Pages

Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

Wednesday

Family :: Langkawi Balik Hari

Assalamualaikum
 
dah ramadhan ke 7 dah. alhmadulillah
 
dan aku baru nak update cerita pegi langkawi ritu..haha

ritu lepas habis pantang, 
mak aku belanja kami pegi Langkawi..

waktu nie aku dah start keja dah..
Maryam pun dah nak masuk 4 bulan dah time nie..

minggu tu saja ja balik yan,
tido sana..

tup tup pagi tu lepas subuh mak aku ajak gi langkawi..
nak bawak cucu cucu pi muzium 3d dan underwaterworld ja..


time nie tengah tunggu suami aku.
dia balik rumah siap siap..
dalam kol 9 baru bertolak dari yan..
amek feri pukul 11 rasanya..


ni first time Fatimah naik feri ke langkawi..
ritu penah plan awal january 2014 nak gi bercuti di langkawi..
aku siap booking chalet di pantai chenang lagi..
booked kereta sewa dengan husna bagai..
tup tup Fatimah demam panas..check in hospital pantai..

last aku pegi waktu tengah pregnant Fatimah..
dalam perut 7 ka 8 time raya aidilfitri..
ni baru dapat pegi lagi langkawi setelah 2thn lebih.. hehehe

sampai ja langkawi terus gi makan tengah ari siap siap..
mak aku booked kan kereta.. aku lupa dah kereta apa..
hahaha..
dah lama dah pegi nie..
ni baru nak cerita..
jadi aku lupa dah detail semua..
hahahaa..

lepas makan terus cari muzium 3d nie..
kat area situ ada macam macam..
elok spend sehari disitu ja..
tapi sebabkan kami balik hari..
dan memang fokus nak masuk tengok lukisan 3d ja..

tiket dia aku lupa berapa harga..
tapi disebabkan abah aku dah ada kad warga emas..
dia dapat la harga sama dengan budak budak punya price..
pastu sebab ic orang kedah..
jadi kami semua dapat half price untuk dewasa..
jimat dekat2 rm80 jgk mak aku kata..

semua excited time nie..

Macam famili aku yang lain depa dah pegi semua muzium 3d ni..
di penang, di thailand..
terutamanya Idris..
dia tengok lukisan 3d ni terus doa posing..
dia tau dah kena buat apa..

macam aku ni jakun la sikit..
first time la katakan..
kikikiki..



ni maktok tokwan bergambar dengan cucu cucu
Idris kalut nak bergambar dekat ngan gambar lain..
yang Fatimah pulak penakut..
dia ingat gambar semua ni real..hahaha
Maryam steady ja..tak tau apa lagi..




tengok ni..
nak amek gambar famili pun susah..
dia takut..
dok menangis2..



haaa dekat gambar badak nie..
ada ramai la dok tunggu turn..
pastu ada sekumpulan perempuan nie..
dalam awal 20an macam tu..
depa dok pening pening.. macam mana nak bergambar dekat badak nie..
pastu terus Idris lari gi kat badak ni terus posing..
pastu depa cakap..
"Comel nya adik nie, pandai dia posing"
pastu aku terus sampuk..
"dia semua 3d dah pegi..tu yg pandai"
hehehe


semua pic nie guna hanset ja..















 
 
keluar dari muzium 3d,
 
kami singgah makan laksa yang kononnya sedap sangat tu dekat tepi airport tu..
dengan angin sepoi sepoi.. ok la suasana dia..
makanan dia so so je.. tak la best mana pun sebenarnya..
Maryam sampai tertido..
fatimah dan idris main pasir semua siap..
 

lepas tu,
kami ke underwaterworld langkawi..
tapi tak da gambar dalam henset aku..
sebab aku bz tidoqkan Maryam je dalam tu..

waktu balik kami singgah dekat wisma HIG yang baru tu..
mak abah nak beli barang sikit..

pastu terus ke jeti..
amek tiket last kol 7.00
tu pun kena gi beli dekat feri dah..
sebab kaunter dah tutup..

