Pages

Friday

Raya Haji 2019

Hari raya haji tahun ni, aku dan keluarga kecil aku tak balik kampung jugak untuk beraya.
Sejak berpindah duduk di Langkawi, ini kali ke 3 kami beraya haji di Langkawi.
sebab cuti raya haji tak panjang macam cuti raya puasa..

jadi tahun ni ada kelainan sikit
aku cuti seminggu
tapi kami tak balik jugak tahun ni
sebab keluarga aku semua nak mai beraya di Langkawi..
sejak aku dengar mak abah kata depa nak beraya di Langkawi, aku punya gembira..
kebetulan rezeki aku, dapat kuarters dah selesa yang muat semua orang walaupun kelengkapan rumah tak lengkap sangat

Jadi lepas keja hari Jumaat, aku dah start kemas rumah
basuh kain baju, cuci dapur, cuci toilet.. semua la
kemas kotak pindah rumah yang belum unpack
malam tu pulak ribut melanda Langkawi, teruk jugak
Alhamdulillah rumah kami takda apa.. bocor ja sikit..
malam tu pun anak-anak tido awal sebab semua teruja nak tunggu sepupu mai
Hari Sabtu, anak-anak pun bangun awal, siap tunggu nak pi jeti ambik famili aku sampai. Li keja lagi hari Sabtu ni.
Depa sampai jeti dalam pukul 3 macam tu.. melompat lompat la anak-anak aku tengok semua orang ada..
Hari tu semua mai kecuali Amin Ayu sekeluarga..depa akan mai hari raya..nak beraya dulu di Dulang.

Terus dipendekkan cerita, alhamdulillah rumah aku muat ja untuk semua..

Pagi raya kelam kabut siap dan nk p solat raya di surau Perumahan B.. bestnya masa tu..sebab suasana raya di tempat baru kan..kelainan sikit..lepas solat ada sikit jamuan depa buat, kami alas-alas perut dulu sebab sebelum solat tadi mak dah masak koey teow goreng dan ada beli lemang..

Tengahari sikit, Amin sekeluarga sampai.. jadi lengkap la keluarga aku, semua ada..
Alhamdulillah..
aku macam sebak jugak bila tengok semua anak menakan aku ada dan anak-anak aku seronok main dengan sepupu depa..
Petang raya mak aku ajak pi lepak tepi pantai.. mak ajak pi pantai kok..
apa lagi memang pi nak bagi anak-anak semua mandi lautkan..
kami yang tua ni, tengok dari tepi je lah..hehe
pi hari cuti umum, jadi kedai makan semua tak bukak..
pi mandi laut semata mata..







4 hari 3 malam keluarga aku mai Langkawi ni,
kami banyak makan, sembang, tido, sembang, main, makan..itu ja..
tak jalan mana sangat..

Hari last tu, depa nk balik tu baru sempat bergambar..







Alhamdulillah
aku bersyukur sangat aku dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga aku

Tokwan ada cakap
"Bila lagi kita dapat berkumpul ramai-ramai semua ada macam ni"

sedih tau
aku sedih sebak ja waktu dok bye bye depa kat dalam jeti tu












Monday

Bawa Maktok Jalan-jalan

Assalammualaikum

Weekend baru ni, keluarga aku mai Langkawi lagi
kali ni Maktok, Tokwan, Umi dan Idris mai..
Selalunya Tokwan akan mai sorang pastu balik, ganti Maktok mai pulak pastu balik.
Aku selalu guna ayat "Langkawi belakang rumah TokwanMaktok" dalam ig atau fb..

Mak aku kata, kawan-kawan dia, jiran dia semua cakap depa kena rancang berbulan bulan nak mai Langkawi. Tapi mak abah aku ni, selalu mai Langkawi boleh kata selang 2 minggu sekali..

Rezeki kan. Alhamdulillah depa pun sihat lagi nak jalan mai sini.

setiap kali depa mai, anak-anak aku tetap teruja tau.
macam depa lama tak mai kadang tu..
dan kalau depa mai, anak-anak aku memang tak mau duduk rumah babysitter la..
sebab tu aku minta mak abah aku mai time aku cuti.. sekurang kurangnya aku ada.. boleh bawak pi mana mana..

