Thursday

Sempat siap ka?

Bismillah..


sempat siap ka semua nie? ermmm..
mesin di rumah mak rosak pulak..
kena balik Pedu pinjam MIL nya mesin..
mesin tradisional tu la.. yang guna kaki nak gerakkan mesin tu.. hehe..

tapi suami dah x bagi balik Pedu..
takut sakit time dalam perjalanan..
dia kata xmau jadi bidan tengah hutan.. hehehe..

alamatnya lepas bersalin la kot akan siapkan.. huhu..
tilam tilam bantal bantal berbogel lagi la sampai bersalin nanti.. huhu..
lagipun ada makcik makcik kat rumah cakap time mengandung xleh menjahit..
nanti nak bersalin susah =.="
apa kaitan nya saya x tahu la..

Beli kain nie kat Mee Chong, Guar Chempedak ja..
murah gila.. hehee..
P beli ngan mak n kakten..
memang semangat kau nak menjahit..
balik terus ukur, terus potong kain berkeping keping..
hehe..

plan kalo ada lebih nak buat nursing cover..
nanti nak menyusu depan orang len x la segan baju terselak ka apa.. hee..
Insyaallah..

~~~





 







xoxo





love!

Wednesday

36 Minggu : Tanda-tanda hampir bersalin


Bismillah..

minggu nie dah masuk 36 minggu..
bak kata nurse kat KD kemarin, boleh bersalin dah kalo mau..
dah full term..hehe..

Nak kata nak bersalin dah, x tau la..
first pregnancy..xtau nak kata.. hehe..

macam mana pun cara bersalin..
normal ka c-zer ka, saya terima ja..
bahagian masing masing kan..
lagipun baby dah buat perjanjian dalam perut dia nak keluaq kot mana kan.. hehe..

tadi google sana sini cari tanda tanda hampir bersalin..
antara nya:-

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(dah rasa...nak jalan pun susah ckit)

- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (slalu gak g toilet tp kekadang masih blh tahan lg)

- sakit perut, memulas (ni slalu gak rasa)

- kerap buang air besar (sehari dah sekali kena gi membuang.. hehe)

- kerap terkentut (of cos la..angin banyak.. haha)

- Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (belum lg nie..discharge keputihan tu ada la..huhu)

- Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (selalu sangat dah rasa sakit belakang..huhu)

- Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum lagi..hehe)


macam na pun..
mintak di permudahkan..
setiap orang ada bahagian masing masing kan..





xoxo


Love!




Monday

Sudah 2 Tahun Masihi

Bismillah..


alhamdulillah..
aritu 15 Syawal, genap Idris 2 tahun dalam kalendar Islam..
harini 24 Sept, genap 2 tahun masihi pulak..

xtau nak gambarkan macam na perkembangan Idris nie..
cerdik, cergas, matang sungguh dari usia dia.. cepat belajaq..entah la.. macam macam lagi..
huhu..

nak masuk 2 tahun nie,
Idris dah boleh count 1 2 3 dalam bahasa melayu dan English dah..
umi dia pun dok ajaq alif ba ta pulak sekarang..
setakat lagu lagu kanak kanak tu,
lagu lagu rakyat macam lagu 3 kupang ka..
sebut ja.. laju ja dia nyanyi dan ikut..

nak kata kenal dengan logo logo pun cepat..
cuba sua kat dia logo proton, perodua..anytime boleh sebut..
lagi lagi kalo logo Tesco, Carrefoour, Aneka.. lagi la cepat.. hehe..

bab bercakap, dari sebelum setahun aritu dah boleh bercakap..
ada sepatah dua yang kita faham,
yang lain tu bahasa dia la.. hehe..
orang pertama yang dia boleh sebut of cos la..
"Ateh"
syahdu sungguh tu bila dia sebut..
jeles umi dia..hehe..
pastu baru "Tokkoyat" a.k.a Tokwan la tu.. hehe..
sekarang dah boleh sebut sorang sorang dah..
if jumpa sesiapa kita kenalkan kat dia..
pastu nanti kita jumpa balik orang tu..
dia kenal..dan boleh sebut nama orang tu..
hebatkan.. cergas sungguh otak dia..

