Assalamualaikum..
Hari ke 6 dah hari ni..
Maryam ada kuning sikit 12.2 bacaan dia..
Dah 3 hari berturut turut gi klinik Sg.Limau check.. esok pun kena pi lagi..
Hopefully ok la kuning dia..
Fatimah ritu kuning xda.. maybe sebab time pregnant dok minum ayaq nyoq selalu..
Hari ni nak cerita bab sembelit..
Waktu Fatimah ritu, aku sembelit teruk.. nak membuang memang takut gila..dengan jahitan terbukak, lagi lah aku takut nak membuang..
Tapi Alhamdulillah.. kali nie aku berjaya membuang dengan jayanya..
Mula mula tu risau jugak la.. tapi aku cuba jugak..alhamdulillah lepas jugak najis itu..hahaha..
Apa yang aku praktikkan dan aku kongsi kot kot la nanti ada org nak cuba cara aku nie.. hehe..
First sekali..time sebelum bersalin..sila kosongkan perut dengan sisa najis dulu..haha..maksudnya kena rajin p membuang la..
Aku ritu..lepas masuk ubat induce..dalam keadaan sakit yang amat sangat tu aku pi jugak toilet membuang.. keluaq jugak sisa2 yang sepatutnya..dan aku minum ayaq masak dengan banyaknya..
Lepas bersalin pulak.. aku amalkan minum ayaq masak dengan banyaknya..
Aku tau mesti ada yang dalam tempoh berpantang ni tak leh minum ayaq masak banyak kan? Macam kena catu kan? Biasa la kadang2 orang yang lebih berpengalaman a.k.a mak mak kita la..depa tak berapa bagi kan..
Tapi aku minum jugak sebab nurse slalu pesan setiap kali depa mai check soh minum ayaq banyak..
Lagi satu.. aku amalkan minum kopi..
Teh ngan milo memang aku boikot terus..
Dulu time Fatimah, awal2 pantang minum milo..so bila aku sembelit..terus mak abah aku bagi kopi ja..so kali ni aku memang minum kopi ja..
Pastu kena banyak makan sayoq.. dalam tempoh berpantang ni.. mak abah aku memang masak bagi aku makanan berpantang yang lengkap.. ada ikan ada sayoq ada lada ada halia.. kira lengkap lah..
Pastu mak abah aku akan bagi aku bertungku pagi dan petang setiap hari..
Kami guna batu sungai zaman mak aku lagi..mak abah aku akan balut dengan daun kapai terbang..jangan tanya aku daun tu macam na.. aku tak tau..hahaa..
Tu ja kot petua aku.. aku tak start makan jamu apa lagi.. walaupun aku dah belicset bersalin DHerbs tu.. ada pati ada kapsul..aku tak makan lagi sebab aku ada baca dalam gugel yang antara punca2 sembelit sebab amek jamu..hehe..
Ok la tu ja kot.. bye..
No comments:
Post a Comment
orang cakap cakap