Pages

Showing posts with label SOPHIEPARIS. Show all posts
Showing posts with label SOPHIEPARIS. Show all posts

Wednesday

SophieParis : Handbag & Purse

Assalammualaikum


Hari ini saya nk review beberapa koleksi Handbag dan Purse dari Sophie Paris. Sebelum ini, saya sudah memiliki beberapa koleksi handbag dan purse dari Sophie Paris. Dari segi kualiti, kualiti beg dan purse dari Sophie Paris meman berkualiti. Material beg dan purse jugak bukan dari material yang mudah rosak. Pendek kata, beg dan purse dari Sophie Paris memang menjadi koleksi saya.

Jadi apa lagi, jom cuci mata dengan beberapa koleksi terbaru dari Sophie Paris.
Harga seperti tertera di dalam gambar. Untuk ahli, less 20% dari harga katalog.
Keahlian ahli hanya RM15 seumur hidup. Untung kan? "_"




















Tuesday

SophieParis : Sandal Eva Tibby & Eva Abby

Assalamualaikum...


Hari ini saya nk review dua produk dari Sophie Paris. Lama dah tak buat review produk Sophie kan. 

Pertama, Sandal Eva Tibby. Terdapat 2 saiz iaitu saiz S dan M. Untuk saiz dibawah ada saya listkan saiz apa untuk S, M dan L. Sandal ini warna orange untuk strap dan koko untuk badan. Antara kelebihan sandal ini ia mengurangkan kesakitan dibahagian tapak kaki kerana struktur tapak nya yang selesa, lembut dan tapak ketinggian 3cm. Macam saya selalu sakit belakang dan pinggang. Jadi saya cuba pakai sandal ini untuk sebulan dan kesakitan tadi betul-betul berkurangan. 

Untuk katalog ke 18 ini, Sophie Paris keluarkan Sandal Eva Abby berwarna ungu dengan strap glitter. Berfungsi seperti Sandal Eva Tibby juga. Kelebihan Sandal Eva Abby juga berfungsi mengurangkan Join Pain dan Foot Cramps. Terdapat juga dalam saiz S, M dan L.

Kedua-dua sandal ini hanya berharga RM50 shj (Semenanjung) dan RM55 (Sabah & Sarawak).
Jika dengan keahlian Sophie Paris, sandal ini berharga RM40/RM44 sahaja.

Untuk Saiz seperti berikut:-

Saiz 35 - 36 = S
Saiz 37 - 38 = M
Saiz 39 - 40 = L









Monday

Keahlian Sophie Paris

Assalammualaikum





Haa nak extra income macam nie sebulan? nak lebih dari tu pun boleh.. nak lebih dari gaji kerja sekarang pun boleh.. asalkan kita berusaha.. Anda buat anda dapat..


So, macamna nak jadi ahli?berapa yang kena bayar..

Dengan Sophie Paris, hanya RM15.00 shj untuk keahlian.. dan ianya SEUMUR HIDUP..
mudahkan dengan permulaan hanya RM15, kita akan dapat banyak benefits..

Macamna kita nak generate income dengan SOPHIE PARIS nie?
Dalam SOPHIE PARIS, terdapat 6 cara untuk mendapat pendapatan..




1) RETAIL PROFIT (Untung Runcit)
Ahli akan mendapat untung 20% dari setiap product SOPHIE di dalam catalog.

Contoh :
Harga Catalog = RM100
Harga Ahli = RM80
Untung Runcit = RM20


2) PERSONAL BONUS (Bonus Peribadi)
Selain daripada untung runcit 20%, anda juga boleh mendapat bonus peribadi sebanyak 3% - 21% daripada jumlah jualan peribadi bulanan. Bonus ini dikira daripada BV  terkumpul dalam bulan tersebut. Nilai BV ini ialah separuh daripada harga produk. Contohnya, jika beg tangan bernilai RM100, maka BV ialah 50BV

Nilai bonus 3% - 21% ini tidak tetap. Semaking tinggi jualan, semakin tinggi lah % bonus anda.

Contohnya :
Jualan Peribadi = RM300 (150BV)
Jualan Kumpulan = RM1,500
TGS = RM1,800 (900BV)

Anda ialah SILVER MANAGER (9%)*

Bonus = 150BV x 9% = RM13.50

Rujuk jadual di bawah.


3) Manager Bonus (Bonus Pengurus)

Ini adalah bonus rangkaian. Untuk mendapat manager bonus, kita perlu mencari beberapa orang ahli. Kita akan mendapat 3%- 21% daripada setiap belian/jualan mereka dan belian/jualan ahli dibawah mereka.
Ini dipanggil Total Group Sales (TGS)

% kita dapat daripada TGS kita ialah perbezaan diantara % bonus pengurus kita dengan % bonus pengurus setiap ahli di bawah kita.

