembang sembang dengan famili laki aku..
semua cerita la.. cerita gi umrah la..
diorang gi bawak mak menakan depa pulak..
mak aku terus tak jadi nak keluarkan barang2 dia beli di India dan di Mekah untuk MIL aku..
sebab nanti mak menakan tu kata apa pulak dia tak dapat kan..

dah maghrib macam tu famili laki aku dah nak balik dah..
jadi ajak diorang gi singgah umah kami la..
boleh la solat dulu.. rest sikit..

jadi ini lah gambar beraya hari ke2 aku..
tengah susukan maryam tu..


Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

hari nie dah raya ke 7 dah..
aku dah 2 hari start keja..
tapi baru sekarang aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin..

aku mohon ampun kepada sesiapa yang baca blog senget aku nie..
mana tau ada terkecil hati..terkasar bahasa..
tanpa aku sedar aku menyakitkan hati sesiapa..

ok la..
aku nak cerita kenangan hari raya tahun nie..
tahun nie tahun ke 4 aku beraya sebagai seorang isteri..
dan tahun nie beraya dengan ahli baru..
Maryam la.. hehehe..

tema baju kami tahun nie tak lain tak bukan HIJAU...
hahaha..
3 kali raya di Pedu aku pakai hijau untuk raya..hahaha..
tahun lepas raya di Yan je pakai oren..\
aku memang obses sikit dengan kaler hijau nie..
korang tak tengok lagi cabinet dapur hijau aku..
mak dan MIL aku pun geleng kepala..hahaha..

tahun nie..aku beli kain Satin Dull tu je..
kan macam trend sikit tahun nie..
jadi aku beli la 10 meter..
untuk lie aku buatkan baju raihan tu je..
dia nak macam tu..
untuk aku tempah fishtail je..
untuk fatimah dress dan maryam just blouse..

tahun nie beraya di Pedu dulu..
jadi balik ke sana ari khamis pagi..
so tak sempat la aku nak berbukak dengan famili aku ramai ramai macam sebelum  nie..
sebab abang aku dari johor sampai kol 4 pagi khamis tu..
adik aku dari shah alam sampai pagi tu jugak..

cerita pagi raya..
pagi pagi raya ni Fatimah dia menguji aku sungguh..
dengan tak mau mandi dia..
tak mau pakai tudung la..
sat nak pakai stokin sat tak mau pakai..
macam macam..





bila abah dia balik dari solat aidilfitri baru la dia gi mandi..
waktu tu aku tengah susukan maryam..
lepas letak maryam dalam buai baru la sempat nak gi mandikan Fatimah..
siap siap kan dia..
semuanya lah aku nak kena buatkan..
pastu yang lain dah sibuk sibuk nak bergambar bagai..
aku mood dah ke laut..
letih oiii..
dengan perut tak isi apa lagi..
siap pun tak lagi..
jadi nya aku siap asal boleh je..
sebab dah hilang mood semua..
hahaha

jadi raya pertama ini je gambar yang aku ada..
henset bateri tak da..
malam sebelum tu budak budak ni main game la..
tengok video la..


ni je lah famili potret tahun nie..
waktu ni maryam tengah tido dalam buai..
fatimah pun dah bukak tudung dia..
aku senyum jugak sebab nak masukkan gambar dalam blog..
hahaa..tapi mood dah kelaut..
semua sebab letih..hahahaha..
tu sementara aku tak tolong masak apa pun kat dapur..
kakak dan adik ipar aku ja buat semua..kecian depa..
kalau aku yang masak memang lembik la badan..
hahaha..



ni maryam dah bangun..
baru la aku pakaikan baju dia..



ini pulak famili potret sebelah mertua aku..
warna warni tahun nie..
seperti biasa biras aku dia memang vogue..
syok aku tengok baju2 dia..
lawa lawa..fesyen dia.. aku suka la..
tapi aku tak kan pakai la macam tu..
cuma aku suka tengok ja..
dia dah la lawa.. hehehe..

MIL aku lak tahun nie beraya dengan 2 menantu baru..
1 cucu baru..meriah la..
malam raya tu.. anak anak pakat dok main bunga api..pasang lampu kelip kelip..


seronok..
tahun depan kalo pakat balik raya rumah mertua pulak..
sunyi la pulak di pedu nie..
sebab tu la aku plan nak raya di pedu ja untuk raya pertama..



gembirakan hati suami dulu..
gembirakan hati keluarga suami dulu..

































Anak-anak Kurus



assalammualaikum


anak anak aku dua dua kurus ja sekarang..
nak kata tak bagi makan, aku jamu segala..
nak nak si kakak, Fatimah ni..
semua aku bagi..aku masak bagi..tapi dia tak mau nya makan..
last ritu sebelum aku bersalin Maryam, Fatimah nya BMI dah masuk ke line kuning dah..
berat 9.4 kg..umur time tu dah 2 tahun lebih dah..
pastu kena gi klinik tiap tiap bulan..
bila ada kenaikan 1kg jadi 10.4kg,
last week gi check up sekali lagi sekali ngan Maryam,
dua dua berat tak naik..
Fatimah berat maintain 10.4kg..
Maryam naik 0.08kg je.. 80gram je naik..
dari 5mo 5.92kg jadi 6kg..
sedih aku tau..

paling aku sedih bila aku tengok Fatimah la..
kurus keding..
time aku bagi mandi dia, time aku bagi pakai pampers,time aku tengok dia tido..
kurus kedinggggg..
keciannnn..
ibu mana tak sedih kan..
Fatimah picky eater..
ada benda dia makan, ada benda dia tak makan..
ada benda arini dia makan, esok belum tentu dia akan makan..

sekarang pampers Drypers saiz L muat je pakai,
kami beli 1 beg je pampers, share la hampa dua beradik..
betapa kurus keding nya Fatimah..

sedih aku tengok dia..
lagi sedih bila ada mulut mulut akan berbunyi 
"tak bagi anak makan ka"
"masak la bagi dia makan apa-apa"
"jaga anak jangan malas nak bagi makan"
macam macam lagi kena hadap..

