Pages

Showing posts with label tomei. Show all posts
Showing posts with label tomei. Show all posts

Friday

Keluarga Kecik


Assalammualaikum

hi,


aritu ada jamuan hari raya di pejabat aku..

balik awal malam tu sebab rushing ada open house rumah jiran..

jadi nie ja gambar famili yang sempat amek..

dan ni jugak gambar famili kecik aku yang lengkap pakai baju  raya..

hahaa










Thursday

Anak-anak Kurus



assalammualaikum


anak anak aku dua dua kurus ja sekarang..
nak kata tak bagi makan, aku jamu segala..
nak nak si kakak, Fatimah ni..
semua aku bagi..aku masak bagi..tapi dia tak mau nya makan..
last ritu sebelum aku bersalin Maryam, Fatimah nya BMI dah masuk ke line kuning dah..
berat 9.4 kg..umur time tu dah 2 tahun lebih dah..
pastu kena gi klinik tiap tiap bulan..
bila ada kenaikan 1kg jadi 10.4kg,
last week gi check up sekali lagi sekali ngan Maryam,
dua dua berat tak naik..
Fatimah berat maintain 10.4kg..
Maryam naik 0.08kg je.. 80gram je naik..
dari 5mo 5.92kg jadi 6kg..
sedih aku tau..

paling aku sedih bila aku tengok Fatimah la..
kurus keding..
time aku bagi mandi dia, time aku bagi pakai pampers,time aku tengok dia tido..
kurus kedinggggg..
keciannnn..
ibu mana tak sedih kan..
Fatimah picky eater..
ada benda dia makan, ada benda dia tak makan..
ada benda arini dia makan, esok belum tentu dia akan makan..

sekarang pampers Drypers saiz L muat je pakai,
kami beli 1 beg je pampers, share la hampa dua beradik..
betapa kurus keding nya Fatimah..

sedih aku tengok dia..
lagi sedih bila ada mulut mulut akan berbunyi 
"tak bagi anak makan ka"
"masak la bagi dia makan apa-apa"
"jaga anak jangan malas nak bagi makan"
macam macam lagi kena hadap..

ni pagi2 sebelum Ramadhan ritu mesti singgah makan dulu..
aku kecian dia nanti lapar bila gi duduk umah ngasuh..
bukan mak ngasuh dia tak bagi makan.. 
diorang bagi..sedia macam2 makanan..
tapi Fatimah ni haa.. tak makan nya..
harap ke susu ke 5 6 botol sehari..


kadang2 dia nak makan roti canai..habis la sebijik dia sorang..
kadang2 nak aku suapkan nasik lemak..
kadang2 dia nak bungkus je nak makan ngan mak ngasuh dia..
aku ok ja..
boleh jugak aku bonding time dengan dia..
sempat la breakfast sekali..




tengok ni..
fatimah waktu kat pejabat aku..
kurus keding ja..


ni pulak Maryam..
start 6 bulan ritu dah start bagi makan..
aku buat puree..
macam macam buah aku buat..
apple, pir, betik..
kurma..nasik..brokoli, carrot..
tapi tak dia makan..
aku pun xtahu kenapa..
dia xmau makan..aku suap dia luah..
aku suap dia sembur2..
tapi aku tau dia lapaq..
bila kami tengah makan,
dikunyah2 air liur dia..
nganga nganga mulut mintak makanan..
aku buatkan bubur, tak makan pulak..
ritu test tambah serbuk ikan bilis..
tak makan jugak..
aku pun buntu dah sekarang..huhuhu

bila balik kampung..
MIL soh suami aku belikan nestum pulak..
memang tak la aku bagi..
sebab tu aku pulun jugak masak2 macam2 nak bagi anak2 aku makan..
MIL aku cakap bagi makan nestum kenyang sikit perut dia..
tido ja lepas makan..
aku tau.. tapi kalo boleh aku tak mau la bagi anak aku makan nestum..
sebab aku mampu bagi anak aku makan lain kan..
pastu bila aku cakap tak elok untuk usus dan perut dia..
MIL aku cakap, dia jaga anak 6 orang..hidup je smpai sekarang..
ermmm.. aku nak kata apa lagi kan..
derhaka pulak nanti..dah menantu hantu je aku ni..huhuhu
tapi aku tetap tak bagi nestum tu..


