Wednesday

Check up ke 4

Assalamualaikum...

hari ke klinik..check up ke 4, untuk 20 minggu..hehe..
jom review agenda-agenda pagi tadi :-

- Pagi2 lagi dah sampai klinik, misi pun lum sampai so lepak2 dengan suami dulu sementara tunggu klinik bukak..hehe..selalu ke klinik awai sebab x mau tunggu lama2 kalo lewat2 nanti ramai orang.. hehe..

- Kol 8 macam tu, mula dengan rutin biasa iaitu test urine, check tekanan darah, timbang berat dan check hemoglobin (HB)

- Kali nie berat dah naik baik..dari 66.4kg rasanya ke 66.7kg.. naik 0.3kg.. ok la tu kan.. ada jugak peningkatan.. hehe.. tandanya baby semakin membesar la kan.. >.<

- HB kali nie turun mendadak pulak..huhu..dari 11.4 ke 10.5.. dari pen hitam terus tukaq p pen merah.. huhu..kena lecture dengan misi sat tadi..macam2 nasihat misi bagi..kena makan banyak sayuran hijau + kerang ka..pastu kena kurangkan teh/kopi/nescafe or kafein...hehe..patutla HB turunkan..tiap2 pagi pekena teh tarik / nescafe tarik.. hehehe.. baikla misi!faham!.. hehehe

- Misi tambah ubat lagi..haritu nya yang pink besaq tu pun lum habis la kan..padan muka sendiri! malas sangat nak makan ubat kan..huhu..kali ni misi tambah ubat kaler koko..sehari 4 biji..2 biji pagi 2 biji malam..tambah dengan pink besar tu sebiji pagi..total jadi 5 biji sehari.. oh oh! T_T

- Misi nak check jantung baby tadi.. excited ni nak dengar, tersengih ja.. hehehe.. misi tekan punya tekan dengan alat apa tah nama dia yang letak gel sejuk2 tu..x dengar jugak.. huhu.. misi kata kecik lagi kot..hehe..

- Keluaq dari bilik check perut tu, tengok dah ada 8orang tengah tunggu turn..itulah kelebihan bila datang awal ke klinik.. hehehe..

- Misi klinik batu 3 nie sporting, lembut ja cakap..kalau tengok mula sensorang, macam garang ja..tapi baik rupanya.. hehehe..xmacam misi klinik pekan gurun.. garang dan susah sungguh nak senyum.. >.<

- Next check up 27 Jun 2012

Itu ja kot review di klinik hari nie.. masuk office lewat sikit.. inform Mr.A dan terus g breakfast dulu..perut dah masuk angin..


Ok la.. see ya!






xoxo





love

Tuesday

Sudah Separuh, Lagi Separuh

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari jumaat nie akan genap 20 minggu..hehe.. dah separuh perjalanan dah..lagi 20 minggu lagi.. Insyaallah ^-^

1) Lately jugak muntah2 dah makin kurang... kalau sebelum nie mesti tiap-tiap pagi kena keluarkan dulu segala macam isi perut if xdak isi, keluar la ayaq yang pait2 tu.. oh perit rasanya tekak nie.. huhuhu..
- Alhamdulillah sejak 2 minggu kebelakangan nie muntah2 dah kurang.. mungkin baby dah dapat terima apa yang ibu makan kot.. hehe.. sekarang cuma if perut kosong ja akan muntah angin.. hehehe.. tau apa tu muntah angin? haa.. muntah yang xkeluaq apa pun ikut mulut cuma angin ja.. sambil muntah keluaq angin ikut saluran belakang ja.. eiiuuww... sorry ye terkotor sikit statement nie.. hehe..
- Ada orang cakap morning sickness nie or muntah2 time lain nie cuma psychology diri sendiri ja..kalau kita saiko diri xmau muntah, so x muntah la..tapi saya rasa xtentu jugak.. kalo saiko punya saiko nak muntah jugak  nak buat camna kan.. hehehe

