Thursday

Anak-anak Kurus



assalammualaikum


anak anak aku dua dua kurus ja sekarang..
nak kata tak bagi makan, aku jamu segala..
nak nak si kakak, Fatimah ni..
semua aku bagi..aku masak bagi..tapi dia tak mau nya makan..
last ritu sebelum aku bersalin Maryam, Fatimah nya BMI dah masuk ke line kuning dah..
berat 9.4 kg..umur time tu dah 2 tahun lebih dah..
pastu kena gi klinik tiap tiap bulan..
bila ada kenaikan 1kg jadi 10.4kg,
last week gi check up sekali lagi sekali ngan Maryam,
dua dua berat tak naik..
Fatimah berat maintain 10.4kg..
Maryam naik 0.08kg je.. 80gram je naik..
dari 5mo 5.92kg jadi 6kg..
sedih aku tau..

paling aku sedih bila aku tengok Fatimah la..
kurus keding..
time aku bagi mandi dia, time aku bagi pakai pampers,time aku tengok dia tido..
kurus kedinggggg..
keciannnn..
ibu mana tak sedih kan..
Fatimah picky eater..
ada benda dia makan, ada benda dia tak makan..
ada benda arini dia makan, esok belum tentu dia akan makan..

sekarang pampers Drypers saiz L muat je pakai,
kami beli 1 beg je pampers, share la hampa dua beradik..
betapa kurus keding nya Fatimah..

sedih aku tengok dia..
lagi sedih bila ada mulut mulut akan berbunyi 
"tak bagi anak makan ka"
"masak la bagi dia makan apa-apa"
"jaga anak jangan malas nak bagi makan"
macam macam lagi kena hadap..

ni pagi2 sebelum Ramadhan ritu mesti singgah makan dulu..
aku kecian dia nanti lapar bila gi duduk umah ngasuh..
bukan mak ngasuh dia tak bagi makan.. 
diorang bagi..sedia macam2 makanan..
tapi Fatimah ni haa.. tak makan nya..
harap ke susu ke 5 6 botol sehari..


kadang2 dia nak makan roti canai..habis la sebijik dia sorang..
kadang2 nak aku suapkan nasik lemak..
kadang2 dia nak bungkus je nak makan ngan mak ngasuh dia..
aku ok ja..
boleh jugak aku bonding time dengan dia..
sempat la breakfast sekali..




tengok ni..
fatimah waktu kat pejabat aku..
kurus keding ja..


ni pulak Maryam..
start 6 bulan ritu dah start bagi makan..
aku buat puree..
macam macam buah aku buat..
apple, pir, betik..
kurma..nasik..brokoli, carrot..
tapi tak dia makan..
aku pun xtahu kenapa..
dia xmau makan..aku suap dia luah..
aku suap dia sembur2..
tapi aku tau dia lapaq..
bila kami tengah makan,
dikunyah2 air liur dia..
nganga nganga mulut mintak makanan..
aku buatkan bubur, tak makan pulak..
ritu test tambah serbuk ikan bilis..
tak makan jugak..
aku pun buntu dah sekarang..huhuhu

bila balik kampung..
MIL soh suami aku belikan nestum pulak..
memang tak la aku bagi..
sebab tu aku pulun jugak masak2 macam2 nak bagi anak2 aku makan..
MIL aku cakap bagi makan nestum kenyang sikit perut dia..
tido ja lepas makan..
aku tau.. tapi kalo boleh aku tak mau la bagi anak aku makan nestum..
sebab aku mampu bagi anak aku makan lain kan..
pastu bila aku cakap tak elok untuk usus dan perut dia..
MIL aku cakap, dia jaga anak 6 orang..hidup je smpai sekarang..
ermmm.. aku nak kata apa lagi kan..
derhaka pulak nanti..dah menantu hantu je aku ni..huhuhu
tapi aku tetap tak bagi nestum tu..


aku nak yang terbaik ja untuk anak anak aku..
sebab tu aku kadang2 sedar tindakan aku tu ada orang tak puas hati..
seolah olah aku melawan cakap diorang..
tapi aku IBU..
aku yang mengandungkan anak anak aku..
aku yang melahirkan anak anak aku..
aku yang jaga anak anak dalam berpantang sampai sekarang..
jadi bagi la aku buat keputusan..
if apa apa jadi, aku jugak yang susah..
aku jugak yang kena tengokkan anak anak aku..
bukan mulut mulut lain tu..
jadi tolong lah faham aku..
aku IBU..


No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...