Tuesday

Bila Kerja Itu Satu Ibadah - Part 2

“Sebaik-baik harta itu ialah, harta yang berada pada tangan orang yang saleh.”
(riwayat Imam Ahmad dan Thabrani).


arini kecoh pulak kt office tentang apa yang aku dah luahkan kt entry sebelum nie..
ramai juga yang melompat..
aku x sangka ada jugak orang yang dok baca apa yang aku tulis.. sebelum ni aku menulis pn hanya untuk suka2.. nak luahkan apa yang aku rasa.. apa yang aku nampak.. apa yang aku hadapi.. tapi x sangka pulak yang akan ada orang yang terasa..

Ya! aku akui memang salah aku sebab mention nama company . tp entry tu aku x kan padam.. aku tetap dengan pendirian aku.. adakah aku mengaibkan orang? aku x mention nama sapa pun..huuu >.<
Kepada siapa aku nk luahkan? semua orang tutup mata.. terus ke MM mungkin paling betul.. tp aku t'pikir kesian pulak kt orang yang x bersalah..nanti kena semua.. kalau kena aku sorang xpa.. xkisah.. hehehe (^_^)


Apa yang aku tau diorang cakap aku dah jadi macam En A.. aku dah terpengaruh dengan En A... sedangkan aku dah memang macam nie.. lagipun dah orang lain pun sama.. tutup cerita habis2... jadi kat sini aku nak clear kan tentang ni.. EN. A TIDAK ADA KENA MENGENA TENTANG APA YANG AKU DAH LUAHKAN. Aku x dipengaruhi oleh sesiapa, aku x diasuh oleh sesiapa, aku x didorong oleh sesiapa waktu aku nk post entry tu..


ada orang kata tentang aku (aku x sangka keluarnya ayat macam ni dari mulut orang yang aku sangat percaya)

"is ada degree, si A dan si W pun ada degree tp diorang xbuat macam ni"


OK. sekarang ni explanation aku.. memang aku ada degree.. Degree in Accounting... di Uitm, macam2 aku ni di ajar, tentang accounting, tentang audit, tentang company secretary, tentang HR, tentang marketing, tentang ICT, tentang agama, yang penting sekali tentang macam mana aku nak jadi INSAN yang berguna. Di Uitm jugak aku di agar tentang BESARnya AMANAH bila berada dalam department account ni.. Amanah yang besar.. Mak Abah pun ajar aku macam mana aku nak jadi INSAN yang betul2 INSAN..

Benda semua tu jadi depan mata aku, x kan aku nak tutup mata macam orang lain yang ada degree tu.. diorang dah memang macam tu.. Yes Bos, Yes Bos ja..

Sebab aku ada degree la.. Aku x BUTAkan MATA, PEKAKkan TELINGA.. aku TAKUT AKHIRAT..aku TAKUT aku disoal setiap SEN DUIT aku, aku TAKUT di soal tentang AMANAH yang aku dah di pertanggungjawabkan.. aku TAKUT bersubahat.. semua tu harta DUNIA..

13 comments:

  1. im proud wif u is!!
    keep it up

    ReplyDelete
  2. we need improvement.
    someone should stand out and bring up all these things..

    ReplyDelete
  3. cayya la kak..!! entry yg bersemengat..

    ReplyDelete
  4. kadangkala apa yg kita nampak tak seperti yang kita sangka.... Kalau benar kita nak buat pembaikan bukan dengan mendedahkan keburukan yg kita sangka......

    ReplyDelete
  5. siapa sangka blog yang dicipta ni hanya untuk suka2, kini menjadi tumpuan..
    tapi ada juga sesiapa yang mempunyai masa yang sangat terluang yang berjaya menjengah untuk singgah ke blog ini lalu menyampai kan kepada semua..
    bukankan jika beliau hanya seorang yang baca, tidak semua orang akan tahu lalu tidak akan malu?
    tp tanya diri sendiri, adakah semua yang diceritakan ini bukan fakta?

    ReplyDelete
  6. ayu, kita kena semangat.. bukan senang nk menuju ke arah kebenaran.. mesti banyak cabaran..

    ReplyDelete
  7. orang lain pun ada degree juga di ajar macam macam di universiti, bukan awak seorang saja.. yang tahu tentang amanah...

    kalau nak tegur orang jangan sampai macam menghina orang tuduh orang ambil rasuah. ... tak baik tuu

    Saya nampak awak ni hanya mementingkan diri awak sendiri....baikilah dept. awak duluu....
    Yang sedih sekali kata orang seolah olah langsung tak beri sumbangan kepada company... awak mana boleh tuduh macam tu ......


    lebih baik awak kahwin cepat saya nampak awak dah semakin tak siuman

    ReplyDelete
  8. Mr. Anonymous..

    saya x menghina sesiapa... ini buku saya yang usang, tetapi dengan tiba2 ada orang rajin menjengah lalu mengkhabar kepada semua.. siapa sangka..
    utk apa sy mementingkan diri saya sendiri? saya tulis tentang apa yang saya rasa.. saya rasa bukan saya saja yang rasa mcm tu.. ramai.. tp mungkin tiada yang berani..
    adakah dengan kawin menentu kan orang tu siuman atau x?

    ReplyDelete
  9. Salam Sejahtera!

    Ada bebera perkara di dunia ini yang tidak perlu kita risau kerana memang begitulah ketentuannya.

    1. Orang tidak akan senang bila kita membicarakan sesuatu yang benar dan orang akan gembira jika kita sentiasa menipu dan berbohong.

