Pages

Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Thursday

Fatimah 3 tahun!!!!

Assalammualaikum

Alhamdulillah
Hari ini 22Oct, genap usia Fatimah 3 tahun..

Syukur sangat-sangat kat Allah..
sebab kurniakan amanah yang sangat-sangat besar ni untuk kami suami isteri...

Syukur jugak sebab Allah izinkan aku kandungkan anak nie cukup 40 minggu..
Menanti kehadiran Fatimah dulu memang excited..
Anak sulung kan..biasa la..hehehe
Sebab aku tak sangka rahim aku mampu nak mengandungkan anak ni cepat je..
lepas kawin terus bunting..kikikiki

tengok Fatimah membesar nie buatkan aku rasa sayu ja..
sebab banyak masa dia di rumah babysitter..
sebab tu jugak kalau aku cuti, aku memang nak sangat luangkan masa dengan anak-anak aku..
sebab tu jugak la aku buat keputusan nak berhenti kerja..
aku nak spend masa aku..hidup aku demi anak-anak dan keluarga aku.


ok la nak cerita bab fatimah pulak..
sepanjang mengandungkan Fatimah, aku memang alah teruk..
dari start tahu mengandung sampai la pagi nak bersalin tu aku dok muntah-muntah lagi..
masuk hospital 4 kali..
kali ke 4 aku beranak..hahaha..






Gambar Fatimah lepas keluar dari perut nie..
kakak aku amek kan gambar..

sedihnya bila teringat..hahaha..






ini pulak gambar sekarang..
Alhamdulillah..
cerdik dan cergas ja Fatimah nie..

walaupun tak tahu A B C urutan betul2 lagi..
aku tak kisah pun..pelan pelan..
lagipun dia creative thinking punya budak..
satu rumah dia explore..

mulut tak yah cakap..
macam orang tua bila dia cakap..
pot pet pot pet tak benti..
kadang-kadang tu siap nasihat aku lagi..hahaha

aku tak mau bandingkan dia dengan budak lain..
sebab aku tahu kemampuan anak aku lain dari budak lain..
kemampuan budak lain dari anak aku..
unfair la nak judge..hehehe..

ok la..


Fatimah Adilia sayang,

Ibu doakan fatimah terus menjadi insan yang berguna..
Wanita solehah dan beriman kepada Allah..
berapa pun umur Fatimah, awak tetap dalam hati ibu..
sebab dengan adanya Fatimah, adanya IBU...

semoga hidup awak dilindungi dengan rahmat dan kebahagiaan dari Allah..
semoga hidup awak terpelihara dan terkandung dalam berkat dari Allah..

Ibu sayang sangat dekat Fatimah..




2 Syawal

Raya kedua...

kononnya raya kedua di Yan.. sebelah aku..
takda maknanya..

dah tengahari baru nampak ura ura nak balik laki aku nie..
aku biarkan saja..

jadinya tengahari baru gerak balik..
terus ke rumah mak abah la..
elok sampai ja..
abang sulung aku.. abg adi tak dak kat rumah dengan kak cicilia..
adik aku..amin dan ayu pun tak dak..
diorang memang duduk umah mak ayu,..
dekat ja dengan rumah mak abah..
so boleh ulang alik ja..

pastu laki bagitau aku famili dia nak datang beraya..
aku inform mak aku la..
siap siap masak bagai la mak aku..besan nak datang beraya..

petang sikit abang aku balik dah..
sempat la jugak.. lega..
dah la setahun sekali ja aku nak jumpa kakak ipar aku nie..
cuti sekolah hujung tahun dia akan balik sarawak..
cuti raya ja aku dapat jumpa dia..
dah la ritu time diorang balik cuti raya cina..
aku kena gi kl..
pastu diorang nak jumpa aku di ikea sebab diorang dah dalam perjalanan balik johor,

diorang dah la tak penah tengok maryam lagi..
jadi hari raya nie jelah diorang nak tengok maryam pun..
dah 7 bulan budak kecik nie..
baru paklong dan maklong dia dapat tengok dia..
sadis kann.. 

pastu famili laki aku pn sampai..
mak abah aku macam biasa..
hepi je tetamu mai rumah..
mak aku bautkan nasi goreng udang galah..
pastu sembang sembang dengan famili laki aku..
semua cerita la.. cerita gi umrah la..
diorang gi bawak mak menakan depa pulak..
mak aku terus tak jadi nak keluarkan barang2 dia beli di India dan di Mekah untuk MIL aku..
sebab nanti mak menakan tu kata apa pulak dia tak dapat kan..

dah maghrib macam tu famili laki aku dah nak balik dah..
jadi ajak diorang gi singgah umah kami la..
boleh la solat dulu.. rest sikit..

jadi ini lah gambar beraya hari ke2 aku..
tengah susukan maryam tu..


Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

hari nie dah raya ke 7 dah..
aku dah 2 hari start keja..
tapi baru sekarang aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin..

aku mohon ampun kepada sesiapa yang baca blog senget aku nie..
mana tau ada terkecil hati..terkasar bahasa..
tanpa aku sedar aku menyakitkan hati sesiapa..

ok la..
aku nak cerita kenangan hari raya tahun nie..
tahun nie tahun ke 4 aku beraya sebagai seorang isteri..
dan tahun nie beraya dengan ahli baru..
Maryam la.. hehehe..

tema baju kami tahun nie tak lain tak bukan HIJAU...
hahaha..
3 kali raya di Pedu aku pakai hijau untuk raya..hahaha..
tahun lepas raya di Yan je pakai oren..\
aku memang obses sikit dengan kaler hijau nie..
korang tak tengok lagi cabinet dapur hijau aku..
mak dan MIL aku pun geleng kepala..hahaha..

tahun nie..aku beli kain Satin Dull tu je..
kan macam trend sikit tahun nie..
jadi aku beli la 10 meter..
untuk lie aku buatkan baju raihan tu je..
dia nak macam tu..
untuk aku tempah fishtail je..
untuk fatimah dress dan maryam just blouse..

tahun nie beraya di Pedu dulu..
jadi balik ke sana ari khamis pagi..
so tak sempat la aku nak berbukak dengan famili aku ramai ramai macam sebelum  nie..
sebab abang aku dari johor sampai kol 4 pagi khamis tu..
adik aku dari shah alam sampai pagi tu jugak..

cerita pagi raya..
pagi pagi raya ni Fatimah dia menguji aku sungguh..
dengan tak mau mandi dia..
tak mau pakai tudung la..
sat nak pakai stokin sat tak mau pakai..
macam macam..





bila abah dia balik dari solat aidilfitri baru la dia gi mandi..
waktu tu aku tengah susukan maryam..
lepas letak maryam dalam buai baru la sempat nak gi mandikan Fatimah..
siap siap kan dia..
semuanya lah aku nak kena buatkan..
pastu yang lain dah sibuk sibuk nak bergambar bagai..
aku mood dah ke laut..
letih oiii..
dengan perut tak isi apa lagi..
siap pun tak lagi..
jadi nya aku siap asal boleh je..
sebab dah hilang mood semua..
hahaha

jadi raya pertama ini je gambar yang aku ada..
henset bateri tak da..
malam sebelum tu budak budak ni main game la..
tengok video la..


ni je lah famili potret tahun nie..
waktu ni maryam tengah tido dalam buai..
fatimah pun dah bukak tudung dia..
aku senyum jugak sebab nak masukkan gambar dalam blog..
hahaa..tapi mood dah kelaut..
semua sebab letih..hahahaha..
tu sementara aku tak tolong masak apa pun kat dapur..
kakak dan adik ipar aku ja buat semua..kecian depa..
kalau aku yang masak memang lembik la badan..
hahaha..



ni maryam dah bangun..
baru la aku pakaikan baju dia..



ini pulak famili potret sebelah mertua aku..
warna warni tahun nie..
seperti biasa biras aku dia memang vogue..
syok aku tengok baju2 dia..
lawa lawa..fesyen dia.. aku suka la..
tapi aku tak kan pakai la macam tu..
cuma aku suka tengok ja..
dia dah la lawa.. hehehe..

MIL aku lak tahun nie beraya dengan 2 menantu baru..
1 cucu baru..meriah la..
malam raya tu.. anak anak pakat dok main bunga api..pasang lampu kelip kelip..


seronok..
tahun depan kalo pakat balik raya rumah mertua pulak..
sunyi la pulak di pedu nie..
sebab tu la aku plan nak raya di pedu ja untuk raya pertama..



gembirakan hati suami dulu..
gembirakan hati keluarga suami dulu..

































Anak-anak Kurus



assalammualaikum


anak anak aku dua dua kurus ja sekarang..
nak kata tak bagi makan, aku jamu segala..
nak nak si kakak, Fatimah ni..
semua aku bagi..aku masak bagi..tapi dia tak mau nya makan..
last ritu sebelum aku bersalin Maryam, Fatimah nya BMI dah masuk ke line kuning dah..
berat 9.4 kg..umur time tu dah 2 tahun lebih dah..
pastu kena gi klinik tiap tiap bulan..
bila ada kenaikan 1kg jadi 10.4kg,
last week gi check up sekali lagi sekali ngan Maryam,
dua dua berat tak naik..
Fatimah berat maintain 10.4kg..
Maryam naik 0.08kg je.. 80gram je naik..
dari 5mo 5.92kg jadi 6kg..
sedih aku tau..

paling aku sedih bila aku tengok Fatimah la..
kurus keding..
time aku bagi mandi dia, time aku bagi pakai pampers,time aku tengok dia tido..
kurus kedinggggg..
keciannnn..
ibu mana tak sedih kan..
Fatimah picky eater..
ada benda dia makan, ada benda dia tak makan..
ada benda arini dia makan, esok belum tentu dia akan makan..

