Pages

Monday

Keahlian Sophie Paris

Assalammualaikum





Haa nak extra income macam nie sebulan? nak lebih dari tu pun boleh.. nak lebih dari gaji kerja sekarang pun boleh.. asalkan kita berusaha.. Anda buat anda dapat..


So, macamna nak jadi ahli?berapa yang kena bayar..

Dengan Sophie Paris, hanya RM15.00 shj untuk keahlian.. dan ianya SEUMUR HIDUP..
mudahkan dengan permulaan hanya RM15, kita akan dapat banyak benefits..

Macamna kita nak generate income dengan SOPHIE PARIS nie?
Dalam SOPHIE PARIS, terdapat 6 cara untuk mendapat pendapatan..




1) RETAIL PROFIT (Untung Runcit)
Ahli akan mendapat untung 20% dari setiap product SOPHIE di dalam catalog.

Contoh :
Harga Catalog = RM100
Harga Ahli = RM80
Untung Runcit = RM20


2) PERSONAL BONUS (Bonus Peribadi)
Selain daripada untung runcit 20%, anda juga boleh mendapat bonus peribadi sebanyak 3% - 21% daripada jumlah jualan peribadi bulanan. Bonus ini dikira daripada BV  terkumpul dalam bulan tersebut. Nilai BV ini ialah separuh daripada harga produk. Contohnya, jika beg tangan bernilai RM100, maka BV ialah 50BV

Nilai bonus 3% - 21% ini tidak tetap. Semaking tinggi jualan, semakin tinggi lah % bonus anda.

Contohnya :
Jualan Peribadi = RM300 (150BV)
Jualan Kumpulan = RM1,500
TGS = RM1,800 (900BV)

Anda ialah SILVER MANAGER (9%)*

Bonus = 150BV x 9% = RM13.50

Rujuk jadual di bawah.


3) Manager Bonus (Bonus Pengurus)

Ini adalah bonus rangkaian. Untuk mendapat manager bonus, kita perlu mencari beberapa orang ahli. Kita akan mendapat 3%- 21% daripada setiap belian/jualan mereka dan belian/jualan ahli dibawah mereka.
Ini dipanggil Total Group Sales (TGS)

% kita dapat daripada TGS kita ialah perbezaan diantara % bonus pengurus kita dengan % bonus pengurus setiap ahli di bawah kita.

Contohnya:
Rujuk gambar di bawah, kita ialah Platinum Manager (15%), manakala ahli dibawah kita ialah Bronze Manager (6%). Jadi, hanya 9% (15%-6%) bonus dikira diatas BV terkumpul ahli tersebut.

Jadi, semakin tinggi TGS kita semakin tinggi % yang kita dapat.

*Syarat kelayakan untuk Bonus Pengurus ini anda mestilah mempunyai Jualan Peribadi (Ps) Minimum RM150WM/RM165EM (harga katalog) pada bulan berkenaan.



Plan ke 4-6 akan terjadi sendiri bila kita mencapai maximum 21% dalam Manager Bonus.
Plan 1-3 adalah plan yang kita perlu fahamkan dahulu.


Jadi, berminat nak jadi ahli?

Daftar sekarang dengan kumpulan kami, anda akan mendapat FREE GIFT dan FREE COACHING.
Juga anda akan di masukkan ke dalam Group WhatsApp dimana kita akan berkongsi info2, pendapat & persoalan didalam bisness ini.

Jangan berlengah lagi, hubungi kami sekarang.


WhatsApps / SMS : 019-269 9635 (Isfatehah MB0092367K09) / 019-480 4483 (Isfaten MB0097338K29)
Facebook : http://www.facebook.com/isfatehah.ahmad






Saturday

Fatimah admitted

bismillah

assalamualaikum

haa skrg live dr hosp pantai sg petani.. Fatimah admitted.. dah 2 malam dah di sini..

jumaat lepas mak mengasuh kol dalam kol 12 tghari yg Fatimah demam panas.. jadi aku ngan suami terus g amek nak bwk ke klinik.. bab demam ni aku risau takut sampai kena tarik ka sawan ka.. lgpun minggu tu Idris pun admit hosp yan sbb sakit kaki tangan mulut.. aku takut fatimah berjangkit ja..

kat klinik, doc just ckp demam, balik kena selalu jelom, time tu suhu 37.70.. doc bg ubat demam n selsema.. tu ja.. ubat demam pun hat liquid.. bukan hat masuk bontot tu..

dari klinik terus blk umah mak mngasuh.. nak antaq Fatimah sbb selalunya demam dia akan surut..sementara tunggu abah dia solat jumaat, aku stay kt umah mak la.. time tu Fatimah muntah dekat 5 kali.. habih jubah aku..tudung aku semua kena muntah dia..lepas dah muntah2..terus dia lena..