    2. Tidak ada satu pun yang kita buat boleh memuaskan hati semua orang dan tidak ada seorang manusia pun yang sempurna.

    3. Yang benar tetap benar biarpun ia pahit bagi sesetengah orang.

    4. Kita usah mengalah hanya kerana orang lain tidak setuju dengan pendirian kita.

    Jadi teruskan menulis dan bercerita untuk kepuasan diri, bukan untuk kepentingan sesiapa. Jangan cepat putus asa dan selalulah merendah diri. Cuma nasihat penting juga; betulkan bahasa dan ejaan dalam setiap tulisan.

    ReplyDelete
  10. saya bangga dengan awak.awak seorang perempuan yang berani menegakkan kebenaran.pekakkan telinga dengan segala tomahan yang awak terima kala ini.kemenangan akan tetap milik awak jika ianya adalah kebenaran.jangan mudah putus asa!!!

    ReplyDelete
  11. Syabas Is,
    Is dah membuka lena diulik mimpi sesetengah org disini. Inilah Dugaan bagi mereka yg ingin menegakkan kebenaran. Saya dah rasainy dahulu. Saya setuju dengan En.Madisy, mereka yg melompat ni kerana meraka tahu kesalahan yg mereka lakukan adalah salah dan tidak mahu mengaku kesalan mereka dan mereka rasa orang tidak tahu apa yg mereka lakukan?
    Bagi mereka yg ada degree dan hanya tahu Yes bos, yes bos..dan tahu kesalahan di depan mata.. kenapa tidak ditegur... mungkin yg ada degree tu hanya nak play safe supaya boleh letak aircond nak naik cepat.. tolong la ... kemungkaran yg kita tahu tapi tidak ditegur kita akan ditanya didepan Allah..
    Lain la mcm aku, aku tegur direct kesalahan yg abg pon buat itu pun orang sekutu dia masih salahkan aku abg pon pula betul dan sesetengah HOD pun bela dia...itulah dunia sekarang yg menjulang kebatilan dan menjatuhkan kebenaran.. Kenapa baru hari ni bila isu ini timbul yang lain menentang ? kenapa masa isu aku dengan abg pon dulu bila abg pon mencemuh aku kepada orang luar ( org HQ ) dan keadaan syarikat kita ni kat orang KL bagi aku lebih teruk dari kes ini ? Kenapa HOD tak nak bantu aku selesaikan? kenapa semua nak menyebelah abg pon ? kenapa yg lain tak kutuk abg pon ? kemana HOD ? Kenapa tidak mengambil tindakan kepada abg pon kerana abg pon boleh cover kesalan yg org lain buat. kenapa tiada pembelaan yg adil bagi mereka yg berada dipihak yg benar? zalim sunguh mereka yg membela kebatilan. dan tungulah balasan dari Allah.
    bagi saya org yg patut dipersalahkan adalah orang yg mengajak orang lain utk membuka blog ni yg pada mulanya tidak ada orang yg sudi melawat.
    Selagi sikap kita tidak berubah company ni tidak akan maju bekerjalah dengan Allah dan bukan dengan manusia nescaya berkat rezeki kita dan kita akan berkerja selamanya bukan hanya sesetengah masa saja.
    ( kalau berani letak nama sebenar la )

    ReplyDelete
  12. kepada Isfatehah, nak luahkan perasaan tu tak salah, tapi gunakanlah saluran yang betul & gunakannya dengan bijak.. Kita ada hati, timbang dulu, kita ada otak, fikir dulu.. kalau ikut hati, Mati, Kalau ikut rasa, binasalah diri.. FIKIR2 DAN RENUNGKAN LAH..

    Kalau cerita tentang adil, didunia ni takda apa yang adil.. yang adil hanya yang Maha Kuasa (Allah)....

    ReplyDelete
  13. Salam Semua!

    Rasanya 'Entri' ini sangat mendapat perhatian. Rata-rata komen seperti tidak berpuas hati kepada penceritaan yang ikhlas dan tulus dari pemilik Laman ini. Orang yang termakan cili tentu terasa pedasnya dan tidak boleh diam seperti cacing kepanasan. Tetapi kebanyakan yang bersuara macam 'lempar batu sembunyi tangan' sahaja kerana tidak berani meletakkan namanya bagi menampakkan kejujurannya.

    Kalau disembunyi macam manapun 'pekung' dalam sesebuah jabatan atau institusi, akan dihidu orang jua. Biar macam mana kita mahu menutupnya, hanyhalah seperti 'menutup bangkai gajah dengan nyiru', baunya akan tersebar jua lambat laun. Cuma bezanya, pekung ini didedahkan lebih awal.

    Adalah lebih baik kita bermuhasabah diri dasripada melenting kepada orang yang bercerita tentang sesuatu yang benar kerana biar sepahit manapun, yang benar tetap benar dan kita terima sebagai yang benar. Jangan 'bercabang lidah' semata-mata hendak 'menegakkan benang basah'.

    Kalau kita tidak lakukan seperti yang didakwa, alhamdulillah! jika sama seperti yang didakwa, betulkan diri dan panjatkan rasa syukur kerana ada orang telah memperingatkan kita.

    Bertugas dalam satu institusi harus ada kerjasama memperbetulkan kesilapan orang yang bersama kita. Itu satu ibadah walaupun ada orang terasa pahitnya. Usah menjadi 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Tidak ada faedahnya.

    Yang penting, jika kita tidak melakukan seperti terdakwa, buat apa nak terasa? Yang berlalu biarkan pergi, sama-sama kita mencorakkan masa depan dengan cemerlang untuk kebaikan institusi masing-masing bagai 'aur dengan tebing'.

    ReplyDelete

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...