Pages

Monday

Dipotretkan..

Assalamualaikum...


Mau lihat wajah Adi the Great di potretkan...
Sungguh kelakar... kihkihkih.. mari kita bantai gelak ramai2.. hehe (",)





Gambar asal sebelum dipotretkan nie abah yang tangkap waktu abah bawak makan kfc... hehe.. waktu nie kebetulan Adi-1 pun balik.. kalo x salah time nie, Adi-1 belajaq kt matric UIA.. memang jarang jumpa pun hehehe... Saya pun waktu ni baru tingkatan lima.. hehe..

Adikyang kecik sungguh waktu ni kalo nak dibandingkan dengan sekarang nie kan.. kihkihkih... yang pasti wajah Twin ja x dapat sama seperti asal.. yang lain sama ja.. hehe..

Rindu nya nak berkumpul macam nie lagi.. baru2 ni Adi-1 balik, Adi-4 & Adi-5 xbalik lak...kalo semua balik time tu mesti seronok sebab dapat anak menakan express... gumbiranya hati...

Alhamdulillah~tiada perkataan lain boleh diungkapkan





Time Fliesss~~~~~








xoxo







peace!



Sunday

Gam yang bahagia

Assalamualaikum...


Hari khamis lepas, fazlee ada menghadiahkan sebotol gam kat saya.. haa! gam? nak buat apa kan.. ermm.. sebenarnya dia dah x boleh tengok selipar kesayangan cop pasar malam saya tu..*kenapa kena mention pasar malam?berpikir?* hehe.. (",).. jadi, dia tolong beli kan gam tu.. mula2 tu dia nak tolong gamkan.. aishhh~malu la kalo bagi kt dia selipar pasar malam tu..dah la buruk sangat dah.. hehe..

Fazlee cakap selipar tu selagi x tercabut tapak, nak pakai lagi ka?

oh Mohd Fazlee, itu selipar kesayangan.. kemana saja kaki melangkah, dari pasar malam hingga ke kenduri kawin, shopping complex mahupun ke Office TerCinta, saya tetap menyarung selipar ini.. hehe..;p

Jadi, dia bagi gam tu soh saya gam kan sendiri.. balik ke rumah, abah tolong gamkan.. hehe..love it!


Ini lah keadaan sebelum digamkan..




rupa gam Dunlop.. hero untuk kisah ini..tanpa dia, selipar saya mengeluarkan bunyi2 ketap ketap..hehehe




Rupa selipar kesayangan selepas digamkan.. hehe





Bahagia itu dalam sekecil-kecil perkara..;p




i love u, Mohamed Fadzeli






xoxo







peace!




Saturday

Hadiah untuk diri sendiri

Assalamualaikum..





Baru2 ini saya blokwalking ke blog Hidayu.. seronok jugak ek kadang2 blogwalking.. hehe..
tertarik dengan entry beliau mengenai sebuah buku yang dihadiahi oleh ibunya.. "Aku Terima Nikahnya"... ohh! memang saya mencari buku itu dah lama.. mungkin bukan rezeki saya lagi untuk membaca buku berkenaan.. dan baru2 ini saya ke Hasani mencari buku itu.. tapi dah bukan rezeki kot.. stok lak habis.. huhu (>.<)... tapi saya akan terus mencari.. macam mana pun saya dapat jugak menghadiahkan sebuah buku kepada diri saya sendiri.. buat santapan rohani..JANGAN BERSEDIH Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..baru start baca semalam ja.. baru di bahagian permulaan..hehe..




Insyaallah saya akan jadi wanita yang bahagia dengan izinNya..



Selain tu, saya juga menghadiahkan sesuatu untuk tubuh badan saya nie.. dah tiap2 hari kerah tenaga dan semua anggota badan nie.. at least kena la bagi vitamin sikit kan.. jadi, hasil informasi daripada kak aten, saya pn membeli ANMUM Materna... kebetulan, husna juga ingin membeli susu ini untuk kandungannya, jadi saya pn tumpang sekaki la.. tapi perisa susu, xberapa lalu dan x menyelerakan.. jadi saya beli la perisa coklat.. hehe.. nak try dulu sebulan nie.. if boleh serasi *ceh! ayat xmau minum susu ni* saya akan teruskan minum susu nie.. masuk arini, baru sekali minum, tu pun buat sukatan sikit saja.. sebab nak cuba dulu.. Kakten cakap, sesuai untuk persediaan rahim untuk mengandung.. lagipun saya pun nak jadi macam husna jugak kan satu hari nanti kan kan kan.. jadi kita kena bersedia dulu la.. hikhik (T______________T) *sengih lain macam nie* hehehe..




nampak sangat harga susu ni RM21.50 kan.. terlupa mau buang..hehe



p/s : sekarang nie tiap2 hari ada ja entry baru kan?







xoxo







peace!

Setelah kesulitan pasti ada kemudahan

Assalamualaikum...


Saya percaya "Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan" hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan di terjemahkan oleh Noraine Abu. Kerana segala-galanya ditentukan oleh Allah SWT.


Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan hidup saya untuk hari ini.. Tiada apa yang mampu saya ucapkan selain bersyukur kepada-Nya kerana memberi kebahagiaan yang saya rasai sekarang..



Kepada Mak, Abah dan Kak Aten, terima kasih untuk segala-galanya hari ini... Ia sungguh membahagiakan..