2) Makan dah makin berselera..seronokkan..hehe.. if sebelum nie tengok makanan ja mesti muak or x lalu ja rasa.. tapi sekarang pantang nampak.. mesti nak makan punya..hehe.. mengidam? ermm rasa macam ada sikit2 la.. 
- Baru2 nie nak makan laksa makcik Umi (oh! sedap gilerr..) so pujuk apa g cari.. sampai kedai makcik Umi, laksa dah habis.. jam baru koi 4 kot macam tu.. pastu abah cakap kat makcik Umi, yang saya nie mengidam laksa dia, lagipun bawak perut.. at last, makcik umi bungkuskan jugak untuk saya bahagian untuk dia dengan kawan yang meniaga tu.. free of charge lagi.. hehehe.. balik umah, berebut dengan suami lak.. hehehe.. 
- Besday baru nie teringin kek batik Ayu buat.. kebetulan beliau cuti semester, so mintak Amin bagitau Ayu yang teringin.. at last, dapat sebekas.. hehehe..
- Hari tu jugak teringin makan rambutan, hehe.. so suami g pasar malam belikan...rupanya nak amek bau ja.. makan sikit ja..tau amek bau macam na? meh sini nak bagitau... bukak kulit dia pastu bau la isi dia tu..hehehe last sekali rambutan dah kecut dan berair.. hehe.. nasib baik beli sikit ja.. xla membazir sangat.. hehehe

3) Berat badan rasanya dah makin bertambah..sebab selera makan pun dah makin bertambah kan..lagipun baju pun dah xmuat..hehe.. sekarang cuma boleh pakai jubah mak saja.. outfit preggy lum beli lagi.. rasanya kalo nak beli sehelai dua saja kot.. pastu ulang2 la pakai.. hehehe..

4) Baby pun dah makin membesar.. sebab suami kata perut dah makin nampak dah sekarang.. hehe.. lagipun sekarang selalu rasa macam baby tengah mengeliat kot..pastu kekadang rasa jugak macam kena baby nya tendangan kot.. hehe.. selalu bila rasa, bagitau suami, bila suami letak tangan nak rasa, baby terus diam.. mungkin baby malu kot.. hehehehe

5) Tidoq dah makin x berapa selesa...kejap pusing kanan kejap pusing kiri.. if melentang, sakit pinggang lak kan.. hehehe.. saya ada baca dalam blog2 lain, artikel2... diorang cakap kalo mengiring ke kiri, zat2 dan vitamin2 tersekat untuk sampai ke baby, so di galakkan mengiring ke kanan... tapi bila mengiring ke kanan, saya xberapa selesa, sebab akan macam sesak nafas.. mungkin sebab terhimpit jantung kot.. hehehe.. teori sendiri.. hehe..


ok la setakat ni dulu ye...
esok akan checkup kali ke 4 kot...
teringin nak tahu jantina baby kan.. hehehe







xoxo







love






Monday

Pada usia 27 tahun

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..


Sekarang dah berusia 27thn.. ada yang dirancang sebelum ini, Alhamdulillah Allah tunaikan.. berkahwin pada usia 26thn dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak sebelum usia berganjak ke angka 30thn.. hehe..
Insyaallah rezeki ini milik saya..

Pada usia sudah menjangkau 27thn ni..saya akan berusaha untuk memperbaiki diri..dahulu seorang, sekarang sudah berdua..keutamaan haruslah suami..makan pakainya, kesihatannya dan yang penting sekali, keredhaannya..
Sebagai isteri yang mahu mendapat keredhaan Allah, harus mendapat keredhaan suami dahulu..
Itu kata2 yang selalu saya dengar di usrah atau di televisyen..

Sebab dialah yang akan memberi saya zuriat keturunan, dialah juga yang menyediakan tempat tinggal serba lengkap dan sederhana, dialah juga yang menyediakan makan pakai saya, dialah juga yang berkerja siang malam untuk keselesaan dan kesenangan saya.. Jadi wajarlah saya harus mendapat keredhaan dari dia..dan ketaatan saya untuk dia.. Kerana Allah sudah tentukan bahawa dialah imam saya yang akan membimbing saya..

