Pages

Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Thursday

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

hari nie dah raya ke 7 dah..
aku dah 2 hari start keja..
tapi baru sekarang aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin..

aku mohon ampun kepada sesiapa yang baca blog senget aku nie..
mana tau ada terkecil hati..terkasar bahasa..
tanpa aku sedar aku menyakitkan hati sesiapa..

ok la..
aku nak cerita kenangan hari raya tahun nie..
tahun nie tahun ke 4 aku beraya sebagai seorang isteri..
dan tahun nie beraya dengan ahli baru..
Maryam la.. hehehe..

tema baju kami tahun nie tak lain tak bukan HIJAU...
hahaha..
3 kali raya di Pedu aku pakai hijau untuk raya..hahaha..
tahun lepas raya di Yan je pakai oren..\
aku memang obses sikit dengan kaler hijau nie..
korang tak tengok lagi cabinet dapur hijau aku..
mak dan MIL aku pun geleng kepala..hahaha..

tahun nie..aku beli kain Satin Dull tu je..
kan macam trend sikit tahun nie..
jadi aku beli la 10 meter..
untuk lie aku buatkan baju raihan tu je..
dia nak macam tu..
untuk aku tempah fishtail je..
untuk fatimah dress dan maryam just blouse..

tahun nie beraya di Pedu dulu..
jadi balik ke sana ari khamis pagi..
so tak sempat la aku nak berbukak dengan famili aku ramai ramai macam sebelum  nie..
sebab abang aku dari johor sampai kol 4 pagi khamis tu..
adik aku dari shah alam sampai pagi tu jugak..

cerita pagi raya..
pagi pagi raya ni Fatimah dia menguji aku sungguh..
dengan tak mau mandi dia..
tak mau pakai tudung la..
sat nak pakai stokin sat tak mau pakai..
macam macam..





bila abah dia balik dari solat aidilfitri baru la dia gi mandi..
waktu tu aku tengah susukan maryam..
lepas letak maryam dalam buai baru la sempat nak gi mandikan Fatimah..
siap siap kan dia..
semuanya lah aku nak kena buatkan..
pastu yang lain dah sibuk sibuk nak bergambar bagai..
aku mood dah ke laut..
letih oiii..
dengan perut tak isi apa lagi..
siap pun tak lagi..
jadi nya aku siap asal boleh je..
sebab dah hilang mood semua..
hahaha

jadi raya pertama ini je gambar yang aku ada..
henset bateri tak da..
malam sebelum tu budak budak ni main game la..
tengok video la..


ni je lah famili potret tahun nie..
waktu ni maryam tengah tido dalam buai..
fatimah pun dah bukak tudung dia..
aku senyum jugak sebab nak masukkan gambar dalam blog..
hahaa..tapi mood dah kelaut..
semua sebab letih..hahahaha..
tu sementara aku tak tolong masak apa pun kat dapur..
kakak dan adik ipar aku ja buat semua..kecian depa..
kalau aku yang masak memang lembik la badan..
hahaha..



ni maryam dah bangun..
baru la aku pakaikan baju dia..



ini pulak famili potret sebelah mertua aku..
warna warni tahun nie..
seperti biasa biras aku dia memang vogue..
syok aku tengok baju2 dia..
lawa lawa..fesyen dia.. aku suka la..
tapi aku tak kan pakai la macam tu..
cuma aku suka tengok ja..
dia dah la lawa.. hehehe..

MIL aku lak tahun nie beraya dengan 2 menantu baru..
1 cucu baru..meriah la..
malam raya tu.. anak anak pakat dok main bunga api..pasang lampu kelip kelip..


seronok..
tahun depan kalo pakat balik raya rumah mertua pulak..
sunyi la pulak di pedu nie..
sebab tu la aku plan nak raya di pedu ja untuk raya pertama..



gembirakan hati suami dulu..
gembirakan hati keluarga suami dulu..

































Tuesday

Allah tarik nikmat sikit

Bismillah..

Allah masih bagi aku kesempatan arinie..
kemarin petang siap MC lagi..
kepala rasa macam nak pecah..huhu..
nak angkat mata pun rasa macam berat kepala gila..

so decide p klinik..
kot darah tinggi ka apa..

first doctor tanya pregnant kot..
which is impossible kan.. haha..

and check darah tinggi - ok je..
so doctor kata maybe sebab
- stress, banyak pikiaq & kurang rehat etc...
tu antara punca sakit kepala

3 benda tu jadi kat aku..
stress sangat2
macam2 aku pikiaq
dan penting skali aku kurang rehat...

mau nya tak..
3minggu straight aku x rehat..
even cuti hujung minggu..
dengan letih keja, balik dengan setel bab rumah dan Fatimah..
cuti pun macam tu jugak..
Fatimah lak sekarang nak manja manja.. so dia merap sikit..hehe
nak tidoq pun dia buat susah..
xmau kat orang lain.. nak bergayut kat ibu ja kan.. hehe..
so agak letih jugak la..
dengan cuti cuti terperuk macam tu jugak
dengan stress nya aku pendam dalam hati..
hati aku x tenang.. letih kepala otak aku time tu..

