Thursday

3 Syawal


Syawal 3 paling best..
kami pagi2 dah berkumpul..
dalam kol 11 dah plan nak bergambar semua sekali..

tempat nak bergambar memang dah set kat gazebo umah ja..
ni first time raya bergambar di gazebo sebab gazebo baru..
hahaha..

anak anak pakat mood baik ja pagi tu..
fatimah seperti biasa dia sentiasa ada mood dia sendiri..
hahaha jenuh melayan..

aku just pakai dress zawara aku beli time adik ipar kawin ritu ja..
tu pun lepas dah potong bawah sebab terlalu labuh untuk aku..
fatimah aku pakai kan baju kurung mak ayu buatkan..
kain sari lebihan..lawa...




ni pulak bergambar dengan mak aku..
vogue lagi mak aku..
tahun nie dah pencen..
sebelah aku berbaju tshirt kuning tu adik aku..
kembar aku..
apa pun jadi.. aku sayang kembar aku nie..
tengok fatimah tu..
dia bukannya mahu bergambar bagai. nie..




nie pulak geng perempuan..
mau pulak fatimah tu berposing..




ni pulak fatimah kecik aku..
anak2 mood ke laut lagi..
hehehehe


ni Maryam..
mudah urus maryam nie..
ni first time beraya ada maryam..




ni pulak kakak aku..
dengan anak dia..Idris..
kakak aku ni single mother..
tapi dia hepi ja dengan kehidupan dia membesarkan anak dia sendiri..


geng perempuan memang hantu bergambar..
ahaahah


ni adik bongsu aku..dengan adik ipar aku Ayu..
Ayu preggy dah 7 bulan..
bulan 9 nie due..
baby boy... Noah Adi..
sedapkan.. bestla adik aku.. dapat kekalkan nama adik tu untuk zuriat keturunan dia..
hehehe


bestkan ada anak perempuan..
semua org jeles..
anak2 jadi flower girl..
tolong pegang kain..hehehe



Maryam dengan paksu..
sengih ja.. hehehe



Maryam dengan Pakcik..
pakcik nie semua anak2 menakan suka..
terutamanya Fatimah..
dengan pakcik semua ok..
sayang sungguh dia dengan pakcik dia..



itu ja kot gambar yang ada pada syawal ke3..
lepas bergambar tu kami pergi beraya..
pegi rumah Kak Ros di kampung raga..
kak ros nie broker laki aku dulu tolong kenenkan laki aku dekat aku..
tukang risik2..hehehe..
jadi tiap2 tahun mesti pi beraya punya..

balik dari tu kami p beraya rumah mengasuh maryam pulak..
depa buat kenduri akikah cucu depa..
lepas tu terus balik rumah tido..hahaha


2 Syawal

Raya kedua...

kononnya raya kedua di Yan.. sebelah aku..
takda maknanya..

dah tengahari baru nampak ura ura nak balik laki aku nie..
aku biarkan saja..

jadinya tengahari baru gerak balik..
terus ke rumah mak abah la..
elok sampai ja..
abang sulung aku.. abg adi tak dak kat rumah dengan kak cicilia..
adik aku..amin dan ayu pun tak dak..
diorang memang duduk umah mak ayu,..
dekat ja dengan rumah mak abah..
so boleh ulang alik ja..

pastu laki bagitau aku famili dia nak datang beraya..
aku inform mak aku la..
siap siap masak bagai la mak aku..besan nak datang beraya..

petang sikit abang aku balik dah..
sempat la jugak.. lega..
dah la setahun sekali ja aku nak jumpa kakak ipar aku nie..
cuti sekolah hujung tahun dia akan balik sarawak..
cuti raya ja aku dapat jumpa dia..
dah la ritu time diorang balik cuti raya cina..
aku kena gi kl..
pastu diorang nak jumpa aku di ikea sebab diorang dah dalam perjalanan balik johor,

diorang dah la tak penah tengok maryam lagi..
jadi hari raya nie jelah diorang nak tengok maryam pun..
dah 7 bulan budak kecik nie..
baru paklong dan maklong dia dapat tengok dia..
sadis kann.. 

pastu famili laki aku pn sampai..
mak abah aku macam biasa..
hepi je tetamu mai rumah..
mak aku bautkan nasi goreng udang galah..
pastu sembang sembang dengan famili laki aku..
semua cerita la.. cerita gi umrah la..
diorang gi bawak mak menakan depa pulak..
mak aku terus tak jadi nak keluarkan barang2 dia beli di India dan di Mekah untuk MIL aku..
sebab nanti mak menakan tu kata apa pulak dia tak dapat kan..

dah maghrib macam tu famili laki aku dah nak balik dah..
jadi ajak diorang gi singgah umah kami la..
boleh la solat dulu.. rest sikit..

jadi ini lah gambar beraya hari ke2 aku..
tengah susukan maryam tu..


Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

hari nie dah raya ke 7 dah..
aku dah 2 hari start keja..
tapi baru sekarang aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin..

aku mohon ampun kepada sesiapa yang baca blog senget aku nie..
mana tau ada terkecil hati..terkasar bahasa..
tanpa aku sedar aku menyakitkan hati sesiapa..

ok la..
aku nak cerita kenangan hari raya tahun nie..
tahun nie tahun ke 4 aku beraya sebagai seorang isteri..
dan tahun nie beraya dengan ahli baru..
Maryam la.. hehehe..

tema baju kami tahun nie tak lain tak bukan HIJAU...
hahaha..
3 kali raya di Pedu aku pakai hijau untuk raya..hahaha..
tahun lepas raya di Yan je pakai oren..\
aku memang obses sikit dengan kaler hijau nie..
korang tak tengok lagi cabinet dapur hijau aku..
mak dan MIL aku pun geleng kepala..hahaha..

tahun nie..aku beli kain Satin Dull tu je..
kan macam trend sikit tahun nie..
jadi aku beli la 10 meter..
untuk lie aku buatkan baju raihan tu je..
dia nak macam tu..
untuk aku tempah fishtail je..
untuk fatimah dress dan maryam just blouse..

tahun nie beraya di Pedu dulu..
jadi balik ke sana ari khamis pagi..
so tak sempat la aku nak berbukak dengan famili aku ramai ramai macam sebelum  nie..
sebab abang aku dari johor sampai kol 4 pagi khamis tu..
adik aku dari shah alam sampai pagi tu jugak..

cerita pagi raya..
pagi pagi raya ni Fatimah dia menguji aku sungguh..
dengan tak mau mandi dia..
tak mau pakai tudung la..
sat nak pakai stokin sat tak mau pakai..
macam macam..





bila abah dia balik dari solat aidilfitri baru la dia gi mandi..
waktu tu aku tengah susukan maryam..
lepas letak maryam dalam buai baru la sempat nak gi mandikan Fatimah..
siap siap kan dia..
semuanya lah aku nak kena buatkan..
pastu yang lain dah sibuk sibuk nak bergambar bagai..
aku mood dah ke laut..
letih oiii..
dengan perut tak isi apa lagi..
siap pun tak lagi..
jadi nya aku siap asal boleh je..
sebab dah hilang mood semua..
hahaha

jadi raya pertama ini je gambar yang aku ada..
henset bateri tak da..
malam sebelum tu budak budak ni main game la..
tengok video la..


ni je lah famili potret tahun nie..
waktu ni maryam tengah tido dalam buai..
fatimah pun dah bukak tudung dia..
aku senyum jugak sebab nak masukkan gambar dalam blog..
hahaa..tapi mood dah kelaut..
semua sebab letih..hahahaha..
tu sementara aku tak tolong masak apa pun kat dapur..
kakak dan adik ipar aku ja buat semua..kecian depa..
kalau aku yang masak memang lembik la badan..
hahaha..



ni maryam dah bangun..
baru la aku pakaikan baju dia..



ini pulak famili potret sebelah mertua aku..
warna warni tahun nie..
seperti biasa biras aku dia memang vogue..
syok aku tengok baju2 dia..
lawa lawa..fesyen dia.. aku suka la..
tapi aku tak kan pakai la macam tu..
cuma aku suka tengok ja..
dia dah la lawa.. hehehe..

MIL aku lak tahun nie beraya dengan 2 menantu baru..
1 cucu baru..meriah la..
malam raya tu.. anak anak pakat dok main bunga api..pasang lampu kelip kelip..


seronok..
tahun depan kalo pakat balik raya rumah mertua pulak..
sunyi la pulak di pedu nie..
sebab tu la aku plan nak raya di pedu ja untuk raya pertama..



gembirakan hati suami dulu..
gembirakan hati keluarga suami dulu..

