sekarang pampers Drypers saiz L muat je pakai,
kami beli 1 beg je pampers, share la hampa dua beradik..
betapa kurus keding nya Fatimah..

sedih aku tengok dia..
lagi sedih bila ada mulut mulut akan berbunyi 
"tak bagi anak makan ka"
"masak la bagi dia makan apa-apa"
"jaga anak jangan malas nak bagi makan"
macam macam lagi kena hadap..

ni pagi2 sebelum Ramadhan ritu mesti singgah makan dulu..
aku kecian dia nanti lapar bila gi duduk umah ngasuh..
bukan mak ngasuh dia tak bagi makan.. 
diorang bagi..sedia macam2 makanan..
tapi Fatimah ni haa.. tak makan nya..
harap ke susu ke 5 6 botol sehari..


kadang2 dia nak makan roti canai..habis la sebijik dia sorang..
kadang2 nak aku suapkan nasik lemak..
kadang2 dia nak bungkus je nak makan ngan mak ngasuh dia..
aku ok ja..
boleh jugak aku bonding time dengan dia..
sempat la breakfast sekali..




tengok ni..
fatimah waktu kat pejabat aku..
kurus keding ja..


ni pulak Maryam..
start 6 bulan ritu dah start bagi makan..
aku buat puree..
macam macam buah aku buat..
apple, pir, betik..
kurma..nasik..brokoli, carrot..
tapi tak dia makan..
aku pun xtahu kenapa..
dia xmau makan..aku suap dia luah..
aku suap dia sembur2..
tapi aku tau dia lapaq..
bila kami tengah makan,
dikunyah2 air liur dia..
nganga nganga mulut mintak makanan..
aku buatkan bubur, tak makan pulak..
ritu test tambah serbuk ikan bilis..
tak makan jugak..
aku pun buntu dah sekarang..huhuhu

bila balik kampung..
MIL soh suami aku belikan nestum pulak..
memang tak la aku bagi..
sebab tu aku pulun jugak masak2 macam2 nak bagi anak2 aku makan..
MIL aku cakap bagi makan nestum kenyang sikit perut dia..
tido ja lepas makan..
aku tau.. tapi kalo boleh aku tak mau la bagi anak aku makan nestum..
sebab aku mampu bagi anak aku makan lain kan..
pastu bila aku cakap tak elok untuk usus dan perut dia..
MIL aku cakap, dia jaga anak 6 orang..hidup je smpai sekarang..
ermmm.. aku nak kata apa lagi kan..
derhaka pulak nanti..dah menantu hantu je aku ni..huhuhu
tapi aku tetap tak bagi nestum tu..


aku nak yang terbaik ja untuk anak anak aku..
sebab tu aku kadang2 sedar tindakan aku tu ada orang tak puas hati..
seolah olah aku melawan cakap diorang..
tapi aku IBU..
aku yang mengandungkan anak anak aku..
aku yang melahirkan anak anak aku..
aku yang jaga anak anak dalam berpantang sampai sekarang..
jadi bagi la aku buat keputusan..
if apa apa jadi, aku jugak yang susah..
aku jugak yang kena tengokkan anak anak aku..
bukan mulut mulut lain tu..
jadi tolong lah faham aku..
aku IBU..


Friday

Hurtful


Since giving birth to Maryam..
I'm never rest..
Feel exhausted.. feel bad..

Wake up early morning at 5 a.m
Travel for half and hour to send Maryam to babysitter..
Turning back to work..
At work.. yadayadayada.. u know...
After working hour..
Fetch Maryam and turn back home..
Fetch Fatimah..
Play with her..buai laju laju..hide and seek..and the list go on..

Maghrib..
very peak time for me..
Praying in rush..
Maryam crying..need my attention..
Fatimah on bed..jumping with song lompat si katak lompat..
Then.. living room become playing room..
all things on the floor..
Fatimah toys everywhere..

Hectic..

Then..

At 8.45 husband arrived

First question he will ask?

"Kakak(means fatimah), Semaknya rumah"

And the list go on..

Its hurt..
Coz i'm tired..
Exhausted..
Need helper..
Need rest..

But when i said letih la.. he will go..
"Dah selalu sebut letih..letih la"

One fine day..
During solat..i cried..
During doa..i cried..
And Fatimah comes to me..
Swap my tears.. and said..
"nape ibu sedih"
hears that...
my tears drop again..
Same like i usually do to her..
she do it to me..

And that time i'm realize..
My kids understand me better than him..
Allah still love me..

Sometime i cried to my dad..

Coz sometime its too much..

I only have my kids and parent and sister who understand my feeling..

sorry....

this is my random feeling...

need a rest... just a rest...