Minggu ni depa mai Jumaat petang, tapi Tokwan, Umi dan Idris stay semalam ja..
Sabtu pagi dah balik..aku pi hantar ke Jeti dan feri depa pukul 10.30pagi..
Motif mai pun saja nk tengok rumah kuarters ni dan jumpa anak-anak ja..

Jadi tinggallah Maktok sorang.. mak pun plan memang nak balik hari Ahad..
nak stay 2 malam..jadi hari sabtu tengahari lepas Zohor kami siap-siap..
Saja nak bawak maktok jalan-jalan..
Keluar rumah dalam pukul 2 petang..
Tapi tak sempat sampai Kuah lagi, anak-anak aku dah tido dalam kereta..
Jadi aku bawak maktok ke Idaman Suri jelah bagi maktok cuci mata..
Aku tak keluar kereta pun sebab budak-budak ni tido..

Tengok depa tido..sebelum tu depa dok main sesama, pastu tiba-tiba diam ja, aku kalih tengok pakat lena siap
Habis maktok shopping dekat Idaman Suri, maktok cakap dia lapar..
sebab dia tadi makan nasi sikit sangat tengahari tu..
dia cakap nak makan laksa..
sebab anak-anak tido, jadi kami dua tak boleh nak singgah mana-mana..
aku mula tu plan nk bawak dia pi tepi pantai airport..walaupun laksa situ tak berapa sedap..
tapi saja nak bagi mak tengok view..
Pastu bincang-bincang dengan mak aku, dia soh balik je lah dulu..
sebab kesian anak-anak..
jadi dah balik ke kawasan rumah aku, baik aku bagi mak aku makan laksa sedap kan..
aku stop kat tepi pantai teluk Yu..laksa food truck sini lagi sedap berganda ganda dari airport..

Lepas anak-anak aku dah bangun, alang-alang nak isi minyak..
aku bawak mak aku gi Petronas di Telaga Habour..

Aku tau tempat ni, cuma aku tak pernah singgah..
Jadi alang-alang tu, aku bawak je lah mak dan anak-anak kat situ..
cantik rupanya kawasan situ..
waktu kami ada kat situ, ramai jugak orang datang bergambar kat situ..





Lepas dah makan-makan keropok kat situ..
anak-anak pun dah seronok, kami balik je lah..

Esok tu dah hari sekolah.. Maktok pun nak balik pagi..
Lepas setel hal anak-anak, aku hantar maktok pi jeti, naik feri pukul 11..

So far, alhamdulillah..Allah sihatkan tubuh badan mak abah aku..
walaupun usia depa dah hampir 70thn..
depa masih kuat nak kesana kesini tengok cucu-cucu depa..
aku rindu jugak nak balik Yan cuti lama-lama sebenarnya..



Wednesday

Keluarga Adi Raya 2019

Raya tahun ni antara raya paling best sekali sepanjang aku kahwin..
Sebab selepas 8kali raya sepanjang aku kahwin, ni baru kali kedua aku dapat beraya di hari raya pertama sebelah aku, di Yan hahahaha
Kebetulan pulak memang sebelah aku, aku ja yang selalu takda waktu raya..
adik beradik aku yang lain semua beraya sebelah Yan.
Abg sulong aku, kami panggil Abang Adi. Depa dok di Johor, kak ipar aku orang Iban Sarawak, so raya memang confirm balik Yan..
Anak depa tiga orang, Benedict Atem, Kornelis Legai dan terbaru Ahmad Fawwaz..
anak depa hat besar 2 orang tu cukup suka balik Yan..
Kakak aku, kami panggil Kak Aten, ibu tunggal anak sorang, Idris.. 
memang duduk sekali mak abah, dia yang dok jaga mak abah pun selama ni.
Adik kembar aku, Elit pulak bujang tang tang..
Adik bongsu pulak, Amin kawin dengan Ayu dan anak dah dua Noah dan Hud.
Ayu orang Dulang, kampung sebelah.. dekat sangat..kentut pun dengar.. hahaha
Jadi tinggal lah aku yang setiap tahun beraya di rumah mertua di Pedu..
raya kedua atau ketiga baru balik Yan.. 
tu pun kalau aku bunyi baru petang raya pertama balik Yan..
tu pun jarang dapat..padahal sejam setengah ja jauh nya..hahaha..
jadi jarang lah aku dapat bergambar di hari raya pertama dengan keluarga aku
selalu kalau aku beraya di Pedu, raya kedua atau ketiga tunggu aku balik baru depa bergambar
sebab depa takmau aku sedih kalau aku tengok gambar tu..terharu tau

