Friday

Fatimah :: Basikal


Assalamualaikum

arini nak cerita sikit tentang Fatimah
lama dah aku tak cerita pasal Fatimah kan..
minta maaf kakak, ibu tak sempat >.<
bajet dia baca blog aku kan.. hahaha

sebulan lepas, dalam middle April, 
Fatimah dah start pandai kayuh basikal dah..
sebelum2 ni, dia main tolak2 ngn kaki ja..
waktu tu pakai basikal Idris kecik2 dulu ja..
kaler biru macam kat bawah nie..

tak kira masa dengan basikal dia ja..
dalam rumah pun sama,
luar rumah pun sama..
semua guna kaki..

bukannya tak pandai kayuh,
tapi entah Fatimah nie..
kadang-kadang aku tengok dia kayuh ja,
tapi most of the time memang dia tolak tolak ngan kaki..


ni waktu aktiviti riadah..
rumah rumah jiran kosong lagi,
baru beberapa biji je yang da occupied,
selebihnya kosong.
Jadi seronok la dia dok main basikal dia..
sampai peluh peluh jugak,
cuma hari cuti je lah,
sebab kalo hari bekerja memang tak sempat nak main ke apa kat luar
sebab dah sampai rumah dah pukul 7..

lagipun kalo ada abah dia baru aku bagi dia main di luar,
buatnya aku ngn anak anak2 ja di luar abahnya takda,
ada orang kacau ka mana sempat aku nak tarik Fatimah masuk kan..

aku ni mental sikit, selalu pikir akan ada orang jahat sekarang ni..



ni pulak bila bawak basikal tu ke dalam rumah,
memang macam macam la aktiviti dia,
buat buat pergi kedai beli bawang la,
pergi sekolah la,
bawak kitty dia jalan jalan la,
ada ja dia create situasi sendiri,

Nak dijadikan cerita,
satu hari tu, dia rongkah (bahasa kedah) atau dia cabutkan semua skru skru yang ada,
togel terus basikal dia, tinggai rangka ja,
habis bumper depan tu, 
basket belakang tu,
seat pun tercabut,
semua dia cabut..
sebab skru skru semua dah longgar dah.
basikal biru ni lama sangat dah,
mak abah beli untuk Idris waktu dia kecik kecik lagi..
Fatimah pun takda lagi rasanya..
suami aku terpaksa ikat seat tu sebab dia dok naik basikal tu duduk atas rangka..
hahahaha

Jadinya,
bila basikal dia dah togel macam tu,
dia sebut pulak, 
"nanti ibu beli basikal baru naa"
"nanti abah beli basikal kat mah tau"
pandai pulak dia nie.. hehe..

tapi aku dengan lie slalu cakap kat dia,
"Kakak kayuh betoi betoi dulu baru abah beli"
pastu terus dia pandai pulak kayuh kayuh,
lengkap satu pusingan kaki time kayuh tu..

pastu dia cakap balik bila dia dah pandai kayuh tu,
"Mah pandai kayuh dah, nanti ibu beli basikal baru naa"
"Tengok ni Mah pandai dah, nanti abah beli baru naa"

itu lah ayat yang dia dok sebut sebut slalu bila main basikal togel dia tu.

Aku pun berbincang la ngan lie,
jadi, 16hb Mei ritu, 
kami pegi la kilang basikal kat Guar nie,
sebelah taman rumah aku ja pun,
duduk di dapur rumah aku pun leh nampak kilang nie.
kikikikiki..

waktu pegi tu petang selepas famili day office aku.. -nanti aku story
Maryam letak di rumah pengasuh..

sampai di kilang tu,
Fatimah excited
sebab banyak basikal
macam-macam pilihan ada..
semua dia try naik..
yang ada cermin la, yang ada loceng la..

pilih punya pilih dekat sejam jugak la
sebab rabun mata dah tengok,
lie lak dok tawar tawar harga..

jadi Fatimah pilih yang kaler oren nie,
ada cermin, ada loceng, ada seat, ada bakul..
lengkap dia amek,..
total harga abah dia beli RM115..
kami tak tau la mahal ke murah,
kami beli ja lah..
sebagai reward untuk Fatimah..
seronoknya dia,
terus bawak balik kampung petang tu jugak..
hehehe



sesekali bahagiakan anak-anak pun seronok juga kan..






No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...