Cuti panjang lagi...

assalamualaikum


esok Sabtu kenduri adik ipaq aku kat Pedu..
dan sekarang ni aku kat office lagi..ahaha
tak cuti..........

tapi at least aku tak la letih sangat kan..
satgi buatnya sakit macam balik dari tg.rambutan ritu tak ke naya aku..
dah la aku sorang2 tanggung sakit..
orang len boleh kata "cian nya...."

tapi aku cuti Isnin Selasa nie..
hahaha..
suami aku cuti Isnin jugak..
jadi selasa tu aku sempat la nak kemas rumah ka apa..hehe..

sebenarnya aku tak da benda nak update lagi nie..hehe

Monday

Raya ke

bismillah..


selamat hari raya semuaaa..


haa aku ucap ni di kala aku kat office tau..
takdak mood langsung aku nk buat keja..
aku nk p beraya lagii.. tak puas weiii..


mcm aku gtau kat entry lepas, aku beraya kat Pedu lagi tahun nie..
geram aku tau dak..huhu..


ari selasa pagi aku dah start kemas beg semua dari Yan nk balik Pedu..
siap semua..siap salam2 bermaaf maafan siap..
bergenang ayaq mata aku..
mata mak aku..
mata kak aku..
mata tok aku..
sedihh tau dak..


sepatutnya turn aku beraya kat Yan kan..
tapi nak buat cena kan..
huhu..mungkin ada hikmah dia kan..


stay sna dari selasa sampai raya kedua.. lama gila kan..
haa tunggu tahun depan aku balas balik..hahaha...jahat gila bunyi dia.. wahahaha..

raya tahun ni memang tak beshh langsung..
dengan xkemana jugak laki aku bawak..
dengan baju raya aku tak cantik, tak selesa nak pakai,
dengan besaq kedabak kakak tu buat..
dengan tudung mcm org tua..
memang semua serba tak kena..


pastu langsung takdak gambaq raya kami berdua ka bertiga ka..
langsung takdak..
gambaq fatimah pun 2 3 keping ka dan snap amek..


entah la.. memang tak best langsung..
raya kedua tengahari baru aku gerak balik Yan.
singgah padang sanai umah besfren aku sat..pastu terus balik Yan..
sampai umah depa takdak lak..
rugi tak balik awai..kalo tak leh p beraya ngan famili aku kat padang serai..mesti best..

raya kedua dok umah ja..huhu..

malam tu baru aku ngn kak ten, kak cicilia n elit p amanjaya mall..
kak cicilia teringin nak p..
abg aku siap message aku awai g soh bwk kak cicilia p sana..
best gila rasa dpt hangout ngan adik beradik sendiri.. sempat jugak shopping kasut raya n kemeja kat laki aku sehelai..haha..
laki aku n abang aku p memancing malam tu.. haha..

pastu raya ketiga n keempat memang all out la p beraya..baru best..puas hati.. letih xpa.. nama pun raya kan..hehe..

tahun depan aku nak balas dendam balik utk 2 thn raya aku tak beshhhh..wahahaha..


ni pagi raya..siap awal sekali.. ehehe
ni gambaq amek kemarin, sebelum abang aku balik Johor.. baru la aku merasa ada gambaq sempena hari raya.. tu pun raya ke empat.. wuhahaha..

tunggu tahun depan memang aku balas balik.. dengan terawikh langsung x p..
inshaa allah tahun depan aku nak ganda kan semua nie.. hehehe

turn perempuan amek gambaq, Idris menyibuk nak jugak..


ni turn cucu lak.. Idris muka sedih.. hahaa


raya korang cena? mesti beshhh kan.....



xoxo

Sunday

Balik raya mana nie??

haa tudia..
tak selesai lagi tau bab balik raya nie..
kalo ikut ke yang kami dah bincang memang akan raya di Yan nie utk raya pertama..
tapi kau tgk muka laki aku, kelat semacam ja dari sampai semalam..
sedangkan esok smpai rabu kan stay kampung dia jugakkan..

nak pulak abah aku tanya tadi raya mana..
aku cakap la raya sini dulu..
terus abah aku marah..
dia soh balik raya sana dulu..
dia sayang menantu dia..
nak menantu dia hepi..muka ceria..tak mau muka kelat..hehe..

abah aku soh balik sana selasa...stay sampai hari raya pertama..
kau cuba kira berapa hari..
bukan nak berkira tapi itu la aku cakap sebelum nie....huhuhu..

aku nak rasa kemeriahan malam raya tu..dan pagi raya tu..
ikut ke tahun lepas, aku tengah mengandung kan.. memang aku tidoq ja sepanjang hari raya tu..
dah tak kemana pun laki aku bawak g beraya kan..
pastu suasana tak macam aku dok raya di Yan kan..

abah aku kata kena ikut suami..
kalo dia tak bagi aku balik Yan pun abah tak leh halang.. hak dia kan..
pastu aku sempat persoalkan lak "dah tu kalo tak hepi pun xpa ka"
abah aku kata tak leh kira hepi ka tak..dia suami..
dah tersentap aku kat situ..
pastu aku tak abeh lg persoalkan..
"habis tu kena ikut ja semua la..korban semua sampai diri sendiri takyah pikiaq"
abah aku relax ja kata.."ikut ja laki tu"

abah cakap nanti petang raya pertama ka balik la Yan pula..
sebab dah stay sana 3 ari utk sambut raya kan..
soalnya sekarang, bila dah stay sana boleh ka petang tu nak balik Yan?...
Confirm mencuka laki aku tu..

entahla..aku redha ja la..
nak camna..aku ni isteri, ikut ja la suami..walaupun hati tak berapa seronok..

