Thursday

Ibu :: Beranak Dua

Assalammualaikum..

Ni pengalaman aku jadi ibu kepada 2 org anak utk 16 hari ni..
Hari hari ke depan aku rasa akan lebih mencabar.. haha

Fatimah..
Dah terbiasa jadi anak sulung..
anak pertama..
baik buruk aku semua nampak time membesaqkan dia lah..
Dia dah terbiasa jadi manja manja ngan aku..
Jadi ngada ngada..
Jadi banyak cakap..potpetpotpet tak berhenti..
Masa aku banyak dok hadap dia ja..
Time office hour lak..mak ngasuh dia lah dok hadap dia..
Tu yang manja terlampau..
Kalau dengan abah dia..sorry..
Abah dia tak layan.. abah dia buay tak tau ja.. haha..
Kira ada balance la..
Aku manja manja kan dia..
Abah dia tegas dan garang ngan dia..

Jadi..
Bila aku start pregnant Maryam..
Dia jadi makin manja dan mengada mengada..
Orang kata sebab tau ibu bawak adik..
Dia cemburu..
Jadinya..dia jadi semakin la clingy..
Jadi perangai terlampau mengada ngada..
Tidoq nak aku..
Mandi nak aku..
Main nak aku..
Makan nak aku..
Semua nak aku..
Bangun tidoq ja mesti qeyau qeyau..
Kalau aku takdak mesti menjerit jerit..
Memang habuan kena cubit ngan abah dia la..
Nak pulak..makin dekat hari aku terberanak ritu..
Dia akan bangun kol 4 5 pagi nak tengok upin ipin..
Pastu kalau tengok sensorang tak pa jugak..
Ni dia tak bagi aku tidoq.. tampaq tampaq ajak tengok ngan dia..
Dah tu aku pi keja mata sampai bengkak2 kadang kadang tu..
Kadang kadang jugak aku sampai tersenguk senguk kat cubical keja aku..

Jadinya..
Bila aku bersalin kat Maryam..
Dari hari aku bersalin.. dia dah start tidoq  malam tanpa aku..
Sebelum sebelum ni.. hanya dua kali ja dia tak tidoq ngan aku..
First time aku merajuk ngan dia..
Second time aku kena pi KL semalam tu..
Jadi total cuma 2 malam ja aku tak tidoq ngan dia..
Start dari dah dapat Maryam..
Kira berpisah dah tidoq ngan dia..
Masa aku pulak banyak habiskan kat Maryam..
Menyusu la..
Bertungku la..
Rehat la..
Makan la..
Jadi dia banyak masa ngan abah dia..
Ritu pulak penah..laki aku stay ngan aku kat umah mak abah aku...
Fatimah lak stay ngan Famili in law aku kat umah aku kat Gurun..
Malam tu memang dia tak keruan la..
Tidoq malam ibu abah tak da..
Malam tu bangun cari ibu abah..

Jadi sekarang siang ja kami hantar dia kat mak ngasuh dia..
Malam ja dia stay ngan aku..
Jadi bila stay ngan aku ja..
Tidoq malam nak tidoq ngan aku la..
Jadi keadaan aku jadi tak terurus sebab time Maryam menangis tu la Fatimah pun nak aku..
Time aku nak menyusu Maryam la Fatimah nak tidoq..

Ni la suasana aku bila nak tidoqkan anak anak aku..
Mencabaq gila..
Aku akan mengiring menyusu Maryam..
Fatimah akan baring sebelah belakang aku..
Tangan aku lak pegang henset tunjuk upin ipin..
Kadang2 sampai 2 3 jam aku mengiring sbb space aku pun sempit..
Katil bujang ja..
Jadi badan aku sekarang tak berapa kuat lagi walaupun hari ke 16 dah..
Sebab penat melayan 2 org anak..
Hahaha..

No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...