ni pagi2 sebelum Ramadhan ritu mesti singgah makan dulu..
aku kecian dia nanti lapar bila gi duduk umah ngasuh..
bukan mak ngasuh dia tak bagi makan.. 
diorang bagi..sedia macam2 makanan..
tapi Fatimah ni haa.. tak makan nya..
harap ke susu ke 5 6 botol sehari..


kadang2 dia nak makan roti canai..habis la sebijik dia sorang..
kadang2 nak aku suapkan nasik lemak..
kadang2 dia nak bungkus je nak makan ngan mak ngasuh dia..
aku ok ja..
boleh jugak aku bonding time dengan dia..
sempat la breakfast sekali..




tengok ni..
fatimah waktu kat pejabat aku..
kurus keding ja..


ni pulak Maryam..
start 6 bulan ritu dah start bagi makan..
aku buat puree..
macam macam buah aku buat..
apple, pir, betik..
kurma..nasik..brokoli, carrot..
tapi tak dia makan..
aku pun xtahu kenapa..
dia xmau makan..aku suap dia luah..
aku suap dia sembur2..
tapi aku tau dia lapaq..
bila kami tengah makan,
dikunyah2 air liur dia..
nganga nganga mulut mintak makanan..
aku buatkan bubur, tak makan pulak..
ritu test tambah serbuk ikan bilis..
tak makan jugak..
aku pun buntu dah sekarang..huhuhu

bila balik kampung..
MIL soh suami aku belikan nestum pulak..
memang tak la aku bagi..
sebab tu aku pulun jugak masak2 macam2 nak bagi anak2 aku makan..
MIL aku cakap bagi makan nestum kenyang sikit perut dia..
tido ja lepas makan..
aku tau.. tapi kalo boleh aku tak mau la bagi anak aku makan nestum..
sebab aku mampu bagi anak aku makan lain kan..
pastu bila aku cakap tak elok untuk usus dan perut dia..
MIL aku cakap, dia jaga anak 6 orang..hidup je smpai sekarang..
ermmm.. aku nak kata apa lagi kan..
derhaka pulak nanti..dah menantu hantu je aku ni..huhuhu
tapi aku tetap tak bagi nestum tu..


aku nak yang terbaik ja untuk anak anak aku..
sebab tu aku kadang2 sedar tindakan aku tu ada orang tak puas hati..
seolah olah aku melawan cakap diorang..
tapi aku IBU..
aku yang mengandungkan anak anak aku..
aku yang melahirkan anak anak aku..
aku yang jaga anak anak dalam berpantang sampai sekarang..
jadi bagi la aku buat keputusan..
if apa apa jadi, aku jugak yang susah..
aku jugak yang kena tengokkan anak anak aku..
bukan mulut mulut lain tu..
jadi tolong lah faham aku..
aku IBU..


Friday

Hurtful


Since giving birth to Maryam..
I'm never rest..
Feel exhausted.. feel bad..

Wake up early morning at 5 a.m
Travel for half and hour to send Maryam to babysitter..
Turning back to work..
At work.. yadayadayada.. u know...
After working hour..
Fetch Maryam and turn back home..
Fetch Fatimah..
Play with her..buai laju laju..hide and seek..and the list go on..

Maghrib..
very peak time for me..
Praying in rush..
Maryam crying..need my attention..
Fatimah on bed..jumping with song lompat si katak lompat..
Then.. living room become playing room..
all things on the floor..
Fatimah toys everywhere..

Hectic..

Then..

At 8.45 husband arrived

First question he will ask?

"Kakak(means fatimah), Semaknya rumah"

And the list go on..

Its hurt..
Coz i'm tired..
Exhausted..
Need helper..
Need rest..

But when i said letih la.. he will go..
"Dah selalu sebut letih..letih la"

One fine day..
During solat..i cried..
During doa..i cried..
And Fatimah comes to me..
Swap my tears.. and said..
"nape ibu sedih"
hears that...
my tears drop again..
Same like i usually do to her..
she do it to me..

And that time i'm realize..
My kids understand me better than him..
Allah still love me..

Sometime i cried to my dad..

Coz sometime its too much..

I only have my kids and parent and sister who understand my feeling..

sorry....

this is my random feeling...

need a rest... just a rest...


Thursday

Biras Baru

assalamualaikum..


weekend lepas kami ke Tg.Rambutan..
majlis akad nikah adik suami aku..
kiranya aku dapat biras baru la..hehe..

kami bertolak ari khamis petang..
sebab nikah ari jumaat..
petang khamis tu sebelum ke sana, sempat la jugak singgah kat umah wanie..
die pun nikah ari jumaat dan kenduri sabtu..
sama lak dengan adik ipaq aku..
jadi memang tak dapat attend la semua majlis dia..

sedih memang sedih kau..
aku dah anggap dia macam adik sendiri dah..
dah la kepala sama.. kira masuk la dengan aku walaupun dia muda banyak dari aku nie..
heehehe..
aku boleh bagi bahulu ja 6 bekas kat dia..kira sponsor la..
itu ja mampu..haahaa..

kami bertolak dari pedu dah petang..
jadi singgah di sungai petani umah wanie lagi..
jadi malam baru sampai la kat sana..
sampai stay jap makan malam kat umah sepupu suami aku..
letih memang letih la..
dengan ramai orangnya..
serabut kepala aku..hahaha..

famili pengantin perempuan bagi homestay..
homestay 4 bilik 3 bilik air..
kira besar jugakla utk kitorang kan..
aku terus cup bilik utama..besaq..selesa..ada aircond..ada bilik air..
hahaha..
bukan apa.. sebab aku pikir nanti aku nak mandi mudah..malam2 nak terkucil mudah..
lagi pun senang adik ipaq kak ipaq biras nak kuaq masuk bersiap..
anak sedara nak masuk main main pun boleh sebab luas gila bilik dia..haahaha

tp yang tak enak nya..sebelum smpai homestay tu..
mak menakan suami aku la bising2 sebab biras aku tanya homestay berapa bilik..
terus mak menakan ni bising2..dia cakap duduk je mana mana..tido je ramai ramai..
acehcece... mana boleh mak menakan oiii... ada batas aurat tau kami dengan ipaq lelaki biras lelaki sama..
dia cakap anak anak dia ok je..
tu anak anak dia kan.. mana leh sama dengan kami..
ohhhohoho.. aku memang tak mau kalo kongsi2 tempat ngn lelaki lain..
aurat aku oiii..jadi aku faham maksud pertanyaan kakak biras aku nie..