Thursday

Pernah kau melayan customer macam nie tak?

Bismillah..

haa tudia panjang soklan tajuk aku..
faham dak apa aku tanya?
la ni aku macam geram kat sorang customer aku nie..
huuu.. buat kurus posa aku ja budak nie..


aku tau Customer is Always Right la.. Always King la.. wat ever la kan..
tapi aku selalu jugak jadi pelanggan orang.. so aku tau nak behave macam na kan..
ni first time aku deal ngan customer camnie..
letih gak melayan.. end up xbeli pun.. kata nak bank in, sampai sudah x bank in..
buang masa aku ja melayan sms dia bagai..huhu..

yang buat aku marah tu sebab pa tau..
mai aku senaraikan :-

1) memula dia tnya harga Magic Pink Cream tu..ok fine..aku layan ok la..sebab first kan..pastu Strawberry Milk Body Butter, aku ok lagi..pastu loose powder, aku ok ja..sbb kekadang maybe customer xtau kan harga dia..so bila dah confirm barang nak, dia soh aku MMS pic magic cream n loose powder tu kat no mana tah.. aku pun kata la ok..

2)pastu macam kejan aku tau.. tanya nak mms sekarang ka? aku cakap la, sekejap lagi la sebab aku kat bazar..dia ok ja..
pastu dalam kol 8..dalam aku tengah kalut2 dengan baru berbuka n urus Fatimah n urus diri aku bagai.. dia sms lagi..gini ayat dia "Mananya cakap nak mms intan payung"
aku dah rasa lain dah.. apa lak intan payung bagai nie kan.. aku sound ja la.. "Sorry la xsempat..dgn berbuka lagi..dgn baby lagi..sekejap ye.."
pastu dia reply kata sorryla..pastu dok tanya baby berapa bulan bagai.. banyak la hang punya soklan..
pastu aku mms la dlm kol 9.50 gitu..pastu dia start balik dah, macam2 soklan dia tanya..ada tu soklan yang aku xsempat nak reply, masuk sms baru soklan lain.. huhu..

3)pastu dah tau aku jual barangan SOPHIE kan..dia boleh dok tanya aku ada jual brand lain nya product..macam Sigma F48 andgled kabuki, pastu Avene Eau Thermal water spray, Save eyeshadow..
waktu tu aku memang aku malas dah nak jawab..
aku dah malas nak reply dah sebenarnya.. aku tnya ja "So u nak order apa" direct soklan aku bagi dia..
pastu dia kata losyen n magic cream tu.. ok la.. pastu tnya lak losyen ada berapa bau..so aku explain saja la..
end up dia setuju nak losyen n magic cream ja..total rm26.00 so aku soh bank in rm25 sudah la kan..dah first time dia membeli ngan aku kan..

4)dia janji nak bank in ari ahad, so aku pun tunggu la..sebab isnin aku memang nak poskan semua barang2 customer yang order ari jumaat sabtu ahad tu.. dia sms awal ritu 24hb.. so dlm 27 tu, aku just remind la tnya dah bank in lum..sebab kalo dia bank in dah ari sabtu tu, aku nak terus pos ja ari ahad.. sebab kebetulan memang ahad tu aku free..aku nak setel semua barang customer kan..

pastu kau nak tau dia reply sms aku bila??30hb baru reply..ni ayat dia yang aku rasa dia just nak main main ja ngan aku..bukan serius nak membeli pun..
"hi adik manis, saya belum bank-in lagi duit rm25 tu..nanti la ya.."
kau nampak ayat dia.. ADIK MANIS?? dah macam bangla punya ayat dah..pastu boleh lak nanti nak bayaq.. ritu kejan aku bagai kan..

pastu aku reply la.. "serius nak or saja2.."

pastu dia replu camnie.. "ada ke boleh nak saja2? apa masalahnya if i inform mcm smlm..barang tu kan dah ada dgn u kan..so nanti i free i bank in la duit tu ok..xde masa pun nk main2..selamat berbuka.. :)"
dok sat dia send lagi satu sms.. "cuma i rasa bukan satu keperluan lagiiii"

terus aku xreply dia.. sebab aku rasa dia nie memang sesaja nak memain ngan aku...

so andai kata budak ni baca apa yang aku tulis nie..
mai sini aku nak cakap sikit dengan kau..

first sekali, kau dah buang masa aku 24hb tu dari kol 3 ptg sampai kol 10 lebih melayan kau punya macam2 soklan dan permintaan.. 
end up kau kata bukan satu keperluan lagi??? 
dah tau bukan satu keperluan lagi, yang kau beria-ia sms dan kejan or paksa2 aku tu pasai pa??
dengan soh mms la, explain satu satu la..banyak la jekadak hang tu..
lain kali pikiaq siap siap kau nak ka tak barang tu, jgn menyusahkan orang lain..

secondly, apa adik manis, intan payung bagai?? geli aku membaca sms kau..pastu tak yah dok buat peramah dengan aku nie, tnya anak aku berapa bulan bagai..rimas customer macam kau..

thirdly, aku rasa dengan sales rm25 tu aku rugi pun xpa..sebab rezeki keja Allah kan..

lastly, kalo boleh lepas nie, kalau kau berminat nak membeli dengan orang, kau jangan la  buat macam kau buat kat aku nie..kecian kat orang tau..







p/s: hampa penah alami dak macam nie..huuu





Tuesday

First Time weii Lulus!!

