Pages

Wednesday

Keluarga Adi Raya 2019

Raya tahun ni antara raya paling best sekali sepanjang aku kahwin..
Sebab selepas 8kali raya sepanjang aku kahwin, ni baru kali kedua aku dapat beraya di hari raya pertama sebelah aku, di Yan hahahaha
Kebetulan pulak memang sebelah aku, aku ja yang selalu takda waktu raya..
adik beradik aku yang lain semua beraya sebelah Yan.
Abg sulong aku, kami panggil Abang Adi. Depa dok di Johor, kak ipar aku orang Iban Sarawak, so raya memang confirm balik Yan..
Anak depa tiga orang, Benedict Atem, Kornelis Legai dan terbaru Ahmad Fawwaz..
anak depa hat besar 2 orang tu cukup suka balik Yan..
Kakak aku, kami panggil Kak Aten, ibu tunggal anak sorang, Idris.. 
memang duduk sekali mak abah, dia yang dok jaga mak abah pun selama ni.
Adik kembar aku, Elit pulak bujang tang tang..
Adik bongsu pulak, Amin kawin dengan Ayu dan anak dah dua Noah dan Hud.
Ayu orang Dulang, kampung sebelah.. dekat sangat..kentut pun dengar.. hahaha
Jadi tinggal lah aku yang setiap tahun beraya di rumah mertua di Pedu..
raya kedua atau ketiga baru balik Yan.. 
tu pun kalau aku bunyi baru petang raya pertama balik Yan..
tu pun jarang dapat..padahal sejam setengah ja jauh nya..hahaha..
jadi jarang lah aku dapat bergambar di hari raya pertama dengan keluarga aku
selalu kalau aku beraya di Pedu, raya kedua atau ketiga tunggu aku balik baru depa bergambar
sebab depa takmau aku sedih kalau aku tengok gambar tu..terharu tau

Tahun ni kali kedua aku beraya di Yan since 2011 lepas kawin..
hampa bayangkan..tegar nya aku walaupun dalam hati taksiapa yang tahu hahahaa
tahun pertama, ke-2, 4,5,6,7 semua di Pedu..tahun ke 3 dulu penah beraya di Yan tapi tengahari dah balik Pedu..hahaha..

Jadi tahun ni memang aku nantikan sangat nak beraya..
Nak pulak seminggu sebelum raya anak-anak aku yang perempuan, Fatimah dan Maryam, abah aku dah mai ambik bawak balik Yan..
Jadi tinggallah aku dengan Ibraheem dan laki aku..
Nak pulak time tu time aku closing..memang balik lewat la selalu, tak masak pn seminggu tu, semua beli bazar..

Hari last day kerja hari closing, 1hb.. aku beli tiket feri 3hb, sebab 2hb laki aku pun keja lagi..
seminggu tu memang aku keja counting days ja bila nak balik..
punya la excited.. aku pulak dah lama tak balik Yan..

Sampai ke hari ni aku masih ingat lagi moment 1hb hingga hari raya..
setiap moment tu aku ingat..sebab bagi aku tu antara kenangan balik kampung paling indah dalam hidup aku

Okla.. aku belanja gambar raya la sikit.. ni semua ambik gambar di Yan, di pedu aku tak ambik gambar pun





No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...