Pages

Showing posts with label caring. Show all posts
Showing posts with label caring. Show all posts

Friday

Fatimah :: Basikal


Assalamualaikum

arini nak cerita sikit tentang Fatimah
lama dah aku tak cerita pasal Fatimah kan..
minta maaf kakak, ibu tak sempat >.<
bajet dia baca blog aku kan.. hahaha

sebulan lepas, dalam middle April, 
Fatimah dah start pandai kayuh basikal dah..
sebelum2 ni, dia main tolak2 ngn kaki ja..
waktu tu pakai basikal Idris kecik2 dulu ja..
kaler biru macam kat bawah nie..

tak kira masa dengan basikal dia ja..
dalam rumah pun sama,
luar rumah pun sama..
semua guna kaki..

bukannya tak pandai kayuh,
tapi entah Fatimah nie..
kadang-kadang aku tengok dia kayuh ja,
tapi most of the time memang dia tolak tolak ngan kaki..


ni waktu aktiviti riadah..
rumah rumah jiran kosong lagi,
baru beberapa biji je yang da occupied,
selebihnya kosong.
Jadi seronok la dia dok main basikal dia..
sampai peluh peluh jugak,
cuma hari cuti je lah,
sebab kalo hari bekerja memang tak sempat nak main ke apa kat luar
sebab dah sampai rumah dah pukul 7..

lagipun kalo ada abah dia baru aku bagi dia main di luar,
buatnya aku ngn anak anak2 ja di luar abahnya takda,
ada orang kacau ka mana sempat aku nak tarik Fatimah masuk kan..

aku ni mental sikit, selalu pikir akan ada orang jahat sekarang ni..



ni pulak bila bawak basikal tu ke dalam rumah,
memang macam macam la aktiviti dia,
buat buat pergi kedai beli bawang la,
pergi sekolah la,
bawak kitty dia jalan jalan la,
ada ja dia create situasi sendiri,

Nak dijadikan cerita,
satu hari tu, dia rongkah (bahasa kedah) atau dia cabutkan semua skru skru yang ada,
togel terus basikal dia, tinggai rangka ja,
habis bumper depan tu, 
basket belakang tu,
seat pun tercabut,
semua dia cabut..
sebab skru skru semua dah longgar dah.
basikal biru ni lama sangat dah,
mak abah beli untuk Idris waktu dia kecik kecik lagi..
Fatimah pun takda lagi rasanya..
suami aku terpaksa ikat seat tu sebab dia dok naik basikal tu duduk atas rangka..
hahahaha

Jadinya,
bila basikal dia dah togel macam tu,
dia sebut pulak, 
"nanti ibu beli basikal baru naa"
"nanti abah beli basikal kat mah tau"
pandai pulak dia nie.. hehe..

tapi aku dengan lie slalu cakap kat dia,
"Kakak kayuh betoi betoi dulu baru abah beli"
pastu terus dia pandai pulak kayuh kayuh,
lengkap satu pusingan kaki time kayuh tu..

pastu dia cakap balik bila dia dah pandai kayuh tu,
"Mah pandai kayuh dah, nanti ibu beli basikal baru naa"
"Tengok ni Mah pandai dah, nanti abah beli baru naa"

itu lah ayat yang dia dok sebut sebut slalu bila main basikal togel dia tu.

Aku pun berbincang la ngan lie,
jadi, 16hb Mei ritu, 
kami pegi la kilang basikal kat Guar nie,
sebelah taman rumah aku ja pun,
duduk di dapur rumah aku pun leh nampak kilang nie.
kikikikiki..

waktu pegi tu petang selepas famili day office aku.. -nanti aku story
Maryam letak di rumah pengasuh..

sampai di kilang tu,
Fatimah excited
sebab banyak basikal
macam-macam pilihan ada..
semua dia try naik..
yang ada cermin la, yang ada loceng la..

pilih punya pilih dekat sejam jugak la
sebab rabun mata dah tengok,
lie lak dok tawar tawar harga..

jadi Fatimah pilih yang kaler oren nie,
ada cermin, ada loceng, ada seat, ada bakul..
lengkap dia amek,..
total harga abah dia beli RM115..
kami tak tau la mahal ke murah,
kami beli ja lah..
sebagai reward untuk Fatimah..
seronoknya dia,
terus bawak balik kampung petang tu jugak..
hehehe



sesekali bahagiakan anak-anak pun seronok juga kan..






