Pages

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday

Farewell 26.11.2015

assalamualaikum..


Kemarin Naza Academy buatkan majlis perpisahan untuk semua staff yang VSS..

sebenarnya aku bertahan tak mau menangis2 ja sepanjang majlis..

waktu kena bagi speech tu aku control ja..sampai terketar-ketar tangan..

hahaha..

aku sedih...

aku sayu...

6 tahun aku kat Naza Academy..

Jatuh bangun dalam karier aku semua di Naza ni..

sedih sangat-sangat..


Kami berdua masuk kerja di sini 2009.. dari bujang sampai Ayzan dah anak 3, aku anak 2.. dan hari nie sambut farewell dengan dia sekali.. kami sama-sama amek VSS ni..hopefully kami terus berkembang dengan sihat sekali..kikiki




to all NZA'ian,

Saya doakan anda semua terus success dalam apa jua yang anda buat..
saya doakan juga NZA terus maju dan berkembang..
Teruskan jemaah...

Thanks untuk 6 tahun yang hebat nie..

Maaf untuk segala kekurangan diri saya..






Wednesday

Kerja :: Minggu Akhir

Assalammualaikum

Selepas 6 tahun berkhidmat di Naza Academy,
minggu ni adalah minggu terakhir aku..

Perasaan??
Tak dapat di gambarkan..
Semua ada..
Bercampur-campur..
Sayu, sedih, happy, tak sabar...
Semua la....

Aku sayang kerjaya aku sebenarnya..
Aku sayang kerja aku sekarang..
Sebab ini cita-cita aku..
Nak jadi Akauntan kan..
Sebab apa yang aku buat sekarang semua aku suka..
Tapi keadaan yang memaksa..
Huhuhuhu..

Aku redha..

Aku sayang kerja aku..
Aku sayang bos aku, En. Rosli...
Sayang sebagai staff je la..
Sebab aku rasa tak da bos yang sebaik En. Rosli ni...

Aku ada sebab sendiri kenapa aku terima offer VSS ni..
Sedih sebenarnya..
Tapi aku redha sebab keputusan aku dah buat..

Tuesday

Minat baru - buku warna

Assalammualaikum..

Ni kisah aku..
Bukan kisah anak-anak..
Hahaha..
Macam lawak ja kan..
Tapi memang betoi..

Kebelakangan ni aku minat sangat nak kaler-kaler..
Sebelum ni aku print dari gugel je sheet yang aku nak kaler..
Kaler pun guna pen kaler-kaler ja...
Sebab tak da kaler pensel lagi..

Tapi tadi..
Hahaha..

Baru je tadi time lunch ke Aneka Gurun ni..
Jalan-jalan ja ngan Cik Syira..
Terus beli buku Secret Garden dan pensel kaler..
Haahahaha..

Balik office..
Ada time lagi..
Terus kaler..

Kikikiki..

Best pulak kaler-kaler ni..

Friday

Jerebu

Assalammualaikum

Alhamdulillah so far kami sihat lagi..
cuma Maryam ja gatal gatal badan..penuh merah merah..

kemarin IPU gila tinggi..
bau asap ja sehari..
seb baik aku puasa..
tak la keluar lunch ka apa..
tapi dahaga tu Ya Rabbi la..hehehe

ni index kemarin pagi..
gila tinggi..
kecian anak anak kecik dan orang tua..
memang bau asap..



Bila mai tengahari..
lagi teruk rupanya..
dekat 300 dah..gila sungguh..



ni pagi tadi nie..
sebelum gerak nak p keja..aku snap dulu..
jerebu lagi..tapi dah berkurang..
Alhamdulillah..
lagipun semalam tu hujan..
tapi aku tak sedar..tidoq tak sedar..hahaha


sebenarnya jerebu ni ujian Allah nak bagi..
Allah bagi semua merasa..
sebab kita hamba yang tak mensyukuri nikmat nikmat dia bagi..
lagipun dah akhir zaman kan..
ermmm



apa pun.. jaga diri semua!


Thursday

Work life

Assalammualaikum

Sekarang aku ada buat satu keputusan sangat besar dalam hidup aku..
Ni antara keputusan besar yang aku pilih..

Aku solat..
Doa..
Fikir..
Berbincang..

Jadi aku buat keputusan ni..

Berat jugak..
Sebab aku sayang karier aku..
Sebab aku terlalu minat dengan kerjaya aku..
Sebab kerja aku ni cita cita aku dari dulu lagi..
Sebab aku da selesa dengan environment kerja aku..

