Thursday

Cakap Pelat

Bismillah..

As salam,

harinie just nak share pendapat ja la..
tak bermaksud nak sakitkan hati sesapa ye..
hehee..

sekarang Fatimah dah 6mo++
dah mampu kuaqkan bunyi bunyi
"aaaa" "baaaa" "buuuu"
mampu jugak gelak gelak kalo kita acan acan dia..

jadi what i learned during Idris baby dulu was kami sekeluarga dah set yang kami x akan cakap pelat pelat dekat Idris..
means if nak bagi susu, kami just say "Idris, nah minum susu" instead of "Idris, shu shu"
faham? kalo x faham, try sebut "shu shu" bunyi cam na.. hahaha..

dari mula lagi Abah dah warning, kita kena cakap macam biasa kalo kita nak Idris cepat bercakap..
nah amek kau, tak sampai setahun Idris boleh cakap dah..
'makan','ais','ayaq', and paling penting sekali his first word "Ateh" hahaha..

sekarang almost 2y7m, apa saja dia cakap.. xpenah diam.. siap bila kita cakap dia pandai jawap dah..
contoh semalam, paksu dia nak boh seluaq tapi p cakap kat dia, 'Idris, mai pakai baju'
dia boleh cakap balik "eh, bukan baju, seluaq" hahaaa..

kalo nyanyi, tokwan ajaq dia, "Oh bulan, mana bintang, atas pucuk kayu ara....."
sekarang dia pandai dah tukaq "Oh bulan, mana BN, BN atas, bulan bawah" hahahahaha..
lawak gila.. hahahaa..

ok.. bebalik ke Fatimah,
of cos la aku nak Fatimah pun jadi macam Idris, cerdik..
pandai bercakap.. aktif.. walaupun perempuan, Fatimah boleh jadi macam Idris..
hehehe..

tapi bila ada orang selalu sangat cakap pelat pelat dekat Fatimah,
aku macam bengang gila.. kekadang nie meronta ronta dalam hati aku nie nak tegoq..
takut kecik hati lak..tapi aku x suka..
macam nak cakap.. cakap ja la betoi betoi..
nak pelat pelat apa..

"fatimah nak shu shu"
"fatimah antok ke" means mengantok????? wat??? rimas aku tau..
pastu dengan nada bercakap tu buat buat comei..
sorry ye.. rimas aku..

entahla kekadang aku telan ja semua..
tapi aku marah la.. aku rimas sama.. huhu..
cakap ja la betoi betoi..

entahla apa pasai bila nak cakap ngn baby ja kena pelat pelat..
nada kena buat buat mengada ngada macam tu..
aku RIMASSSSSSSSS tau dak..
huhuhuhu..

tolongla.. bahasa tu kena betoi betoi la..
sebab tu la aku kekadang dok dengaq budak2 cakap pelat pelat walaupun umo dekat 2y dah..
sebab kita la salah.. dah dok ajaq depa cakap pelat pelat..
depa sebut xpa la comei ja dengaq..
ni kita besaq dah dok buat comei gitu memang nak kena katok kepala ja..
hahahaha..

so pesanan dari aku,
toksah la dok buat buat cakap pelat gitu..
buruk dengaq..
rimas lak tu dengaq..

aku siap pesan lagi kat Mak ngasuh,
selalu la bercakap bersembang ngan Fatimah,
tapi xmau pelat pelat..
nasib baik Mak mengasuh pun bersependapat dengan aku..
haaa Rezeki aku tu.. hehehe..
aku tengok depa pun cakap biasa biasa ja ngan Fatimah..
xdak pelat pelat..lega... hehehe







ok bye..








1 comment:

  1. setuju... parent saya pun ajar macam tu jugak...

    ReplyDelete

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...