Di zaman sekarang, ramai wanita sudah tampil berhijab,  Alhamdulillah..
tapi seperti pesan dan kata2 dari ustaz dan ustazah di usrah/program2 yang saya tonton di televisyen, sekarang sudah ramai wanita yang menutup aurat tetapi bertelanjang..
Begitu juga dengan suami, selalu berpesan biar berpakaian dan berhijab kerana Allah dan bukan kerana mengikut fesyen. Mungkin ada silap saya sebelum ini, bergaya bertudung mengikut fesyen.. Bila orang pakai A saya pun mahu pakai A, bila orang pakai B saya pun mahu pakai B, niat sebenar sudah terpesong..

Sekarang saya hanya mahu tampil istimewa hanya untuk tatapan suami..

Untuk apa saya menconteng muka sendiri untuk tatapan lelaki lain? Untuk apa saya berpakaian cantik2 hanya untuk tatapan lelaki lain? Biarlah penampilan saya hanya untuk suami..
Biar Comot di dunia, tetapi Cantik di akhirat
Itu pesan suami saya..hehehe..kerana saya harus menjaga maruah dan nama baik suami..Diri saya sekarang melambangkan suami..apa yang saya lakukan haruslah suami diutamakan..Jika dahulu, selepas Allah dan Rasul, adalah ibu bapa tapi sekarang adalah suami...Jadi wajarlah suami jadi keutamaan..

Sekarang pada usia 27thn, Insyaallah, saya bakal bergelar seorang ibu..jika sebelum ini, saya hanya melihat keletihan dan kesusahan kakak sendiri dan orang di sekeliling mengandung, tetapi masih mampu mengukir senyuman, membuatkan saya kagum dengan insan bergelar Ibu...sekarang saya alaminya sendiri.. Bagaimana keletihan selalu mengunjung, bila peritnya kerongkong, mengeluarkan segala yang dimakan, bila tidur malam sudah mula tidak selesa, tapi itu semua menjanjikan satu gelaran yang cukup bermakna..seorang IBU..

Jika dahulu ada yang mengatakan saya memfitnah, sehingga di angkut sekali ahli keluarga mengatakan saya memfitnah, jadi apa kurangnya sekarang? Mereka menuduh saya mempertikaikan keadaan mereka dahulu sedangkan itu saya rasa satu rekaan atau diada-adakan oleh orang lain untuk mengaibkan dan memalukan saya..Tetapi siapa saya untuk terus menghukum..jadi biarlah keadaan dan masa yang menentukan..Saya cuma mampu memohon agar Allah mengampunkan dan memberi keredhaan kepada mereka.. "Terima kasih sekali lagi kerana membuatkan saya menjadi orang yang lebih mulia kerana fitnah anda"..

Alhamdulillah pada usia 27thn ini, biar diam.. ... itu yang lebih baik.. 

Untuk apa saya terus berlawan dengan kata-kata, sedangkan saya melambangkan suami saya sendiri..
Untuk apa saya menjatuhkan maruah dan martabat diri saya sekeluarga dengan berlawan kata-kata.. 
Biar di dunia nampak miskin dan kerdil, Insyaallah, di akhirat ada yang di janjikan Allah..
Biar sekarang saya berada di bawah, seperti roda, mereka di atas, dikagumi dan dihormati, Insyaallah, di akhirat ada habuannya..
Biarlah di dunia saya menjadi lauk pauk oleh mulut-mulut mereka, Insyaallah di akhirant saya ada habuannya..


Alhamdulillah... masih mampu bernafas dan beribadat pada usia 27tahun ini..
Terima kasih Mak, Abah, Abg Adi, Kak Aten, Elit dan Amin untuk 27 tahun ini dan seterusnya..
Terima kasih kepada suami, kerana menjadi imam kepada solat2 saya dan menjadi abah kepada bakal anak-anak saya.. terima kasih untuk 6 bulan yang sudah berlalu dan Insyaallah untuk hari2 yang seterusnya..





xoxo






love!