ok dah..satg lagi banyak tak puas hati aku kat mak menakan tu aku tulis..
tu aku tak cerita lagi dia tengking Fatimah depan aku depan mak mertua aku..
bukan aku je kecik hati.. mak mertua aku pun kecik hati rupanya..huhuhu

ok dah..
adik ipaq aku si Naim ni nikah petang jumaat tu..lepas asar..
siap siap bagai..memang selekeh gila la aku nie.. aku biaq kan saja..haha..
aku bukan pengantin orang nak tengok..hahaha..

alhamdulillah.. sekali lafaz ja.. zasss dah selesai..
macam mudah ja aku tengok Naim ni lafaz.. tersengih sengih dia..hahaha


ni bagi rantai tangan utk acara batal air sembahyang..hehe

Biras aku ni manis ja muka dia.. tapi make up apa la tebal sangat..terus muka jadi garang..
dia dah la manis.. lawa lak tu.. huhu.. tapi apa hak aku nak tegur tegur kan.. hahahaha


ni lak pengantin basi.. tak basi lagi kot..hahaha..
gila selekeh aku.. dengan Fatimah mengantok terus buat perangai macam2..
pening kepala aku...

ingat senang ka nak tengok suami aku sengih gitu..hahaha

ok dah.. terus ke hari kenduri..
aku lompat2 cerita la ek..
gambaq dalam henset aku tak banyak..
mana sempat nak snap sana sini.. Fatimah atuq segala..hahaha..


ni waktu berarak dengan pengantin..
Fatimah dah lali lali time nie.. mengantok sesangat..
dengan panas terik Ya Rabbi...
oh tak lupa.. aku pakai dress dari Zawara.. selesa gila.. kain labuh gila..sebab aku amek yang labuh..
pastu aku preggy 5mo++ pun ok je pakai...
halfmoon aku pakai kak ipaq punya..haha
aku ada beli shawlbiru dari Zawara..
bagi adik ipaq pakai.. tu dalam gambaq nampak belakang adik ipaq aku kan..
Fatimah aku bagi pakai baju india time kenduri adik aku dulu..
baru pakai sekali.. sayang..




nampak dak bertapa labuhnya kain dress Zawara nie..
memang sakit la jugak belakang aku menyental hujung kain nie ritu time basuh..hahaha..

gaya berjalan gangster gila aku ni rupanya..

suami aku dok pangku Fatimah..
dok bebai bebai.. aku angkat pangku.. tepuk tepuk dah terlena..
sempat la suami aku balun nasi dulu sebelum tu..hehe..


haa nie geng perempuan2..
Fatimah dah terlena..jadi tak da dalam gambaq..




ni la pengantin..
dengan abang pengantin.. hahaha
pengantin jugak yang tu pun.. dalam hati aku..kihkihkihkih



dari hujung kiri..
biras aku Kak Iera, kak ipaq Kak Shikin, aku, adik ipaq Maksu Siah.. hahaha




tu ja gambaq yang aku ada..hahaha..

balik dari kenduri terus gi Cameron Highland...
banyak yang aku tak puas hati sebenarnya waktu g CH tu...
dari sebelum gi kenduri ni lagi sebenarnya..

huhuhu... tapi aku serba salah lak nak cerita...huhuhu

cuma balik dari semua ni..
kat umah mak mertua aku..
aku cakap kat mak mertua aku..
lepas nie jangan bawak dah orang lain.. kita g kita2 ja senang.. selesa..

balik dari ni jugak aku dah start sakit pinggang..ari ari..semua la..
sampai pagi sampai umah mak mertua tu..
aku nak bergerak pun tak boleh..
menangis nangis aku kat suami aku..
sebab sakit gila2.. macam nak tercabut perut aku.. kaki kaki aku..
mak mertua aku cakap sebab duduk dalam keta lama dan berjalan banyak..

memang la..dalam kereta aku mana boleh menyandar bila Fatimah tido...
aku akan letak dia barang atas kusyen.. jadi aku????
aku kena duduk sipi2 tangan letak kat pemandu depan..
memang aku tak selesa..
sampai aku ugut balik dari sini aku nak jual keta exora nie..
memandai2 susun bagi orang penuh dalam kereta nie..
tak pikir ker aku lenguh ka apa..dengan Fatimah lagi..
orang lain sedap berdengkur kat sebelah..

ermmmm... tak leh nak tulis lebih lebih..nanti jadi lagi geram..
ni aku tak cerita kat mak aku lagi nie..
nanti lagi sakan mak aku marah..hahaaha





Wednesday

Keselesaan Keluarga dan Diri Sendiri

Assalamualaikum

Korang penah tak, berhabis duit tiap tiap bulan demi keselesaan anak beranak sendiri dan keluarga.. tapi last last keselesaan orang lain jugak di utamakan..

Aku kecewa sebab tiap tiap bulan aku yang bayar..aku yang berhabis duit membayar ..
Main reason aku beli aritu pun sebab aku pikir keselesaan anak beranak aku dan keluarga..
tapi last last.. keselesaan orang lain jugak diutamakan..

Dalam keadaan aku memboyot nie.. sakit pinggang segala..
dengan Fatimah yang sangat aktif dan masih tidoq dalam pangkuan aku dalam kereta,
keselesaan orang lain jugak di utamakan..

Aku kecewa.. sebab pendapat aku tak penah tanya..
Aku kecewa.. sebab dah selalu sangat aku pendam dalam hati..
Aku kecewa.. sebab aku ni di layan macam orang luaq..

Thursday

Kak Fatimah


Bismillah



Fatimah ooo fatimah..

Fatimah ready ka nak jadi Kak Long?

wuahahaha... kalo ready, ibu nak plan nie...hehehe..