aku nak yang terbaik ja untuk anak anak aku..
sebab tu aku kadang2 sedar tindakan aku tu ada orang tak puas hati..
seolah olah aku melawan cakap diorang..
tapi aku IBU..
aku yang mengandungkan anak anak aku..
aku yang melahirkan anak anak aku..
aku yang jaga anak anak dalam berpantang sampai sekarang..
jadi bagi la aku buat keputusan..
if apa apa jadi, aku jugak yang susah..
aku jugak yang kena tengokkan anak anak aku..
bukan mulut mulut lain tu..
jadi tolong lah faham aku..
aku IBU..


Friday

Fatimah :: Basikal


Assalamualaikum

arini nak cerita sikit tentang Fatimah
lama dah aku tak cerita pasal Fatimah kan..
minta maaf kakak, ibu tak sempat >.<
bajet dia baca blog aku kan.. hahaha

sebulan lepas, dalam middle April, 
Fatimah dah start pandai kayuh basikal dah..
sebelum2 ni, dia main tolak2 ngn kaki ja..
waktu tu pakai basikal Idris kecik2 dulu ja..
kaler biru macam kat bawah nie..

tak kira masa dengan basikal dia ja..
dalam rumah pun sama,
luar rumah pun sama..
semua guna kaki..

bukannya tak pandai kayuh,
tapi entah Fatimah nie..
kadang-kadang aku tengok dia kayuh ja,
tapi most of the time memang dia tolak tolak ngan kaki..


ni waktu aktiviti riadah..
rumah rumah jiran kosong lagi,
baru beberapa biji je yang da occupied,
selebihnya kosong.
Jadi seronok la dia dok main basikal dia..
sampai peluh peluh jugak,
cuma hari cuti je lah,
sebab kalo hari bekerja memang tak sempat nak main ke apa kat luar
sebab dah sampai rumah dah pukul 7..

lagipun kalo ada abah dia baru aku bagi dia main di luar,
buatnya aku ngn anak anak2 ja di luar abahnya takda,
ada orang kacau ka mana sempat aku nak tarik Fatimah masuk kan..

aku ni mental sikit, selalu pikir akan ada orang jahat sekarang ni..



ni pulak bila bawak basikal tu ke dalam rumah,
memang macam macam la aktiviti dia,
buat buat pergi kedai beli bawang la,
pergi sekolah la,
bawak kitty dia jalan jalan la,
ada ja dia create situasi sendiri,

Nak dijadikan cerita,
satu hari tu, dia rongkah (bahasa kedah) atau dia cabutkan semua skru skru yang ada,
togel terus basikal dia, tinggai rangka ja,
habis bumper depan tu, 
basket belakang tu,
seat pun tercabut,
semua dia cabut..
sebab skru skru semua dah longgar dah.
basikal biru ni lama sangat dah,
mak abah beli untuk Idris waktu dia kecik kecik lagi..
Fatimah pun takda lagi rasanya..
suami aku terpaksa ikat seat tu sebab dia dok naik basikal tu duduk atas rangka..
hahahaha

Jadinya,
bila basikal dia dah togel macam tu,
dia sebut pulak, 
"nanti ibu beli basikal baru naa"
"nanti abah beli basikal kat mah tau"
pandai pulak dia nie.. hehe..

tapi aku dengan lie slalu cakap kat dia,
"Kakak kayuh betoi betoi dulu baru abah beli"
pastu terus dia pandai pulak kayuh kayuh,
lengkap satu pusingan kaki time kayuh tu..

pastu dia cakap balik bila dia dah pandai kayuh tu,
"Mah pandai kayuh dah, nanti ibu beli basikal baru naa"
"Tengok ni Mah pandai dah, nanti abah beli baru naa"

itu lah ayat yang dia dok sebut sebut slalu bila main basikal togel dia tu.