Monday

Tetamu tak di undang

Bismillah..

Assalamualaikum!!

tu dia tanya seru..hahaha..
lama rasa xupdate..idea ada cuma malassss...hehe..

ha ni cerita sebelum raya ritu sebenarnya..
tengok la ni baru aku nk update..wuahaha..
sorry la..mood tak berapa ada...nak pulak nak raya ritu down gila kan..
haha..malas nak cerita dah.. hehe..

ari isnin sebelum raya tu..yakni 5hb Aug tu.. aku still keja..
selasa baru start cuti..
so aku tak mau la nyusahkan mak ngasuh Fatimah ritu..
nak bagi dia rehat dekat nak raya tu..
so aku bawak la mek ni ke pejabat..
abah Fatimah cuti tapi aku pun tak berapa nak harap sangat kat abah dia..
wuahahaha..

pagi nak ke pejabat tu, abah aku tanya ok ka aku nak bawak dia g office kan..
ya lah sat gi officemate lain rasa rimas ka apa kan..
hehe..

aku lak ingat ramai dah cuti minggu tu..sebab isnin ja kot keja..
pastu dah start cuti seminggu dua kan..
tengok tengok pagi tu, ramai lagi yang keja..
huhuhu..segan weii bawak mek ni ke office sebab dia kannya mau dok diam..hehe

mula mula tu tak mai lagi mood nak main tu..
bila aku start letak dia atas meja sambil buat keja, dia mula la..
banyak keja dia boleh buat kan..
habis bersepah meja aku.. semua dia tarik, dia main..hehe
pastu main lak, mulut tak diam... habis bising satu pejabat.. hehe



ni waktu aku leka sikit, dia panjat siap kabinet printer semua nie..
waktu nie officemate aku dok melayan..dia mau jugak dengaq..hehe

lama jugak aku biaq dia main main tu..
lama lama aku tengok koi bising dah mulut tu.. mesti mengantok..so aku bawak ke surau nak menyusu ngan bagi tidoq..



sampai surau dia nampak pili ayaq lak..tak jadi nak tidoq..
dok tenung pili ayaq, pastu kalih tengok aku..bajet ibu nak tolong bukak pili bagi main ayaq la tu.. hehe




ni dok gagau gagau kot ada ayaq..




dalam sepuluh minit, aku tengok dok tenyeh mata dah..
confirm mengantok.. bangun koi 6 pagi tu..dekat koi 10 tak lena lagi..
so aku pun bagi susu dia xmau..aku sua nenen, dok kembam sampai lena..hehehe




bila Fatimah dah lena, ngan aku sekali join lena..wuahahahaha..
seb baik bos aku baik.. tak kisah sangat..hahaha..




ni pengalaman aku bawak Fatimah ke pejabat..
kalau dah leh berjalan ka senang sikit la..boleh biaq ja dia main sana sini..
sekarang dok merangkak lagi..tak kan aku nak biaq dia merangkak kot lantai kan..
so fokus nak buat keja memang kurang la..hehe..

apa pun, senang nak handle Fatimah kat office ritu..





Wednesday

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


Bismillah..



As salam guysss!! harusla arini ceria..hehe

pagi pagi check blog, tengok tengok Safiyyah buat Contest Baby Ceria...
of cos la ibu nak join kan untuk Fatimah.. hehee..lagipun ibu dah dua tiga kali membeli dekat Safiyyah nie..romper romper Fatimah semua beli dari dia..servis memang terbaik.. barang kualiti.. so ibu hepi je.. hehehe

see see banner kat atas tu.. comel kan Adelia tu.. mau cubit pipi dia.. hehe..

syarat syarat simple dimple je..

Jom kita join!!

syarat ni untuk join ikut blog ye :-

1. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


2. Anda harus masukkan gambar banner contest. (gambaq Adelia di atas ye)

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

6. Submit kepada Safiyyah entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.


7. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

ok la.. pilih punya pilih.. ibu pilih la gambaq bawah nie.....