lagi satu.. dari kecik, Idris x cakap pelat pelat kanak kanak..
contoh nya nak susu cakap "cu cu"
nak makan cakap "ma mam" ka..
sebab kami selalu bercakap dengan dia guna bahasa yang betol..
sebab tu sekarang sebutan dia xdak pelat pelat..
nak makan, dia sebut "nak makan"
nak ayaq, dia sebut "nak ayaq"
semua la.. sebutan dia lancar ja..
lagipun dia dok ngan tokwan kan..
tiap tiap hari tokwan bawak lepak dengan tokwan tokwan yang lain kan..
hehee..jadi cara percakapan tu dah macam tokwan tokwan dah.. hehe

bab main main nie xpayah cakap la..
tidoq  xmau sebab rugi..
main lagi seronok walaupun kekadang melelong sana sini sebab mengantuk.. hehehe..

bab jatuh tungging terbalik..
luka sana luka sini..
xpayah cakap la.. dah nama pun x reti dok diam kan.. hehe..
tapi dari kecik bila dia jatuh, kami ajaq jangan nangis nangis..
pukul tempat dia jatuh tu..kekonon marah kat lantai la, almari la..
sebab tu sampai sekarang jatuh macam na pun.
kekadang berdarah mulut sekali pun dia x menangis.. huhu..

Idris waktu baru dapat mulut dan kaki..
baru boleh merangkak dan bercakap..
of cos la..sekali lagi..
sebutan pertama "Ateh".. hehehe




Idris sentiasa jadi beg tangan Tokwan..
p mana mesti bawak Idris..



Waktu kenduri Idris setahun..
maktok dengan tokwan buat kenduri macam ada orang bertunang..
hehehe..

Idris potong kek tokmama buat..

Perjalanan Idris..





Waktu kenduri kawin saya dengan suami..
waktu nie baru dapat kaki...
waktu kenduri saya..
baru dapat kaki..

 Baru baru nie..




Sebelum di botakkan..





Nie la hadiah harijadi dari Tokwan..




Idris manja manja dengan makteh..
mai dok cium cium perut makteh..
hehehe



Hepi Besday Idris..

semoga jadi anak yang soleh..beriman..


to Kakten,

terima kasih sebab melahirkan Idris..
langsung menceriakan hidup kami..
dalam keadaan kakten yang sedih, kakten mampu bertahan untuk Idris..
huhu..
xleh taip panjang panjang dah..ayaq mata bergenang ja.. huhu =.="

to Abah/Tokwan,

terima kasih jugak sebab dah besaqkan Idris..
penat lelah abah, makan minum abah terabai..
masa lapang abah semua di isi dengan Idris..
Allah yang mampu balas.. huhuhu
juga x leh panjang panjang sebab nak menangisssss...




xoxo



love!!






Tuesday

Bahagia dalam sekecil kecil perkara

Bismillah...



Betoi apa...
kekadang tu benda kecik ja..
tapi perasaan tu macam nak menjerit jerit ja sebab seronok..

bagi orang lain
"alah benda kecik pun nak kecoh"
"hal macam tu pun nak cerita kat blog"

persetankan semua tu..
pendek kata, dengki ja lebih tu.. >.<

if kita seronok / bahagia dengan apa yang kita ada..
kita bersyukur dengan apa yang dah d tentukan..
mesti la benda kecik pun rasa macam besaq gila kan..

if dapat duit RM1 dari sesapa..
memang la nilai dia kecik..
tapi kalo ada sifat bersyukur, singgit tu rezeki ooii..
senang senang nak dapat singgit camgitu ja?

ada tu,
suami beli tikaq getah pun rasa bahagia - haku la tu.. =.="
tu belum pasang tikaq getah..
lepas dah pasang tikaq getah, lagi tersengih sebab rasa bahagia...hikhikhik
abah bancoh ayaq tea panas malam malam pun rasa bahagia..
kuaq outing ngan siblings makan Mcd pun rasa bahagia..
tengok Idris buat perangai pun rasa bahagia..
ikut suami tengok kebun getah pun rasa bahagia..
petang petang makan goreng pisang depan tv pun rasa bahagia..
suami beli sabun basuh kain pun rasa bahagia kau tau!