Aku pun berbincang la ngan lie,
jadi, 16hb Mei ritu, 
kami pegi la kilang basikal kat Guar nie,
sebelah taman rumah aku ja pun,
duduk di dapur rumah aku pun leh nampak kilang nie.
kikikikiki..

waktu pegi tu petang selepas famili day office aku.. -nanti aku story
Maryam letak di rumah pengasuh..

sampai di kilang tu,
Fatimah excited
sebab banyak basikal
macam-macam pilihan ada..
semua dia try naik..
yang ada cermin la, yang ada loceng la..

pilih punya pilih dekat sejam jugak la
sebab rabun mata dah tengok,
lie lak dok tawar tawar harga..

jadi Fatimah pilih yang kaler oren nie,
ada cermin, ada loceng, ada seat, ada bakul..
lengkap dia amek,..
total harga abah dia beli RM115..
kami tak tau la mahal ke murah,
kami beli ja lah..
sebagai reward untuk Fatimah..
seronoknya dia,
terus bawak balik kampung petang tu jugak..
hehehe



sesekali bahagiakan anak-anak pun seronok juga kan..






Thursday

Maryam :: 5 bulan

assalamualaikum

macam lama tak menaip kan..kikikiki
aku busy gila skrg..
bangun kol 4 pagi pun belum tentu setel semua benda..
kadang-kadang rasa macam malam tak mau tido..hukhukhuk

tapi isfatehah hebat..
hahaha..
itu la yang selalu aku cakap kat diri aku pun..kikiki
aku slalu pikir ada yang lagi letih dari aku..
so aku lalui jugak la..
tapi kadang-kadang rasa macam bosan pulak..
tiap-tiap hari rutin yang sama ja kan..kikikiki

ok ni nak cerita perkembangan Maryam..
umur masuk 3 bulan ja dah start nak pusing pusing badan..
dalam 3 bulan setengah dah start meniarap dah..
pandai dah tarik tangan dari tersepit..
sekarang ni dah 5 bulan kalo tido tu dah start buas dah..
aku ritu penah sekali sedar-sedar dia menangis kat hujung kaki aku dah..
nasib baik tido bawah..
sekarang dah pandai mengundur ke belakang..
dah start angkat-angkat bontot dia..
pulak, sekarang kalo pegand dia sambil duduk..confirm dia menangis..
mintak bawak berjalan..
pastu kalo kita duduk, ada orang lain tengah berdiri..pandai pulak depa tangan sambil sengih2 mintak dukung..

so far alhamdulillah.. rezeki susu untuk dia ada lagi..
jadi badan pun macam dah di pum-pum..

apa pun perkembangan anak-anak aku ok ja..
tak mau banding2.. lain anak lain ragam dia kan..

aku tengok Maryam ni cool sikit..
maybe sebab anak kedua kot..
dia slalu usya ja kakak dia buat apa pun..
esok-esok mesti dia pun join kakak dia..kikikikiki

slalunya kalo Fatimah meragam, Maryam mesti tengok dan diam...
aku rasa dia faham kot, kakak dia perlukan perhatian..
kadang-kadang aku rasa kecian kat Maryam, selalu beralah untuk kakak dia..
kadang-kadang aku rasa kecian kat Fatimah jugak, sebab aku banyak masa dok belek Maryam..
kikikikiki.. mental kan aku nie..kekekeke..

Apapun,
hopefully my Fatimah and Maryam, please grow up being great Muslimah..
Sayang!!



style dalam car seat.. dah pandai tak mau sandar..



Kak Fatimah


Bismillah



Fatimah ooo fatimah..

Fatimah ready ka nak jadi Kak Long?

wuahahaha... kalo ready, ibu nak plan nie...hehehe..



Monday

Tetamu tak di undang

Bismillah..

