Assalammualaikum..
haa.. ni haa.. tiba tiba tergerak hati nak bukak email..
tengok2 dapat nie..
aku ingatkan macam selalu kan.. ANDA GAGAL..
pedih weiiii perkataan depa guna..
tengok tengok tadi.....
wah wah.. hepi habaq hang..Alhamdulilllah..
tak pernah kot aku dok p exam ngan SPA ni lulus.. ni first time.. so aku kecewi sikit..
terus kol laki aku..abah aku semua.. haha..
ni utk exam Penolong Akauntan Gred W27 ritu la..aku LULUSSSS
dah la time tu aku sampai lewat..first paper dan jawap 30min ja.. hentam kromo ja aku time tu..
sbb hujan lebat gila..xnampak jalan..
HUJAN RAHMAT!! Alhamdulillah
walaupun baru ja lulus kan.. even ramai sangat dah lulus.. aku tetap syukur n hepi..
sebab tak pernah lulus kau.. macam aku nie x pandai sangat selalu GAGAL ja dia tulis.. hehe..
kena tunggu depa panggil interview jugak la pasnie kan..
excited nya..
dan aku akan berdepan dengan soalan yang sama nanti..
macam aku p interview Maktab Mahmud dan Lembaga Kemajuan Ikan ritu..
"Kenapa mintak kerja sini, sedangkan keja di Naza dah stabil dah? Gaji pun besaq dari sini?"
haaa tu dia soalan killer depa bagi aku..dua tempat soalan sama weii..hehe
kalo hampa dok tempat aku hampa nak jawab per?
cer bagi idea kit... hehehe..
xoxo
Showing posts with label penolong juruaudit. Show all posts
Showing posts with label penolong juruaudit. Show all posts
Tuesday
First Time weii Lulus!!
hidup
Fateha
at
Tuesday, July 30, 2013
No comments:
Labels:
famili love,
Happy,
interview,
jiwa,
penolong juruaudit
Thursday
Copy Paste
Bismillah..
bab panduan exam tu kan..
memang aku copy paste pun dari SPA..
dah aku xpenah p exam penolong juruaudit tu..
ni first time..
hat PTD ada la.. tapi mana la aku nak ingat..
dah setahun lebih dah exam ptd aku p..
hehe..
sebenaqnya tadi ada Anon mana tau,
comment kat entry tu..
kata aku amek sebijik sejiban dari SPA..
memang la..
aku kan boh link sumber dari SPA kat situ..hehehe..
balik dari exam nie nanti aku cerita la..
tu pun kalo aku ingat soklan dia..hahaha..
sebab ahad 19 tu aku nak p kenduri kawan aku..
kot terexcited lebih time kenduri tu aku terus lupa soklan dia mcam na..
hahaha..
sorry la Anon ek..
aku memang copy paste sebab tu aku boh link spa kat sumber tu..
sebab aku memang xdak pengalaman lagi utk exam penolong juruaudit tu..
nanti kalo dah lepas exam aku cerita..
baru hat kedepan kedepan nak tau, leh cari kat sini..
hehehe..
adioss...
bab panduan exam tu kan..
memang aku copy paste pun dari SPA..
dah aku xpenah p exam penolong juruaudit tu..
ni first time..
hat PTD ada la.. tapi mana la aku nak ingat..
dah setahun lebih dah exam ptd aku p..
hehe..
sebenaqnya tadi ada Anon mana tau,
comment kat entry tu..
kata aku amek sebijik sejiban dari SPA..
memang la..
aku kan boh link sumber dari SPA kat situ..hehehe..
balik dari exam nie nanti aku cerita la..
tu pun kalo aku ingat soklan dia..hahaha..
sebab ahad 19 tu aku nak p kenduri kawan aku..
kot terexcited lebih time kenduri tu aku terus lupa soklan dia mcam na..
hahaha..
sorry la Anon ek..
aku memang copy paste sebab tu aku boh link spa kat sumber tu..
sebab aku memang xdak pengalaman lagi utk exam penolong juruaudit tu..
nanti kalo dah lepas exam aku cerita..
baru hat kedepan kedepan nak tau, leh cari kat sini..
hehehe..
adioss...
hidup
Fateha
at
Thursday, May 09, 2013
No comments:
Labels:
Akhir,
interview,
kerja,
penolong juruaudit
Saturday
Panduan Exam Penolong Juruaudit
bismillah,
as salam,
ok la..
kita rest sat bab election ye..
penat dah dok kempen dalam FB.. hahaha
saya dapat comment tnya tentang tips2 dan contoh soalan..
sebenaqnya saya pun tanya pakcik goggle yang hensem ni.. hehe..
tapi xsalah kot nak kongsi kat sini kan..
hehe..mana tau leh jadi rujukan sapa sapa kan.. hehe..
Peperiksaan ini terdiri daripada :
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara
yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui
secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi
maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.
ni contoh soalan..
1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
Jawapan : A
2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D Pricewaterhouse Coopers.
Jawapan : B
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii) Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
ni contoh soalan..
1. Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 6 dan 9 dalam nombor 56 789.
A 609
B 6009
C 6090
D 60 009
Jawapan : B
2. Yang manakah tidak benar?
A 1/8 = 0.8
B 3/5 = 0.6
C 2/10 = 0.2
D 11/10 = 1.1
Jawapan : A
pastu ni lak nasihat nasihat dia... juga saya amek dari pakcik google
Soalan Objektif
(Soalan-soalan Seksyen A dan B)
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab
dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalansoalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
apa apa pun..selamat maju jaya..
In shaa allah.. kalo rezeki kita ada la.. hehehe..
byee..
selamat mengundi..
Lain kalilah!!!
hidup
Fateha
at
Saturday, May 04, 2013
1 comment:
Labels:
interview,
kerja,
penolong juruaudit,
study
Subscribe to:
Posts (Atom)