Contohnya:
Rujuk gambar di bawah, kita ialah Platinum Manager (15%), manakala ahli dibawah kita ialah Bronze Manager (6%). Jadi, hanya 9% (15%-6%) bonus dikira diatas BV terkumpul ahli tersebut.

Jadi, semakin tinggi TGS kita semakin tinggi % yang kita dapat.

*Syarat kelayakan untuk Bonus Pengurus ini anda mestilah mempunyai Jualan Peribadi (Ps) Minimum RM150WM/RM165EM (harga katalog) pada bulan berkenaan.



Plan ke 4-6 akan terjadi sendiri bila kita mencapai maximum 21% dalam Manager Bonus.
Plan 1-3 adalah plan yang kita perlu fahamkan dahulu.


Jadi, berminat nak jadi ahli?

Daftar sekarang dengan kumpulan kami, anda akan mendapat FREE GIFT dan FREE COACHING.
Juga anda akan di masukkan ke dalam Group WhatsApp dimana kita akan berkongsi info2, pendapat & persoalan didalam bisness ini.

Jangan berlengah lagi, hubungi kami sekarang.


WhatsApps / SMS : 019-269 9635 (Isfatehah MB0092367K09) / 019-480 4483 (Isfaten MB0097338K29)
Facebook : http://www.facebook.com/isfatehah.ahmad






Thursday

Pernah kau melayan customer macam nie tak?

Bismillah..

haa tudia panjang soklan tajuk aku..
faham dak apa aku tanya?
la ni aku macam geram kat sorang customer aku nie..
huuu.. buat kurus posa aku ja budak nie..


aku tau Customer is Always Right la.. Always King la.. wat ever la kan..
tapi aku selalu jugak jadi pelanggan orang.. so aku tau nak behave macam na kan..
ni first time aku deal ngan customer camnie..
letih gak melayan.. end up xbeli pun.. kata nak bank in, sampai sudah x bank in..
buang masa aku ja melayan sms dia bagai..huhu..

yang buat aku marah tu sebab pa tau..
mai aku senaraikan :-

1) memula dia tnya harga Magic Pink Cream tu..ok fine..aku layan ok la..sebab first kan..pastu Strawberry Milk Body Butter, aku ok lagi..pastu loose powder, aku ok ja..sbb kekadang maybe customer xtau kan harga dia..so bila dah confirm barang nak, dia soh aku MMS pic magic cream n loose powder tu kat no mana tah.. aku pun kata la ok..

2)pastu macam kejan aku tau.. tanya nak mms sekarang ka? aku cakap la, sekejap lagi la sebab aku kat bazar..dia ok ja..
pastu dalam kol 8..dalam aku tengah kalut2 dengan baru berbuka n urus Fatimah n urus diri aku bagai.. dia sms lagi..gini ayat dia "Mananya cakap nak mms intan payung"
aku dah rasa lain dah.. apa lak intan payung bagai nie kan.. aku sound ja la.. "Sorry la xsempat..dgn berbuka lagi..dgn baby lagi..sekejap ye.."
pastu dia reply kata sorryla..pastu dok tanya baby berapa bulan bagai.. banyak la hang punya soklan..
pastu aku mms la dlm kol 9.50 gitu..pastu dia start balik dah, macam2 soklan dia tanya..ada tu soklan yang aku xsempat nak reply, masuk sms baru soklan lain.. huhu..

3)pastu dah tau aku jual barangan SOPHIE kan..dia boleh dok tanya aku ada jual brand lain nya product..macam Sigma F48 andgled kabuki, pastu Avene Eau Thermal water spray, Save eyeshadow..
waktu tu aku memang aku malas dah nak jawab..
aku dah malas nak reply dah sebenarnya.. aku tnya ja "So u nak order apa" direct soklan aku bagi dia..
pastu dia kata losyen n magic cream tu.. ok la.. pastu tnya lak losyen ada berapa bau..so aku explain saja la..
end up dia setuju nak losyen n magic cream ja..total rm26.00 so aku soh bank in rm25 sudah la kan..dah first time dia membeli ngan aku kan..

