Pages

Thursday

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

hari nie dah raya ke 7 dah..
aku dah 2 hari start keja..
tapi baru sekarang aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin..

aku mohon ampun kepada sesiapa yang baca blog senget aku nie..
mana tau ada terkecil hati..terkasar bahasa..
tanpa aku sedar aku menyakitkan hati sesiapa..

ok la..
aku nak cerita kenangan hari raya tahun nie..
tahun nie tahun ke 4 aku beraya sebagai seorang isteri..
dan tahun nie beraya dengan ahli baru..
Maryam la.. hehehe..

tema baju kami tahun nie tak lain tak bukan HIJAU...
hahaha..
3 kali raya di Pedu aku pakai hijau untuk raya..hahaha..
tahun lepas raya di Yan je pakai oren..\
aku memang obses sikit dengan kaler hijau nie..
korang tak tengok lagi cabinet dapur hijau aku..
mak dan MIL aku pun geleng kepala..hahaha..

tahun nie..aku beli kain Satin Dull tu je..
kan macam trend sikit tahun nie..
jadi aku beli la 10 meter..
untuk lie aku buatkan baju raihan tu je..
dia nak macam tu..
untuk aku tempah fishtail je..
untuk fatimah dress dan maryam just blouse..

tahun nie beraya di Pedu dulu..
jadi balik ke sana ari khamis pagi..
so tak sempat la aku nak berbukak dengan famili aku ramai ramai macam sebelum  nie..
sebab abang aku dari johor sampai kol 4 pagi khamis tu..
adik aku dari shah alam sampai pagi tu jugak..

cerita pagi raya..
pagi pagi raya ni Fatimah dia menguji aku sungguh..
dengan tak mau mandi dia..
tak mau pakai tudung la..
sat nak pakai stokin sat tak mau pakai..
macam macam..





bila abah dia balik dari solat aidilfitri baru la dia gi mandi..
waktu tu aku tengah susukan maryam..
lepas letak maryam dalam buai baru la sempat nak gi mandikan Fatimah..
siap siap kan dia..
semuanya lah aku nak kena buatkan..
pastu yang lain dah sibuk sibuk nak bergambar bagai..
aku mood dah ke laut..
letih oiii..
dengan perut tak isi apa lagi..
siap pun tak lagi..
jadi nya aku siap asal boleh je..
sebab dah hilang mood semua..
hahaha

jadi raya pertama ini je gambar yang aku ada..
henset bateri tak da..
malam sebelum tu budak budak ni main game la..
tengok video la..


ni je lah famili potret tahun nie..
waktu ni maryam tengah tido dalam buai..
fatimah pun dah bukak tudung dia..
aku senyum jugak sebab nak masukkan gambar dalam blog..
hahaa..tapi mood dah kelaut..
semua sebab letih..hahahaha..
tu sementara aku tak tolong masak apa pun kat dapur..
kakak dan adik ipar aku ja buat semua..kecian depa..
kalau aku yang masak memang lembik la badan..
hahaha..



ni maryam dah bangun..
baru la aku pakaikan baju dia..



ini pulak famili potret sebelah mertua aku..
warna warni tahun nie..
seperti biasa biras aku dia memang vogue..
syok aku tengok baju2 dia..
lawa lawa..fesyen dia.. aku suka la..
tapi aku tak kan pakai la macam tu..
cuma aku suka tengok ja..
dia dah la lawa.. hehehe..

MIL aku lak tahun nie beraya dengan 2 menantu baru..
1 cucu baru..meriah la..
malam raya tu.. anak anak pakat dok main bunga api..pasang lampu kelip kelip..


seronok..
tahun depan kalo pakat balik raya rumah mertua pulak..
sunyi la pulak di pedu nie..
sebab tu la aku plan nak raya di pedu ja untuk raya pertama..



gembirakan hati suami dulu..
gembirakan hati keluarga suami dulu..

































No comments:

Post a Comment

orang cakap cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...