Monday

Raya ke

bismillah..


selamat hari raya semuaaa..


haa aku ucap ni di kala aku kat office tau..
takdak mood langsung aku nk buat keja..
aku nk p beraya lagii.. tak puas weiii..


mcm aku gtau kat entry lepas, aku beraya kat Pedu lagi tahun nie..
geram aku tau dak..huhu..


ari selasa pagi aku dah start kemas beg semua dari Yan nk balik Pedu..
siap semua..siap salam2 bermaaf maafan siap..
bergenang ayaq mata aku..
mata mak aku..
mata kak aku..
mata tok aku..
sedihh tau dak..


sepatutnya turn aku beraya kat Yan kan..
tapi nak buat cena kan..
huhu..mungkin ada hikmah dia kan..


stay sna dari selasa sampai raya kedua.. lama gila kan..
haa tunggu tahun depan aku balas balik..hahaha...jahat gila bunyi dia.. wahahaha..

raya tahun ni memang tak beshh langsung..
dengan xkemana jugak laki aku bawak..
dengan baju raya aku tak cantik, tak selesa nak pakai,
dengan besaq kedabak kakak tu buat..
dengan tudung mcm org tua..
memang semua serba tak kena..


pastu langsung takdak gambaq raya kami berdua ka bertiga ka..
langsung takdak..
gambaq fatimah pun 2 3 keping ka dan snap amek..


entah la.. memang tak best langsung..
raya kedua tengahari baru aku gerak balik Yan.
singgah padang sanai umah besfren aku sat..pastu terus balik Yan..
sampai umah depa takdak lak..
rugi tak balik awai..kalo tak leh p beraya ngan famili aku kat padang serai..mesti best..

raya kedua dok umah ja..huhu..

malam tu baru aku ngn kak ten, kak cicilia n elit p amanjaya mall..
kak cicilia teringin nak p..
abg aku siap message aku awai g soh bwk kak cicilia p sana..
best gila rasa dpt hangout ngan adik beradik sendiri.. sempat jugak shopping kasut raya n kemeja kat laki aku sehelai..haha..
laki aku n abang aku p memancing malam tu.. haha..

pastu raya ketiga n keempat memang all out la p beraya..baru best..puas hati.. letih xpa.. nama pun raya kan..hehe..

tahun depan aku nak balas dendam balik utk 2 thn raya aku tak beshhhh..wahahaha..


ni pagi raya..siap awal sekali.. ehehe
ni gambaq amek kemarin, sebelum abang aku balik Johor.. baru la aku merasa ada gambaq sempena hari raya.. tu pun raya ke empat.. wuhahaha..

tunggu tahun depan memang aku balas balik.. dengan terawikh langsung x p..
inshaa allah tahun depan aku nak ganda kan semua nie.. hehehe

turn perempuan amek gambaq, Idris menyibuk nak jugak..


ni turn cucu lak.. Idris muka sedih.. hahaa


raya korang cena? mesti beshhh kan.....



xoxo

Sunday

Balik raya mana nie??

haa tudia..
tak selesai lagi tau bab balik raya nie..
kalo ikut ke yang kami dah bincang memang akan raya di Yan nie utk raya pertama..
tapi kau tgk muka laki aku, kelat semacam ja dari sampai semalam..
sedangkan esok smpai rabu kan stay kampung dia jugakkan..

nak pulak abah aku tanya tadi raya mana..
aku cakap la raya sini dulu..
terus abah aku marah..
dia soh balik raya sana dulu..
dia sayang menantu dia..
nak menantu dia hepi..muka ceria..tak mau muka kelat..hehe..

abah aku soh balik sana selasa...stay sampai hari raya pertama..
kau cuba kira berapa hari..
bukan nak berkira tapi itu la aku cakap sebelum nie....huhuhu..

aku nak rasa kemeriahan malam raya tu..dan pagi raya tu..
ikut ke tahun lepas, aku tengah mengandung kan.. memang aku tidoq ja sepanjang hari raya tu..
dah tak kemana pun laki aku bawak g beraya kan..
pastu suasana tak macam aku dok raya di Yan kan..

abah aku kata kena ikut suami..
kalo dia tak bagi aku balik Yan pun abah tak leh halang.. hak dia kan..
pastu aku sempat persoalkan lak "dah tu kalo tak hepi pun xpa ka"
abah aku kata tak leh kira hepi ka tak..dia suami..
dah tersentap aku kat situ..
pastu aku tak abeh lg persoalkan..
"habis tu kena ikut ja semua la..korban semua sampai diri sendiri takyah pikiaq"
abah aku relax ja kata.."ikut ja laki tu"

abah cakap nanti petang raya pertama ka balik la Yan pula..
sebab dah stay sana 3 ari utk sambut raya kan..
soalnya sekarang, bila dah stay sana boleh ka petang tu nak balik Yan?...
Confirm mencuka laki aku tu..

entahla..aku redha ja la..
nak camna..aku ni isteri, ikut ja la suami..walaupun hati tak berapa seronok..

Thursday

Pernah kau melayan customer macam nie tak?

Bismillah..

haa tudia panjang soklan tajuk aku..
faham dak apa aku tanya?
la ni aku macam geram kat sorang customer aku nie..
huuu.. buat kurus posa aku ja budak nie..


aku tau Customer is Always Right la.. Always King la.. wat ever la kan..
tapi aku selalu jugak jadi pelanggan orang.. so aku tau nak behave macam na kan..
ni first time aku deal ngan customer camnie..
letih gak melayan.. end up xbeli pun.. kata nak bank in, sampai sudah x bank in..
buang masa aku ja melayan sms dia bagai..huhu..

yang buat aku marah tu sebab pa tau..
mai aku senaraikan :-

1) memula dia tnya harga Magic Pink Cream tu..ok fine..aku layan ok la..sebab first kan..pastu Strawberry Milk Body Butter, aku ok lagi..pastu loose powder, aku ok ja..sbb kekadang maybe customer xtau kan harga dia..so bila dah confirm barang nak, dia soh aku MMS pic magic cream n loose powder tu kat no mana tah.. aku pun kata la ok..

