Thursday

2 Syawal

Raya kedua...

kononnya raya kedua di Yan.. sebelah aku..
takda maknanya..

dah tengahari baru nampak ura ura nak balik laki aku nie..
aku biarkan saja..

jadinya tengahari baru gerak balik..
terus ke rumah mak abah la..
elok sampai ja..
abang sulung aku.. abg adi tak dak kat rumah dengan kak cicilia..
adik aku..amin dan ayu pun tak dak..
diorang memang duduk umah mak ayu,..
dekat ja dengan rumah mak abah..
so boleh ulang alik ja..

pastu laki bagitau aku famili dia nak datang beraya..
aku inform mak aku la..
siap siap masak bagai la mak aku..besan nak datang beraya..

petang sikit abang aku balik dah..
sempat la jugak.. lega..
dah la setahun sekali ja aku nak jumpa kakak ipar aku nie..
cuti sekolah hujung tahun dia akan balik sarawak..
cuti raya ja aku dapat jumpa dia..
dah la ritu time diorang balik cuti raya cina..
aku kena gi kl..
pastu diorang nak jumpa aku di ikea sebab diorang dah dalam perjalanan balik johor,

diorang dah la tak penah tengok maryam lagi..
jadi hari raya nie jelah diorang nak tengok maryam pun..
dah 7 bulan budak kecik nie..
baru paklong dan maklong dia dapat tengok dia..
sadis kann.. 

pastu famili laki aku pn sampai..
mak abah aku macam biasa..
hepi je tetamu mai rumah..
mak aku bautkan nasi goreng udang galah..
pastu sembang sembang dengan famili laki aku..
semua cerita la.. cerita gi umrah la..
diorang gi bawak mak menakan depa pulak..
mak aku terus tak jadi nak keluarkan barang2 dia beli di India dan di Mekah untuk MIL aku..
sebab nanti mak menakan tu kata apa pulak dia tak dapat kan..

dah maghrib macam tu famili laki aku dah nak balik dah..
jadi ajak diorang gi singgah umah kami la..
boleh la solat dulu.. rest sikit..

jadi ini lah gambar beraya hari ke2 aku..
tengah susukan maryam tu..


No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...