Tapi keputusan aku buat bukan untuk melepas tanggungjawab atau lari dari apa-apa..

Tapi demi anak-anak aku dan suami aku..

Sebab aku nak anak-anak aku ada depan mata aku setiap masa..
Aku nak lihat sendiri milestones anak-anak aku..
Aku nak biar baik buruk anak aku datang dari aku sendiri..
Sebab sekarang aku tak puas dengan masa aku dan anak-anak..

Andai ada rezeki aku..
Inshaallah aku akan jadi housewife..
Tapi jika sudah tertulis aku akan terus bekerja..aku redha..
Dan aku akan berusaha untuk jadi pekerja yang lebih baik..

Sebab cita-cita aku sekarang untuk jadi
STAY AT HOME MOM
WORKING AT HOME MOM..

Photoshoot Raya Naza Academy

Assalammualaikum..


Photoshoot raya untuk Naza Academy kami buat hari Isnin 13hb..
Lastday aku keja sebelum cuti panjang untuk raya.. 

Untuk photoshoot ni, semua staff diminta memakai full set baju melayu untuk lelaki dan perempuan ikut la baju apa asalkan tema hari raya..

Jadi aku pakai jubah mak.. mak waktu tu baru balik dari mekah.. jadi banyak jubah cantik2.. pinjam la sepasang.. hehehe..


Tempat photoshoot kami buat di depan Hotel Seri Jerai.. kawasan dia cantik sikit..
Waktu aku sampai pagi tu dah lewat..
Terlewat jgk la untuk 10minit..haha..
Waktu smpai di hotel aku tengok semua staff segak segak belaka..
Siap ngan sampin bagai..yang berjubah pun ada yang lelaki..siap serban..
Staff perempuan takyah cakap la memang sedia cantik2 dah. 
Kikikiki

Jadi bergambar la kami dengan seronoknya..


ni gambar tengah setting kedudukan..
aku biasala mesti la tengah belek henfon ja..hahaha


ni pulak freestyle..
memang semua pun free style la kekdahnya..
hahaha




pastu bertukar tempat dekat rumput pulak..
time nie hujan nie..
tapi semua gagah jgk bergambar..
hahaa..
aku seperti biasa..
bab bergambar memang muka tak malu..
hahaha


ni contohnya..
syira bagi henset dia soh selfie kat depan..
ramai pulak yang sporting..
hahaha..

ni pulak account department sekarang..
wanie cuti bersalin..
aku biasala..staff kesayangan..jadi kena dok belakang..hahaha

Friday

Cuti panjang lagi...

assalamualaikum


esok Sabtu kenduri adik ipaq aku kat Pedu..
dan sekarang ni aku kat office lagi..ahaha
tak cuti..........

tapi at least aku tak la letih sangat kan..
satgi buatnya sakit macam balik dari tg.rambutan ritu tak ke naya aku..
dah la aku sorang2 tanggung sakit..
orang len boleh kata "cian nya...."

tapi aku cuti Isnin Selasa nie..
hahaha..
suami aku cuti Isnin jugak..
jadi selasa tu aku sempat la nak kemas rumah ka apa..hehe..

sebenarnya aku tak da benda nak update lagi nie..hehe

Thursday

Jamuan Hari Raya 2014

assalamualaikum


haa rini nak cerita pasai hari raya lagi..
kali ni jamuan hari raya di office..
macam selalu..time ramadhan dah meeting..
bersemangat semua..hahaha

kami kan cuti seminggu..
jadi masuk keja har isnin 4hb tu tak da mood keja lagi..
jadi banyak habiskan masa set up untuk jamuan ni ha..
jamuan buat 8hb..hari jumaat malam..

Lemang gotong royong buat sendiri..
makanan geng F&B masakkan..
ada kambing grill.. suami aku memang makan kambing tu ja malam tu..hehe

jadi.. tengok gambaq dah la..hehe











ni gambaq malam jamuan tu..
tapi ada sekeping ni ja..
yang lain dalam office nya camera.. aku tak copy lagi..hehe


Wednesday

SophieParis : Handbag & Purse

Assalammualaikum


Hari ini saya nk review beberapa koleksi Handbag dan Purse dari Sophie Paris. Sebelum ini, saya sudah memiliki beberapa koleksi handbag dan purse dari Sophie Paris. Dari segi kualiti, kualiti beg dan purse dari Sophie Paris meman berkualiti. Material beg dan purse jugak bukan dari material yang mudah rosak. Pendek kata, beg dan purse dari Sophie Paris memang menjadi koleksi saya.