2)pastu macam kejan aku tau.. tanya nak mms sekarang ka? aku cakap la, sekejap lagi la sebab aku kat bazar..dia ok ja..
pastu dalam kol 8..dalam aku tengah kalut2 dengan baru berbuka n urus Fatimah n urus diri aku bagai.. dia sms lagi..gini ayat dia "Mananya cakap nak mms intan payung"
aku dah rasa lain dah.. apa lak intan payung bagai nie kan.. aku sound ja la.. "Sorry la xsempat..dgn berbuka lagi..dgn baby lagi..sekejap ye.."
pastu dia reply kata sorryla..pastu dok tanya baby berapa bulan bagai.. banyak la hang punya soklan..
pastu aku mms la dlm kol 9.50 gitu..pastu dia start balik dah, macam2 soklan dia tanya..ada tu soklan yang aku xsempat nak reply, masuk sms baru soklan lain.. huhu..

3)pastu dah tau aku jual barangan SOPHIE kan..dia boleh dok tanya aku ada jual brand lain nya product..macam Sigma F48 andgled kabuki, pastu Avene Eau Thermal water spray, Save eyeshadow..
waktu tu aku memang aku malas dah nak jawab..
aku dah malas nak reply dah sebenarnya.. aku tnya ja "So u nak order apa" direct soklan aku bagi dia..
pastu dia kata losyen n magic cream tu.. ok la.. pastu tnya lak losyen ada berapa bau..so aku explain saja la..
end up dia setuju nak losyen n magic cream ja..total rm26.00 so aku soh bank in rm25 sudah la kan..dah first time dia membeli ngan aku kan..

4)dia janji nak bank in ari ahad, so aku pun tunggu la..sebab isnin aku memang nak poskan semua barang2 customer yang order ari jumaat sabtu ahad tu.. dia sms awal ritu 24hb.. so dlm 27 tu, aku just remind la tnya dah bank in lum..sebab kalo dia bank in dah ari sabtu tu, aku nak terus pos ja ari ahad.. sebab kebetulan memang ahad tu aku free..aku nak setel semua barang customer kan..

pastu kau nak tau dia reply sms aku bila??30hb baru reply..ni ayat dia yang aku rasa dia just nak main main ja ngan aku..bukan serius nak membeli pun..
"hi adik manis, saya belum bank-in lagi duit rm25 tu..nanti la ya.."
kau nampak ayat dia.. ADIK MANIS?? dah macam bangla punya ayat dah..pastu boleh lak nanti nak bayaq.. ritu kejan aku bagai kan..

pastu aku reply la.. "serius nak or saja2.."

pastu dia replu camnie.. "ada ke boleh nak saja2? apa masalahnya if i inform mcm smlm..barang tu kan dah ada dgn u kan..so nanti i free i bank in la duit tu ok..xde masa pun nk main2..selamat berbuka.. :)"
dok sat dia send lagi satu sms.. "cuma i rasa bukan satu keperluan lagiiii"

terus aku xreply dia.. sebab aku rasa dia nie memang sesaja nak memain ngan aku...

so andai kata budak ni baca apa yang aku tulis nie..
mai sini aku nak cakap sikit dengan kau..

first sekali, kau dah buang masa aku 24hb tu dari kol 3 ptg sampai kol 10 lebih melayan kau punya macam2 soklan dan permintaan.. 
end up kau kata bukan satu keperluan lagi??? 
dah tau bukan satu keperluan lagi, yang kau beria-ia sms dan kejan or paksa2 aku tu pasai pa??
dengan soh mms la, explain satu satu la..banyak la jekadak hang tu..
lain kali pikiaq siap siap kau nak ka tak barang tu, jgn menyusahkan orang lain..

secondly, apa adik manis, intan payung bagai?? geli aku membaca sms kau..pastu tak yah dok buat peramah dengan aku nie, tnya anak aku berapa bulan bagai..rimas customer macam kau..

thirdly, aku rasa dengan sales rm25 tu aku rugi pun xpa..sebab rezeki keja Allah kan..

lastly, kalo boleh lepas nie, kalau kau berminat nak membeli dengan orang, kau jangan la  buat macam kau buat kat aku nie..kecian kat orang tau..







p/s: hampa penah alami dak macam nie..huuu





Friday

Di kala keletihan

Kemarin kat office letih badan2.. Maybe sbb lepas soq aku xtidoq balik..pastu li boleh lak wat kalut nk g keja nek moto sbb tayar moto pancit..kelam kabut aku bersiap.. Huhu..

Dalam dok lemau tu aku ni jenis tangan gatai..xleh dok diam..mesti menconteng..mcm2 la aku lukis..aku tulis.. Haha..
Pastu hat cun cun aku boh dlm instagram aku.. Hahaha..poyo kan sensorang.. Hehe

Skrg kan dilemma balik kg mana utk raya kan.. -aku yg dilemma sorang2..huhu
Jadi aku lukis la mcm kt bawah ni..
Saja nak bg peringatan kt laki aku yg tahun ni giliran aku.. Haha..
Jadila dialog antara Fatimah dengan Idris.. Hehehe..

Sbenarnya aku reti lukis org mcm tu ja.. Hihihi

Perlu ka MERCUN

As salam..

Kau nampak perkataan MERCUN tu aku besaqkan?
Kau nak tau sebab pa?

Ni budak budak kt taman aku ni mcm esok raya depa main mercun..
Kalo malam raya depa nak main aku xkesah sgt sbb confirm aku xda kt rumah.. Main la sampai lebam pun.. Aku xkisah..
Yang aku kesah sgt skrg ni sbb..
Anak aku nak tidoqq la..
Dah la skrg Fatimah susah nk bg tidoq..
Puas meratib aku td.. Sua nenen beribu kali..dia dok pusing2..dengan aku nk solat mahgrib lg..
Depa lak senang2 pum pang pum pang.. Pastu menjerit jerit lak tu reramai..
Awat la pot depan rumah aku yg depa pilih.. Ada ong ka apa..
Pi la main jauh sikit xboleh ka.. Huhuhu..

