Wednesday

Intifada

Assalammualaikum

"Kita selalu kna bersyukur"
Pesan aku dekat Fatimah

"Apa tu bersyukur?"
Tanya Fatimah

Krik krik.....

Macam mana aku nak explain dekat dia..
Nak bagi dia faham..

"Bersyukur tu macam kita kena slalu berterima kasih kt Allah..
Kena slalu beringat yang kita ni dapat macam2 nikmat..
Ada orang yang nak makan pun xda makanan.. jadi kakak tak boleh bazir makanan..
Ada orang ibu abah dia dah meninggal.. dok dalam syurga...menangis dia rindu..
Jadi kakak kena dengar cakap ibu abah.. "

Aku selalu cerita kat Fatimah tentang Palestin..Syria..
Aku selalu cerita kat dia..

Ya walaupun aku tau isu ni berat untuk dia..
Tapi aku nak dia faham..

Aku pun selalu sedih bila tengok gambar gambar di sana..
Aku tak mampu nak berjuang dengan depa..
Aku hanya mampu doa ja..

Kali ni Intifada ke 3..
Jom la ramai ramai kita support..

Friday

Jerebu

Assalammualaikum

Alhamdulillah so far kami sihat lagi..
cuma Maryam ja gatal gatal badan..penuh merah merah..

kemarin IPU gila tinggi..
bau asap ja sehari..
seb baik aku puasa..
tak la keluar lunch ka apa..
tapi dahaga tu Ya Rabbi la..hehehe

ni index kemarin pagi..
gila tinggi..
kecian anak anak kecik dan orang tua..
memang bau asap..



Bila mai tengahari..
lagi teruk rupanya..
dekat 300 dah..gila sungguh..



ni pagi tadi nie..
sebelum gerak nak p keja..aku snap dulu..
jerebu lagi..tapi dah berkurang..
Alhamdulillah..
lagipun semalam tu hujan..
tapi aku tak sedar..tidoq tak sedar..hahaha


sebenarnya jerebu ni ujian Allah nak bagi..
Allah bagi semua merasa..
sebab kita hamba yang tak mensyukuri nikmat nikmat dia bagi..
lagipun dah akhir zaman kan..
ermmm



apa pun.. jaga diri semua!


Thursday

Fatimah 3 tahun!!!!

Assalammualaikum

Alhamdulillah
Hari ini 22Oct, genap usia Fatimah 3 tahun..

Syukur sangat-sangat kat Allah..
sebab kurniakan amanah yang sangat-sangat besar ni untuk kami suami isteri...

Syukur jugak sebab Allah izinkan aku kandungkan anak nie cukup 40 minggu..
Menanti kehadiran Fatimah dulu memang excited..
Anak sulung kan..biasa la..hehehe
Sebab aku tak sangka rahim aku mampu nak mengandungkan anak ni cepat je..
lepas kawin terus bunting..kikikiki

tengok Fatimah membesar nie buatkan aku rasa sayu ja..
sebab banyak masa dia di rumah babysitter..
sebab tu jugak kalau aku cuti, aku memang nak sangat luangkan masa dengan anak-anak aku..
sebab tu jugak la aku buat keputusan nak berhenti kerja..
aku nak spend masa aku..hidup aku demi anak-anak dan keluarga aku.


ok la nak cerita bab fatimah pulak..
sepanjang mengandungkan Fatimah, aku memang alah teruk..
dari start tahu mengandung sampai la pagi nak bersalin tu aku dok muntah-muntah lagi..
masuk hospital 4 kali..
kali ke 4 aku beranak..hahaha..






Gambar Fatimah lepas keluar dari perut nie..
kakak aku amek kan gambar..

sedihnya bila teringat..hahaha..






ini pulak gambar sekarang..
Alhamdulillah..
cerdik dan cergas ja Fatimah nie..

walaupun tak tahu A B C urutan betul2 lagi..
aku tak kisah pun..pelan pelan..
lagipun dia creative thinking punya budak..
satu rumah dia explore..

mulut tak yah cakap..
macam orang tua bila dia cakap..
pot pet pot pet tak benti..
kadang-kadang tu siap nasihat aku lagi..hahaha

aku tak mau bandingkan dia dengan budak lain..
sebab aku tahu kemampuan anak aku lain dari budak lain..
kemampuan budak lain dari anak aku..
unfair la nak judge..hehehe..

ok la..


Fatimah Adilia sayang,

Ibu doakan fatimah terus menjadi insan yang berguna..
Wanita solehah dan beriman kepada Allah..
berapa pun umur Fatimah, awak tetap dalam hati ibu..
sebab dengan adanya Fatimah, adanya IBU...

semoga hidup awak dilindungi dengan rahmat dan kebahagiaan dari Allah..
semoga hidup awak terpelihara dan terkandung dalam berkat dari Allah..

Ibu sayang sangat dekat Fatimah..




Tuesday

Ulangtahun ke 4





Assalammualaikum


hari ini 7 Muharram 1437, genap usia perkahwinan aku yang ke 4..
aku memang mengira hari ja tunggu 7 Muharram ni..
bukannya ada suprise apa pun..
cuma aku ingat sebab tarikh tu senang nak ingat..hehe..

7 Muharram 1433, hari Jumaat..
Jam 10 pagi lebih lebih macam tu aku selamat menikah dengan suami aku ni..
hahaha..

aku tak pandai nak jiwang jiwang karat nie..
bergaduh selalu ja ngan laki aku ni..
selalunya aku pendam ja kalo aku tak puas hati..
lama lama meletus..hahaha..

apa pun..

4 tahun nie,
kami di pinjamkan sesama sendiri..
melengkapi kekurangan sendiri..
menenangkan mata dan jiwa..