Jadi apa lagi, jom cuci mata dengan beberapa koleksi terbaru dari Sophie Paris.
Harga seperti tertera di dalam gambar. Untuk ahli, less 20% dari harga katalog.
Keahlian ahli hanya RM15 seumur hidup. Untung kan? "_"




















Thursday

Pengenalan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini saya bermula menulis semula selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada pertengahan April 2014. Saya mengekalkan menggunakan blog ini kerana blog yang bermula dari 2009 ini banyak tercoret pahit manis saya sepanjang penulisan blog. 


Nama saya Isfatehah Adi Binti Ahmad, dilahirkan di Sungai Petani pada 1985 dan dibesarkan Yan, Kedah. Saya anak ke 3 dari 5 orang adik-beradik. Saya berkahwin pada 2011 dengan suami bernama Mohamad Fadzeli Md. Isa dan memiliki seorang anak perempuan bernama Fatimah Adilia Mohamad Fadzeli.




Saya adalah kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara dan separuh masa Master in Science, Finance dari Universiti Utara Malaysia.

Bermula dari Nov 2009 sehingga sekarang, saya berkhidmat sebagai Akaun Eksekutif di Jabatan Kewangan dan Pembelian di NAZA Kia Academy Sdn Bhd, Gurun, Kedah.

Alhamdulillah, sejak dari kecik minat berniaga dipupuk oleh kedua ibu bapa yang merupakan seorang guru sekolah. Sejak dari umur belasan tahun, saya bersama bapa yang di panggil Abah menjalankan perniagaan fotografi untuk majlis-majlis perkahwinan atau keraian. Bermula dari situ, minat untuk berniaga membuak-buak. Saya mula meniaga di dalam facebook dengan menjual barangan bundle (baju, peralatan rumah dan lain-lain). Selepas itu, saya bersama adik beradik yang lain mula menjual tudung, selendang dan telekung.

Sekarang saya menyertai MLM Sophie Paris dan dropship untuk jubah-jubah dan tudung. Dengan perkembangan IT yang pesat, pelbagai perniagaan muncul dan menempatkan nama. Oleh sebab itu, saya menyertai ABDR untuk memperbaiki segala kelemahan dalam penulisan blog dan berniaga online.

Memilih niche Jurnal Wanita Berkerjaya, saya berharap dengan berkongsian perjalanan dan idea-idea dapat dimanfaatkan bersama dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Wassalam





Monday

Tetamu tak di undang

Bismillah..

Assalamualaikum!!

tu dia tanya seru..hahaha..
lama rasa xupdate..idea ada cuma malassss...hehe..

ha ni cerita sebelum raya ritu sebenarnya..
tengok la ni baru aku nk update..wuahaha..
sorry la..mood tak berapa ada...nak pulak nak raya ritu down gila kan..
haha..malas nak cerita dah.. hehe..

ari isnin sebelum raya tu..yakni 5hb Aug tu.. aku still keja..
selasa baru start cuti..
so aku tak mau la nyusahkan mak ngasuh Fatimah ritu..
nak bagi dia rehat dekat nak raya tu..
so aku bawak la mek ni ke pejabat..
abah Fatimah cuti tapi aku pun tak berapa nak harap sangat kat abah dia..
wuahahaha..

pagi nak ke pejabat tu, abah aku tanya ok ka aku nak bawak dia g office kan..
ya lah sat gi officemate lain rasa rimas ka apa kan..
hehe..

aku lak ingat ramai dah cuti minggu tu..sebab isnin ja kot keja..
pastu dah start cuti seminggu dua kan..
tengok tengok pagi tu, ramai lagi yang keja..
huhuhu..segan weii bawak mek ni ke office sebab dia kannya mau dok diam..hehe

mula mula tu tak mai lagi mood nak main tu..
bila aku start letak dia atas meja sambil buat keja, dia mula la..
banyak keja dia boleh buat kan..
habis bersepah meja aku.. semua dia tarik, dia main..hehe
pastu main lak, mulut tak diam... habis bising satu pejabat.. hehe



ni waktu aku leka sikit, dia panjat siap kabinet printer semua nie..
waktu nie officemate aku dok melayan..dia mau jugak dengaq..hehe

lama jugak aku biaq dia main main tu..
lama lama aku tengok koi bising dah mulut tu.. mesti mengantok..so aku bawak ke surau nak menyusu ngan bagi tidoq..