In shaa Allah, kalo ada rezeki ada la kan nak dapat satu hadiah kan.. hehehe..

so ini la dia puteri ibu, FATIMAH ADILIA MOHAMAD FADZELI


FATIMAH ADILIA MOHAMAD FADZELI
mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang 
http://barangbabymurah.blogspot.com

kenapa pilih gambaq nie?

haa, mai ni nak habaq... first sekali sebab dalam gambaq tu Fatimah pakai romper beli dekat Safiyyah la.. (bodek sikit boleh kot nooo.. heee)... :)
pastu Fatimah ceria je dalam gambaq nie.. excited nak p berjalan kot... waktu ni kat penang airport nak p Sarawak aritu..

so kalo rezeki Fatimah dalam contest nie.. ibu nak ERGO CARIER kaler HIJAU boleh dak.. hehehe..

In Shaa Allah, kalo ada rezeki ada la.. hehe..

Ni nama penuh ibu : Isfatehah Adi Ahmad
Ni nama penuh baby : Fatimah Adilia Mohamad Fadzeli


bye... xoxo





Tuesday

Percaturan-Nya

Bismillah

"Accountant"

Cita cita ibu tu..dari dulu lagi..
sebab tu every single sen dalam akaun mesti kena amek kira
even 'not material' orang kata..
hehe..

Abah dengan mak selalu cakap
keja akaun la.. seronok tengok..
itu impian kita kan..
hehe

aritu ada post dalam FB
"Ibu saya bakal Akauntan, harus baju ada gambaq kalkulator ya!"
kebetulan aritu fatimah pakai baju ada gambaq kalkulator..
hehehe..


tapi itu cita cita kita,
kadang kadang lain dari percaturan yang dah Allah tetapkan untuk kita kan..
sebab tu ibu redha, berdoa dan tawakkal
mana tau rezeki dalam bidang lain..
rezeki Fatimah jugakkan..
hehe

aritu ada ibu mintak jawatan dalam HR..
x ka lari dari bidang ibu minat sepenuh hati..?
ibu redha sebab ibu sayang Fatimah..
ibu nak semua terjamin untuk Fatimah..
rezeki Allah ada di mana mana..
kita kena usaha cari..

kadang kadang tu ...
yang dalam bumi kita mintak Allah keluar kan
atas langit mintak Allah turunkan
yang jauh mintak Allah dekatkan
yang dekat mintak Allah berkati..

sebab tu ibu berusaha jugak 
walaupun bidang lain..
hopefully ada rezeki Fatimah di mana mana kan..
Ibu tengah cari..
abah pun tengah berusaha cari..
yang ada ni mesti la kita bersyukur kan..
hehe..


Fatimah,
walau macamna keadaan pun, 
Ibu dan abah sentiasa sayang 

semua nie untuk Fatimah dan adik adik..


hehe.. plan nak tambah anak nie..
tahun 2014 maybe ;p



Monday

Update perkembangan Fatimah : 2 bulan

Bismillah


Tadi g check up Fatimah 2 bulan..
kena cucuk sedas..terus selop..dok sat terus tidoq.. hehe..
cian anak ibu..
time nak kena cucuk tu, Ibu yang tutup mata..
kecian -.-"
Ibu kan drama.. hehe

Berat Fatimah - naik 1 kg = 4.5kg
berat Ibu turun dari 63.5 kg jadi 61.7kg..
turun at least 1 kg..
which is Ibu hepi sangat2 sebab makin kurus..
haha..
Ibu kecewi lagi..

see see..
ibu makin kurus..
Fakta bukan auta ye..
haha

anak terhelei..

niat nak update perkembangan Fatimah kan..
tetiba cerita bab berat ibu lak kan..
hehehe..


dah masuk 2 bulan nie..
Fatimah dah banyak akai..
oh ye..kitaorang ada lagu..
macam nie haa
"fuang tuku takai, budak buas banyak akai"
selalu menyanyi kat Fatimah..