Assalamualaikum!!

tu dia tanya seru..hahaha..
lama rasa xupdate..idea ada cuma malassss...hehe..

ha ni cerita sebelum raya ritu sebenarnya..
tengok la ni baru aku nk update..wuahaha..
sorry la..mood tak berapa ada...nak pulak nak raya ritu down gila kan..
haha..malas nak cerita dah.. hehe..

ari isnin sebelum raya tu..yakni 5hb Aug tu.. aku still keja..
selasa baru start cuti..
so aku tak mau la nyusahkan mak ngasuh Fatimah ritu..
nak bagi dia rehat dekat nak raya tu..
so aku bawak la mek ni ke pejabat..
abah Fatimah cuti tapi aku pun tak berapa nak harap sangat kat abah dia..
wuahahaha..

pagi nak ke pejabat tu, abah aku tanya ok ka aku nak bawak dia g office kan..
ya lah sat gi officemate lain rasa rimas ka apa kan..
hehe..

aku lak ingat ramai dah cuti minggu tu..sebab isnin ja kot keja..
pastu dah start cuti seminggu dua kan..
tengok tengok pagi tu, ramai lagi yang keja..
huhuhu..segan weii bawak mek ni ke office sebab dia kannya mau dok diam..hehe

mula mula tu tak mai lagi mood nak main tu..
bila aku start letak dia atas meja sambil buat keja, dia mula la..
banyak keja dia boleh buat kan..
habis bersepah meja aku.. semua dia tarik, dia main..hehe
pastu main lak, mulut tak diam... habis bising satu pejabat.. hehe



ni waktu aku leka sikit, dia panjat siap kabinet printer semua nie..
waktu nie officemate aku dok melayan..dia mau jugak dengaq..hehe

lama jugak aku biaq dia main main tu..
lama lama aku tengok koi bising dah mulut tu.. mesti mengantok..so aku bawak ke surau nak menyusu ngan bagi tidoq..



sampai surau dia nampak pili ayaq lak..tak jadi nak tidoq..
dok tenung pili ayaq, pastu kalih tengok aku..bajet ibu nak tolong bukak pili bagi main ayaq la tu.. hehe




ni dok gagau gagau kot ada ayaq..




dalam sepuluh minit, aku tengok dok tenyeh mata dah..
confirm mengantok.. bangun koi 6 pagi tu..dekat koi 10 tak lena lagi..
so aku pun bagi susu dia xmau..aku sua nenen, dok kembam sampai lena..hehehe




bila Fatimah dah lena, ngan aku sekali join lena..wuahahahaha..
seb baik bos aku baik.. tak kisah sangat..hahaha..




ni pengalaman aku bawak Fatimah ke pejabat..
kalau dah leh berjalan ka senang sikit la..boleh biaq ja dia main sana sini..
sekarang dok merangkak lagi..tak kan aku nak biaq dia merangkak kot lantai kan..
so fokus nak buat keja memang kurang la..hehe..

apa pun, senang nak handle Fatimah kat office ritu..





Thursday

Tak sangka bertuahnya Fatimah

Bismillah..

aku penat2 balik dari bank terus bukak blog..
plan nak update sikit..
pastu ngelat p blogwalking..

pastu tengoh Safiyyah dah update tentang pemenang Contest baby ceria dia buat ritu tu..
tengok Sini ...
laju la klik sebab nak tengok pemenang sebab aku tau confirm tak dapat nya..
ramai lagi yang gambaq anak depa ceria ceria kan..

pastu tengok2..
coihhh gambaq Fatimah...
terkedu aku...
dapat pemenang utama lak tu kan..
wahahaha...




Alhamdulillah... bertuah nya Fatimah anak ibu nieee...heee

aku excited weii.. sorry...

ni gambaq aku boh ritu..
tengok sini penyertaan aku ritu..





heee... thanks Safiyyah...

Fatimah dapat la Ergo Carrier tu.. senang kit ibu ngan abah nak bawak dia g shopping ngan jalan jalan..
heheee...



love!