sampai surau dia nampak pili ayaq lak..tak jadi nak tidoq..
dok tenung pili ayaq, pastu kalih tengok aku..bajet ibu nak tolong bukak pili bagi main ayaq la tu.. hehe




ni dok gagau gagau kot ada ayaq..




dalam sepuluh minit, aku tengok dok tenyeh mata dah..
confirm mengantok.. bangun koi 6 pagi tu..dekat koi 10 tak lena lagi..
so aku pun bagi susu dia xmau..aku sua nenen, dok kembam sampai lena..hehehe




bila Fatimah dah lena, ngan aku sekali join lena..wuahahahaha..
seb baik bos aku baik.. tak kisah sangat..hahaha..




ni pengalaman aku bawak Fatimah ke pejabat..
kalau dah leh berjalan ka senang sikit la..boleh biaq ja dia main sana sini..
sekarang dok merangkak lagi..tak kan aku nak biaq dia merangkak kot lantai kan..
so fokus nak buat keja memang kurang la..hehe..

apa pun, senang nak handle Fatimah kat office ritu..





Thursday

Pernah kau melayan customer macam nie tak?

Bismillah..

haa tudia panjang soklan tajuk aku..
faham dak apa aku tanya?
la ni aku macam geram kat sorang customer aku nie..
huuu.. buat kurus posa aku ja budak nie..


aku tau Customer is Always Right la.. Always King la.. wat ever la kan..
tapi aku selalu jugak jadi pelanggan orang.. so aku tau nak behave macam na kan..
ni first time aku deal ngan customer camnie..
letih gak melayan.. end up xbeli pun.. kata nak bank in, sampai sudah x bank in..
buang masa aku ja melayan sms dia bagai..huhu..

yang buat aku marah tu sebab pa tau..
mai aku senaraikan :-

1) memula dia tnya harga Magic Pink Cream tu..ok fine..aku layan ok la..sebab first kan..pastu Strawberry Milk Body Butter, aku ok lagi..pastu loose powder, aku ok ja..sbb kekadang maybe customer xtau kan harga dia..so bila dah confirm barang nak, dia soh aku MMS pic magic cream n loose powder tu kat no mana tah.. aku pun kata la ok..

2)pastu macam kejan aku tau.. tanya nak mms sekarang ka? aku cakap la, sekejap lagi la sebab aku kat bazar..dia ok ja..
pastu dalam kol 8..dalam aku tengah kalut2 dengan baru berbuka n urus Fatimah n urus diri aku bagai.. dia sms lagi..gini ayat dia "Mananya cakap nak mms intan payung"
aku dah rasa lain dah.. apa lak intan payung bagai nie kan.. aku sound ja la.. "Sorry la xsempat..dgn berbuka lagi..dgn baby lagi..sekejap ye.."
pastu dia reply kata sorryla..pastu dok tanya baby berapa bulan bagai.. banyak la hang punya soklan..
pastu aku mms la dlm kol 9.50 gitu..pastu dia start balik dah, macam2 soklan dia tanya..ada tu soklan yang aku xsempat nak reply, masuk sms baru soklan lain.. huhu..

3)pastu dah tau aku jual barangan SOPHIE kan..dia boleh dok tanya aku ada jual brand lain nya product..macam Sigma F48 andgled kabuki, pastu Avene Eau Thermal water spray, Save eyeshadow..
waktu tu aku memang aku malas dah nak jawab..
aku dah malas nak reply dah sebenarnya.. aku tnya ja "So u nak order apa" direct soklan aku bagi dia..
pastu dia kata losyen n magic cream tu.. ok la.. pastu tnya lak losyen ada berapa bau..so aku explain saja la..
end up dia setuju nak losyen n magic cream ja..total rm26.00 so aku soh bank in rm25 sudah la kan..dah first time dia membeli ngan aku kan..