so far, best la berjalan dengan family aku..
tak stress.. hahaha




Friday

Fatimah :: Basikal


Assalamualaikum

arini nak cerita sikit tentang Fatimah
lama dah aku tak cerita pasal Fatimah kan..
minta maaf kakak, ibu tak sempat >.<
bajet dia baca blog aku kan.. hahaha

sebulan lepas, dalam middle April, 
Fatimah dah start pandai kayuh basikal dah..
sebelum2 ni, dia main tolak2 ngn kaki ja..
waktu tu pakai basikal Idris kecik2 dulu ja..
kaler biru macam kat bawah nie..

tak kira masa dengan basikal dia ja..
dalam rumah pun sama,
luar rumah pun sama..
semua guna kaki..

bukannya tak pandai kayuh,
tapi entah Fatimah nie..
kadang-kadang aku tengok dia kayuh ja,
tapi most of the time memang dia tolak tolak ngan kaki..


ni waktu aktiviti riadah..
rumah rumah jiran kosong lagi,
baru beberapa biji je yang da occupied,
selebihnya kosong.
Jadi seronok la dia dok main basikal dia..
sampai peluh peluh jugak,
cuma hari cuti je lah,
sebab kalo hari bekerja memang tak sempat nak main ke apa kat luar
sebab dah sampai rumah dah pukul 7..

lagipun kalo ada abah dia baru aku bagi dia main di luar,
buatnya aku ngn anak anak2 ja di luar abahnya takda,
ada orang kacau ka mana sempat aku nak tarik Fatimah masuk kan..

aku ni mental sikit, selalu pikir akan ada orang jahat sekarang ni..



ni pulak bila bawak basikal tu ke dalam rumah,
memang macam macam la aktiviti dia,
buat buat pergi kedai beli bawang la,
pergi sekolah la,
bawak kitty dia jalan jalan la,
ada ja dia create situasi sendiri,

Nak dijadikan cerita,
satu hari tu, dia rongkah (bahasa kedah) atau dia cabutkan semua skru skru yang ada,
togel terus basikal dia, tinggai rangka ja,
habis bumper depan tu, 
basket belakang tu,
seat pun tercabut,
semua dia cabut..
sebab skru skru semua dah longgar dah.
basikal biru ni lama sangat dah,
mak abah beli untuk Idris waktu dia kecik kecik lagi..
Fatimah pun takda lagi rasanya..
suami aku terpaksa ikat seat tu sebab dia dok naik basikal tu duduk atas rangka..
hahahaha

Jadinya,
bila basikal dia dah togel macam tu,
dia sebut pulak, 
"nanti ibu beli basikal baru naa"
"nanti abah beli basikal kat mah tau"
pandai pulak dia nie.. hehe..

tapi aku dengan lie slalu cakap kat dia,
"Kakak kayuh betoi betoi dulu baru abah beli"
pastu terus dia pandai pulak kayuh kayuh,
lengkap satu pusingan kaki time kayuh tu..

pastu dia cakap balik bila dia dah pandai kayuh tu,
"Mah pandai kayuh dah, nanti ibu beli basikal baru naa"
"Tengok ni Mah pandai dah, nanti abah beli baru naa"

itu lah ayat yang dia dok sebut sebut slalu bila main basikal togel dia tu.

Aku pun berbincang la ngan lie,
jadi, 16hb Mei ritu, 
kami pegi la kilang basikal kat Guar nie,
sebelah taman rumah aku ja pun,
duduk di dapur rumah aku pun leh nampak kilang nie.
kikikikiki..

waktu pegi tu petang selepas famili day office aku.. -nanti aku story
Maryam letak di rumah pengasuh..

sampai di kilang tu,
Fatimah excited
sebab banyak basikal
macam-macam pilihan ada..
semua dia try naik..
yang ada cermin la, yang ada loceng la..

pilih punya pilih dekat sejam jugak la
sebab rabun mata dah tengok,
lie lak dok tawar tawar harga..

jadi Fatimah pilih yang kaler oren nie,
ada cermin, ada loceng, ada seat, ada bakul..
lengkap dia amek,..
total harga abah dia beli RM115..
kami tak tau la mahal ke murah,
kami beli ja lah..
sebagai reward untuk Fatimah..
seronoknya dia,
terus bawak balik kampung petang tu jugak..
hehehe



sesekali bahagiakan anak-anak pun seronok juga kan..