Anak-anak Kurus



assalammualaikum


anak anak aku dua dua kurus ja sekarang..
nak kata tak bagi makan, aku jamu segala..
nak nak si kakak, Fatimah ni..
semua aku bagi..aku masak bagi..tapi dia tak mau nya makan..
last ritu sebelum aku bersalin Maryam, Fatimah nya BMI dah masuk ke line kuning dah..
berat 9.4 kg..umur time tu dah 2 tahun lebih dah..
pastu kena gi klinik tiap tiap bulan..
bila ada kenaikan 1kg jadi 10.4kg,
last week gi check up sekali lagi sekali ngan Maryam,
dua dua berat tak naik..
Fatimah berat maintain 10.4kg..
Maryam naik 0.08kg je.. 80gram je naik..
dari 5mo 5.92kg jadi 6kg..
sedih aku tau..

paling aku sedih bila aku tengok Fatimah la..
kurus keding..
time aku bagi mandi dia, time aku bagi pakai pampers,time aku tengok dia tido..
kurus kedinggggg..
keciannnn..
ibu mana tak sedih kan..
Fatimah picky eater..
ada benda dia makan, ada benda dia tak makan..
ada benda arini dia makan, esok belum tentu dia akan makan..

sekarang pampers Drypers saiz L muat je pakai,
kami beli 1 beg je pampers, share la hampa dua beradik..
betapa kurus keding nya Fatimah..

sedih aku tengok dia..
lagi sedih bila ada mulut mulut akan berbunyi 
"tak bagi anak makan ka"
"masak la bagi dia makan apa-apa"
"jaga anak jangan malas nak bagi makan"
macam macam lagi kena hadap..

ni pagi2 sebelum Ramadhan ritu mesti singgah makan dulu..
aku kecian dia nanti lapar bila gi duduk umah ngasuh..
bukan mak ngasuh dia tak bagi makan.. 
diorang bagi..sedia macam2 makanan..
tapi Fatimah ni haa.. tak makan nya..
harap ke susu ke 5 6 botol sehari..


kadang2 dia nak makan roti canai..habis la sebijik dia sorang..
kadang2 nak aku suapkan nasik lemak..
kadang2 dia nak bungkus je nak makan ngan mak ngasuh dia..
aku ok ja..
boleh jugak aku bonding time dengan dia..
sempat la breakfast sekali..




tengok ni..
fatimah waktu kat pejabat aku..
kurus keding ja..


ni pulak Maryam..
start 6 bulan ritu dah start bagi makan..
aku buat puree..
macam macam buah aku buat..
apple, pir, betik..
kurma..nasik..brokoli, carrot..
tapi tak dia makan..
aku pun xtahu kenapa..
dia xmau makan..aku suap dia luah..
aku suap dia sembur2..
tapi aku tau dia lapaq..
bila kami tengah makan,
dikunyah2 air liur dia..
nganga nganga mulut mintak makanan..
aku buatkan bubur, tak makan pulak..
ritu test tambah serbuk ikan bilis..
tak makan jugak..
aku pun buntu dah sekarang..huhuhu

bila balik kampung..
MIL soh suami aku belikan nestum pulak..
memang tak la aku bagi..
sebab tu aku pulun jugak masak2 macam2 nak bagi anak2 aku makan..
MIL aku cakap bagi makan nestum kenyang sikit perut dia..
tido ja lepas makan..
aku tau.. tapi kalo boleh aku tak mau la bagi anak aku makan nestum..
sebab aku mampu bagi anak aku makan lain kan..
pastu bila aku cakap tak elok untuk usus dan perut dia..
MIL aku cakap, dia jaga anak 6 orang..hidup je smpai sekarang..
ermmm.. aku nak kata apa lagi kan..
derhaka pulak nanti..dah menantu hantu je aku ni..huhuhu
tapi aku tetap tak bagi nestum tu..


aku nak yang terbaik ja untuk anak anak aku..
sebab tu aku kadang2 sedar tindakan aku tu ada orang tak puas hati..
seolah olah aku melawan cakap diorang..
tapi aku IBU..
aku yang mengandungkan anak anak aku..
aku yang melahirkan anak anak aku..
aku yang jaga anak anak dalam berpantang sampai sekarang..
jadi bagi la aku buat keputusan..
if apa apa jadi, aku jugak yang susah..
aku jugak yang kena tengokkan anak anak aku..
bukan mulut mulut lain tu..
jadi tolong lah faham aku..
aku IBU..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...