4 tahun nie,
Allah pinjamkan dan amanahkan 2 penyeri..
Fatimah dan Maryam...

4 tahun nie,
Allah rezeki kan kami kerjaya yang stabil, rumah, kereta, dan keluarga..

Syukur,
Alhamdulillah...


Mohamad Fadzeli Md Isa,

Minta maaf sebab tak mampu jadi sehebat isteri-isteri nabi..
Minta maaf sebab tak mampu jadi sehebat mak syg dan mak abg..
Terima kasih untuk 4 tahun yang hebat ni..

Cinta pandang pertama.. waktu ni baru perasan kewujudan laki aku..hahaha

waktu kenduri husna.. love is in the air...

melawat rumah laki aku di Pedu.. time ni aku gemuk..
Bertunang 1 Mei 2011


Raya ke 3 2011..

7 Muharram 1433 ~ 02 Disember 2011








Thursday

Work life

Assalammualaikum

Sekarang aku ada buat satu keputusan sangat besar dalam hidup aku..
Ni antara keputusan besar yang aku pilih..

Aku solat..
Doa..
Fikir..
Berbincang..

Jadi aku buat keputusan ni..

Berat jugak..
Sebab aku sayang karier aku..
Sebab aku terlalu minat dengan kerjaya aku..
Sebab kerja aku ni cita cita aku dari dulu lagi..
Sebab aku da selesa dengan environment kerja aku..

Tapi keputusan aku buat bukan untuk melepas tanggungjawab atau lari dari apa-apa..

Tapi demi anak-anak aku dan suami aku..

Sebab aku nak anak-anak aku ada depan mata aku setiap masa..
Aku nak lihat sendiri milestones anak-anak aku..
Aku nak biar baik buruk anak aku datang dari aku sendiri..
Sebab sekarang aku tak puas dengan masa aku dan anak-anak..

Andai ada rezeki aku..
Inshaallah aku akan jadi housewife..
Tapi jika sudah tertulis aku akan terus bekerja..aku redha..
Dan aku akan berusaha untuk jadi pekerja yang lebih baik..

Sebab cita-cita aku sekarang untuk jadi
STAY AT HOME MOM
WORKING AT HOME MOM..

Bonding time

Assalammualaikum

Lama aku tak update..
So far ada naik turun kehidupan aku ni..
Hidup tak dak cabaran tak mencabar kan?
Hikhik  "_"

Setiap hari weekdays..
Aku akan sampai di rumah jan 6.50ptg..
Lepas keluar office 5.45 terus gi amek anak-anak..
Terus je balik rumah..
Dah sampai rumah, aktiviti di rumah pulak..
macam orang lain jgk la..
Untuk aku.. sampai rumah ja, mesti kena bagi anak-anak naik riadah..
Sebab selalunya diorang tak sempat pun nk riadah di rumah pengasuh..
Fatimah terutamanya..
Sebab keluar office terus gi ambil dia kan..
Banyak masa dalam kereta..
Jadi lewat macamna pun aku sampai di rumah..
Mesti kena bagi dia main di luar dulu..
Hehehe..

Aktiviti selalunya sama je..
Fatimah akan naik basikal kesayangan dia tu lah..
Maryam pulak aku akan letak dalam basikal tolak tu..

Kadang-kadang main kejar-kejar..
Kadang-kadang ronda satu taman ja..
Kadang-kadang Fatimah akan main dengan anak-anak jiran yang lain..

Tak lama pun..
Dalam 10 ke 15 minit ja..
Bagi lepas gian Fatimah & Maryam ja..
Memerap dalam rumah ja sehari..

Elok maghrib ja, masing-masing memang pakat masuk rumah sendiri..

Itu kalau weekdays la..

Kalau weekend pulak..
Aku akan bawak keluar diorang dalam pukul 6 atau 6.30 macam tu..
Sebab sabtu ahad ada runningman..
Hahaha..aku nak tengok tv dulu..
Kalau episode seronok..
Anak-anak tunggu la 6.30 baru keluar..
Kikikikiki..

Tapi selalunya aku bawak keluar awal la..
Sebab seminggu 2 kali ja boleh main lama sikit..

Itu pun kalau anak-anak bangun tido petang tu awal..
Maryam selalunya weekend dia tak tido..
Dia nak melekat ja ngan aku..
Kalau tido ada lah 15minit macam tu..
Fatimah ja tido lama..
2 - 3 jam jugak..
Depend jugak..kalau dia nak masuk buai memang lama la..
Kalau tido bawah sekejap ja..

Maryam pulak kalo petang dia taknak tido dah..
Sebab dia dah terbiasa petang akan berjalan jalan diluar..
Selagi tak bawak dia keluar..
Memang dia cranky..
Bila bawak keluar ja terus ok..
Macam macam perangai anak anak ni..
;)

Selalunya weekend sabtu ja jiran jiran ramai sikit keluar bawak anak-anak main..
Sebab mostly jiran-jiran aku ni goverment servant..diorg cuti jumaat sabtu..
Ahad tu tak semeriah sabtu la..

Selalunya nie je time bonding aku dengan anak-anak..
Kalau ronda-ronda taman ni..
Aku selalu bawak anak-anak sampai ke tepi sawah tu..
Tak sampai hujung terus la sebab jauh sangat..
Selalu lepak situ sekejap ja..
Amek gambar.. sembang sekejap..
Tunjuk burung kat Maryam ka..
Biasa-biasa ja..

Selalunya kami main depan kawasan rumah ja..
Main kejar-kejar..
Main jual beli barang..
Main batu..
Hehehe..

Ok la bye!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...