Astarfirullahhal'azim..

Da kurang pahala aku sbb depa ni..

Kasi la can aku ngan laki aku nak rehat..
Kebetulan rini laki aku xOT..
Dia takut Fatimah terjun katil lg..huhu..

Fatimah :: Jatuh Katil

Bismillah

Assalamualaikum

anak ko penah jatuh katil?x pun jatuh tangga ka? x pun tengah duduk xdapat imbang, terus terlentang?
haa anak aku si Fatimah  ni dah merasa dah semua nya..huhu

ko nak tahu time semua tu jadi aku rasa apa?
rasa macam kalo cucuk pisau kat muka pun xkeluaq darah..
punya terkejut...

nak pulak kemarin balik dari amek dia, bawak g bazar cari lauk..
on da way tu dia memang lali lali dah dlm bouncing dia..
aku dok gerak xbagi tidoq g.. nanti nak g cari lauk susah kan..

pas da  beli semua.. kami balik la rumah..
kau nak tau dak Fatimah tu jakun p bazar.. kiri kanan dok pusing..
tengok orang ramai.. hehehe..

pastu balik dari rumah.. aku letak lauk salin bagai..
aku menyusu dia la..
nahh terus terlena... pastu aku letak la bantal keliling dia..
pastu aku terus bersilat kat dapur...

dok tengah aku masak tu..tiba tiba kau tau..
terus aku dengaq bunyi dia meraung raungggg...
lari aku p tengok dia dok tertiarap kat lantai..menangis nie xyah cakap la..
celop terus.. xdengaq suara terus...
aku jadi terkejut gila.. terus angkat dia.. gosok dahi dia..badan dia..

lama jugak baru dia relax kit tapi dok sedu sedu lagi..
aku ni siap menangis sekali dah.. risau kau tau..
takut patah tulang ka.. retak ka..

aku tuam dahi dia yang berbekas merah tu dengan kain wap panas..
pastu aku ayak ayak zikir bagai.. elok nak letak bawah..dia xmau..
dia nak dok atas aku ja.. so aku biaq ja la.. maybe dia pun terkejut lagi kan..
lama jugak dia dok lali lali atas aku..
elok dah aku tengok dia ralit sikit baru aku letak dia kat bawah..
aku lapik toto ngan bantai..biaq dia tidoq depan tv.. senang.. huhuhu..

tu cerita jatuh katil..

ni cerita jatuh tangga..

ritu time tu rasanya fatimah baru 4mo ++..
kami 3 beranak kan tidoq depan tv..tv kat atas..bawah ruang tamu..
alahh bukan bertingkat sangat.. cuma ada 3 anak tangga ja..hehe..
selalunya aku akan menyusu dia sebelah kanan la..
so aku block la ruang tangga tu dari dia mengesot / pusing pusing time tidoq..
nak jadi cerita one day tu, breast sebelah kiri dah penuh gila..meleleh leleh..
so aku tukaq la posisi..menyusu sebelah kiri..
jadi Fatimah dok sebelah tangga la..aku letak bantal keliling tu..
tengah menyusu aku terlena..
sedaq sedaq dia dah meraung raung dah.. tengok kat tepi xdak..
rupanya dah dok kat anak tangga hat bawah dah..
huhuhuhu..

lately Fatimah selalu jatuh tergolek..
tak kira la tengah main ka tengah duduk ka..
mesti terjatuh nya..
kekadang tu ada jugak dia dok main ngan abang idris.. dia p lanyak abang idris..
abang idris lanyak dia balik.. hahahaha..

anak korang selalu jatuh dak..






Thursday

Balik raya mana

Bismillah

Assalamualaikum..

haa kau, baru sehari posa dah tanya balik mana raya nanti kan..puff
aku rasa ada jugak kan yang mesti bila time posa ja mesti dok terpikiaq tahun nie raya mana kan..
aku pun tergolong jugak kekadang.. hahaa..

even sebelum kawin dulu pun dah bincang dah dengan tunang (skrg suami lerr..)
first year kawin balik mana.. terus dia jawab pedu lerr..side dia kan.. ok fine..
kita macam sedih sedih jgk..mana tak nya first time raya kat tempat lain kan..huhuhu

pastu bila mai time raya, time tu aku preggy kan Fatimah.. dah 7mo ++..
badan pun dah xlarat sangat..lagipun time aku preggy tu macam letih gila gila..
nak pulak dua ari sebelum puasa aku admit sebab turun dah..first day posa aku xposa.. hukhuk..
pastu tengahari posa pertama tu aku check out terus laki aku ajak balik pedu berbukak kat sana..
lagi la aku sedih time tu.. dah la baru check out dari wad, pastu berbukak kat pedu lak..
huhu.. tapi abah aku relax ja..dia kata xbalik Yan pun xpa.. dok sana.. huhu
dia xtau anak dia dah meraung raung dah dalam toilet..sedihhh.. huhuhu

pastu 2 hari sebelum raya, kira nya 2 malam terakhir nak berbukak tu, aku ajak laki aku balik Yan jugak2.
sebab adik beradik aku semua dah balik.. nak jugak la berbukak ngan semua orang..
mesti meriah.. mak aku mesti masak sedap.. pastu pakat2 berebut lauk pauk..
wa wa terbayang kau.. huhuhu..
waktu tu laki aku berkeras nak balik pedu jugak sebab dia kata adik beradik dia pun dah pakat balik..
pastu aku ugut dia - jahat dak aku ni?haha
aku kata kalo xmau balik xpa..raya kita balik Yan...sedangkan ada lagi sehari kan nak berbukak kat sana kan.. huhu..

pastu waktu tu laki aku dah janji akan gilir gilir raya..
dia nak raya pertama as laki bini side dia dulu..
aku ckp la, thn depan dah ada anak, mesti lagi seronok kalo raya kat pedu..
dia xmau, dia nak jugak raya side dia dulu..
so makna nya tahun nie raya side aku lak kan.. hehe..

pastu ritu mak mertua aku tanya raya mana tahun nie.. aku diam ja la..
bukan xmau jawab..saja nak laki aku yg jawab.. hahaha..