jugak,
setiap kali masak, suami puji kata sedap..
kekadang goreng ikan, buat kuah sambal, tuang atas ikan.. tu ja menu..pun puji..
puji kata "terbaikkk la" sedangkan bibir dah tebal sebab terlalu pedas bini masak..
tu pun rasa bahagia..

ada jugak yang,
dok umah kecik pun rasa bahagia,
dok umah besaq pun rasa bahagia,

semua tu dah tertuliskan..
selagi kita redha dengan ketentuan mesti kita akan rasa hidup nie indah ja kan..

tapi sungguh..
sebelum nie kalo nak balik pedu ja, macam down sikit,
tapi lelama tu, seronok kau balik sana...
tenang ja..ayaq pun sejuk ja kalo mandi.. sejam pun boleh mandi...haha..
bila berkumpul reramai lagi seronok..
alhamdulillah..
sejak abah basuh awai awai aritu..huhuhu
saya mula terima keadaan (bak orang kata "Redha" la kot) hehe..
alhamdulillah..
makin seronok nak balik sana...


sebenarnya,
semua benda boleh rasa bahagia..

macam kat bawah nie...

-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-













Bahagia kau bila tengok almari, baby cot, tikaq getah sampai...

benda kecik ja..

tapi perasaan tu...

Allahuakhbar!



"Bahagia itu dalam sekecil kecil perkara"




xoxo




love!






Outing with Adi Adi

Bismillah..


title macam apa tah kan.. haha..
hari sabtu lepas memula plan nak balik kampung..
suami nak tanam pokok getah baru beli tu..

last minit cancel sebab kami plan nak 5s rumah..
bunyi macam rumah gila bersepah kan.. haha..
sebenarnya rumah kami ni ada 3 bilik..
bilik depan, bilik utama la..
bilik tengah tu nak buat bilik tetamu + bilik baju baju
bilik belakang tu bilik store dan jugak bilik sidai kain.. haha.
motif buat bilik sidai kain sebab kalo sidai kat luaq time weekdays,
kalo hujan turun sapa nak tolong kutipkan kain di jemuran..haha..

tapi kat rumah sebelum nie bilik tengah tu pun dah jadi macam store dah..
kekadang nak masuk iron baju pun malas gila sebab bersepah..haha..
lepas kawin, semua segala macam kotak kotak, buku buku, fail fail bersepah ja dalam tu..
kalo famili mai ja, nak bagi masuk letak beg pun segan.. dengan tikaq getah pun xpasang lagi..
memang terukk.. huhu..

so suami dengan gigih nya pas subuh tu, terus keluaqkan semua barang barang dalam bilik tu..
dan terus pasang tikaq getah, angkat almari sensorang masuk dalam bilik tu..
saya pas subuh sambung tidoq..
bangun ja dalam kol 9 tengok, suami tertidoq d celah celah timbunan segala macam barang barang
yang beliau keluaqkan dari bilik tengah tu kat depan tv.. huhu..
pastu saya tengok, bilik tengah tu dah cantik, kemas dan rasa macam nak tidoq ja kat dalam tu.. haha..
apa lagi, terus g landing sebelah suami la..
motiff sebab rasa seronok, bilik tu dah cantik..
x segan dah kalo famili nak mai tidoq kat rumah.. hahaha..

pastu kami sambung edisi 5s..
lipat kain, kemas barang barang, kotak kotak, fail fail, sawang sawang..
segala macam la..

Alhamdulillah..
rumah dah cantik.. hahaha..
so kalo AYU nak ziarah boleh dah yeee.... kak ela dah x segan nak ajak mai rumah... hahaha..

ok la..
title tulis lain, tapi p cerita tentang lain kan..
haha.. memang dasar.. haha..

after dah lunch semua, solat semua..
suami g umah member kamcing beliau la..
nak repair keta..
so tinggal la sensorang..
pastu kakten tepon ajak p SP nak belanja McD..
oh oh! memula tu x mau join sebab gila letih..
pastu lelama dok sensorang dok terpikir, nanti nanti nak hangout dengan semua Adi Adi susah kot..
so kol kakten semula cakap nak join.. haha..
suami pun bagi.. hehe..
bukan apa, dok terpikir mesti seronok nya hangout dengan siblings macam tu kan..

pas asaq macam tu,
kami pun gerak ke SP la..
terus tuju McD la..dah memang plan yang tu kan..
haha..

