Pages

Wednesday

Keluarga Adi Raya 2019

Raya tahun ni antara raya paling best sekali sepanjang aku kahwin..
Sebab selepas 8kali raya sepanjang aku kahwin, ni baru kali kedua aku dapat beraya di hari raya pertama sebelah aku, di Yan hahahaha
Kebetulan pulak memang sebelah aku, aku ja yang selalu takda waktu raya..
adik beradik aku yang lain semua beraya sebelah Yan.
Abg sulong aku, kami panggil Abang Adi. Depa dok di Johor, kak ipar aku orang Iban Sarawak, so raya memang confirm balik Yan..
Anak depa tiga orang, Benedict Atem, Kornelis Legai dan terbaru Ahmad Fawwaz..
anak depa hat besar 2 orang tu cukup suka balik Yan..
Kakak aku, kami panggil Kak Aten, ibu tunggal anak sorang, Idris.. 
memang duduk sekali mak abah, dia yang dok jaga mak abah pun selama ni.
Adik kembar aku, Elit pulak bujang tang tang..
Adik bongsu pulak, Amin kawin dengan Ayu dan anak dah dua Noah dan Hud.
Ayu orang Dulang, kampung sebelah.. dekat sangat..kentut pun dengar.. hahaha
Jadi tinggal lah aku yang setiap tahun beraya di rumah mertua di Pedu..
raya kedua atau ketiga baru balik Yan.. 
tu pun kalau aku bunyi baru petang raya pertama balik Yan..
tu pun jarang dapat..padahal sejam setengah ja jauh nya..hahaha..
jadi jarang lah aku dapat bergambar di hari raya pertama dengan keluarga aku
selalu kalau aku beraya di Pedu, raya kedua atau ketiga tunggu aku balik baru depa bergambar
sebab depa takmau aku sedih kalau aku tengok gambar tu..terharu tau

Tahun ni kali kedua aku beraya di Yan since 2011 lepas kawin..
hampa bayangkan..tegar nya aku walaupun dalam hati taksiapa yang tahu hahahaa
tahun pertama, ke-2, 4,5,6,7 semua di Pedu..tahun ke 3 dulu penah beraya di Yan tapi tengahari dah balik Pedu..hahaha..

Jadi tahun ni memang aku nantikan sangat nak beraya..
Nak pulak seminggu sebelum raya anak-anak aku yang perempuan, Fatimah dan Maryam, abah aku dah mai ambik bawak balik Yan..
Jadi tinggallah aku dengan Ibraheem dan laki aku..
Nak pulak time tu time aku closing..memang balik lewat la selalu, tak masak pn seminggu tu, semua beli bazar..

Hari last day kerja hari closing, 1hb.. aku beli tiket feri 3hb, sebab 2hb laki aku pun keja lagi..
seminggu tu memang aku keja counting days ja bila nak balik..
punya la excited.. aku pulak dah lama tak balik Yan..

Sampai ke hari ni aku masih ingat lagi moment 1hb hingga hari raya..
setiap moment tu aku ingat..sebab bagi aku tu antara kenangan balik kampung paling indah dalam hidup aku

Okla.. aku belanja gambar raya la sikit.. ni semua ambik gambar di Yan, di pedu aku tak ambik gambar pun





Salam dari Langkawi

Assalammualaikum

lama gila aku tak update blog aku ni..
sebab kekangan masa dan aku lupa password..

harini dah trace semula so dapat la update sikit..

Ya harini hampir 3 tahun dah aku dan keluarga kecik aku stay di Langkawi..
Aku move sini since Ibraheem baru 4 bulan..
Aku dapat keja disini, jumaat interview, Isnin 27 Nov 2016 terus masuk keja..
Cepat gila.. just angkut kain baju dan anak anak je mai sini..
laki pun aku tinggai..
lepas 2 bulan baru laki aku mai duduk sekali kt langkawi sampai sekarang..
hahaha

sebulan setengah disini kami (aku dan anak) sewa bilik ja di pekan kuah,
kebetulan terjumpa bilik sewa dan ada pengasuh bawah bilik sewa kami tu..
Alhamdulillah perancangan Allah tepat untuk kita..
Pengasuh tu satu keluarga dah jadi keluarga angkat kami disini..
susah senang aku, depa satu keluarga ada dengan aku..
Tak terbalas budi depa sebenarnya..

