Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Sekarang dah berusia 27thn.. ada yang dirancang sebelum ini, Alhamdulillah Allah tunaikan.. berkahwin pada usia 26thn dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak sebelum usia berganjak ke angka 30thn.. hehe..
Insyaallah rezeki ini milik saya..
Pada usia sudah menjangkau 27thn ni..saya akan berusaha untuk memperbaiki diri..dahulu seorang, sekarang sudah berdua..keutamaan haruslah suami..makan pakainya, kesihatannya dan yang penting sekali, keredhaannya..
Sebagai isteri yang mahu mendapat keredhaan Allah, harus mendapat keredhaan suami dahulu..
Itu kata2 yang selalu saya dengar di usrah atau di televisyen..
Sebab dialah yang akan memberi saya zuriat keturunan, dialah juga yang menyediakan tempat tinggal serba lengkap dan sederhana, dialah juga yang menyediakan makan pakai saya, dialah juga yang berkerja siang malam untuk keselesaan dan kesenangan saya.. Jadi wajarlah saya harus mendapat keredhaan dari dia..dan ketaatan saya untuk dia.. Kerana Allah sudah tentukan bahawa dialah imam saya yang akan membimbing saya..
Di zaman sekarang, ramai wanita sudah tampil berhijab, Alhamdulillah..
tapi seperti pesan dan kata2 dari ustaz dan ustazah di usrah/program2 yang saya tonton di televisyen, sekarang sudah ramai wanita yang menutup aurat tetapi bertelanjang..
Begitu juga dengan suami, selalu berpesan biar berpakaian dan berhijab kerana Allah dan bukan kerana mengikut fesyen. Mungkin ada silap saya sebelum ini, bergaya bertudung mengikut fesyen.. Bila orang pakai A saya pun mahu pakai A, bila orang pakai B saya pun mahu pakai B, niat sebenar sudah terpesong..
Sekarang saya hanya mahu tampil istimewa hanya untuk tatapan suami..
Untuk apa saya menconteng muka sendiri untuk tatapan lelaki lain? Untuk apa saya berpakaian cantik2 hanya untuk tatapan lelaki lain? Biarlah penampilan saya hanya untuk suami..
Biar Comot di dunia, tetapi Cantik di akhirat
Itu pesan suami saya..hehehe..kerana saya harus menjaga maruah dan nama baik suami..Diri saya sekarang melambangkan suami..apa yang saya lakukan haruslah suami diutamakan..Jika dahulu, selepas Allah dan Rasul, adalah ibu bapa tapi sekarang adalah suami...Jadi wajarlah suami jadi keutamaan..
Sekarang pada usia 27thn, Insyaallah, saya bakal bergelar seorang ibu..jika sebelum ini, saya hanya melihat keletihan dan kesusahan kakak sendiri dan orang di sekeliling mengandung, tetapi masih mampu mengukir senyuman, membuatkan saya kagum dengan insan bergelar Ibu...sekarang saya alaminya sendiri.. Bagaimana keletihan selalu mengunjung, bila peritnya kerongkong, mengeluarkan segala yang dimakan, bila tidur malam sudah mula tidak selesa, tapi itu semua menjanjikan satu gelaran yang cukup bermakna..seorang IBU..
Jika dahulu ada yang mengatakan saya memfitnah, sehingga di angkut sekali ahli keluarga mengatakan saya memfitnah, jadi apa kurangnya sekarang? Mereka menuduh saya mempertikaikan keadaan mereka dahulu sedangkan itu saya rasa satu rekaan atau diada-adakan oleh orang lain untuk mengaibkan dan memalukan saya..Tetapi siapa saya untuk terus menghukum..jadi biarlah keadaan dan masa yang menentukan..Saya cuma mampu memohon agar Allah mengampunkan dan memberi keredhaan kepada mereka.. "Terima kasih sekali lagi kerana membuatkan saya menjadi orang yang lebih mulia kerana fitnah anda"..
Alhamdulillah pada usia 27thn ini, biar diam.. ... itu yang lebih baik..
Untuk apa saya terus berlawan dengan kata-kata, sedangkan saya melambangkan suami saya sendiri..
Untuk apa saya menjatuhkan maruah dan martabat diri saya sekeluarga dengan berlawan kata-kata..
Biar di dunia nampak miskin dan kerdil, Insyaallah, di akhirat ada yang di janjikan Allah..
Biar sekarang saya berada di bawah, seperti roda, mereka di atas, dikagumi dan dihormati, Insyaallah, di akhirat ada habuannya..
Biarlah di dunia saya menjadi lauk pauk oleh mulut-mulut mereka, Insyaallah di akhirant saya ada habuannya..
Alhamdulillah... masih mampu bernafas dan beribadat pada usia 27tahun ini..
Terima kasih Mak, Abah, Abg Adi, Kak Aten, Elit dan Amin untuk 27 tahun ini dan seterusnya..
Terima kasih kepada suami, kerana menjadi imam kepada solat2 saya dan menjadi abah kepada bakal anak-anak saya.. terima kasih untuk 6 bulan yang sudah berlalu dan Insyaallah untuk hari2 yang seterusnya..
xoxo
love!
No comments:
Post a Comment
orang cakap cakap