dapat la tebus yang mengidam nie..
dapat jugak GCB tu.. haha..
tapi xsedap sangat pun.. x macam prosperity kan..hehehe..

sambil makan sambil berborak kami 4 beradik..
of cos la abg adi xda ya.. jauh nun di Johor tu..
kebetulan Dikyang baru sampai..
Elit pun ada.. jadi lagi seronok la.. hehe..
Kakten x bawak Idris sebab abah bawak Idris p makan kenduri.. hehe..
nama pun Tok Wan, memang x kan p mana mana kalo x bawak cucu dia..
kalo x bagi bawak satg dok sedih sensorang.. hahahahaha..
merajuk la kekonon.. hahaha...

melalut dah..
kalo abah baca nie, mesti abah tengah sengih kan..
hahaha..

lepas tu kami p window shopping ja..
pastu Dikyang belanja baju baby kaler purple sepasang dengan baby binder 2 helai..
ok.. barang baby dah complete.. tinggal breastpump saja.. hehehe..

ok la..
tengok gambar saja la.. hehe..
seronok hangout dengan adik beradik sendiri tau...
xtau nak explain macam na..
perasaan tu lain sangat kalo hangout dengan orang lain..
kalo hangout dengan suami lagi la seronok.... heeeeee T_____T"
nak hint kat suami pun, beliau x baca blog haku nie.. hehe




the menu.. 2 GCB single, 1 GCB double, ayam goreng, milo, pepsi, fries..
pastu sos banyak gila + lada itam..
memang terangkat.. hahaha

terliur tauu kalo tengok 4 kali pun.. haahaa

mine!~

Dikyang letih sebab baru sampai dari Lumut dengan moto.. haha..
gagah nak ikut jugak.. hehe

Sponser.. Tenkiuuuu yee! untuk anak menakan mu jua nie.. haha

Elit laju ja makan..

PRA!!

Ibu mengandung yang mengidam.. haha..
muka letih pas 5s.. hahaha


Alhamdulillah


bahagia dalam sekecil kecil perkara..



xoxo



love!!












Monday

Jamuan Raya

Bismillah..

hari nie dah ZulQaedah kan..hehe..
jumaat lepas..27 Syawal, office suami buat jamuan hari raya..
sekali dengan sambutan setahun penubuhan department depa tu..
PDI ataupun Pre-Delivery-Inspection...
Alhamdulillah.. suami pun dah setahun keja situ..
macam macam la dapat..lagipun peluang nak tambah pendapatan pun ada.
bukan setakat makan basic ja tiap tiap bulan kan..
kekadang OT sampai pagi buta..
kekadang cuti off day pun still keja jugak..
kekadang tu ada gotong royong la..
tapi semua ok ja..sebab seronok tengok suami keja situ.. hehe..

ok la..
jamuan raya buat dalam tempat depa keja tu la..
jadi isteri isteri yang memang xpernah masuk tempat tu..
ni la peluang nak masukkan..
kalo bukan staff situ jangan harap la nak dapat masuk sesuka hati kan..
jadi ni la memang peluang yang di nanti nanti kan pun..
mau nya x..
tiap tiap hari dok nampak ja bangunan putih office depa nie..
xtau keadaan dalam tu macam na..
setakat tengok gambar suami amek dalam HP xsama kan..
dengan kereta berderet deret beratur kat padang tu..
memang teringin gila nak tengok.. hehe..
so alhamdulillah... dah tercapai.. hehehe..

Petang sebelum event jamuan nie..
depa dah buat majlis baca Yassin dengan Tahlil..
ya la kan.. semua nie rezeki dari Dia kan..

ok la..
jamuan start kol 8..
sampai situ terus di angkut oleh ferry car masuk kedalam..
penat nau kalo nak menapak masuk..
dengan keadaan preggy nie memang depa bawak masuk depan pintu terus.. hehe..
rasa seronok dan teruja jugak waktu dalam ferry car tu..
time dok dengan depa dok sembang sembang dalam walkie talkie tu..
hehehe..
alhamdulillah kan.. suami saya di kelilingi kawan kawan yang baik baik.. hehehe..

sampai situ,
first sekali cari KAK AZNIE la..
of kos la beliau di jemput kan..
kamcing gila nau dengan boss PDI nie.. hehe..
lagipun beliau atas jemputan wakil HR kilang kan.. hehe..

