Wednesday

Family :: Langkawi Balik Hari

Assalamualaikum
 
dah ramadhan ke 7 dah. alhmadulillah
 
dan aku baru nak update cerita pegi langkawi ritu..haha

ritu lepas habis pantang, 
mak aku belanja kami pegi Langkawi..

waktu nie aku dah start keja dah..
Maryam pun dah nak masuk 4 bulan dah time nie..

minggu tu saja ja balik yan,
tido sana..

tup tup pagi tu lepas subuh mak aku ajak gi langkawi..
nak bawak cucu cucu pi muzium 3d dan underwaterworld ja..


time nie tengah tunggu suami aku.
dia balik rumah siap siap..
dalam kol 9 baru bertolak dari yan..
amek feri pukul 11 rasanya..


ni first time Fatimah naik feri ke langkawi..
ritu penah plan awal january 2014 nak gi bercuti di langkawi..
aku siap booking chalet di pantai chenang lagi..
booked kereta sewa dengan husna bagai..
tup tup Fatimah demam panas..check in hospital pantai..

last aku pegi waktu tengah pregnant Fatimah..
dalam perut 7 ka 8 time raya aidilfitri..
ni baru dapat pegi lagi langkawi setelah 2thn lebih.. hehehe

sampai ja langkawi terus gi makan tengah ari siap siap..
mak aku booked kan kereta.. aku lupa dah kereta apa..
hahaha..
dah lama dah pegi nie..
ni baru nak cerita..
jadi aku lupa dah detail semua..
hahahaa..

lepas makan terus cari muzium 3d nie..
kat area situ ada macam macam..
elok spend sehari disitu ja..
tapi sebabkan kami balik hari..
dan memang fokus nak masuk tengok lukisan 3d ja..

tiket dia aku lupa berapa harga..
tapi disebabkan abah aku dah ada kad warga emas..
dia dapat la harga sama dengan budak budak punya price..
pastu sebab ic orang kedah..
jadi kami semua dapat half price untuk dewasa..
jimat dekat2 rm80 jgk mak aku kata..

semua excited time nie..

Macam famili aku yang lain depa dah pegi semua muzium 3d ni..
di penang, di thailand..
terutamanya Idris..
dia tengok lukisan 3d ni terus doa posing..
dia tau dah kena buat apa..

macam aku ni jakun la sikit..
first time la katakan..
kikikiki..



ni maktok tokwan bergambar dengan cucu cucu
Idris kalut nak bergambar dekat ngan gambar lain..
yang Fatimah pulak penakut..
dia ingat gambar semua ni real..hahaha
Maryam steady ja..tak tau apa lagi..




tengok ni..
nak amek gambar famili pun susah..
dia takut..
dok menangis2..



haaa dekat gambar badak nie..
ada ramai la dok tunggu turn..
pastu ada sekumpulan perempuan nie..
dalam awal 20an macam tu..
depa dok pening pening.. macam mana nak bergambar dekat badak nie..
pastu terus Idris lari gi kat badak ni terus posing..
pastu depa cakap..
"Comel nya adik nie, pandai dia posing"
pastu aku terus sampuk..
"dia semua 3d dah pegi..tu yg pandai"
hehehe


semua pic nie guna hanset ja..















 
 
keluar dari muzium 3d,
 
kami singgah makan laksa yang kononnya sedap sangat tu dekat tepi airport tu..
dengan angin sepoi sepoi.. ok la suasana dia..
makanan dia so so je.. tak la best mana pun sebenarnya..
Maryam sampai tertido..
fatimah dan idris main pasir semua siap..
 

lepas tu,
kami ke underwaterworld langkawi..
tapi tak da gambar dalam henset aku..
sebab aku bz tidoqkan Maryam je dalam tu..

waktu balik kami singgah dekat wisma HIG yang baru tu..
mak abah nak beli barang sikit..

pastu terus ke jeti..
amek tiket last kol 7.00
tu pun kena gi beli dekat feri dah..
sebab kaunter dah tutup..

so far, best la berjalan dengan family aku..
tak stress.. hahaha




No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...