Assalammualaikum..


haa.. ni haa.. tiba tiba tergerak hati nak bukak email..
tengok2 dapat nie..

aku ingatkan macam selalu kan.. ANDA GAGAL..
pedih weiiii perkataan depa guna..

tengok tengok tadi.....




wah wah.. hepi habaq hang..Alhamdulilllah..
tak pernah kot aku dok p exam ngan SPA ni lulus.. ni first time.. so aku kecewi sikit..
terus kol laki aku..abah aku semua.. haha..

ni utk exam Penolong Akauntan Gred W27 ritu la..aku LULUSSSS
dah la time tu aku sampai lewat..first paper dan jawap 30min ja.. hentam kromo ja aku time tu..
sbb hujan lebat gila..xnampak jalan..
HUJAN RAHMAT!! Alhamdulillah

walaupun baru ja lulus kan.. even ramai sangat dah lulus.. aku tetap syukur n hepi..
sebab tak pernah lulus kau.. macam aku nie x pandai sangat selalu GAGAL ja dia tulis.. hehe..
kena tunggu depa panggil interview jugak la pasnie kan..

excited nya..

dan aku akan berdepan dengan soalan yang sama nanti..
macam aku p interview Maktab Mahmud dan Lembaga Kemajuan Ikan ritu..

"Kenapa mintak kerja sini, sedangkan keja di Naza dah stabil dah? Gaji pun besaq dari sini?"

haaa tu dia soalan killer depa bagi aku..dua tempat soalan sama weii..hehe

kalo hampa dok tempat aku hampa nak jawab per?
cer bagi idea kit... hehehe..


xoxo

Friday

Fatimah :: Ikut abang

Bismillah

ce na kau nya posa hari ke tiga nie? ok dak..
aku steady lagi.. berkat makan kurma dengan minum ESP shaklee pagi tadi kot.. hehe..
boleh pulak time bangun nak masak soq tu, Fatimah pun bangun sekali..
aku pun bagi susu soh abah dia bagikan..
mek tu ka kalo dok ngan abah dia ka, bukannya mau tidoq.. kira nak main ja.. hehe
pastu aku lari sat menyusu dia baru dia nak tidoq..
kalo time tu kita sumbat botoi memang tak tidoq nya la mek tu.. hehe..

ok ok aku melalut.. hehe..
sejak posa nie aku macam banyak idea lak nak menaip nie.. tu yg semua benda nak cerita tu.. hehe..

korang tau kan.. aku ada anak menakan nama IDRIS kan kan kan kan..
Idris nie macam madu n racun la utk kami sekeluarga..
Allah pinjamkan dia dekat kak aku saat kak aku memang perlukan dia..
kami pun perlukan dia.. dia memang menceriakan hidup kami.. dia jugak yang banyak buat famili aku mcm berkumpul, bersatu macam tu la.. hehe..

pastu sejak aku preggy memang aku dok tenung gambaq Idris ja..
aku nak sangat anak aku macam Idris.. cerdik macam dia.. cergas macam dia.. semua la.. hehe
time aku preggy jugak Idris selalu mai henyak perut aku, mai cakap cakap kat baby dlm perut..
selalu jugak dia dok mai panggil "Adik" kat perut aku nie..hehe..

waktu baru beranak ke Fatimah, orang kan dok mai tumpu kat Fatimah..
nak pulak Fatimah cucu perempuan sulung dlm famili aku..
pastu nama Fatimah kan klasik sikit, tu yg jiran2 sedara mara pakat suka tu..