seronok nau ada kawan gosipping.. hahahaha..

tengok gambar ja la ek.. hehe..

suami bila dah jumpa kengkawan yang sebantal dulu.. hehe

tengok tu > tempat makan sebelah kereta kereta berderet ja..
nak kereta apa? optima k5? forte? semua ada.. hehehe

sebelah tepi nie Nasim punya..
tengok tu keta Nasim.. cuci mata kau.. hahaha

Kak Aznie tengah dok berborak,
yang baju melayu tu, En. Nizam.. macam ketua depa la..
muda lagi.. lebih kurang sebaya suami ja..
aritu time kenduri kawin kat Yan, suami pekenal la dekat abah,
bagitau yang nie "bos" tempat keja.. tapi En. Nizam kata bukan,
"kawan-kawan".. oh! rendah diri sungguh..
macam tu la kan boss yang baik kan.. hehe

Nampak tu.. beborak sakan depa.. hehehe

ni hero kawan suami.. macam Idris..
xreti dok diam.. ke sana ke mari.. hehe



antara menu yang ada..
nasi minyak, ayam masak merah, daging masak itam, acar timun nenas, sayoq kobis..
sedap gak.. hehehe

ni kambing golek..
suami bantai 3 pinggan..
balik umah terus sakit kepala..
saja cari nahas orang kata.. hehehe

bakal pengantin nie.. bob..
kawan sebantal sepinggan dengan suami..
so bila dah jumpa tu, macam macam la keluaq.. hehehe

Kak aznie dengan kad kenduri bob..
time nie beborak sakan dengan kak aznie..
macam macam jugak la.. hahaha

ada acara potong kek

semangat tau semua nyanyi lagi happy besday.. haha
anak anak pakat tengok,
ayah ayah yang semangat nyanyi dengan tiup lilin..
hahaha

tengok tu semua hepi ja.. hehe 

nie geng sekawan segosiping.. hahaha




ni la antara acara acara yang ada..
tapi yang paling saya tersentuh nya time bos depa nie, En. Hazrin..
alahh yang baik ngan kak aznie tu, yang jemput kak aznie join jamuan nie.. hehee..

beliau panggil semua isteri isteri berkumpul..
mula mula ingat kan nak bagi duit raya ka apa.. haha..
macam excited gila la.. haha..
rupa rupa nya..

"first sekali, saya nak mintak maaf dekat semua isteri isteri, sebab staf staf saya nie keja x macam orang lain,
kekadang keluaq pagi, tengah malam baru balik...saya faham keadaan tu sebab kekadang isteri saya pun macam tu jugak.. tarik muka la..macam macam la.." lebih kurang la ayat dia...

pastu sambung lagi...

"Jadi, suami suami semua, kena hargai isteri isteri nie, sebab diorang memahami, kalo x dah tentu korang semua x keja kat sini dah.." lebih kurang jugak la ayat dia.. hehe..

pastu, En. Hazrin nak kenal sorang sorang isteri kepada siapa..

mai kat saya nie, cakap la, "Fadzeli"

En Hazrin kata "oo budak nakal" hahaha..

sebab dulu sebelum kawin penah kantoi amek gambar dengan suami dalam keta,
suami beruniform PDI la..pastu macam na tah En Hazrin dapat gambaq tu.. terus jadi bahan sampai sekarang.. hahaha.. malu den >.<"

tapi syahdu ja time beliau ucap terima kasih kat isteri isteri tu..
x tau kenapa..
rasa macam seronok dan syukur sungguh suami keja kat PDI nie..
di kelilingi orang baik baik..

semua kusyuk dengaq ucapan syahdu..

semangat x hehe

semua pakat dok bagi tumpuan. hehe


Last sekali..

mesti la bergambar dengan sekawan sekepala dan segala se la.. hahaha




Pastu pakat berkumpul nak amek gambaq reramai...
hehee..



haha..
lupa..

suami dapat cabutan bertuah..
hadiah sponser dari Datuk Hafiz, COO NKM..
bak kata suami "rasa bertuah malam nie"
hehehe..

Alhamdulillah..

Cinta kamu sampai mati..
InsyaAllah..


haha.. bergambaq kat dalam rumah ja..
nak bergambaq kat office, segan.. hahaha









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...