Pages

Thursday

Bonding time

Assalammualaikum

Lama aku tak update..
So far ada naik turun kehidupan aku ni..
Hidup tak dak cabaran tak mencabar kan?
Hikhik  "_"

Setiap hari weekdays..
Aku akan sampai di rumah jan 6.50ptg..
Lepas keluar office 5.45 terus gi amek anak-anak..
Terus je balik rumah..
Dah sampai rumah, aktiviti di rumah pulak..
macam orang lain jgk la..
Untuk aku.. sampai rumah ja, mesti kena bagi anak-anak naik riadah..
Sebab selalunya diorang tak sempat pun nk riadah di rumah pengasuh..
Fatimah terutamanya..
Sebab keluar office terus gi ambil dia kan..
Banyak masa dalam kereta..
Jadi lewat macamna pun aku sampai di rumah..
Mesti kena bagi dia main di luar dulu..
Hehehe..

Aktiviti selalunya sama je..
Fatimah akan naik basikal kesayangan dia tu lah..
Maryam pulak aku akan letak dalam basikal tolak tu..

Kadang-kadang main kejar-kejar..
Kadang-kadang ronda satu taman ja..
Kadang-kadang Fatimah akan main dengan anak-anak jiran yang lain..

Tak lama pun..
Dalam 10 ke 15 minit ja..
Bagi lepas gian Fatimah & Maryam ja..
Memerap dalam rumah ja sehari..

Elok maghrib ja, masing-masing memang pakat masuk rumah sendiri..

Itu kalau weekdays la..

Kalau weekend pulak..
Aku akan bawak keluar diorang dalam pukul 6 atau 6.30 macam tu..
Sebab sabtu ahad ada runningman..
Hahaha..aku nak tengok tv dulu..
Kalau episode seronok..
Anak-anak tunggu la 6.30 baru keluar..
Kikikikiki..

Tapi selalunya aku bawak keluar awal la..
Sebab seminggu 2 kali ja boleh main lama sikit..

Itu pun kalau anak-anak bangun tido petang tu awal..
Maryam selalunya weekend dia tak tido..
Dia nak melekat ja ngan aku..
Kalau tido ada lah 15minit macam tu..
Fatimah ja tido lama..
2 - 3 jam jugak..
Depend jugak..kalau dia nak masuk buai memang lama la..
Kalau tido bawah sekejap ja..

Maryam pulak kalo petang dia taknak tido dah..
Sebab dia dah terbiasa petang akan berjalan jalan diluar..
Selagi tak bawak dia keluar..
Memang dia cranky..
Bila bawak keluar ja terus ok..
Macam macam perangai anak anak ni..
;)

Selalunya weekend sabtu ja jiran jiran ramai sikit keluar bawak anak-anak main..
Sebab mostly jiran-jiran aku ni goverment servant..diorg cuti jumaat sabtu..
Ahad tu tak semeriah sabtu la..

Selalunya nie je time bonding aku dengan anak-anak..
Kalau ronda-ronda taman ni..
Aku selalu bawak anak-anak sampai ke tepi sawah tu..
Tak sampai hujung terus la sebab jauh sangat..
Selalu lepak situ sekejap ja..
Amek gambar.. sembang sekejap..
Tunjuk burung kat Maryam ka..
Biasa-biasa ja..

Selalunya kami main depan kawasan rumah ja..
Main kejar-kejar..
Main jual beli barang..
Main batu..
Hehehe..

Ok la bye!



No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...