Idris nie jeles la sikit..tau dia buat apa kat Fatimah? hehe
bila time orang dok kerumum Fatimah, Idris mai pukui Fatimah kat dahi..
memang menjerit la semua orang..
pastu Idris menangis2 la.. Fatimah lagi la.. kecik lagi..

boleh kata tiap tiap hari nak pukui Fatimah..
pantang kita ralit kit mesti tangan tu laju ja..
Fatimah keja menangis ja tiap tiap hari kena pukui..

tapi sekarang nie kalo dia geram ka apa, kalo dia pukui Fatimah..
Fatimah sengih ja.. sebab dah terbiasa.. hahaha

la ni depa dah bestfriend..sikit sikit mana adik..mana Fatimah..
apa abang buat mesti Fatimah ikut..
awai ritu xleh mengesot / merangkak g.. dia tengok ja..
mata tak lepas usya abang dia..

la ni ka.. merangkak dah.. memanjat dah..
kalo nampak abang kat kotak mainan dia ka..Fatimah ikut sekali p punggah mainan..
tapi kekadang Idris kedekut jugak nak bagi mainan dia.. hehe..

kiranya apa ja abang dia buat dia nak buat jugak..
kalo abang dia ada kat bawah, dia kat atas..dia dok usya balik pagaq (Oo abah aku pasang balik pagaq kat tangga sejak Fatimah jatuh ritu)
perangai pun dah sama macam Idris sikit.. susah nak tidoq.. malam ka siang sama ja..nak main ja keja dia..
nak lagi kalo balik Yan, memang x tidoq selagi abang x tidoq.. abang pun sama..
tu yg kalo nak bagi depa tidoq..sorang kena bawak masuk bilik, kunci pintu.. hehe

aku kalo boleh nak ja tiap tiap ari bagi Fatimah main ngan Idris..
baru cepat cerdik sikit.. cepat belajaq kit.. cergas ja sentiasa..
pastu biaq dia membesaq dengan Idris.. hehe..


Ni pagi besday aku ritu.. bukak mata ja tequih main..

sat abang henyak adik..sat adik p henyak abang

ni kat rumah aku ritu.. macam sebulan tak jumpa.. padahal baru 3 hari..

Ni hari Fatimah demam teruk ritu.. nampak Idris tequih cergas..

berebut nak bawak kereta


Fatimah nak henyak abang lak..

Ni Idris tengah ajak Fatimah upin ipin

Idris buat lawak, Fatimah gelak mengekek sampai terbalik.. hehe


sebenarnya aku buat entry nie sebab minggu ni xbalik Yan..huhuhu
sebab nak balik Pedu.. aku dah la cepat rindu Idris..rindu nak tengok dia main dengan Fatimah..rindu la..
huhuhu

mode # jiwa kacau, tak seronok.. huhuhu






Wednesday

Fatimah :: Pengasuh

Bismillah


Alhamdulillah

dah masuk 3 minggu dah hantaq Fatimah dekat pengasuh..
a.k.a Mak... hehe.. kakak pengasuh gelarkan diri dia "Mak" dekat Fatimah..
Ibu ok jewwww....

Mula mula tu Ibu drama la sikit..
mau nya tak.. Ibu nak Fatimah dok ngan tokwan Fatimah..
sangat sangat niee...nak Fatimah cerdik macam Idris..
umuq setahun dah boleh bercakap..xpelat pulak tu..
cerdik, aktif.. cepat belajaq..
tapi bila pikiaq balik..cian tokwan..
dengan Idris lagi.. dengan kena mai amek kat office lagi.. satg petang mai antaq lagi..
dah la jauh.. kalo dekat x pa la kan..
pastu nanti tokwan dengan nak rehat lagi..
nak mandi, makan, solat...
kekadang tengok macam xberapa terurus..
kecian..

pastu pikiaq lagi..
dulu2 abah dah susah payah keja dulu..
sekarang dah pencen.. kena rehat rehat la kan..
walaupun abah nak sangat jaga Fatimah..
abah nak sangat cucu dia dok depan mata dia..
membesaq depan mata dia..
tapi dah keadaan kan..
huhuhu...

pastu bila pas solat tu entah macam mana terpikiaq..
"kalau jadi apa apa kat abah time jaga Fatimah nanti, aku yang menyesal"
terus terpikiaq lagi..
kecian abah, satg sakit demam abah..aku gak susah hati kan..
dah la aku ada abah sorang ja kan..

pastu... (banyak ngoh pastu.. hehe)
buat keputusan cari pengasuh la.. huhuhu

bermula la edisi cari pengasuh nie..ciri ciri pengasuh penting jugak kan..

  • kami nak yang AGAMA dia elok.. ya la kan, nak mengasuh anak kita nie, dia macam mendidik jugak..dah sehari suntuk dok ngan depa kan.. solat penting, mengaji lagi.. 
  • pastu keadaan KELUARGA dia baik.. macam anak anak dia perangai elok2..tak mau yang cakap kurang ajaq ka apa..satg Fatimah ikut.. aku penah tengok dah satu kes.. bila budak nie dok ngan pengasuh yang anak dia cakap jenis kurang ajaq nie..budak tu pun jadi macam tu jugak..
  • pastu RUMAH dia terurus.. xmau la yang messy niee...kotoq ka apa.. satg sakit lak Fatimah tu..
  • of cos boleh handle EBM la kan.. sebab niat nak myusu Fatimah sampai 6 bulan.. pastu sambung lagi 6 bulan sampai cukup 2 tahun.. hopefully.. In Shaa Allah

tu ja la kot..