~alkisah~

Fazlee bagitau dalam pukul 4 depa akan sampai.. jadi, dalam pukul 3 lebih2 tu siap semua dah.. tp saya sempat juga main zombi 2 3 round.. hehe.. keadaan sungguh nyaman dengan hujan lebat..angin kuat.. sejuk ja... hehe.. dalam pukul 4 lebih x sampai2 lagi fazlee nie.. sms pnya sms rupanya perjalanan dari Kuala Nerang ke Yan, hujan turun dengan lebatnya.. Dengan berhati-hati la kot bawak keta tu yang lambat sampai... hehe.. akhirnya yang di tunggu2 sudah tiba.. seperti fazlee cakap hanya 4 orang saja yang ikut tetapi bila sampai, 3 kereta dah parking depan rumah.. total semua dalam 10 orang... huhu.. terkejut semua.. sebab dah siapkan hidangan untuk 4 orang..pinggan mangkuk, gelas dan cawan siap sedia untuk 4 orang saja.. kelam kabut juga mencari pingan mangkuk dan gelas serta cawan lain.. hehe.. dugaan tu.. hehe (",)...

Mak buat mee kari arini.. mee kari special.. hehe.. walaupun saya xmakan mee tp dapat juga merasa karinya.. hehe..

Hari ini saya hanya memakai baju kurung yang dihadiahkan kepada saya oleh Husna.. Simple saja..




ramai-ramai pakat duduk dibawah saja untuk menikmati hidangan istimewa dari Mak. Senang nak makan depa kata..lagipun dok dibawah santai sedikit.. hehehe



Abah sedang melayan Fazlee dan abang iparnya.. hehe... duduk dibawah tu, adik dan kakak fazlee..hehe



Keadaan sebelum tetamu tiba.. siap sedia dengan hidangan..nampak x basikal excersize saya di tepi ruang tamu itu.. hehe..berhabuk di situ.. hehe.. hangat2 taik ayam saja.. hehehe



Ini lah ruang tamu...



Mee yang dah siap dicelur.. tapi ni pun kena pi beli lain sebab mee yang mula2 dicelur terlalu lembik..



Kari istimewa hasil tangan emak saya...



Sambal jika mahu lebih pedas.. hehe



Sayur-sayuran...



Air oren.. semua kakten yang buat..saya cuma tengok saja.. hehe.. sebab dulu waktu time kakten, saya yang buatkan air, susun2 cawan semua.. sekarang giliran dia pula buatkan untuk saya..hehe.. (T_T)



Creme puff nie jiran sebelah buatkan.. banyak biji jugak.. tapi cuma sempat makan sebiji saja.. kurang kena dengan selera saya tetapi sedap.. hehehe







Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala-galanya..






xoxo





peace!

Berdebar

NEVESnyaaaaaaaa...













xoxo







peace!

Friday

Menuju fasa yang baru

Assalamualaikum semua....




Esok merupakan satu tapak baru untuk saya menuju ke fasa yang baru dalam coretan hidup saya.. Insyaallah kita hanya merancang dan Allah yang tentukan segala-galanya... Kerana yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri dan yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah SWT..










xoxo






peace!




Thursday

Kritikan Tajam

Assalamualaikum...


menurut Kamus Dewan edisi ke-4,

perkataan FITNAH membawa maksud;

"tuduhan (khabar, kisah dll) yang diadakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dll"


persoalannya, adakah semua itu fitnah?
adakah semua itu hanya rekaan?
adakah semua itu tidak benar?

~tepuk dada tanya diri anda sendiri~


Sejak kebelakangan ini, saya menerima macam2 kritikan yang baik mahupun kritikan yang tajam tetapi semua itu membuatkan saya lagi bersemangat dan lebih berusaha memperbaiki diri ini yang semestinya tidak sempurna..

Ini diri saya yang mana saya akan luahkan apa yang saya rasa dan orang lain mungkin ada cara mereka sendiri untuk meluahkan apa yang mereka rasa.. Kita sendiri yang merencanakan perjalanan hidup kita.. setiap orang ada cara nya tersendiri..

Kebenaran memang kadang2 terlalu pahit untuk di telan.. saya juga pernah merasai pahitnya kebenaran tetapi semua itu mematangkan diri saya.. saya juga pernah merasai betapa sedihnya bila diri di sakiti.. tp semua itu menjadikan diri saya lebih tabah.. kerana bukan senang untuk menuju ke arah kebenaran tetapi diri saya bukan sempurna.. masih ada salah di sana sini.. masih ada ruang untuk di perbaiki..


Petikan daripada buku JANGAN BERSEDIH Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan di terjemahkan oleh Noraine Abu, entry bertajuk Jadikan Kritikan Tajam sebagai Penghormatan ;


"..... Perlu diingat; orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka, marah dan kesal kepada anda adalah kerana anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak-tanduk, atau harta. Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yang pada diri anda, atau sampai anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini anda pegang teguh. Dan menjadi orang yang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka inginkan dari diri anda.......

Firman Allah SWT;
....matilah kamu dengan kemarahan kamu itu....(Ali-'Imran:119)

..... Acuhkan saja mereka, dan jangan anda merasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan anda!Sebab, kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. Yakni; semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu....

....Dan bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang, dan terhindar dari cela, bererti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan."


Petikan di atas untuk kita sama-sama renungkan.. Untuk diri saya juga yang semestinya tidak sempurna..




xoxo







peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...