Friday

Fatimah :: Ikut abang

Bismillah

ce na kau nya posa hari ke tiga nie? ok dak..
aku steady lagi.. berkat makan kurma dengan minum ESP shaklee pagi tadi kot.. hehe..
boleh pulak time bangun nak masak soq tu, Fatimah pun bangun sekali..
aku pun bagi susu soh abah dia bagikan..
mek tu ka kalo dok ngan abah dia ka, bukannya mau tidoq.. kira nak main ja.. hehe
pastu aku lari sat menyusu dia baru dia nak tidoq..
kalo time tu kita sumbat botoi memang tak tidoq nya la mek tu.. hehe..

ok ok aku melalut.. hehe..
sejak posa nie aku macam banyak idea lak nak menaip nie.. tu yg semua benda nak cerita tu.. hehe..

korang tau kan.. aku ada anak menakan nama IDRIS kan kan kan kan..
Idris nie macam madu n racun la utk kami sekeluarga..
Allah pinjamkan dia dekat kak aku saat kak aku memang perlukan dia..
kami pun perlukan dia.. dia memang menceriakan hidup kami.. dia jugak yang banyak buat famili aku mcm berkumpul, bersatu macam tu la.. hehe..

pastu sejak aku preggy memang aku dok tenung gambaq Idris ja..
aku nak sangat anak aku macam Idris.. cerdik macam dia.. cergas macam dia.. semua la.. hehe
time aku preggy jugak Idris selalu mai henyak perut aku, mai cakap cakap kat baby dlm perut..
selalu jugak dia dok mai panggil "Adik" kat perut aku nie..hehe..

waktu baru beranak ke Fatimah, orang kan dok mai tumpu kat Fatimah..
nak pulak Fatimah cucu perempuan sulung dlm famili aku..
pastu nama Fatimah kan klasik sikit, tu yg jiran2 sedara mara pakat suka tu..

Idris nie jeles la sikit..tau dia buat apa kat Fatimah? hehe
bila time orang dok kerumum Fatimah, Idris mai pukui Fatimah kat dahi..
memang menjerit la semua orang..
pastu Idris menangis2 la.. Fatimah lagi la.. kecik lagi..

boleh kata tiap tiap hari nak pukui Fatimah..
pantang kita ralit kit mesti tangan tu laju ja..
Fatimah keja menangis ja tiap tiap hari kena pukui..

tapi sekarang nie kalo dia geram ka apa, kalo dia pukui Fatimah..
Fatimah sengih ja.. sebab dah terbiasa.. hahaha

la ni depa dah bestfriend..sikit sikit mana adik..mana Fatimah..
apa abang buat mesti Fatimah ikut..
awai ritu xleh mengesot / merangkak g.. dia tengok ja..
mata tak lepas usya abang dia..

la ni ka.. merangkak dah.. memanjat dah..
kalo nampak abang kat kotak mainan dia ka..Fatimah ikut sekali p punggah mainan..
tapi kekadang Idris kedekut jugak nak bagi mainan dia.. hehe..

kiranya apa ja abang dia buat dia nak buat jugak..
kalo abang dia ada kat bawah, dia kat atas..dia dok usya balik pagaq (Oo abah aku pasang balik pagaq kat tangga sejak Fatimah jatuh ritu)
perangai pun dah sama macam Idris sikit.. susah nak tidoq.. malam ka siang sama ja..nak main ja keja dia..
nak lagi kalo balik Yan, memang x tidoq selagi abang x tidoq.. abang pun sama..
tu yg kalo nak bagi depa tidoq..sorang kena bawak masuk bilik, kunci pintu.. hehe

aku kalo boleh nak ja tiap tiap ari bagi Fatimah main ngan Idris..
baru cepat cerdik sikit.. cepat belajaq kit.. cergas ja sentiasa..
pastu biaq dia membesaq dengan Idris.. hehe..


Ni pagi besday aku ritu.. bukak mata ja tequih main..

sat abang henyak adik..sat adik p henyak abang

ni kat rumah aku ritu.. macam sebulan tak jumpa.. padahal baru 3 hari..

Ni hari Fatimah demam teruk ritu.. nampak Idris tequih cergas..

berebut nak bawak kereta


Fatimah nak henyak abang lak..