4)dia janji nak bank in ari ahad, so aku pun tunggu la..sebab isnin aku memang nak poskan semua barang2 customer yang order ari jumaat sabtu ahad tu.. dia sms awal ritu 24hb.. so dlm 27 tu, aku just remind la tnya dah bank in lum..sebab kalo dia bank in dah ari sabtu tu, aku nak terus pos ja ari ahad.. sebab kebetulan memang ahad tu aku free..aku nak setel semua barang customer kan..

pastu kau nak tau dia reply sms aku bila??30hb baru reply..ni ayat dia yang aku rasa dia just nak main main ja ngan aku..bukan serius nak membeli pun..
"hi adik manis, saya belum bank-in lagi duit rm25 tu..nanti la ya.."
kau nampak ayat dia.. ADIK MANIS?? dah macam bangla punya ayat dah..pastu boleh lak nanti nak bayaq.. ritu kejan aku bagai kan..

pastu aku reply la.. "serius nak or saja2.."

pastu dia replu camnie.. "ada ke boleh nak saja2? apa masalahnya if i inform mcm smlm..barang tu kan dah ada dgn u kan..so nanti i free i bank in la duit tu ok..xde masa pun nk main2..selamat berbuka.. :)"
dok sat dia send lagi satu sms.. "cuma i rasa bukan satu keperluan lagiiii"

terus aku xreply dia.. sebab aku rasa dia nie memang sesaja nak memain ngan aku...

so andai kata budak ni baca apa yang aku tulis nie..
mai sini aku nak cakap sikit dengan kau..

first sekali, kau dah buang masa aku 24hb tu dari kol 3 ptg sampai kol 10 lebih melayan kau punya macam2 soklan dan permintaan.. 
end up kau kata bukan satu keperluan lagi??? 
dah tau bukan satu keperluan lagi, yang kau beria-ia sms dan kejan or paksa2 aku tu pasai pa??
dengan soh mms la, explain satu satu la..banyak la jekadak hang tu..
lain kali pikiaq siap siap kau nak ka tak barang tu, jgn menyusahkan orang lain..

secondly, apa adik manis, intan payung bagai?? geli aku membaca sms kau..pastu tak yah dok buat peramah dengan aku nie, tnya anak aku berapa bulan bagai..rimas customer macam kau..

thirdly, aku rasa dengan sales rm25 tu aku rugi pun xpa..sebab rezeki keja Allah kan..

lastly, kalo boleh lepas nie, kalau kau berminat nak membeli dengan orang, kau jangan la  buat macam kau buat kat aku nie..kecian kat orang tau..







p/s: hampa penah alami dak macam nie..huuu





Wednesday

Review : Kelas Make Up with FYNA

Fyna make up class sophie paris

Alhamdulillah.. sabtu ritu setel keja aku organize kelas make up utk Fyna dengan kerjasama Sophie Paris BC Klang.. aku one off downline di BC Klang.. jadi point kelas make up ni jugak utk kembangkan network aku la.. haha.. dapat la kat aku 14 orang.. kat baby 10 orang.. baby bawak mai puteri umno 10 orang.. haha..

ko kenai Fyna kan.. website dia www.fynahere.com
dia la member baik aku dari sekolah teknik dulu..dok satu dorm..
dia jugak yang make up aku dlu time nikah n kenduri.. haha

ok berbalik ke event tu..

aku ngan kakak aku le.. sampai awai koi 8.00 kau bukan main..sebab plan nak setup bagi lawa lawa kit..
sebab sehari sebelum tu kan aku ada training kat penang..memang xdan nak setup apa pun..

dalam koi 10 sorang pun xmai lagi.. aku dah naik risau dah nie..huhu
dok sat koi ramai dah mai.. tp geng Fyna lum sampai..

rupanya salah faham.. depa ingat koi 11..
dengan setup bagai.. dalam koi 12 baru start..
koi 4 baru habih.. huhu..

waktu memula Fyna sampai tu, kebetulan memang kat hotel office aku nie ramai customer check in..
elok dia turun dari kete ja..semua mata tertumpu kat dia..
dah macam somebody dah.. dengan dressing dia..confident dia.. memang terbaikla..

aku puas hati gila dengan kelas Fyna nie..
dia memang ajaq satu satu..tak faham tanya ja.. dia memang respon baik..
pastu dia kongsi product hat memang dia guna dan best..

so, alhamdulillah..

sesapa nak join SOPHIE PARIS hanya RM15.00 shj.. seumur hidup tau..
xrugi.. nanti akan ada kelas make up lagi.. hehe

ni antara participant hat sampai awai

haa.. tu aku kalut pa tak tau kat tepon.. nmpak kurus.. haha

haa tu aku ngan baby.. tengah dok bincang apa tau..

Fyna tengah demo.. 

memang terbaikla..
.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...