Friday

Rezeki kali kedua

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Allah beri rezeki untuk kali ke-dua.






Fatimah akan jadi Kak Long....




Wednesday

SophieParis : Handbag & Purse

Assalammualaikum


Hari ini saya nk review beberapa koleksi Handbag dan Purse dari Sophie Paris. Sebelum ini, saya sudah memiliki beberapa koleksi handbag dan purse dari Sophie Paris. Dari segi kualiti, kualiti beg dan purse dari Sophie Paris meman berkualiti. Material beg dan purse jugak bukan dari material yang mudah rosak. Pendek kata, beg dan purse dari Sophie Paris memang menjadi koleksi saya.

Jadi apa lagi, jom cuci mata dengan beberapa koleksi terbaru dari Sophie Paris.
Harga seperti tertera di dalam gambar. Untuk ahli, less 20% dari harga katalog.
Keahlian ahli hanya RM15 seumur hidup. Untung kan? "_"




















Tuesday

SophieParis : Sandal Eva Tibby & Eva Abby

Assalamualaikum...


Hari ini saya nk review dua produk dari Sophie Paris. Lama dah tak buat review produk Sophie kan. 

Pertama, Sandal Eva Tibby. Terdapat 2 saiz iaitu saiz S dan M. Untuk saiz dibawah ada saya listkan saiz apa untuk S, M dan L. Sandal ini warna orange untuk strap dan koko untuk badan. Antara kelebihan sandal ini ia mengurangkan kesakitan dibahagian tapak kaki kerana struktur tapak nya yang selesa, lembut dan tapak ketinggian 3cm. Macam saya selalu sakit belakang dan pinggang. Jadi saya cuba pakai sandal ini untuk sebulan dan kesakitan tadi betul-betul berkurangan. 

Untuk katalog ke 18 ini, Sophie Paris keluarkan Sandal Eva Abby berwarna ungu dengan strap glitter. Berfungsi seperti Sandal Eva Tibby juga. Kelebihan Sandal Eva Abby juga berfungsi mengurangkan Join Pain dan Foot Cramps. Terdapat juga dalam saiz S, M dan L.

Kedua-dua sandal ini hanya berharga RM50 shj (Semenanjung) dan RM55 (Sabah & Sarawak).
Jika dengan keahlian Sophie Paris, sandal ini berharga RM40/RM44 sahaja.

Untuk Saiz seperti berikut:-

Saiz 35 - 36 = S
Saiz 37 - 38 = M
Saiz 39 - 40 = L









Thursday

Pengenalan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini saya bermula menulis semula selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada pertengahan April 2014. Saya mengekalkan menggunakan blog ini kerana blog yang bermula dari 2009 ini banyak tercoret pahit manis saya sepanjang penulisan blog. 


Nama saya Isfatehah Adi Binti Ahmad, dilahirkan di Sungai Petani pada 1985 dan dibesarkan Yan, Kedah. Saya anak ke 3 dari 5 orang adik-beradik. Saya berkahwin pada 2011 dengan suami bernama Mohamad Fadzeli Md. Isa dan memiliki seorang anak perempuan bernama Fatimah Adilia Mohamad Fadzeli.




Saya adalah kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara dan separuh masa Master in Science, Finance dari Universiti Utara Malaysia.

Bermula dari Nov 2009 sehingga sekarang, saya berkhidmat sebagai Akaun Eksekutif di Jabatan Kewangan dan Pembelian di NAZA Kia Academy Sdn Bhd, Gurun, Kedah.

Alhamdulillah, sejak dari kecik minat berniaga dipupuk oleh kedua ibu bapa yang merupakan seorang guru sekolah. Sejak dari umur belasan tahun, saya bersama bapa yang di panggil Abah menjalankan perniagaan fotografi untuk majlis-majlis perkahwinan atau keraian. Bermula dari situ, minat untuk berniaga membuak-buak. Saya mula meniaga di dalam facebook dengan menjual barangan bundle (baju, peralatan rumah dan lain-lain). Selepas itu, saya bersama adik beradik yang lain mula menjual tudung, selendang dan telekung.

Sekarang saya menyertai MLM Sophie Paris dan dropship untuk jubah-jubah dan tudung. Dengan perkembangan IT yang pesat, pelbagai perniagaan muncul dan menempatkan nama. Oleh sebab itu, saya menyertai ABDR untuk memperbaiki segala kelemahan dalam penulisan blog dan berniaga online.

Memilih niche Jurnal Wanita Berkerjaya, saya berharap dengan berkongsian perjalanan dan idea-idea dapat dimanfaatkan bersama dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Wassalam





Friday

Fenomena

bismillah..



Kami diantara warga Kedah yang sempat menikmati keindahan bungan Sakura tahun ini. Aku tak pasti sebelum ni ada ke tak bunga ni cantik macam ni. Apa yang pasti, tahun ni, kami berposing sakan tiap tiap hari dengan pokok Sakura nie.



Thursday

Pengembaraan Bermula

Bismillah

Setelah sekian lama saya diam ja dari menulis, hari ini dengan azam baru, In Shaa Allah saya akan mula semula minat saya dalam dunia penulisan blog ini. Kalau ikutkan saya mula menulis blog pada 2009 hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi pengalaman dan luahan dan macam-macam lagi. Tapi makin hari minat menulis makin berkurang. Antara sebabnya ialah MALAS. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang kakak dan kumpulan yang sudi membantu, seolah-olah dah kenal bertahun walaupun di dalam alam maya. 

Alhamdulillah, dengan keizinan suami juga, saya akan terus membantu dan mencapai cita-cita saya sekarang.. untuk jadi seorang SURI RUMAH BERKERJAYA..Ya, dulu cita-cita nak jadi akauntan. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kearah itu. Tapi sekarang saya nak jadi suri rumah. Bagi saya, suri rumah itu terlalu mulia pekerjaannya. Dosa untuk suami tanggung pun kurang. Alangkah hebatnya suri rumah. Itu yang saya idamkan.

In Shaa Allah, saya hendak dan mahu berubah. Saya nak jadi isteri terbaik untuk suami. Ibu terbaik untuk Fatimah dan adik-adiknya(inshaaallah). Anak terbaik untuk mak dan abah. Terutama sekali hamba terbaik untuk mengadap Allah suatu hari nanti.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...