Sunday

Balik raya mana nie??

haa tudia..
tak selesai lagi tau bab balik raya nie..
kalo ikut ke yang kami dah bincang memang akan raya di Yan nie utk raya pertama..
tapi kau tgk muka laki aku, kelat semacam ja dari sampai semalam..
sedangkan esok smpai rabu kan stay kampung dia jugakkan..

nak pulak abah aku tanya tadi raya mana..
aku cakap la raya sini dulu..
terus abah aku marah..
dia soh balik raya sana dulu..
dia sayang menantu dia..
nak menantu dia hepi..muka ceria..tak mau muka kelat..hehe..

abah aku soh balik sana selasa...stay sampai hari raya pertama..
kau cuba kira berapa hari..
bukan nak berkira tapi itu la aku cakap sebelum nie....huhuhu..

aku nak rasa kemeriahan malam raya tu..dan pagi raya tu..
ikut ke tahun lepas, aku tengah mengandung kan.. memang aku tidoq ja sepanjang hari raya tu..
dah tak kemana pun laki aku bawak g beraya kan..
pastu suasana tak macam aku dok raya di Yan kan..

abah aku kata kena ikut suami..
kalo dia tak bagi aku balik Yan pun abah tak leh halang.. hak dia kan..
pastu aku sempat persoalkan lak "dah tu kalo tak hepi pun xpa ka"
abah aku kata tak leh kira hepi ka tak..dia suami..
dah tersentap aku kat situ..
pastu aku tak abeh lg persoalkan..
"habis tu kena ikut ja semua la..korban semua sampai diri sendiri takyah pikiaq"
abah aku relax ja kata.."ikut ja laki tu"

abah cakap nanti petang raya pertama ka balik la Yan pula..
sebab dah stay sana 3 ari utk sambut raya kan..
soalnya sekarang, bila dah stay sana boleh ka petang tu nak balik Yan?...
Confirm mencuka laki aku tu..

entahla..aku redha ja la..
nak camna..aku ni isteri, ikut ja la suami..walaupun hati tak berapa seronok..

No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...