Ni Idris tengah ajak Fatimah upin ipin

Idris buat lawak, Fatimah gelak mengekek sampai terbalik.. hehe


sebenarnya aku buat entry nie sebab minggu ni xbalik Yan..huhuhu
sebab nak balik Pedu.. aku dah la cepat rindu Idris..rindu nak tengok dia main dengan Fatimah..rindu la..
huhuhu

mode # jiwa kacau, tak seronok.. huhuhu






Fatimah :: Jatuh Katil

Bismillah

Assalamualaikum

anak ko penah jatuh katil?x pun jatuh tangga ka? x pun tengah duduk xdapat imbang, terus terlentang?
haa anak aku si Fatimah  ni dah merasa dah semua nya..huhu

ko nak tahu time semua tu jadi aku rasa apa?
rasa macam kalo cucuk pisau kat muka pun xkeluaq darah..
punya terkejut...

nak pulak kemarin balik dari amek dia, bawak g bazar cari lauk..
on da way tu dia memang lali lali dah dlm bouncing dia..
aku dok gerak xbagi tidoq g.. nanti nak g cari lauk susah kan..

pas da  beli semua.. kami balik la rumah..
kau nak tau dak Fatimah tu jakun p bazar.. kiri kanan dok pusing..
tengok orang ramai.. hehehe..

pastu balik dari rumah.. aku letak lauk salin bagai..
aku menyusu dia la..
nahh terus terlena... pastu aku letak la bantal keliling dia..
pastu aku terus bersilat kat dapur...

dok tengah aku masak tu..tiba tiba kau tau..
terus aku dengaq bunyi dia meraung raungggg...
lari aku p tengok dia dok tertiarap kat lantai..menangis nie xyah cakap la..
celop terus.. xdengaq suara terus...
aku jadi terkejut gila.. terus angkat dia.. gosok dahi dia..badan dia..

lama jugak baru dia relax kit tapi dok sedu sedu lagi..
aku ni siap menangis sekali dah.. risau kau tau..
takut patah tulang ka.. retak ka..

aku tuam dahi dia yang berbekas merah tu dengan kain wap panas..
pastu aku ayak ayak zikir bagai.. elok nak letak bawah..dia xmau..
dia nak dok atas aku ja.. so aku biaq ja la.. maybe dia pun terkejut lagi kan..
lama jugak dia dok lali lali atas aku..
elok dah aku tengok dia ralit sikit baru aku letak dia kat bawah..
aku lapik toto ngan bantai..biaq dia tidoq depan tv.. senang.. huhuhu..

tu cerita jatuh katil..

ni cerita jatuh tangga..

ritu time tu rasanya fatimah baru 4mo ++..
kami 3 beranak kan tidoq depan tv..tv kat atas..bawah ruang tamu..
alahh bukan bertingkat sangat.. cuma ada 3 anak tangga ja..hehe..
selalunya aku akan menyusu dia sebelah kanan la..
so aku block la ruang tangga tu dari dia mengesot / pusing pusing time tidoq..
nak jadi cerita one day tu, breast sebelah kiri dah penuh gila..meleleh leleh..
so aku tukaq la posisi..menyusu sebelah kiri..
jadi Fatimah dok sebelah tangga la..aku letak bantal keliling tu..
tengah menyusu aku terlena..
sedaq sedaq dia dah meraung raung dah.. tengok kat tepi xdak..
rupanya dah dok kat anak tangga hat bawah dah..
huhuhuhu..

lately Fatimah selalu jatuh tergolek..
tak kira la tengah main ka tengah duduk ka..
mesti terjatuh nya..
kekadang tu ada jugak dia dok main ngan abang idris.. dia p lanyak abang idris..
abang idris lanyak dia balik.. hahahaha..

anak korang selalu jatuh dak..






Wednesday

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


Bismillah..