Tuesday

Outing with Adi Adi

Bismillah..


title macam apa tah kan.. haha..
hari sabtu lepas memula plan nak balik kampung..
suami nak tanam pokok getah baru beli tu..

last minit cancel sebab kami plan nak 5s rumah..
bunyi macam rumah gila bersepah kan.. haha..
sebenarnya rumah kami ni ada 3 bilik..
bilik depan, bilik utama la..
bilik tengah tu nak buat bilik tetamu + bilik baju baju
bilik belakang tu bilik store dan jugak bilik sidai kain.. haha.
motif buat bilik sidai kain sebab kalo sidai kat luaq time weekdays,
kalo hujan turun sapa nak tolong kutipkan kain di jemuran..haha..

tapi kat rumah sebelum nie bilik tengah tu pun dah jadi macam store dah..
kekadang nak masuk iron baju pun malas gila sebab bersepah..haha..
lepas kawin, semua segala macam kotak kotak, buku buku, fail fail bersepah ja dalam tu..
kalo famili mai ja, nak bagi masuk letak beg pun segan.. dengan tikaq getah pun xpasang lagi..
memang terukk.. huhu..

so suami dengan gigih nya pas subuh tu, terus keluaqkan semua barang barang dalam bilik tu..
dan terus pasang tikaq getah, angkat almari sensorang masuk dalam bilik tu..
saya pas subuh sambung tidoq..
bangun ja dalam kol 9 tengok, suami tertidoq d celah celah timbunan segala macam barang barang
yang beliau keluaqkan dari bilik tengah tu kat depan tv.. huhu..
pastu saya tengok, bilik tengah tu dah cantik, kemas dan rasa macam nak tidoq ja kat dalam tu.. haha..
apa lagi, terus g landing sebelah suami la..
motiff sebab rasa seronok, bilik tu dah cantik..
x segan dah kalo famili nak mai tidoq kat rumah.. hahaha..

pastu kami sambung edisi 5s..
lipat kain, kemas barang barang, kotak kotak, fail fail, sawang sawang..
segala macam la..

Alhamdulillah..
rumah dah cantik.. hahaha..
so kalo AYU nak ziarah boleh dah yeee.... kak ela dah x segan nak ajak mai rumah... hahaha..

ok la..
title tulis lain, tapi p cerita tentang lain kan..
haha.. memang dasar.. haha..

after dah lunch semua, solat semua..
suami g umah member kamcing beliau la..
nak repair keta..
so tinggal la sensorang..
pastu kakten tepon ajak p SP nak belanja McD..
oh oh! memula tu x mau join sebab gila letih..
pastu lelama dok sensorang dok terpikir, nanti nanti nak hangout dengan semua Adi Adi susah kot..
so kol kakten semula cakap nak join.. haha..
suami pun bagi.. hehe..
bukan apa, dok terpikir mesti seronok nya hangout dengan siblings macam tu kan..

pas asaq macam tu,
kami pun gerak ke SP la..
terus tuju McD la..dah memang plan yang tu kan..
haha..

dapat la tebus yang mengidam nie..
dapat jugak GCB tu.. haha..
tapi xsedap sangat pun.. x macam prosperity kan..hehehe..

sambil makan sambil berborak kami 4 beradik..
of cos la abg adi xda ya.. jauh nun di Johor tu..
kebetulan Dikyang baru sampai..
Elit pun ada.. jadi lagi seronok la.. hehe..
Kakten x bawak Idris sebab abah bawak Idris p makan kenduri.. hehe..
nama pun Tok Wan, memang x kan p mana mana kalo x bawak cucu dia..
kalo x bagi bawak satg dok sedih sensorang.. hahahahaha..
merajuk la kekonon.. hahaha...

melalut dah..
kalo abah baca nie, mesti abah tengah sengih kan..
hahaha..

lepas tu kami p window shopping ja..
pastu Dikyang belanja baju baby kaler purple sepasang dengan baby binder 2 helai..
ok.. barang baby dah complete.. tinggal breastpump saja.. hehehe..