Sejak pindah sini, sekarang ni keja aku yang ketiga dah sebenarnya di Langkawi..
harapnya ini yang terakhir lah..
aku nak stay satu keja lama-lama..
First job aritu di fishfarm company, international company wei...
Rusia punya... sempat keja dalam 5 bulan ja.. internal problem syarikat tu..
so tanpa aku melengahkan masa, aku cabut terus lepas dapat gaji..
aku nak resign depa tak bagi..
Second job, keja hotel.. Myangkasa hotel.. under Angkasa..
Alhamdulillah keja best gila..dapat kawan kawan ramai kat situ..
sempat bertahan setahun setengah lebih macam tu sebelum aku dapat keja sekarang..
Keja sekarang sejak Dec 2018..
Alhamdulillah so far ok laa..
awal aritu macam nak resign jugak hahahaha..tapi kuatkan hati dan redho ja dengan qada' dan qadar.. Alhamdulillah ni pilihan tepat..

Rumah pulak..
First 2 month tu sewa bilik tu kan di pekan kuah...
best sebenarnya situ, dekat dengan masjid, kedai, semua lah..
tapi tak best sebab persekitaran dia terlalu sempit, kotor dan rumah tu rumah atas, so anak-anak nak membesar macam mana, main dalam rumah ja..
pastu kami sewa di Kelibang, lagi best..
rumah atas laut.. memang cantik..
kecik ja rumah, satu bilik, harga memang harga macam rumah sewa semi-D di Guar..
haahahaha..
tapi best rumah ni..selesa.. air pasang ja seronok la tangkap ketam.. air sampai ke pintu.. best...
tapi fikir-fikir sampai bila kan..
kesian anak jugak tak dak ruang nak bermain, depan tu laut kan..
anak pulak lasak..
Jadi cari rumah lain pulak
Rumah ketiga ni, 2 bilik rumah atas bukit..
so far ok sangat rumah tu cuma rumah atas bukit..
naik turun bukit tu sampai jahanam kereta kami..
tuan rumah satu keluarga ok dengan kami..tak pernah lupa panggil makan kenduri kalau ada..
depa buat macam keluarga..
tapi bila aku start keja ketiga di kilang simen ni, aku minta kuarters (depa panggil housing)..
alang dah ada, aku bincang dengan laki aku, nak berjimat sama, so aku minta la..
sekarang ni kami dah pindah ke housing..baru seminggu duduk..
so far Alhamdulillah..

Mak abah aku kata, perancangan Allah tu selalunya dah terbaik untuk kita..
if kita rasa susah, kita kena ingat semua ni dalam perancangan Allah..
setiap perancangan Allah mestila yang terbaik kan..

Jadi aku bersyukur sangat sekarang


ok nanti aku update lagi..
Mood nak update blog ni dah mai..


Thursday

FREELANCE ACCOUNTING SERVICES area Kedah

Assalammualaikum

Hari ini saya akan memulakan FREELANCE ACCOUNTING SERVICE yang terbaik untuk anda!!

Saya menyediakan perkhidmatan perakaunan:

A) Laporan penuh perakaunan

1) Penyata Kewangan / Balance Sheet
2) Penyata Untung Rugi / Profit & Loss
3) General Ledger
4) Cash Flow
5) Lain-lain

B)  Menyediakan laporan kewangan bulanan / tahunan bagi syarikat:

1) Enterprise
2) Sdn Bhd

Saya akan ke tempat client bagi kawasan sekitar KEDAH untuk mengambil document / jika ada perbincangan.

Jika berminat sila hubungi 019-269 9635 atau email adifateha@yahoo.com

Saturday

Lama menghilang

Assalammualaikum..

Apa khabar blog ku?
Last update 27 nov 2015.. lastday keja di naza.. arini 17 sept 2016 baru nk update balik..lama kan menghilang..

Nak mula macam mana pun tak tahu la..
Nak mula dengan cerita apa pun dah confius..kikiki..