Lately,
bila mai malam ja mesti teriak sampai selop..
huhu..
kekadang tu siang pun meragam 
kekadang tu Fatimah nak tidoq mesti meragam
sebab x tau nak tidoq macam na kan..

Ibu lak seorang yang anti-ndoi..
memang dah set dari awai xmau boh Fatimah dalam ndoi..
tapi kita merancang kan..Allah tentukan..

first time boh Fatimah dalam ndoi tidoq dekat 4jam..
punya qhalit tidoq..
lepas tu dia refuse lak..

pastu baru dapat tune dia semula..
rupanya kalo time dia tengah melalak,
jangan ada hati nak boh ndoi..
memang lagi melalak..

kena tepuk tepuk..
lailahailallah dulu baru dia diam..
baru boleh masukkan dalam ndoi..
huhu..

kesimpulannya..
Ibu dengan abah akan g beli satu set buai kat Fatimah..
esokla ye..tunggu gaji.. haha..


dok merap sangat, Tokwan boh dalam ndoi..
terus lena..




xoxo



love!


Jamuan Raya

Bismillah..

hari nie dah ZulQaedah kan..hehe..
jumaat lepas..27 Syawal, office suami buat jamuan hari raya..
sekali dengan sambutan setahun penubuhan department depa tu..
PDI ataupun Pre-Delivery-Inspection...
Alhamdulillah.. suami pun dah setahun keja situ..
macam macam la dapat..lagipun peluang nak tambah pendapatan pun ada.
bukan setakat makan basic ja tiap tiap bulan kan..
kekadang OT sampai pagi buta..
kekadang cuti off day pun still keja jugak..
kekadang tu ada gotong royong la..
tapi semua ok ja..sebab seronok tengok suami keja situ.. hehe..

ok la..
jamuan raya buat dalam tempat depa keja tu la..
jadi isteri isteri yang memang xpernah masuk tempat tu..
ni la peluang nak masukkan..
kalo bukan staff situ jangan harap la nak dapat masuk sesuka hati kan..
jadi ni la memang peluang yang di nanti nanti kan pun..
mau nya x..
tiap tiap hari dok nampak ja bangunan putih office depa nie..
xtau keadaan dalam tu macam na..
setakat tengok gambar suami amek dalam HP xsama kan..
dengan kereta berderet deret beratur kat padang tu..
memang teringin gila nak tengok.. hehe..
so alhamdulillah... dah tercapai.. hehehe..

Petang sebelum event jamuan nie..
depa dah buat majlis baca Yassin dengan Tahlil..
ya la kan.. semua nie rezeki dari Dia kan..

ok la..
jamuan start kol 8..
sampai situ terus di angkut oleh ferry car masuk kedalam..
penat nau kalo nak menapak masuk..
dengan keadaan preggy nie memang depa bawak masuk depan pintu terus.. hehe..
rasa seronok dan teruja jugak waktu dalam ferry car tu..
time dok dengan depa dok sembang sembang dalam walkie talkie tu..
hehehe..
alhamdulillah kan.. suami saya di kelilingi kawan kawan yang baik baik.. hehehe..

sampai situ,
first sekali cari KAK AZNIE la..
of kos la beliau di jemput kan..
kamcing gila nau dengan boss PDI nie.. hehe..
lagipun beliau atas jemputan wakil HR kilang kan.. hehe..

seronok nau ada kawan gosipping.. hahahaha..

tengok gambar ja la ek.. hehe..

suami bila dah jumpa kengkawan yang sebantal dulu.. hehe

tengok tu > tempat makan sebelah kereta kereta berderet ja..
nak kereta apa? optima k5? forte? semua ada.. hehehe

sebelah tepi nie Nasim punya..
tengok tu keta Nasim.. cuci mata kau.. hahaha

Kak Aznie tengah dok berborak,
yang baju melayu tu, En. Nizam.. macam ketua depa la..
muda lagi.. lebih kurang sebaya suami ja..
aritu time kenduri kawin kat Yan, suami pekenal la dekat abah,
bagitau yang nie "bos" tempat keja.. tapi En. Nizam kata bukan,
"kawan-kawan".. oh! rendah diri sungguh..
macam tu la kan boss yang baik kan.. hehe