aku kurang rehat sebab dok urus Fatimah dan rumah..
so letih sangat sangat..
tu sebab buat aku banyak pikiaq..
lagipun semua benda aku buat x kena kan.. serba salah aku nie..
so aku pendam ja kan..
lagi la buat aku stress..
aku banyak pikiaq...
sudahnya aku yang sakit kepala..
huhuhu

balik keja dalam kol 6 lepas amek Fatimah,
terus bawak Fatimah jalan2 kat luaq...
pastu masuk umah bagi Fatimah mandi, pastu main2 ngan dia..
dalam kol 7.30 start enjin bagi dia tidoq..
kekadang 2 minit dah tidoq dah mek nie..
tapi selalu nya dekat sejam gak berayak kat dia..baru nak tidoq lelap..
huhuhu..
kalo duduk ok la, ni dia xmau..
kena berdiri, berjalan jalan.. haaa letih kau..

dia dah tidoq, siap mandi, iron baju,
pastu masak, makan pastu membasuh pinggan mangkuk lak..
pastu kemas rumah sikit..sidai kain, lipat kain..basuh pump..
dalam kol 12 lebih baru tidoq.. kekadang Fatimah bangun,
nak mnyusu.. tu yang lajak lagi..baru tidoq...
dalam kol 5.30 dah bangun dah..
pump susu..isi susu dalam botol.. solat..siap siap..
gitu la rutin..
jadinya aku letih..
ingatkan time sabtu ahad leh rehat sikit..
tak jugak.. Fatimah lagi merap time cuti..
sudahnya ibu letih..

letih mental dan fizikal..
fizikal tu kira kalo tidoq or rehat kira ok sikit la..
yang mental tu.. hat nie aku x leh nak handle..
tension aku...huhuhu..
aku bukan apa, takut terlepas cakap yang bukan2 ja..satg pakat kecik hati..
biaq aku kecik hati macam la nie xpa..
sebab dah selalu dah makan hati.. huhuhu..

apa pun.. Allah nak uji tahap kesabaran aku..
tu yang macam2 Allah uji tu..
so Allah tarik nikmat aku sikit..bagi sakit kepala sesangat minggu nie..
Redha ajeww...








Thursday

Diam Lebih Baik

Assalamualaikum

Diam itu lebih baik dari berkata dusta.


************


Credit to : Cahaya Jingga


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.



Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
 2. Perhiasan tanpa berhias.
 3. Kehebatan tanpa kerajaan.
 4. Benteng tanpa pagar.
 5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
 7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:



 "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
  "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
 "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:



Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri




Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.





************























Sedikit perkongsian.. kepada si polan si polan, kalo apa yang di perkatakan itu di tujukan kepada saya, Terima Kasih kerana menambahkan lagi pahala saya setiap kali "Alhamdulillah" saya ucapkan.. Ini bererti anda prihatin dengan keadaan saya seperti mana saya prihatin dengan keadaan anda dahulu. Siapa boleh pertikaikan keadaan seorang ibu mengandung? Jadi siapa kata kepada siapa? Apa pun terima kasih atas keprihatinan anda.














P/s: Time office hour nie..hehe












xoxo











Wednesday

Berpegangan Tangan

Assalamualaikum...




hari ni ada Mr.Anon yang sungguh rajin memberi komen yang memberansangkan..
sungguh tak pernah terlintas di hati akan ada Mr.Anon yang akan sentiasa menjengah ke buku saya yang di cipta hanya untuk suka2 di masa lapang.. kadang-kadang setiap bulan ada saja yang di luahkan.. kadang-kadang ditinggalkan sehingga bersawang-sawang buku saya ni...tapi siapa sangka ada juga yang mempunyai masa yang terluang menjengah ke buku ini lalu di khabarkan pada semua.. dari sebuah buku yang usang terus menjadi sebuah buku yang agak panas.. siapa tahu kan? syukur... ada juga yang buka mata..


Mr.Anon ada persoalkan tentang isu terpegang tangan.. tanya dia kepada saya, bagaimana kalau dengan sengaja berpegangan tangan dengan yang bukan muhrim.. kenapa harus saya menjawap persoalan yang semua orang tahu jawapannya.. saya tahu juga di mana halal, di mana haram.. mengenai isu terpegang tangan tersebut, jikalau dengan tidak sengaja ia berlaku, kenapa tiada maaf keluar dari mulut si dia waktu itu? sedangkan waktu itu, ia berlaku di hadapan 2 lelaki lain yang sangat saya hormati..

Terima kasih Mr. Anon kerana anda secara tidak langsung menegur/mengajar saya ke arah kebaikan..



adakah perpegang tangan dengan sengaja seperti ini..



















.....

























.....


















.....





















tangan ini sungguh comel seperti diminta untuk di gigit2...










xoxo







peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...