Pages

Wednesday

Salam dari Langkawi

Assalammualaikum

lama gila aku tak update blog aku ni..
sebab kekangan masa dan aku lupa password..

harini dah trace semula so dapat la update sikit..

Ya harini hampir 3 tahun dah aku dan keluarga kecik aku stay di Langkawi..
Aku move sini since Ibraheem baru 4 bulan..
Aku dapat keja disini, jumaat interview, Isnin 27 Nov 2016 terus masuk keja..
Cepat gila.. just angkut kain baju dan anak anak je mai sini..
laki pun aku tinggai..
lepas 2 bulan baru laki aku mai duduk sekali kt langkawi sampai sekarang..
hahaha

sebulan setengah disini kami (aku dan anak) sewa bilik ja di pekan kuah,
kebetulan terjumpa bilik sewa dan ada pengasuh bawah bilik sewa kami tu..
Alhamdulillah perancangan Allah tepat untuk kita..
Pengasuh tu satu keluarga dah jadi keluarga angkat kami disini..
susah senang aku, depa satu keluarga ada dengan aku..
Tak terbalas budi depa sebenarnya..

Sejak pindah sini, sekarang ni keja aku yang ketiga dah sebenarnya di Langkawi..
harapnya ini yang terakhir lah..
aku nak stay satu keja lama-lama..
First job aritu di fishfarm company, international company wei...
Rusia punya... sempat keja dalam 5 bulan ja.. internal problem syarikat tu..
so tanpa aku melengahkan masa, aku cabut terus lepas dapat gaji..
aku nak resign depa tak bagi..
Second job, keja hotel.. Myangkasa hotel.. under Angkasa..
Alhamdulillah keja best gila..dapat kawan kawan ramai kat situ..
sempat bertahan setahun setengah lebih macam tu sebelum aku dapat keja sekarang..
Keja sekarang sejak Dec 2018..
Alhamdulillah so far ok laa..
awal aritu macam nak resign jugak hahahaha..tapi kuatkan hati dan redho ja dengan qada' dan qadar.. Alhamdulillah ni pilihan tepat..

Rumah pulak..
First 2 month tu sewa bilik tu kan di pekan kuah...
best sebenarnya situ, dekat dengan masjid, kedai, semua lah..
tapi tak best sebab persekitaran dia terlalu sempit, kotor dan rumah tu rumah atas, so anak-anak nak membesar macam mana, main dalam rumah ja..
pastu kami sewa di Kelibang, lagi best..
rumah atas laut.. memang cantik..
kecik ja rumah, satu bilik, harga memang harga macam rumah sewa semi-D di Guar..
haahahaha..
tapi best rumah ni..selesa.. air pasang ja seronok la tangkap ketam.. air sampai ke pintu.. best...
tapi fikir-fikir sampai bila kan..
kesian anak jugak tak dak ruang nak bermain, depan tu laut kan..
anak pulak lasak..
Jadi cari rumah lain pulak
Rumah ketiga ni, 2 bilik rumah atas bukit..
so far ok sangat rumah tu cuma rumah atas bukit..
naik turun bukit tu sampai jahanam kereta kami..
tuan rumah satu keluarga ok dengan kami..tak pernah lupa panggil makan kenduri kalau ada..
depa buat macam keluarga..
tapi bila aku start keja ketiga di kilang simen ni, aku minta kuarters (depa panggil housing)..
alang dah ada, aku bincang dengan laki aku, nak berjimat sama, so aku minta la..
sekarang ni kami dah pindah ke housing..baru seminggu duduk..
so far Alhamdulillah..

Mak abah aku kata, perancangan Allah tu selalunya dah terbaik untuk kita..
if kita rasa susah, kita kena ingat semua ni dalam perancangan Allah..
setiap perancangan Allah mestila yang terbaik kan..

Jadi aku bersyukur sangat sekarang


ok nanti aku update lagi..
Mood nak update blog ni dah mai..


No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...