Pages

Thursday

Pengembaraan Bermula

Bismillah

Setelah sekian lama saya diam ja dari menulis, hari ini dengan azam baru, In Shaa Allah saya akan mula semula minat saya dalam dunia penulisan blog ini. Kalau ikutkan saya mula menulis blog pada 2009 hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi pengalaman dan luahan dan macam-macam lagi. Tapi makin hari minat menulis makin berkurang. Antara sebabnya ialah MALAS. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang kakak dan kumpulan yang sudi membantu, seolah-olah dah kenal bertahun walaupun di dalam alam maya. 

Alhamdulillah, dengan keizinan suami juga, saya akan terus membantu dan mencapai cita-cita saya sekarang.. untuk jadi seorang SURI RUMAH BERKERJAYA..Ya, dulu cita-cita nak jadi akauntan. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kearah itu. Tapi sekarang saya nak jadi suri rumah. Bagi saya, suri rumah itu terlalu mulia pekerjaannya. Dosa untuk suami tanggung pun kurang. Alangkah hebatnya suri rumah. Itu yang saya idamkan.

In Shaa Allah, saya hendak dan mahu berubah. Saya nak jadi isteri terbaik untuk suami. Ibu terbaik untuk Fatimah dan adik-adiknya(inshaaallah). Anak terbaik untuk mak dan abah. Terutama sekali hamba terbaik untuk mengadap Allah suatu hari nanti.






No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...