Alhamdulillah..aku sihat ja..
Arini dah 43 ari berpantang..
Oppssss!.. ya ya.. aku beranak lagi..hahaha
Aritu aku janji nak cerita bab maryam..
tup tup keluar si adik Ibraheem..
Kecian maryam cerita dia tak banyak..
Nanti aku cerita balik semua hutang cerita yang aku janji tu..hehehe

Sekarang aku masih housewife..
Masih menyesuaikan diri jadi housewife..
Kenapa mcm tu?
Ada banyak sebab dia..hahaha
Aku jenuh kampoi balik semua cerita2..
Aku kna update tiap2 ari la lepas ni..
Kikikiki..

Apa pun Alhamdulillah aku dan anak2 sihat sejahtera..

Friday

Farewell 26.11.2015

assalamualaikum..


Kemarin Naza Academy buatkan majlis perpisahan untuk semua staff yang VSS..

sebenarnya aku bertahan tak mau menangis2 ja sepanjang majlis..

waktu kena bagi speech tu aku control ja..sampai terketar-ketar tangan..

hahaha..

aku sedih...

aku sayu...

6 tahun aku kat Naza Academy..

Jatuh bangun dalam karier aku semua di Naza ni..

sedih sangat-sangat..


Kami berdua masuk kerja di sini 2009.. dari bujang sampai Ayzan dah anak 3, aku anak 2.. dan hari nie sambut farewell dengan dia sekali.. kami sama-sama amek VSS ni..hopefully kami terus berkembang dengan sihat sekali..kikiki




to all NZA'ian,

Saya doakan anda semua terus success dalam apa jua yang anda buat..
saya doakan juga NZA terus maju dan berkembang..
Teruskan jemaah...

Thanks untuk 6 tahun yang hebat nie..

Maaf untuk segala kekurangan diri saya..






Wednesday

Kerja :: Minggu Akhir

Assalammualaikum

Selepas 6 tahun berkhidmat di Naza Academy,
minggu ni adalah minggu terakhir aku..

Perasaan??
Tak dapat di gambarkan..
Semua ada..
Bercampur-campur..
Sayu, sedih, happy, tak sabar...
Semua la....

Aku sayang kerjaya aku sebenarnya..
Aku sayang kerja aku sekarang..
Sebab ini cita-cita aku..
Nak jadi Akauntan kan..
Sebab apa yang aku buat sekarang semua aku suka..
Tapi keadaan yang memaksa..
Huhuhuhu..

Aku redha..

Aku sayang kerja aku..
Aku sayang bos aku, En. Rosli...
Sayang sebagai staff je la..
Sebab aku rasa tak da bos yang sebaik En. Rosli ni...

Aku ada sebab sendiri kenapa aku terima offer VSS ni..
Sedih sebenarnya..
Tapi aku redha sebab keputusan aku dah buat..

Thursday

Mangsa Buli

Assalammualaikum..

Kalo jadi adik memang selalu akan kena buli ngan kakak ka?
Aku dulu takdak pulak KakTen buli aku.
Kikikiki..
Tapi AbgAdi selalu buli adik-adik dia..sebab dia abang sulong..kikiki..

La ni tengok karenah anak-anak macam-macam..
KakakFatimah selalu sangat buli adikMaryam..
Hahaha..
Kadang-kadang tu mainan dia, dia tak pandang pun..
Tapi elok adik dia pegang ja..menjerit2 dia nak main.. berebut-rebut dua-dua naj main..
Adik pulak dah pandai sekarang berebut-rebut ni.. sakan sama naik macam kakak..
Memang menjerit-jerit la depa dua-dua..

Tapi selalu kakakFatimah akan buli adik dia la..
Dia kurung adik dalam bilik..
Dia tutup muka adik dengan selimut..
Dia tutup adik dengan raga..
Dia conteng muka adik..
Dia penyek-penyek muka adik..
Yang adik pulak kalo teruk sangat baru dia menangis..
Kalo ok lagi dia akan relax ja..
Maybe dia tak tahu dia kena buli..
Jadi kadang-kadang dia senyum ja..
Aku pun tak faham jugak..
Tapi aku layan ja depa dua main..

La ni depa dua dah pandai sepah-sepah mainan..
Adik pun dah pandai..kaki dah sampai nak capai mainan dalam raga mainan kakak dia..

Apa pun..
Aku sayang anak-anak aku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...