Nampak tu.. beborak sakan depa.. hehehe

ni hero kawan suami.. macam Idris..
xreti dok diam.. ke sana ke mari.. hehe



antara menu yang ada..
nasi minyak, ayam masak merah, daging masak itam, acar timun nenas, sayoq kobis..
sedap gak.. hehehe

ni kambing golek..
suami bantai 3 pinggan..
balik umah terus sakit kepala..
saja cari nahas orang kata.. hehehe

bakal pengantin nie.. bob..
kawan sebantal sepinggan dengan suami..
so bila dah jumpa tu, macam macam la keluaq.. hehehe

Kak aznie dengan kad kenduri bob..
time nie beborak sakan dengan kak aznie..
macam macam jugak la.. hahaha

ada acara potong kek

semangat tau semua nyanyi lagi happy besday.. haha
anak anak pakat tengok,
ayah ayah yang semangat nyanyi dengan tiup lilin..
hahaha

tengok tu semua hepi ja.. hehe 

nie geng sekawan segosiping.. hahaha




ni la antara acara acara yang ada..
tapi yang paling saya tersentuh nya time bos depa nie, En. Hazrin..
alahh yang baik ngan kak aznie tu, yang jemput kak aznie join jamuan nie.. hehee..

beliau panggil semua isteri isteri berkumpul..
mula mula ingat kan nak bagi duit raya ka apa.. haha..
macam excited gila la.. haha..
rupa rupa nya..

"first sekali, saya nak mintak maaf dekat semua isteri isteri, sebab staf staf saya nie keja x macam orang lain,
kekadang keluaq pagi, tengah malam baru balik...saya faham keadaan tu sebab kekadang isteri saya pun macam tu jugak.. tarik muka la..macam macam la.." lebih kurang la ayat dia...

pastu sambung lagi...

"Jadi, suami suami semua, kena hargai isteri isteri nie, sebab diorang memahami, kalo x dah tentu korang semua x keja kat sini dah.." lebih kurang jugak la ayat dia.. hehe..

pastu, En. Hazrin nak kenal sorang sorang isteri kepada siapa..

mai kat saya nie, cakap la, "Fadzeli"

En Hazrin kata "oo budak nakal" hahaha..

sebab dulu sebelum kawin penah kantoi amek gambar dengan suami dalam keta,
suami beruniform PDI la..pastu macam na tah En Hazrin dapat gambaq tu.. terus jadi bahan sampai sekarang.. hahaha.. malu den >.<"

tapi syahdu ja time beliau ucap terima kasih kat isteri isteri tu..
x tau kenapa..
rasa macam seronok dan syukur sungguh suami keja kat PDI nie..
di kelilingi orang baik baik..

semua kusyuk dengaq ucapan syahdu..

semangat x hehe

semua pakat dok bagi tumpuan. hehe


Last sekali..

mesti la bergambar dengan sekawan sekepala dan segala se la.. hahaha




Pastu pakat berkumpul nak amek gambaq reramai...
hehee..



haha..
lupa..

suami dapat cabutan bertuah..
hadiah sponser dari Datuk Hafiz, COO NKM..
bak kata suami "rasa bertuah malam nie"
hehehe..

Alhamdulillah..

Cinta kamu sampai mati..
InsyaAllah..


haha.. bergambaq kat dalam rumah ja..
nak bergambaq kat office, segan.. hahaha









Sunday

Mr Wink**

Arini nk perkenalkan Mr.Wink..
Sapa Mr.Wink ni?... ("_")
Asalkan pelajaran xt'ganggu, x buat benda yg bukan2 n pelik2, Insyaallah hubungan ni d restui ;-p
Mmg itu pn janji dia kt aku..

Aku nk habiskan belajar dulu, capai cita2 aku, kerja d tmpat yg baik2...
Dia da jnji xkan paksa2 aku, dia jnji akn biar aku abeh study, dpt keja yg elok2 n memuaskan, yakin ngn diri aku, yg penting b'sedia la...(>.<)..

Minta2 yg t'baik utk aku n dia..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...