Wednesday
36 Minggu : Tanda-tanda hampir bersalin
Bismillah..
minggu nie dah masuk 36 minggu..
bak kata nurse kat KD kemarin, boleh bersalin dah kalo mau..
dah full term..hehe..
Nak kata nak bersalin dah, x tau la..
first pregnancy..xtau nak kata.. hehe..
macam mana pun cara bersalin..
normal ka c-zer ka, saya terima ja..
bahagian masing masing kan..
lagipun baby dah buat perjanjian dalam perut dia nak keluaq kot mana kan.. hehe..
tadi google sana sini cari tanda tanda hampir bersalin..
antara nya:-
Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(dah rasa...nak jalan pun susah ckit)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (slalu gak g toilet tp kekadang masih blh tahan lg)
- sakit perut, memulas (ni slalu gak rasa)
- kerap buang air besar (sehari dah sekali kena gi membuang.. hehe)
- kerap terkentut (of cos la..angin banyak.. haha)
- Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (belum lg nie..discharge keputihan tu ada la..huhu)
- Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (selalu sangat dah rasa sakit belakang..huhu)
- Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum lagi..hehe)
macam na pun..
mintak di permudahkan..
setiap orang ada bahagian masing masing kan..
xoxo
Love!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
orang cakap cakap