jiran aku ada rekomen jiran aku sorang nie.. dia INDON..
Indon nie baik.. ngan jiran jiran kira baguih la..
tapi aku ngan husben x mau la.. sebab tak tau agama dia macam na..
memang dia baik..tapi bab agama tu berat sikit.. hahaha..
sebab kekadang aku tengok dia freehair..kekadang pakai tudung..
solat apa xtau la macam na..
anak dia lak pakai elok..dia siap elok tapi macam seksi seksi sikit kekadang..
aku x bekenan..

terus kol Kak Aznie dulu..
tanya tentang pengasuh anak dia dulu..
pastu dapat tau pengasuh tu dah jaga sorang dah..
dia xmau jaga dua orang..
aku pun xmau kan.. hehehe..
tapi pengasuh kak aznie bagi nomber "Mak" nie..
aku ngan husben terus g umah dia.. just nak tengok keadaan rumah dia..
lalu depan rumah ja la awai tu..
pastu kol gtau nak p melawat...
waktu p rumah "Mak" nie.. tengok keadaan rumah dia ok jeww..
macam rumah kita ja..
kemas, cantik... langsir pun cantik.. hahahaha..
waktu p tu.. Fatimah keja dok sengih ja..
lagipun p tengok tu.. tetiba husben aku nie kenai pulak dengan laki "Mak" nie..
depa penah sembang..
senang cerita "Jodoh" la tu..
hehehe..

Fatimah lak..sejak dok umah Mak tidoq cukup..nyenyak
x merap apa pun.. suka gelak gelak..
pastu depa bersiap dia segak segak..
setiap kali nak p amek.. mesti wangi..
kalo p dia tidoq, pas maghrib baru p amek dia..
wangi jugak time tu..
minum cukup.. Mak pandai handle EBM aku..
sekali tu ja aku bagi 4 botol 4oz.. xcukup sebab Fatimah poo poo 3 kali..
so lapaq cepat.. yang last tu sebelum aku pick up..
Mak bagi ayaq masak.. nak buat camna.. dah susu xda..
la nie aku bagi 5 botol 4oz.. tapi selalu mesti balance 1 botol.. hehehe..
just untuk back up.. aku x mau dia minum ayaq masak.. ayaq zam zam xpa..

Anak dara aku nie lak..
time pagi pagi nak p hantaq dia..
elok nampak muka mak dia..terus tergedik gedik dalam bouncing dia..
xmau dok dah..nak soh p amek..
pastu qenyih ja..
time nak p amek.. boleh lak dia lentok manja kat bahu mak dia..
jeles ibu tauuu.... hahahaha

pastu elok sampai rumah sendiri..
dia melalak.. sampai selop kekadang..
abah kata dia nak manja manja dengan ibu dia..
so Ibu REDHA ja anak oooiiiii...walaupun ibu rehat xberapa cukup.. hahahaha

Alhamdulillah..
aku dengaq dari jiran jiran aku, Mak nie baguih..
mengaji rajin.. baik ngan orang.. pastu dia mengasuh ramai dah budak2 nie..
sampai ada yang la nie dah besaq dok p tidoq rumah dia lagi..
bab solat Alhamdulillah.. selalu g surau dekat rumah aku nie..
hari jumaat p ngaji kat surau..
kira dekat 3 4 orang gak bila depa tanya sapa pengasuh..
aku kata Kakti Abang Zali..
depa akan kata ..
"oo baguih tu depa..rajin p surau..baik la tu"
so Ibu lega...

aku Syukur sangat sangat..
Allah bagi rezeki Fatimah bukan dari wang ringgit..
tapi Allah bagi rezeki macam nie la..
temukan kami dengan orang yang baik baik..
lega bila dok kat office tak risau kat Fatimah kot jadi apa apa..
sebab tau dah depa jaga dia elok.. macam anak sendiri..

macam nie la rupa dia kalo dok rumah Mak.. tidoq dalam segak



xoxo..

Thursday

Jom tengok cermin!

Bismillah..


jom kawan kawan kita tengok cermin..

kita tengok diri kita dulu baru kita tengok orang lain ye..

bak kata orang "Less is More"

sharing is caring ya..






xoxo



love!


Diam Lebih Baik

Assalamualaikum

Diam itu lebih baik dari berkata dusta.


************


Credit to : Cahaya Jingga


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.



Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
 2. Perhiasan tanpa berhias.
 3. Kehebatan tanpa kerajaan.
 4. Benteng tanpa pagar.
 5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
 7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:



 "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
  "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
 "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:



Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri




Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.





************























Sedikit perkongsian.. kepada si polan si polan, kalo apa yang di perkatakan itu di tujukan kepada saya, Terima Kasih kerana menambahkan lagi pahala saya setiap kali "Alhamdulillah" saya ucapkan.. Ini bererti anda prihatin dengan keadaan saya seperti mana saya prihatin dengan keadaan anda dahulu. Siapa boleh pertikaikan keadaan seorang ibu mengandung? Jadi siapa kata kepada siapa? Apa pun terima kasih atas keprihatinan anda.














P/s: Time office hour nie..hehe












xoxo











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...