4)dia janji nak bank in ari ahad, so aku pun tunggu la..sebab isnin aku memang nak poskan semua barang2 customer yang order ari jumaat sabtu ahad tu.. dia sms awal ritu 24hb.. so dlm 27 tu, aku just remind la tnya dah bank in lum..sebab kalo dia bank in dah ari sabtu tu, aku nak terus pos ja ari ahad.. sebab kebetulan memang ahad tu aku free..aku nak setel semua barang customer kan..

pastu kau nak tau dia reply sms aku bila??30hb baru reply..ni ayat dia yang aku rasa dia just nak main main ja ngan aku..bukan serius nak membeli pun..
"hi adik manis, saya belum bank-in lagi duit rm25 tu..nanti la ya.."
kau nampak ayat dia.. ADIK MANIS?? dah macam bangla punya ayat dah..pastu boleh lak nanti nak bayaq.. ritu kejan aku bagai kan..

pastu aku reply la.. "serius nak or saja2.."

pastu dia replu camnie.. "ada ke boleh nak saja2? apa masalahnya if i inform mcm smlm..barang tu kan dah ada dgn u kan..so nanti i free i bank in la duit tu ok..xde masa pun nk main2..selamat berbuka.. :)"
dok sat dia send lagi satu sms.. "cuma i rasa bukan satu keperluan lagiiii"

terus aku xreply dia.. sebab aku rasa dia nie memang sesaja nak memain ngan aku...

so andai kata budak ni baca apa yang aku tulis nie..
mai sini aku nak cakap sikit dengan kau..

first sekali, kau dah buang masa aku 24hb tu dari kol 3 ptg sampai kol 10 lebih melayan kau punya macam2 soklan dan permintaan.. 
end up kau kata bukan satu keperluan lagi??? 
dah tau bukan satu keperluan lagi, yang kau beria-ia sms dan kejan or paksa2 aku tu pasai pa??
dengan soh mms la, explain satu satu la..banyak la jekadak hang tu..
lain kali pikiaq siap siap kau nak ka tak barang tu, jgn menyusahkan orang lain..

secondly, apa adik manis, intan payung bagai?? geli aku membaca sms kau..pastu tak yah dok buat peramah dengan aku nie, tnya anak aku berapa bulan bagai..rimas customer macam kau..

thirdly, aku rasa dengan sales rm25 tu aku rugi pun xpa..sebab rezeki keja Allah kan..

lastly, kalo boleh lepas nie, kalau kau berminat nak membeli dengan orang, kau jangan la  buat macam kau buat kat aku nie..kecian kat orang tau..







p/s: hampa penah alami dak macam nie..huuu





Wednesday

Review : Kelas Make Up with FYNA

Fyna make up class sophie paris

Alhamdulillah.. sabtu ritu setel keja aku organize kelas make up utk Fyna dengan kerjasama Sophie Paris BC Klang.. aku one off downline di BC Klang.. jadi point kelas make up ni jugak utk kembangkan network aku la.. haha.. dapat la kat aku 14 orang.. kat baby 10 orang.. baby bawak mai puteri umno 10 orang.. haha..

ko kenai Fyna kan.. website dia www.fynahere.com
dia la member baik aku dari sekolah teknik dulu..dok satu dorm..
dia jugak yang make up aku dlu time nikah n kenduri.. haha

ok berbalik ke event tu..

aku ngan kakak aku le.. sampai awai koi 8.00 kau bukan main..sebab plan nak setup bagi lawa lawa kit..
sebab sehari sebelum tu kan aku ada training kat penang..memang xdan nak setup apa pun..

dalam koi 10 sorang pun xmai lagi.. aku dah naik risau dah nie..huhu
dok sat koi ramai dah mai.. tp geng Fyna lum sampai..

rupanya salah faham.. depa ingat koi 11..
dengan setup bagai.. dalam koi 12 baru start..
koi 4 baru habih.. huhu..

waktu memula Fyna sampai tu, kebetulan memang kat hotel office aku nie ramai customer check in..
elok dia turun dari kete ja..semua mata tertumpu kat dia..
dah macam somebody dah.. dengan dressing dia..confident dia.. memang terbaikla..

aku puas hati gila dengan kelas Fyna nie..
dia memang ajaq satu satu..tak faham tanya ja.. dia memang respon baik..
pastu dia kongsi product hat memang dia guna dan best..

so, alhamdulillah..

sesapa nak join SOPHIE PARIS hanya RM15.00 shj.. seumur hidup tau..
xrugi.. nanti akan ada kelas make up lagi.. hehe

ni antara participant hat sampai awai

haa.. tu aku kalut pa tak tau kat tepon.. nmpak kurus.. haha

haa tu aku ngan baby.. tengah dok bincang apa tau..

Fyna tengah demo.. 

memang terbaikla..
.



Busy sungguh aihh

Bismillah

Assalamualaikum... sapa tu? haa bajet ada orang baca kan.. haha..

aku letih nie.. baru balik dari tengok tempat event utk kelas make up Sabtu nie..
neves aku tau.. first event aku organize nie...participants pun semua aku cari sendiri..
so far Alhamdulillah, dah 20 orang dah.. hehe..

nak pulak esok 18hb bos hantaq p penang lak attend training..
haiihh ya.. ritu time bos cakap nak hantaq tu, xconfirm lagi training tu.. tetiba terconfirm lak..huhu..
alamatnya esok FYNA mai tengok tempat sendiri la..aku xdak..huhu..
pastu jumaat petang aku ada taklimat ecosway tu lakk - hat ni memang xleh lari sebab commitment kan..
cehh...semua commitment sebenarnya.. heee..

awal ritu risau aku takut xcukup orang..
so far, Alhamdulillah.. dah 20 orang.. profit margin besaq sikit..