ok la..
tengok gambar saja la.. hehe..
seronok hangout dengan adik beradik sendiri tau...
xtau nak explain macam na..
perasaan tu lain sangat kalo hangout dengan orang lain..
kalo hangout dengan suami lagi la seronok.... heeeeee T_____T"
nak hint kat suami pun, beliau x baca blog haku nie.. hehe




the menu.. 2 GCB single, 1 GCB double, ayam goreng, milo, pepsi, fries..
pastu sos banyak gila + lada itam..
memang terangkat.. hahaha

terliur tauu kalo tengok 4 kali pun.. haahaa

mine!~

Dikyang letih sebab baru sampai dari Lumut dengan moto.. haha..
gagah nak ikut jugak.. hehe

Sponser.. Tenkiuuuu yee! untuk anak menakan mu jua nie.. haha

Elit laju ja makan..

PRA!!

Ibu mengandung yang mengidam.. haha..
muka letih pas 5s.. hahaha


Alhamdulillah


bahagia dalam sekecil kecil perkara..



xoxo



love!!












Thursday

Dating Pertama sebagai suami isteri

assalamualaikum...

arini saya MC lagi..ditambah lagi dengan en.suami dah start cuti..sebab ahad ni kenduri bertandang sebelah rumah en.suami lak.. xsabarnya nak pakai baju pengantin lagi.. =.=
hari nie jugak banyak agenda.. pagi p pejabat agama nak setel bab kad kawin pastu ke guar nak g survey barang2 untuk duit mas kawin..pastu sampai umah letih, terus tertido..hahaha

so, sempat la jugak saya dengan en.suami meluangkan masa lapang sekejap sebelum ke Uitm Merbok untuk amek my SIL...saya pujuk la en.suami dating kat tepi pantai Murni sambil makan rojak ka laksa ka..hehe..
bila lagi kan nak berdating macam ni kan..kalo sebelum nie selalu berdating sana sini kan..ni dah halal kan..pegang tangan tepi pantai pun dah x segan dengan orang lain kan.. haha..gedikss x bunyi nya.. hahahaa..

saja ja nak gedik nak tunjuk gambar hari pertama p keja sebagai sepasang suami isteri hari Selasa lepas.. first time nie.. excited macamna xtau nak gambar kan.. lagipun dah keja tempat yang satu jalan orang kata..sebab tu la p sekali kan..jimat.. hehe.. punya excited sampai hari selasa tu jugak sakit mata..merah2..tu yang MC dua hari nie.. hehehe..
wajah ceria di pagi hari nak p keja =.=

ok, sudah melalut nampaknya pengantin baru 6hari ni kan.. hehe..
berbalik kepada berdating di tepipantai, Pantai Murni, kami order la Laksa Beras, rupanya suami saya nie xmakan laksa beras..if laksa lain on ja beliau kata.. jadi rezeki saya la..slurpslurp la.. >.<
pastu kami order yong tau fu lak..macam2 kami amek..amek kau RM8.00..puas hati sampai kebuntat dah ha.. hehee..


en.suami excited nak makan yongtaufu RM8.00
si isteri excited nak makan laksa..hahaa
kedai yongtaufu..sedapp!

tengok tu, tepi pantai kan.. wah!best~
  
si isteri excited lagi nie.. hehe

Laksa Beras RM2.00 sedap!~
yongtaufu RM8.00 sedap jua!~

The memu
 
bersama air jagung..uh!best~



 dah topup isi perut sampai kebuntat kami straight to uitm Merbok... amek adik suami.. hehe..
so sementara dok menunggu nie, sempat la berposing2.. hehehe.. en suami sibuk main game d henset sendiri..si isteri dok berpeace ke kiri ke kanan.. hahaha..


comel bila suami buat muka cam gitu... hehehe

alhamdulillah ~ Ahad ni kenduri bertandang..en.suami pun dah balik kampung dah.. akan b'jumpa pada hari Ahad la pula... oh! sudah rindu..~ euwwww...







xoxo





love!

