Pages

Thursday

Biras Baru

assalamualaikum..


weekend lepas kami ke Tg.Rambutan..
majlis akad nikah adik suami aku..
kiranya aku dapat biras baru la..hehe..

kami bertolak ari khamis petang..
sebab nikah ari jumaat..
petang khamis tu sebelum ke sana, sempat la jugak singgah kat umah wanie..
die pun nikah ari jumaat dan kenduri sabtu..
sama lak dengan adik ipaq aku..
jadi memang tak dapat attend la semua majlis dia..

sedih memang sedih kau..
aku dah anggap dia macam adik sendiri dah..
dah la kepala sama.. kira masuk la dengan aku walaupun dia muda banyak dari aku nie..
heehehe..
aku boleh bagi bahulu ja 6 bekas kat dia..kira sponsor la..
itu ja mampu..haahaa..

kami bertolak dari pedu dah petang..
jadi singgah di sungai petani umah wanie lagi..
jadi malam baru sampai la kat sana..
sampai stay jap makan malam kat umah sepupu suami aku..
letih memang letih la..
dengan ramai orangnya..
serabut kepala aku..hahaha..

famili pengantin perempuan bagi homestay..
homestay 4 bilik 3 bilik air..
kira besar jugakla utk kitorang kan..
aku terus cup bilik utama..besaq..selesa..ada aircond..ada bilik air..
hahaha..
bukan apa.. sebab aku pikir nanti aku nak mandi mudah..malam2 nak terkucil mudah..
lagi pun senang adik ipaq kak ipaq biras nak kuaq masuk bersiap..
anak sedara nak masuk main main pun boleh sebab luas gila bilik dia..haahaha

tp yang tak enak nya..sebelum smpai homestay tu..
mak menakan suami aku la bising2 sebab biras aku tanya homestay berapa bilik..
terus mak menakan ni bising2..dia cakap duduk je mana mana..tido je ramai ramai..
acehcece... mana boleh mak menakan oiii... ada batas aurat tau kami dengan ipaq lelaki biras lelaki sama..
dia cakap anak anak dia ok je..
tu anak anak dia kan.. mana leh sama dengan kami..
ohhhohoho.. aku memang tak mau kalo kongsi2 tempat ngn lelaki lain..
aurat aku oiii..jadi aku faham maksud pertanyaan kakak biras aku nie..

ok dah..satg lagi banyak tak puas hati aku kat mak menakan tu aku tulis..
tu aku tak cerita lagi dia tengking Fatimah depan aku depan mak mertua aku..
bukan aku je kecik hati.. mak mertua aku pun kecik hati rupanya..huhuhu

ok dah..
adik ipaq aku si Naim ni nikah petang jumaat tu..lepas asar..
siap siap bagai..memang selekeh gila la aku nie.. aku biaq kan saja..haha..
aku bukan pengantin orang nak tengok..hahaha..

alhamdulillah.. sekali lafaz ja.. zasss dah selesai..
macam mudah ja aku tengok Naim ni lafaz.. tersengih sengih dia..hahaha


ni bagi rantai tangan utk acara batal air sembahyang..hehe

Biras aku ni manis ja muka dia.. tapi make up apa la tebal sangat..terus muka jadi garang..
dia dah la manis.. lawa lak tu.. huhu.. tapi apa hak aku nak tegur tegur kan.. hahahaha


ni lak pengantin basi.. tak basi lagi kot..hahaha..
gila selekeh aku.. dengan Fatimah mengantok terus buat perangai macam2..
pening kepala aku...

ingat senang ka nak tengok suami aku sengih gitu..hahaha

ok dah.. terus ke hari kenduri..
aku lompat2 cerita la ek..
gambaq dalam henset aku tak banyak..
mana sempat nak snap sana sini.. Fatimah atuq segala..hahaha..


ni waktu berarak dengan pengantin..
Fatimah dah lali lali time nie.. mengantok sesangat..
dengan panas terik Ya Rabbi...
oh tak lupa.. aku pakai dress dari Zawara.. selesa gila.. kain labuh gila..sebab aku amek yang labuh..
pastu aku preggy 5mo++ pun ok je pakai...
halfmoon aku pakai kak ipaq punya..haha
aku ada beli shawlbiru dari Zawara..
bagi adik ipaq pakai.. tu dalam gambaq nampak belakang adik ipaq aku kan..
Fatimah aku bagi pakai baju india time kenduri adik aku dulu..
baru pakai sekali.. sayang..




nampak dak bertapa labuhnya kain dress Zawara nie..
memang sakit la jugak belakang aku menyental hujung kain nie ritu time basuh..hahaha..

gaya berjalan gangster gila aku ni rupanya..

suami aku dok pangku Fatimah..
dok bebai bebai.. aku angkat pangku.. tepuk tepuk dah terlena..
sempat la suami aku balun nasi dulu sebelum tu..hehe..


haa nie geng perempuan2..
Fatimah dah terlena..jadi tak da dalam gambaq..




ni la pengantin..
dengan abang pengantin.. hahaha
pengantin jugak yang tu pun.. dalam hati aku..kihkihkihkih



dari hujung kiri..
biras aku Kak Iera, kak ipaq Kak Shikin, aku, adik ipaq Maksu Siah.. hahaha




tu ja gambaq yang aku ada..hahaha..

balik dari kenduri terus gi Cameron Highland...
banyak yang aku tak puas hati sebenarnya waktu g CH tu...
dari sebelum gi kenduri ni lagi sebenarnya..

huhuhu... tapi aku serba salah lak nak cerita...huhuhu

cuma balik dari semua ni..
kat umah mak mertua aku..
aku cakap kat mak mertua aku..
lepas nie jangan bawak dah orang lain.. kita g kita2 ja senang.. selesa..

balik dari ni jugak aku dah start sakit pinggang..ari ari..semua la..
sampai pagi sampai umah mak mertua tu..
aku nak bergerak pun tak boleh..
menangis nangis aku kat suami aku..
sebab sakit gila2.. macam nak tercabut perut aku.. kaki kaki aku..
mak mertua aku cakap sebab duduk dalam keta lama dan berjalan banyak..

memang la..dalam kereta aku mana boleh menyandar bila Fatimah tido...
aku akan letak dia barang atas kusyen.. jadi aku????
aku kena duduk sipi2 tangan letak kat pemandu depan..
memang aku tak selesa..
sampai aku ugut balik dari sini aku nak jual keta exora nie..
memandai2 susun bagi orang penuh dalam kereta nie..
tak pikir ker aku lenguh ka apa..dengan Fatimah lagi..
orang lain sedap berdengkur kat sebelah..

ermmmm... tak leh nak tulis lebih lebih..nanti jadi lagi geram..
ni aku tak cerita kat mak aku lagi nie..
nanti lagi sakan mak aku marah..hahaaha





No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...