Friday

Teguran dan Di tegur

Assalamualaikum..

selamat pagi..

hari ni tertarik dengan email yang di hantar oleh officemate berkaitan dengan teguran..
Credit to : En. Nasir Hassan
Petikan ini daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah













Ramai org yg mudah tegur org, tapi melenting bila d tegur. Petua terima teguran ialah :

1. Ingat yang Allah tegur kita melalui teguran orang.

2. Syukur sebab tanpa teguran sukar untuk kita berubah.

3. Lapang dada & terima dengan tenang 

4. Nilai & kaji teguran 

5. Tanya jika tak jelas.

6. Minta nasihat tentang punca masalah kita.

7. Minta nasihat tentang alternatif penyelesaian.

8. Minta tunjuk contoh yang boleh d teladani.

9. Mohon maaf atas kesilapan ucap Terima Kasih.

10. Mohon di doakan agar dapat atasi masalah.

11. Segera bertindak & tawakkal kepada Allah. Moga Allah rahmati kita semua









Sharing is Caring

Caring is Love

Love = Peace!!







xoxo




Thursday

Diam Lebih Baik

Assalamualaikum

Diam itu lebih baik dari berkata dusta.


************


Credit to : Cahaya Jingga


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.



Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
 2. Perhiasan tanpa berhias.
 3. Kehebatan tanpa kerajaan.
 4. Benteng tanpa pagar.
 5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
 7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:



 "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
  "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
 "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:



Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri




Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.





************























Sedikit perkongsian.. kepada si polan si polan, kalo apa yang di perkatakan itu di tujukan kepada saya, Terima Kasih kerana menambahkan lagi pahala saya setiap kali "Alhamdulillah" saya ucapkan.. Ini bererti anda prihatin dengan keadaan saya seperti mana saya prihatin dengan keadaan anda dahulu. Siapa boleh pertikaikan keadaan seorang ibu mengandung? Jadi siapa kata kepada siapa? Apa pun terima kasih atas keprihatinan anda.














P/s: Time office hour nie..hehe












xoxo











Doa yang elok diamalkan ketika mengandung

Doa ni di share dari Sini, Credit to Kakak Kai nie ye..
thanks for info..

elok untuk diamalkan selalu waktu mengandung macam sekarang nie..hehe


"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".

Wednesday

Dialog dua beradik

assalamualaikum..


Dua tiga hari nie stay dengan mak abah.. hehe.. kesihatan x berapa sihat dan ada beberapa keadaan x mengizinkan untuk stay di rumah sendiri  (kena update statement nie sebab dah ada yang berprasangka kurang baik dengan hubungan saya dengan suami..Hello! aku ok ja la dengan laki aku..Salah ka aku nak dok di rumah mak abah aku! Laki aku pun ada sekali la!! Bengong punya orang!!).. *alasan!*.. sedangkan sebab rindu Idris selalu kan kan kan.. LOL hehe..

Lately, selera dah makin meningkat.. xberapa memilih makanan dah.. kalo boleh semua nak makan.. perut pun dah semakin lapaq.. kalo dah makan baru setengah jam, perut dah start berbunyi kerut-kerut dah..itu tanda yang baik suami kata...maksudnya baby nak makin membesar, sebab tu perut sentiasa lapaq.. sebab apa yang saya makan, terus baby amek kan kan kan.. pemikiran macam budak2 sikit ye.. maaf! hehee

Seminggu dua nie jugak, dah x boleh pakai baju kurung or kurung moden dah, sebab KETAT!... bahagian pinggang yang paling x selesa kalo pakai.. ye lah, kalo pakai kain baju kurung tu, mesti letak atas perut mean bawah dada.. sebab nak letak di pinggang memang x dapat la nak pin.. minggu lepas, nak letak bawah dada pun dah x leh pin.. huhu.. so, start cari jubah or dress mak dan kakten punya.. pinjam dulu la kata kan.. I kan jimat.. buat pa membazir kan.. ehehe.. 