Tahun ni kali kedua aku beraya di Yan since 2011 lepas kawin..
hampa bayangkan..tegar nya aku walaupun dalam hati taksiapa yang tahu hahahaa
tahun pertama, ke-2, 4,5,6,7 semua di Pedu..tahun ke 3 dulu penah beraya di Yan tapi tengahari dah balik Pedu..hahaha..

Jadi tahun ni memang aku nantikan sangat nak beraya..
Nak pulak seminggu sebelum raya anak-anak aku yang perempuan, Fatimah dan Maryam, abah aku dah mai ambik bawak balik Yan..
Jadi tinggallah aku dengan Ibraheem dan laki aku..
Nak pulak time tu time aku closing..memang balik lewat la selalu, tak masak pn seminggu tu, semua beli bazar..

Hari last day kerja hari closing, 1hb.. aku beli tiket feri 3hb, sebab 2hb laki aku pun keja lagi..
seminggu tu memang aku keja counting days ja bila nak balik..
punya la excited.. aku pulak dah lama tak balik Yan..

Sampai ke hari ni aku masih ingat lagi moment 1hb hingga hari raya..
setiap moment tu aku ingat..sebab bagi aku tu antara kenangan balik kampung paling indah dalam hidup aku

Okla.. aku belanja gambar raya la sikit.. ni semua ambik gambar di Yan, di pedu aku tak ambik gambar pun





Salam dari Langkawi

Assalammualaikum

lama gila aku tak update blog aku ni..
sebab kekangan masa dan aku lupa password..

harini dah trace semula so dapat la update sikit..

Ya harini hampir 3 tahun dah aku dan keluarga kecik aku stay di Langkawi..
Aku move sini since Ibraheem baru 4 bulan..
Aku dapat keja disini, jumaat interview, Isnin 27 Nov 2016 terus masuk keja..
Cepat gila.. just angkut kain baju dan anak anak je mai sini..
laki pun aku tinggai..
lepas 2 bulan baru laki aku mai duduk sekali kt langkawi sampai sekarang..
hahaha

sebulan setengah disini kami (aku dan anak) sewa bilik ja di pekan kuah,
kebetulan terjumpa bilik sewa dan ada pengasuh bawah bilik sewa kami tu..
Alhamdulillah perancangan Allah tepat untuk kita..
Pengasuh tu satu keluarga dah jadi keluarga angkat kami disini..
susah senang aku, depa satu keluarga ada dengan aku..
Tak terbalas budi depa sebenarnya..

Sejak pindah sini, sekarang ni keja aku yang ketiga dah sebenarnya di Langkawi..
harapnya ini yang terakhir lah..
aku nak stay satu keja lama-lama..
First job aritu di fishfarm company, international company wei...
Rusia punya... sempat keja dalam 5 bulan ja.. internal problem syarikat tu..
so tanpa aku melengahkan masa, aku cabut terus lepas dapat gaji..
aku nak resign depa tak bagi..
Second job, keja hotel.. Myangkasa hotel.. under Angkasa..
Alhamdulillah keja best gila..dapat kawan kawan ramai kat situ..
sempat bertahan setahun setengah lebih macam tu sebelum aku dapat keja sekarang..
Keja sekarang sejak Dec 2018..
Alhamdulillah so far ok laa..
awal aritu macam nak resign jugak hahahaha..tapi kuatkan hati dan redho ja dengan qada' dan qadar.. Alhamdulillah ni pilihan tepat..

