Weekend baru ni, keluarga aku mai Langkawi lagi
kali ni Maktok, Tokwan, Umi dan Idris mai..
Selalunya Tokwan akan mai sorang pastu balik, ganti Maktok mai pulak pastu balik.
Aku selalu guna ayat "Langkawi belakang rumah TokwanMaktok" dalam ig atau fb..
Mak aku kata, kawan-kawan dia, jiran dia semua cakap depa kena rancang berbulan bulan nak mai Langkawi. Tapi mak abah aku ni, selalu mai Langkawi boleh kata selang 2 minggu sekali..
Rezeki kan. Alhamdulillah depa pun sihat lagi nak jalan mai sini.
setiap kali depa mai, anak-anak aku tetap teruja tau.
macam depa lama tak mai kadang tu..
dan kalau depa mai, anak-anak aku memang tak mau duduk rumah babysitter la..
sebab tu aku minta mak abah aku mai time aku cuti.. sekurang kurangnya aku ada.. boleh bawak pi mana mana..
Minggu ni depa mai Jumaat petang, tapi Tokwan, Umi dan Idris stay semalam ja..
Sabtu pagi dah balik..aku pi hantar ke Jeti dan feri depa pukul 10.30pagi..
Motif mai pun saja nk tengok rumah kuarters ni dan jumpa anak-anak ja..
Jadi tinggallah Maktok sorang.. mak pun plan memang nak balik hari Ahad..
nak stay 2 malam..jadi hari sabtu tengahari lepas Zohor kami siap-siap..
Saja nak bawak maktok jalan-jalan..
Keluar rumah dalam pukul 2 petang..
Tapi tak sempat sampai Kuah lagi, anak-anak aku dah tido dalam kereta..
Jadi aku bawak maktok ke Idaman Suri jelah bagi maktok cuci mata..
Aku tak keluar kereta pun sebab budak-budak ni tido..
Tengok depa tido..sebelum tu depa dok main sesama, pastu tiba-tiba diam ja, aku kalih tengok pakat lena siap |
sebab dia tadi makan nasi sikit sangat tengahari tu..
dia cakap nak makan laksa..
sebab anak-anak tido, jadi kami dua tak boleh nak singgah mana-mana..
aku mula tu plan nk bawak dia pi tepi pantai airport..walaupun laksa situ tak berapa sedap..
tapi saja nak bagi mak tengok view..
Pastu bincang-bincang dengan mak aku, dia soh balik je lah dulu..
sebab kesian anak-anak..
jadi dah balik ke kawasan rumah aku, baik aku bagi mak aku makan laksa sedap kan..
aku stop kat tepi pantai teluk Yu..laksa food truck sini lagi sedap berganda ganda dari airport..
Lepas anak-anak aku dah bangun, alang-alang nak isi minyak..
aku bawak mak aku gi Petronas di Telaga Habour..
Aku tau tempat ni, cuma aku tak pernah singgah..
Jadi alang-alang tu, aku bawak je lah mak dan anak-anak kat situ..
cantik rupanya kawasan situ..
waktu kami ada kat situ, ramai jugak orang datang bergambar kat situ..
Lepas dah makan-makan keropok kat situ..
anak-anak pun dah seronok, kami balik je lah..
Esok tu dah hari sekolah.. Maktok pun nak balik pagi..
Lepas setel hal anak-anak, aku hantar maktok pi jeti, naik feri pukul 11..
So far, alhamdulillah..Allah sihatkan tubuh badan mak abah aku..
walaupun usia depa dah hampir 70thn..
depa masih kuat nak kesana kesini tengok cucu-cucu depa..
aku rindu jugak nak balik Yan cuti lama-lama sebenarnya..