Tapi kakten x banyak baju yang sesuai nak pakai ke tempat keja, banyak kepada dress bunga2 dan rompol2... satg pakai, terlebih VOGUE lak kan.. hehe.. kalo nak outing ok la pakai yang vouge2 bagai nie..dengan suami ok la pakai lawa2 bagi suami tengok, ni dekat office bukan ada suami nak pakai lawa2 kan.. so, banyaknya pakai jubah mak saja.. oh oh mak banyak jubah tapi besaq dan agak singkat.. tapi selesa la bila pakai jubah ni semua.. rasa macam baby nak menafas macam senang ja kan..hehe..Kakten dulu waktu preggy kat Idris, mana sempat nak beli or pakai dress mengandung nie semua sebab perut kecik je.. waktu start masuk hospital baru 7 bulan, 8 bulan dah terberanak dengan 1.67kg kot.. Idris x sabar nak tengok makteh dia.. hehe.. Perasan!! hehe.. 

oh panjang nya membebel, belum masuk topic sebenar lagi.. hehe..

ok..macam nie cerita nya..hehe..cerita berdialog ni ada 2 situasi ye..

********************

Situasi Pertama

Si Adik (I la tu! hehe) baru keluar dari toilet baru mandi waktu maghrib tu.. xelok di amalkan ye..Kakak tercinta tengah layan drama korea kat laptop..
Adik  : Kakten, perut Ela nie buncit sebab makan tidoq makan tidoq ka?
Kakten : Bukan aihhh!
A : Ya ka, kiranya baby makin besaq la.. 
K : Mesti la
A : Minggu lepas x nampak pun lagi perut.. *faham2 la sebab first pregnancy, so agak jakun disitu* 
K : La ni berapa bulan dah?
A : 4 bulan setengah dah.. 18 minggu dah..
K : Dah trimester ke-2 dah, memang la makin besaq sebab time nie baby membesaq 2 kali ganda..
A : Ya ka.. Kakten dulu kecik ja perut..
K : Kak lain...tengok Idris la keluaq aritu berapa kilo ja..
A : Betoi gak noo.. hehee..
Situasi Kedua
Adik (I lagi tu!)  : Kakten, buat ayaq Milo....*suara manja nie*
Kakten : Milo?
A : Ya la, kakten buat aritu sedap.. hikhikhik
K : Ya la tu... *terus bangun dari kerusi tengah tengok cerita korea terus ke dapur bancuh Milo*
A : Mood~ terharunya hehe..
A : Bukan Ela yang nak, anak menakan kakten jugak yang nak minum.. hikhikhik..
K : Ya la tu 
Lima minit lepas tu sebab adik solat dulu lepas buat permintaan tu terus tengok tepi TV se"mug" Milo.. oh bahagianya dapat Milo kaww kaww punya. Alhamdulillah

********************
Bahagia kan ada seorang kakak yang memahami.. pengalaman saya time kakten mengandung dulu, jiran2 selalu bagi macam2 makanan kat Kakten.. pantang Kakten sebut mesti ada ja jiran2 yang bagi.. 

1) Jiran bagi Daging Rusa.. Kakten lak x makan daging...so rezeki sapa daging rusa tu??cube teka?? haha.. selamat dalam perut nie.

2) Saya dengan Amin teringin nak menyicah.. so mintak Kakten g umah jiran mintak buah mempelam.. Kakten p mintak...dapat selambak.. 

3) pastu x cukup ngan tu.. kami nak garam belacan lak nak cicah dengan mempelam tu, mintak Kakten p umah jiran sorang lagi mintak jiran tu buatkan.. ermm dapat sebekas.. punya la terbaik garam belacan dia.. rezeki sapa menyicah tu?? selamat dalam perut kami jugak.. sebab Kakten x makan benda2 masam nie macam jeruk2 or mempelam..


Jiran sebelah a.k.a Tok Mama Idris

Sebahagian dari jiran2

Terharu kan.. sebab time Kakten mengandung, saya yang berat badan naik sampai 5 kg.. sebab apa jiran bagi kat Kakten mesti selamat dalam perut nie.. saya dengan Amin lak selalu cakap.. Kakten g buat muka kecian ja, mesti depa bagi nya...x tipu.. xbuat muka kecian pun dapat... bayangkan bila rezeki Kakten, Kakten kongsi dengan kami adik beradik.. oh oh terharu nya...