Inshaa Allah jika berjaya akan ada lagi event seterusnya kan..

Rezeki Allah punya.. Allah tentukan kan..heeee

Monday

SOPHIE : Stock nak jual

Assalam..

Ko tau kan aku ahli SOPHIE PARIS..
nak kata aktif sangat tu xla.. Cuma tiap2 bulan ada la jugak sales rmxxxx kan..
Ada yg barang sendiri..
Ada yg customer order..

Sekarang stock banyak kat aku..
Customer dok wassapp sms bagai pun banyak..
Banyak jugak yang aku da restock cuma lum sampai lg ja.. Hehe..

So far, Alhamdulillah.. Masyuk sangat tu tak la..just dpt untung retail 20% sbb ahli.. And bebaru ni..bulan june dpt bonus 6%.. Tu ja..

La ni makin giat la..
Minggu ni ada kelas make up.. Dpt la ahli 11 ++ rasanya yang baru..kira downline aku la.. Takut aku nk guide orang ni.. Kena jadi leader yg bagus..yg dedikasi kan.. Hehe..

Skrg baru 2 org downline aku.. Ina mmber sekolah..ngan kakak aku sndiri..hehe..
Kakak aku lg giat..dia cikgu..letak ja catalog kt sekolah confirm laku kan.. Hehe..

Ni gambaq stock yg aku nak bg kat dia nk dia p juai kt sekolah dia la.. Hehe..

Hopefully rezeki ni kami pakat2 dapat.. Aku xmau senang sorang.. Biaq ramai kit.. Bagi ekonomi org melayu naik sikit.. Hehe..

Ok bye..

Tuesday

Jom Join SOPHIE PARIS !!

As salam,


Jom join SOPHIE PARIS Malaysia!!

daftar keahlian cuma RM15.00.. dan jangan pandang rendah dengan RM15.00 tu sebab beribu ribu RM lagi akan kita dapat bila kita berbisness dan menggunakan product SOPHIE..

jom la.. RM15 je..

once dah daftar kita akan dapat starter kit..


antara keistimewaan once kita join SOPHIE nie :-
1) daftar ahli cuma RM15 seumur hidup.. xda nya nak renew renew..
2) dapat diskaun ahli 20%.. contoh beg A harga dia RM100.. customer bayar RM100 tp kita cuma bayar kat SOPHIE RM80.00 saja sebab dah tolak discount 20%.. tu dia untung kita.. xkan xmau kan.. hehe
3) once kita ajak kawan kawan join, kita akan dapat bonus..



kalo berminat / nak tanya apa just wassapp / sms  @ 019-2699635

In shaa Allah, kita sama sama leh generate income..

Review : Sophie Strawberry Milk Body Butter

bismillah...
as salam..
hye guys!!
alhamdulillah aku dah jadi ahli sophie dekat dua bulan dah..
so ni review aku ttg Strawberry Milk Body Butter...
fungsi body butter ni utk melembabkan kulit terutama kpd sesiapa yg kulit jenis kering mcm aku ni.. ce try gores ngan kuku nampak kesan putih tak? haa kalut ada tanda dia keringla tu..
jadi product ni memang BFF aku le..
aku cuma pakai kat tangan, kaki & lutut.. kat perut time malam ja boh sbb siang takut berpeluh.. nnti xberapa selesa..
so far Alhamdulillah..kulit aku makin lembab dah xkering.. terutama tangan la..tapak tangan pun lembut ja..sebab ia juga melincinkan kulit..
paling best bila salam ngan suami..dia akan cakap.. 'aih..makin lembut tangan'.. terus berbunga aku.. hehe
good thing is
1- wangiiiii sangat... bau strawberry.. bau saja dah rasa mcm nak ratah sebekas.. hehehe.. suami aku kata xyah bli perfume dah.. bau dia srdap dan tenang ja..
2- melembabkan kulit aku..sbb kulit aku mmg jenis kering..
3- melincin dan melembutkan kulit juge.. tu yg best tu.. nak pulak agi pagi pas mandi terus apply kat badan.. memang rasa mcm nyaman ja..
4- aku sapu gak kat Fatimah..tgk dia x sensitif pun...kiranya sesuai utk kulit baby macam dia juge.. hehehe..
5- benda murah weiii... rm12.50 ja hampa mampu buat badan semua wangi dan lembut... berbaloi baloi.. hehe
so kalo sapa nak order barang2 SOPHIE PARIS.. boleh wassApps aku or sms @019-269 9635..
in shaa allah aku akan layan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...