Rumah pulak..
First 2 month tu sewa bilik tu kan di pekan kuah...
best sebenarnya situ, dekat dengan masjid, kedai, semua lah..
tapi tak best sebab persekitaran dia terlalu sempit, kotor dan rumah tu rumah atas, so anak-anak nak membesar macam mana, main dalam rumah ja..
pastu kami sewa di Kelibang, lagi best..
rumah atas laut.. memang cantik..
kecik ja rumah, satu bilik, harga memang harga macam rumah sewa semi-D di Guar..
haahahaha..
tapi best rumah ni..selesa.. air pasang ja seronok la tangkap ketam.. air sampai ke pintu.. best...
tapi fikir-fikir sampai bila kan..
kesian anak jugak tak dak ruang nak bermain, depan tu laut kan..
anak pulak lasak..
Jadi cari rumah lain pulak
Rumah ketiga ni, 2 bilik rumah atas bukit..
so far ok sangat rumah tu cuma rumah atas bukit..
naik turun bukit tu sampai jahanam kereta kami..
tuan rumah satu keluarga ok dengan kami..tak pernah lupa panggil makan kenduri kalau ada..
depa buat macam keluarga..
tapi bila aku start keja ketiga di kilang simen ni, aku minta kuarters (depa panggil housing)..
alang dah ada, aku bincang dengan laki aku, nak berjimat sama, so aku minta la..
sekarang ni kami dah pindah ke housing..baru seminggu duduk..
so far Alhamdulillah..

Mak abah aku kata, perancangan Allah tu selalunya dah terbaik untuk kita..
if kita rasa susah, kita kena ingat semua ni dalam perancangan Allah..
setiap perancangan Allah mestila yang terbaik kan..

Jadi aku bersyukur sangat sekarang


ok nanti aku update lagi..
Mood nak update blog ni dah mai..


Thursday

FREELANCE ACCOUNTING SERVICES area Kedah

Assalammualaikum

Hari ini saya akan memulakan FREELANCE ACCOUNTING SERVICE yang terbaik untuk anda!!

Saya menyediakan perkhidmatan perakaunan:

A) Laporan penuh perakaunan

1) Penyata Kewangan / Balance Sheet
2) Penyata Untung Rugi / Profit & Loss
3) General Ledger
4) Cash Flow
5) Lain-lain

B)  Menyediakan laporan kewangan bulanan / tahunan bagi syarikat:

1) Enterprise
2) Sdn Bhd

Saya akan ke tempat client bagi kawasan sekitar KEDAH untuk mengambil document / jika ada perbincangan.

Jika berminat sila hubungi 019-269 9635 atau email adifateha@yahoo.com

Saturday

Lama menghilang

Assalammualaikum..

Apa khabar blog ku?
Last update 27 nov 2015.. lastday keja di naza.. arini 17 sept 2016 baru nk update balik..lama kan menghilang..

Nak mula macam mana pun tak tahu la..
Nak mula dengan cerita apa pun dah confius..kikiki..

Alhamdulillah..aku sihat ja..
Arini dah 43 ari berpantang..
Oppssss!.. ya ya.. aku beranak lagi..hahaha
Aritu aku janji nak cerita bab maryam..
tup tup keluar si adik Ibraheem..
Kecian maryam cerita dia tak banyak..
Nanti aku cerita balik semua hutang cerita yang aku janji tu..hehehe

Sekarang aku masih housewife..
Masih menyesuaikan diri jadi housewife..
Kenapa mcm tu?
Ada banyak sebab dia..hahaha
Aku jenuh kampoi balik semua cerita2..
Aku kna update tiap2 ari la lepas ni..
Kikikiki..

Apa pun Alhamdulillah aku dan anak2 sihat sejahtera..

Friday

Farewell 26.11.2015

assalamualaikum..


Kemarin Naza Academy buatkan majlis perpisahan untuk semua staff yang VSS..

sebenarnya aku bertahan tak mau menangis2 ja sepanjang majlis..

waktu kena bagi speech tu aku control ja..sampai terketar-ketar tangan..

hahaha..

aku sedih...

aku sayu...

6 tahun aku kat Naza Academy..

Jatuh bangun dalam karier aku semua di Naza ni..

sedih sangat-sangat..


Kami berdua masuk kerja di sini 2009.. dari bujang sampai Ayzan dah anak 3, aku anak 2.. dan hari nie sambut farewell dengan dia sekali.. kami sama-sama amek VSS ni..hopefully kami terus berkembang dengan sihat sekali..kikiki




to all NZA'ian,

Saya doakan anda semua terus success dalam apa jua yang anda buat..
saya doakan juga NZA terus maju dan berkembang..
Teruskan jemaah...

Thanks untuk 6 tahun yang hebat nie..

Maaf untuk segala kekurangan diri saya..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...