Kakak ku : Isfaten Adi Binti Ahmad


Penasihat sepanjang majlis

Selepas Akad Nikah

My lovely

with her baby : Idris

Idris lagi..




Ok la... kita jumpa lagi..panjang sangat entry kali nie kan kan..






bye






xoxo


Tuesday

2012 Wishlist

assalamualaikum..

apa kabar semua? hukhuk baget ramai yang membaca kan.. hehe..
suka hati la.. blog sendiri kan.. XD

Alhamdulillah hari ini dah 1 Rejab... berpuasa ganti atau sunat x? saya x puasa pun.. keadaan belum mengizinkan.. tapi akan berpuasa jugak sehari dua kan.. untuk prepare badan dan jugak baby untuk berpuasa sebulan nanti..Insyaallah kan..Last Syawal aritu dah puasa ganti siap2 dah sebab tu xberapa kalut nak ganti tahun nie..hehe.. orang kata planning baik punya.. sebab aritu waktu ganti puasa tu, macam dah bermonolog sendiri.. mungkin akan mengandung, so baik ganti siap2.. Alhamdulillah.. jadi kenyataan... so sekarang nie tengah prepare badan dan baby untuk menghadapi Ramadhan la.. hehe.. x sabar kan.. first time kot puasa dengan suami tercinta... di rumah sendiri... mengandung... dan raya tanpa keluarga.. hukhukhuk.. yang last tu sedih sikit.. hehehe...


lagi beberapa hari jugak akan menjengah usia baru kan..semakin hari semakin tua..hehe..setiap tahun celebrate besday dengan kembaq kan.. dah lahir sekali kan.. yang beza cuma beberapa minit ja..hehe.. so kalo xsambut sekali rasa macam x lengkap.. hehe..

Plan nak bawak keluarga pergi makan2..Kembaq saya pun akan balik minggu nie..kebetulan Amin pun balik minggu nie dengan Ayu...pastu nak ajak MIL dan SIL sekali.. ramai2 baru meriah.. if Abg Adi yang baru glamer masuk paper Metro balik sekali dengan kak CC dengan Atem, lagi meriah kannnn.. seronoknyyaaa..

Plan dengan suami dan kakten nak makan kat Chennai Curry House.. huhu.. teringin sungguh..Nasik Daun Pisang tu..ala-ala Vege gitu.. huhuhu...dulu2 waktu keja di Maem dulu, selalu makan di Chennai ni..pantang abah kena mai amek dari keja ja mesti ke Chennai.. sampai pekerja Chennai pun dah kenai.. hehe..Last ke Chennai rasanya time tu Idris pun baby lagi..saya pun belum kawin... sekarang nak bawak baby sendiri lak merasa... hehe..

Insyaallah, kalo ada rezeki akan sampai on our besday nanti...hopefully boleh la..walaupun ada kenduri kendara sana sini kan.. hehe..

Chennai Curry House : Credit to Son of Penang


Drinks at Chennai : Chocolate Milk Shake and Fresh Orange Juice

The Map
Itu panjang lebar berkaitan mak buyung teringin nak makan d Chennai.. so sempena nak celebrate besday nie, mesti selalu orang kata, kena ada Wishlist la..apa Azam tahun nie.. dah usia pun bertambah kan.. hehe..Wishlist 2010 seperti sedia maklum ada yang tertunai ada yang belum habis tertunai.. yang belum tu bab sambung Master tu.. baru separuh.. maybe lepas dah ada baby baru nak sambung semula... itu memang dah idaman dari dulu.. hehe.. Wishlist 2011 saya xtahu link yang mana.. godek punya godek xjumpa2 pun.. hehe.. cuma saya plan dalam 2011 nak bertunang dan berkahwin.. so tercapai la sekarang.. hehehe.. Alhamdulillah..

