bismillah,
as salam,
ok la..
kita rest sat bab election ye..
penat dah dok kempen dalam FB.. hahaha
saya dapat comment tnya tentang tips2 dan contoh soalan..
sebenaqnya saya pun tanya pakcik goggle yang hensem ni.. hehe..
tapi xsalah kot nak kongsi kat sini kan..
hehe..mana tau leh jadi rujukan sapa sapa kan.. hehe..
Peperiksaan ini terdiri daripada :
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara
yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui
secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi
maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.
ni contoh soalan..
1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
Jawapan : A
2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D Pricewaterhouse Coopers.
Jawapan : B
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii) Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
ni contoh soalan..
1. Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 6 dan 9 dalam nombor 56 789.
A 609
B 6009
C 6090
D 60 009
Jawapan : B
2. Yang manakah tidak benar?
A 1/8 = 0.8
B 3/5 = 0.6
C 2/10 = 0.2
D 11/10 = 1.1
Jawapan : A
pastu ni lak nasihat nasihat dia... juga saya amek dari pakcik google
Soalan Objektif
(Soalan-soalan Seksyen A dan B)
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab
dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalansoalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
apa apa pun..selamat maju jaya..
In shaa allah.. kalo rezeki kita ada la.. hehehe..
byee..
selamat mengundi..
Lain kalilah!!!
konsep matematik tu soalan senang tp xcukup masa..huhu...mmg kna pantas is.
ReplyDelete