pastu baru baru nie aku tengah borak borak dengan laki aku..
aku pun timbulkan isu balik raya nie..
aku cakap la " tahun ni raya pertama dan kedua kat Yan la kan"..
- sebab last year nya raya kedua pun still di pedu kan..raya ketiga baru balik yan tu pun sbb nak ke Langkawi..huhu..
pastu terus laki aku kata "tengok la abah nak soh balik mana"
"sayang yg nak raya bukan abah"
 "kuasa kat tangan abg..ikut abg la"..
terus aku makan hati..huhuhu..
aku cakap.. "xpa la macam tu..syg ikut ja.."
terus aku xcakap ngan dia.. sedihhhhh kauuu..

aku tau dia nak raya kat pedu dulu raya pertama tu..
dengan ada Fatimah lagi, mesti lagi seronok kan..
tapi kan dah janji kan... hehehehe

ko tengok, aku yang emo.. aku tgk laki aku relax ja..
macam xperasaan apa apa.. huhuhu..

kalo ikut ke abah aku ka..dia soh tiap tiap tahun balik pedu..
sebab dia sayang sungguh kat menantu dia nie..
dia kata balik raya ke 3 ke 4 pun xpa..sama ja..
weiii.. mana sama.. raya pertama tu la yang best tu..

tahun lepas nya raya? biasa ja bg aku.. aku xla teruja sangat..maybe sebab first time raya kat tempat lain kan..dengan aku xberapa larat, aku tidoq ja raya pertama tu..gi ziarah umah mak pak menakan laki aku pastu aku balik tidoq lagi..haha..
pastu suasana x macam biasa aku dok raya kat Yan kan..
mana tak sama, dah 26 thn raya kat Yan, tetiba raya kat pedu, memang xsama la..
nak sesuai kan diri dengan suasana kat sana tu maybe take time sikit la..
dah janji kan nak gilir gilir, so kena train diri utk terima la kan..huhuhu..

hopefully tahun nie dapat la raya kat Yan dulu as per promise kan..
dengan ada Fatimah mesti lagi seronok raya kat Yan..
lagi meriah la.. hehehe...





Rezeki Exam & Interview

Bismillah..

aritu I dah story mory morning glory kan bab aku p interview kat LKIM kan..
la ni nk bagitau..

dapat p exam penolong juruaudit W27 lak..
this one under SPA tu...
perasaan?

ALHAMDULILLAH..

lama dah tak dapat exam ngan SPA nie..
ritu nya PTD pun xdapat.. hehe...

semangat i told u..
exam will be held at Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN)
on 18th May 2013..

Alhamdulillah..
Allah permudahkan bagi aku..
aku dapat p exam ngan interview pun aku dah syukur sangat2..
kira puas hati la tunggu..
even kalo dapat tempat jauh jauh pun aku akan p..
aku x mau stay kat sinie dah..hehehe..

wish me luck..!

Cakap Pelat

Bismillah..

As salam,

harinie just nak share pendapat ja la..
tak bermaksud nak sakitkan hati sesapa ye..
hehee..

sekarang Fatimah dah 6mo++
dah mampu kuaqkan bunyi bunyi
"aaaa" "baaaa" "buuuu"
mampu jugak gelak gelak kalo kita acan acan dia..

jadi what i learned during Idris baby dulu was kami sekeluarga dah set yang kami x akan cakap pelat pelat dekat Idris..
means if nak bagi susu, kami just say "Idris, nah minum susu" instead of "Idris, shu shu"
faham? kalo x faham, try sebut "shu shu" bunyi cam na.. hahaha..

dari mula lagi Abah dah warning, kita kena cakap macam biasa kalo kita nak Idris cepat bercakap..
nah amek kau, tak sampai setahun Idris boleh cakap dah..
'makan','ais','ayaq', and paling penting sekali his first word "Ateh" hahaha..

sekarang almost 2y7m, apa saja dia cakap.. xpenah diam.. siap bila kita cakap dia pandai jawap dah..
contoh semalam, paksu dia nak boh seluaq tapi p cakap kat dia, 'Idris, mai pakai baju'
dia boleh cakap balik "eh, bukan baju, seluaq" hahaaa..

kalo nyanyi, tokwan ajaq dia, "Oh bulan, mana bintang, atas pucuk kayu ara....."
sekarang dia pandai dah tukaq "Oh bulan, mana BN, BN atas, bulan bawah" hahahahaha..
lawak gila.. hahahaa..

ok.. bebalik ke Fatimah,
of cos la aku nak Fatimah pun jadi macam Idris, cerdik..
pandai bercakap.. aktif.. walaupun perempuan, Fatimah boleh jadi macam Idris..
hehehe..

tapi bila ada orang selalu sangat cakap pelat pelat dekat Fatimah,
aku macam bengang gila.. kekadang nie meronta ronta dalam hati aku nie nak tegoq..
takut kecik hati lak..tapi aku x suka..
macam nak cakap.. cakap ja la betoi betoi..
nak pelat pelat apa..

"fatimah nak shu shu"
"fatimah antok ke" means mengantok????? wat??? rimas aku tau..
pastu dengan nada bercakap tu buat buat comei..
sorry ye.. rimas aku..

entahla kekadang aku telan ja semua..
tapi aku marah la.. aku rimas sama.. huhu..
cakap ja la betoi betoi..

entahla apa pasai bila nak cakap ngn baby ja kena pelat pelat..
nada kena buat buat mengada ngada macam tu..
aku RIMASSSSSSSSS tau dak..
huhuhuhu..

tolongla.. bahasa tu kena betoi betoi la..
sebab tu la aku kekadang dok dengaq budak2 cakap pelat pelat walaupun umo dekat 2y dah..
sebab kita la salah.. dah dok ajaq depa cakap pelat pelat..
depa sebut xpa la comei ja dengaq..
ni kita besaq dah dok buat comei gitu memang nak kena katok kepala ja..
hahahaha..

so pesanan dari aku,
toksah la dok buat buat cakap pelat gitu..
buruk dengaq..
rimas lak tu dengaq..

aku siap pesan lagi kat Mak ngasuh,
selalu la bercakap bersembang ngan Fatimah,
tapi xmau pelat pelat..
nasib baik Mak mengasuh pun bersependapat dengan aku..
haaa Rezeki aku tu.. hehehe..
aku tengok depa pun cakap biasa biasa ja ngan Fatimah..
xdak pelat pelat..lega... hehehe







ok bye..