Jom cekidaut Wishlist 2012, bila saya bakal berusia 27 tahun, tinggal 3 hari lagi :-

1) Lahirkan seorang baby yang sihat dan cukup sifat segalanya... *aritu plan nak kembaq, belum rezeki* hehe

2) Jadi seorang isteri yang solehah untuk suami tercinta. Bahagia sentiasa. Rumahtangga diberkati. Rezeki yang bertambah.

3) Jadi seorang anak dan menantu yang baik untuk mak, abah dan mak mertua.

4) Jadi seorang adik, kakak, adik ipar, kakak ipar dan biras yang baik untuk semua..

5) Jadi seorang kawan yang baik untuk semua kawan2 ~ means : my bestfriends and friends only ya!

6) Yang paling penting: Hamba yang cukup amal ibadat.

Insyaallah.. 






















p/s: lately kenapa ada yang xpuas hati ye.. sedangkan saya x kacau orang pun.. kenapa nak kacau hidup saya! kalo xsuka jangan amek peduli la hal saya ka apa... kenapa harus menyibuk sana sini... 


Info Penting : ini blog saya.. ikut saya la nak tulis apa pun.. if xsuka, kenapa selalu baca blog nie.. ermmm





xoxo



love!

Friday

Oh TV! Oh Tidoq

Assalamualaikum...


setiap minggu satu entry?apa kes? alasan paling mujarab, tengah xberapa sihat... hehe..sedangkan idea banyak..semua simpan dalam draft.. macam malas nak update ja.. hehe..

last week cuti seminggu di penuhi dengan tidoq ja setiap masa yang terluang..pantang terluang sikit mesti terlelap..letih la katakan.. hehe..bukan apa..sekarang selera makan dah makin kurang..perut sentiasa lapaq tapi nak makan tapi xlalu..if makan jugak kekadang tu muntah semula.. ermm.. dugaan nak jadi ibu kan.. hehe.. kekadang tu sian suami la.. beli itu xkena dengan selera, beli ini pun xkena, masak itu xmakan, masak ini xmakan.. kekadang masak sendiri lagi la xmakan...hehe... 

sekarang nie hanya boleh buat keja rumah yang len selain dari memasak ja.. sebab nak siang bawang tu, xberapa tahan sebab mesti muntah nya dengan bau tu.. setakat basuh kain, hanya masukkan dalam mesin kedung kedang kami itu tunggu sampai bunyi tet tet tet amek sidai ja..pastu sapu2 sampah sikit, cuci bilik air sikit, simpan2 pinggan mangkuk sikit.. pastu akan ke tempat rutin la.. depan tv dan selepas 5 min akan terlelap.. hehe..

penah sekali tu, suami OT, so malam tu dok sorang2 pas maghrib, selesai solat n mengaji2 sikit, terus ke tempat rutin la...sambil mengadap tv sementara nak tunggu 30 minit bersama Ustaz Don, terus terlelap... hehe.. sedaq2 ada orang bagi salam sambil terjerit2 panggil 'Sayang, bukak pintu' sambil henset berbunyi lagu jiwang... jawab kol dulu, pintu xbukak lagi..*jahat kan* rupanya suami la yang kol soh bukak pintu.. misskol malam tu dekat 10 rasanya dari suami.. lama jugak kan suami dok luar.. hehee...tengok jam dah kol 11 lebih.. patut la.. Ustaz Don pun dah habisss.. huhuhu..

dalam minggu nie jugak tengah mengusahakan sesuatu untuk keluarga kecik kami nie... Insyaallah ada rezeki kan.. harap2 la sangat... hehe..

minggu nie jugak ada exam PTD utk kali yang ke-5.. apa kes? if g exam pastu, anak Tan Sri, anak Datuk Datin, kroni-kroni jugak yang dapat kan..ermmm...tapi kena pegi jugak sebab abah kata mana tau rezeki baby kan.. sedangkan semua dah tahu mesti xlulus nya.. hehe..

ok la... satg akan update lagi ye...



xoxo





love!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...