Sunday

Berdating dengan Motif

uh uh tajuk x leh blah kan..haha
kemarin seperti yang di ceritakan last entry, saya dengan encek tunang ke Jusco, Perda.. mencari barang2 untuk hantaran kami nanti la.. hehe.. cari awai2 senang sikit, xmau nanti kalut2 lak.. macam2 benda lagi nak buat dan pikir nanti kan.. so kena setel sikit2 la.. hehe.. encek tunang tanya nak g mana.. xkan nak ke CS lagi kot kan.. nek boring dah haa.. so bagi idea ke Jusco tu... tempat tumpahnya titik peluh encek tunang dulu kan waktu keja dengan toyota kot kalo xsilap.. hehehe..



pagi sabtu tu, dalam koi 9.30 mintak abah hantaq kat Gurun sebab xmau bagi encek tunang mai amek kat umah.. segan nanti jiran2 cakap apa lak kan.. selalu mai umah sangat.. hehehe...sampai Gurun, tunggu si merah kena mandi dulu, pastu abah ajak breakfast ngn pakcik nizam dlu..saya dah kenyang so tunggu encek tunang makan ja la.. hehe..



sebelum di rombak wajah..hahaha


memandu sambil sms..bahaya bahaya..saja merap abah soh antaq..hehehe



usya si merah sedang di mandikan.. hahaha

top up perut si merah dulu kan.. nak jalan jauh.. hehehe

sampai Jusco dalam koi 12tghari dah... mula2 tu xtau nak cari apa.. xdapat rentak lagi... pastu encek tunang ni dah terjatuh cinta ngn si buaya lak..lama gak encek tunang mencari buaya yang sesuai.akhirnya dapat jgk kan..hehehe...

sessi memilih yang berkenan...


memilih lagi...



dah memilih dan membayar si buaya..perut dah menyanyi2 kan mintak di top up kan isi perut... so encek tunang ajak makan nasi ayam ja... kalo McD ka dia xmau sebab tengah hari memang perut xleh terima selain dari nasik.. hehe.. so makan kat Chicken Rice Shop ja.. boleh la kan.. penah makan.. cuma xberapa selera.. hehehe...

muka lapar sungguh nie.. hehe



pas dah top up isi perut, p solat pastu berjalan2 lagi.. sampai dah cari barang encek tunang yang ke 3, baru cari barang saya lak.. bukan apa, xtau nak apa untuk hantaran.. pastu bekenan dengan Kucing Berjalan... wah wah sungguh comel saja.. terbayang2 ja nanti kalo guna kan.. hehehe... dari koi 12 smpai koi 4 lebih kat Jusco tu, sampai ada 2 3 orang kat kedai2 yang dok senyum2 ja bila nampak saya ngn encek tunang.. mau nya tak, dari awai dok tawaf Jusco tu mencari barang dan idea2 nak beli apa kan.. hehehe..

ok la buku.. gambar2 barang xleh tunjuk lagi ek... encek tunang dah pesan, jangan boh dalam Buku or FB lagi..nanti xberseri2 dia kata... heehhehe...





xoxo





Love






Monday

lunch dan dating


alhamdulillah...baru pas makan ni... xberapa lalu makan lak... mgkin sbb cuti 4 ari aritu, makan tgh ari lewat... perut xleh adjust lagi kot... hehe.. (~.~")


arini husna cuti... kak aznie posa... so, makan ngn sapa... hehehe... fazlee la jadi mangsa..seb baik keja sekali...hehehe


kol 12 anta msge kt fazlee...

"arini nk makan sekali, boleh? kalo boleh angguk kepala 2x hahaha"

mcm tu pun boleh ka anta msge..mcm na nk nmpak dia angguk kepala...nk reply lak, line dah kena block dia cakap semlm...heehee...


kuar makan arini, xberapa selera lak..lauk mcm2 ada...lastly, termenung ja cari lauk..mgkin sbb da 4 ari mkn xtentu kot... hehe...salahkan perut lagi ni (o~0")


fazlee selera ja mkn...meriah pinggan dia...seronok bila tgk dia makan...hehe...

*gambar sekadar penyeri**

alhamdulillah... makin hari makin bahagia ngn ada fazlee...mudah2han ada jodoh...dapat twin mcm ni, seronok nya..hehehe...



nama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...