As salam guysss!! harusla arini ceria..hehe

pagi pagi check blog, tengok tengok Safiyyah buat Contest Baby Ceria...
of cos la ibu nak join kan untuk Fatimah.. hehee..lagipun ibu dah dua tiga kali membeli dekat Safiyyah nie..romper romper Fatimah semua beli dari dia..servis memang terbaik.. barang kualiti.. so ibu hepi je.. hehehe

see see banner kat atas tu.. comel kan Adelia tu.. mau cubit pipi dia.. hehe..

syarat syarat simple dimple je..

Jom kita join!!

syarat ni untuk join ikut blog ye :-

1. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


2. Anda harus masukkan gambar banner contest. (gambaq Adelia di atas ye)

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

6. Submit kepada Safiyyah entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.


7. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

ok la.. pilih punya pilih.. ibu pilih la gambaq bawah nie.....

In shaa Allah, kalo ada rezeki ada la kan nak dapat satu hadiah kan.. hehehe..

so ini la dia puteri ibu, FATIMAH ADILIA MOHAMAD FADZELI


FATIMAH ADILIA MOHAMAD FADZELI
mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang 
http://barangbabymurah.blogspot.com

kenapa pilih gambaq nie?

haa, mai ni nak habaq... first sekali sebab dalam gambaq tu Fatimah pakai romper beli dekat Safiyyah la.. (bodek sikit boleh kot nooo.. heee)... :)
pastu Fatimah ceria je dalam gambaq nie.. excited nak p berjalan kot... waktu ni kat penang airport nak p Sarawak aritu..

so kalo rezeki Fatimah dalam contest nie.. ibu nak ERGO CARIER kaler HIJAU boleh dak.. hehehe..

In Shaa Allah, kalo ada rezeki ada la.. hehe..

Ni nama penuh ibu : Isfatehah Adi Ahmad
Ni nama penuh baby : Fatimah Adilia Mohamad Fadzeli


bye... xoxo





Monday

Update perkembangan Fatimah : 2 bulan

Bismillah


Tadi g check up Fatimah 2 bulan..
kena cucuk sedas..terus selop..dok sat terus tidoq.. hehe..
cian anak ibu..
time nak kena cucuk tu, Ibu yang tutup mata..
kecian -.-"
Ibu kan drama.. hehe

Berat Fatimah - naik 1 kg = 4.5kg
berat Ibu turun dari 63.5 kg jadi 61.7kg..
turun at least 1 kg..
which is Ibu hepi sangat2 sebab makin kurus..
haha..
Ibu kecewi lagi..

see see..
ibu makin kurus..
Fakta bukan auta ye..
haha

anak terhelei..

niat nak update perkembangan Fatimah kan..
tetiba cerita bab berat ibu lak kan..
hehehe..


dah masuk 2 bulan nie..
Fatimah dah banyak akai..
oh ye..kitaorang ada lagu..
macam nie haa
"fuang tuku takai, budak buas banyak akai"
selalu menyanyi kat Fatimah..

Lately,
bila mai malam ja mesti teriak sampai selop..
huhu..
kekadang tu siang pun meragam 
kekadang tu Fatimah nak tidoq mesti meragam
sebab x tau nak tidoq macam na kan..

Ibu lak seorang yang anti-ndoi..
memang dah set dari awai xmau boh Fatimah dalam ndoi..
tapi kita merancang kan..Allah tentukan..

first time boh Fatimah dalam ndoi tidoq dekat 4jam..
punya qhalit tidoq..
lepas tu dia refuse lak..

pastu baru dapat tune dia semula..
rupanya kalo time dia tengah melalak,
jangan ada hati nak boh ndoi..
memang lagi melalak..

kena tepuk tepuk..
lailahailallah dulu baru dia diam..
baru boleh masukkan dalam ndoi..
huhu..

kesimpulannya..
Ibu dengan abah akan g beli satu set buai kat Fatimah..
esokla ye..tunggu gaji.. haha..


dok merap sangat, Tokwan boh dalam ndoi..
terus lena..




xoxo



love!


Friday


just for sharing...



utk sama2 tersenyum melihat betapa comei nya baby temuk ni..(9_9")



**




**




**




**




**








nama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...