Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini saya bermula menulis semula selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada pertengahan April 2014. Saya mengekalkan menggunakan blog ini kerana blog yang bermula dari 2009 ini banyak tercoret pahit manis saya sepanjang penulisan blog.
Nama saya Isfatehah Adi Binti Ahmad, dilahirkan di Sungai Petani pada 1985 dan dibesarkan Yan, Kedah. Saya anak ke 3 dari 5 orang adik-beradik. Saya berkahwin pada 2011 dengan suami bernama Mohamad Fadzeli Md. Isa dan memiliki seorang anak perempuan bernama Fatimah Adilia Mohamad Fadzeli.
Saya adalah kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara dan separuh masa Master in Science, Finance dari Universiti Utara Malaysia.
Bermula dari Nov 2009 sehingga sekarang, saya berkhidmat sebagai Akaun Eksekutif di Jabatan Kewangan dan Pembelian di NAZA Kia Academy Sdn Bhd, Gurun, Kedah.
Alhamdulillah, sejak dari kecik minat berniaga dipupuk oleh kedua ibu bapa yang merupakan seorang guru sekolah. Sejak dari umur belasan tahun, saya bersama bapa yang di panggil Abah menjalankan perniagaan fotografi untuk majlis-majlis perkahwinan atau keraian. Bermula dari situ, minat untuk berniaga membuak-buak. Saya mula meniaga di dalam facebook dengan menjual barangan bundle (baju, peralatan rumah dan lain-lain). Selepas itu, saya bersama adik beradik yang lain mula menjual tudung, selendang dan telekung.
Sekarang saya menyertai MLM Sophie Paris dan dropship untuk jubah-jubah dan tudung. Dengan perkembangan IT yang pesat, pelbagai perniagaan muncul dan menempatkan nama. Oleh sebab itu, saya menyertai ABDR untuk memperbaiki segala kelemahan dalam penulisan blog dan berniaga online.
Memilih niche Jurnal Wanita Berkerjaya, saya berharap dengan berkongsian perjalanan dan idea-idea dapat dimanfaatkan bersama dan diperbaiki dari masa ke semasa.
Sehingga kita berjumpa lagi.
Wassalam