Wednesday

Mencari yang terbaik..

Bismillah


As salam..


Live dari office nie..
plan tadi nak amek MC sebab letih gila kau..
sampai koi 2 pagi td dari Puchong..
letih sangat sangat..

sebab sehari x makan nasik pun..
dari pagi sampai ke kol 6ptg baru makan..
tu pun makan soto ja..
sebab xberani..
perut angin..takut muntah..
balik rumah baru makan nasik..
abah beli nasi bungkus.. huhuhuhu..

kemarin ke Puchong untuk interview di LKIM..
sesi pagi tu ada ujian bertulis..
dia bagi trial balance soh buat P&L dan B/S..
tapi dalam bahasa melayu la..
Imbangan duga, penyata untung rugi, kunci kira kira..
gila kau..terus konfiuss aku.. hahaha..
tapi soklan straight forward..
bukan nak bangga diri dapat buat kan..
tapi macam terlalu simple lak bagi aku..
maybe sebab selalu buat kot kan.. huhu..
waktu dok buat tu macam dok pikiaq mesti ada sesuatu nie..
sebab soklan dia terlalu simple..maybe ada tricky kat mana mana yang aku x sedaq..
last rupa rupanya.. memang simple gitu ja..huhuhu..

lepas dah exam baru ada sesi interview..
by group..
tunggu punya lama..
sampai ke kol 4 baru kena panggil..
mula mula tu aku macam malas nak tunggu la..
tapi pikiaq balik mai jauh gila.. rugi lak nak balik gitu ja..
so stay lagi..
tapi aku lagi kecian kat mak abah aku..
anak aku lagi..seharian dok tunggu kat bawah..
dengan nak menyusu anak lagi..
huhuhu..

so sekarang aku redha..
aku pecaya dengan rezeki Allah..
kalo rezeki aku Alhamdulillah..
kalo bukan rezeki aku Alhamdulillah jugak.. sebab aku tau,
Allah nak bagi rezeki yang lain kat aku..
hehehe..

aku ok ja sebab panel panel interview tu x menyakitkan hati aku..
macam aku p bernas dulu tu..
kat LKIM nie macam bagi pro and con yang aku rasa betol kan..
dari keja aku sekarang yang lagi stabil dan gaji lagi tinggi..
xkan nak p keja kt sana yang cost of living tinggi dan gaji rendah sikit dari gaji sekarang kan..
tapi tu la..
aku cakap aku nak cari carier yang lagi better dari sekarang..
sebab rasa macam terlalu selesa kan.. huhuhuhu..

apa pun aku tawakkal..
aku tau rezeki aku ada..
tapi xtahu la kat mana kan.. hehehe

Allah ada.. aku yakin dengan perancangan Dia..
hehehe..

apa pun aku syukur sangat sangat kami selamat p selamat balik..
mak abah aku support aku x kira masa dan keadaan...
sanggup susah payah untuk aku kan...
cian mak aku kena jaga anak aku time aku interview..
abah aku pun sama.. dengan nak drive lagi..mengantok letih lagi..
pastu aku bersyukur aku ada kawan yang baik..
sanggup bagi kami p dok umah famili dia..
pastu pagi tu bawak kami p LKIM..

Allahuakhbar!!
aku dikelilingi orang yang baik baik..


semua Allah ja yang mampu balas.. huhuhu..


sehari sebelum tu.. dok study last sekali tertidoq

puteri tidoq xingat apa waktu p

antara calon calon dok tunggu giliran

calon calon nya

bergegaq gegaq pas interview ni.. letih

idris tidoq terhelei.. 

dah bangun main ngan fatimah lak..





xoxo




Love!!






Thursday

Kena Pikiaq habis habis

Bismillah..


As Salam....


huhu..
entahla kan..
sejak kebelakangan nie..
keja sekarang bukan minat aku lagi..
maybe sebab environment, orang nya, macam macam lagi..
huhu..

aku cuba muhasabah diri aku..
dah 3 thn lebih aku keja sini..
susah senang aku..
makan pakai aku..
semua dari duit gaji aku keja sini..
dari aku bujang xdak apa sampai beranak pinak sekarang..
keja sekarang yang bagi..
tapi semangat aku kat sini dah xdak..
tak tahu la pasai pa..
huhuu..

aku cuba cari jugak
mana semangat aku hat dulu dulu tu..
yang bila aku bangun pagi..
semangat ja aku nak mai keja..
yang bila time nak balik..
teringat ja keja ada lagi..

tapi la ni..
bila bangun pagi, memang DOWN gila nak p keja..
kalo boleh nak p keja baju pun xmau iron..
sekarang tiap tiap hari cari baju yang x yah iron pun..
tudung pun nak hat sarung sarung terus ja..
xmacam dulu..huhu..

mana semangat aku p???
huhu..
aku sayang keja aku..
aku blajaq dari tak tahu apa apa
sampai aku capai cita cita aku..
tapi mana p semangat aku kat sini??
huuuhuu..

tapi sayang nya..
CITA CITA aku nie..
"AKAUNTANT"..
besaqnya cita cita aku..

aku rasa aku leh p jauh lagi kalo kerjaya aku kat sini..
tapi sejauh mana?
mana semangat aku..
mana fokus aku???
macam buat keja sekadar mai keja ja sekarang nie..
kenapa x macam dulu???


Allahuakhbar!!!!




xoxo







Tuesday

Jiwa Kacau

Bismillah


arinie mood ke laut..
badan di office, otak dan hati kat tempat lain..
macam macam dok pikiaq nie..

ermm..
serba tak kena..
buat salah tak buat pun salah..
ermmm...

last sekali..
saya cuma REDHA saja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...