bila dia tengah lena, aku balik umah dulu nak tukaq baju.. dalam kol 4 aku g semula umah mak, tengok2 demam dia koi panas.. panas sungguh.. tak pernah sepanas tu.. dia dok merengek rengek.. so aku pun bagi susu, tepuk tepuk.. dia lena sat.. pastu bila dia jaga macam kebah sikit..kami pun bawak dia p kenduri jiran mak.. time tu dah sihat sikit.. nampak muka memang tengah sakit..semua jiran2 cakap muka lain sbb slalu ceria ja..huhu

malam tu aku bagi dia tidoq awal sbb suami aku kena Ot.. tp time tu suhu dia memang panas sungguh.. macam haba gila time dia dok tidoq kat aku.. bila suami aku balik, dia terus ajak aku p hosp pantai sbb suhu badan fatimah panas sangat.. kami takut tarik..

sampai hosp, terus ke emergency.. check suhu dah 40c.. berat dah 8.5 kg..turun 0.5 kg.. pastu doc masukkan ubat ke bontot.. and dia tnya nak ubat balik or admitted.. so aku tanya dia, ada kemungkinan panas dia lagi naik ka..atau kena tarik x.. doc tanya aku lagi ftimah aktif dak..so aku ckp tak aktif langsung.. minum makan semua tak mau..muntah2 banyak kali..

so Fatimah admitted..

Thursday

Kak Fatimah


Bismillah



Fatimah ooo fatimah..

Fatimah ready ka nak jadi Kak Long?

wuahahaha... kalo ready, ibu nak plan nie...hehehe..



Tuesday

Best ka...

bagi aku biasa ja..
sebab apa??

sebab aku set utk benda lain..
komitmen aku..
tanggungjawab aku..
kepercayaan org kat aku..

nak tak nak memang muka aku xmanis langsung sebab aku memang tak dak hati langsung..

ikut ke kecik hati,
aku lagi banyak kecik hati..
dari awai ritu sampai skrg..
mcm2 yg aku kecik hati..

tapi tak dak org yang faham..
maybe sbb komitmen kita lain lain..

tapi kelebihan nya..
aku tak keluarkan satu sen pun duit poket aku.

haa memang berjimat demi rumah kami.. hahaha..

Tuesday

Baiti Jannati : Loan Bank

Bismillah


Assalamualaikum...

haa ritu kan dah gtau yang bank ada call mintak submit document untuk apply loan..
ikut pemaju, depa nya panel bank, BSN dan Public..
mula tu, BSN mintak dulu..so kami pun bagi la segala bagai document..
antaranya yang pegawai bank BSN ni mintak..
- slip gaji dua orang (in case 2 nama la) utk 3 bulan
- surat pengesahan jawatan
- epf statement 2012 & 2013
- surat berkaitan simpanan contohnya ASB ka..
- EA form ( untuk yang ada potongan income tax)
pastu waktu jumpa pegawai tu, orang melayu kita la..muda lagi..
dia kata macam potongan tabung haji dalam slip gaji tu akan di tambah balik jadi income..
dengan potongan ASB hat bulanan tu..so kami pun ok..

lepas dua minggu, Public bank nya pegawai pun call sebab pemaju dah bising, lama sangat kan..
so kami contact la pegawai BSN tadi..dia kata loan reject sebab negative income..
aku pun pelik la..tak kan sampai negative income kan..
dia kata sebab ASB laki aku, tak dak surat menyatakan potongan bulanan berapa RM,
so bank guna rate depa sendiri.. jadi la potongan sebulan RM700++
gila kau tau...dah macam beli keta sebijik.. sedangkan ASB laki aku baru sebulan RM250 macam tu..
kami pun rushing la g RHB sebab ASB laki aku under RHB..
seb baik pegawai customer service RHB kat sungai petani tu baik gila..
memang 5 bintang aku bagi dia..dia kira tolong dapat kan surat ASB laki aku la..
last memang xleh nak dapat, so dia try guna Online RHB tu..macam CIMBClick tu la..
tengok2 leh print statement dari situ ja..hehe..
BSN just nak amount bayaran bulanan tu berapa ja..so dari Online RHB tu memang ada..

then, kami pun bagi la statement tu kat pegawai BSN tu..dia kata dia akan reappeal loan tu la..
pastu, Public lak dok chase mintak document kan..
so kami tunggu BSN la sebab pegawai tu amek original nya document..

tunggu punya tunggu.. pegawai BSN kata, loan reject jugak..
so aku dah down gila dah time tu.. maybe dah bukan rezeki aku kan..
pastu gi amek semua document kat pegawai BSN tu..submit kat Public lak..
kali ni memang pegawai Public ni mintak extra document..
sebab laki aku keja ada OT.. so dia mintak slip gaji laki aku utk 6 bulan..
depa akan amek average sebulan OT laki aku..

pastu dalam 2 minggu tunggu..laki aku kol pegawai Public tu..
dia kata lum dapat keputusan..

tup tup ada sorang lagi pegawai BSN kol.. kali nie Cha Ya Nun Alip la..
dia kata depa akan reappeal loan..sebab pemaju dah bising..loan tak dapat..
kalo memang tak dapat, depa nak jual kat orang lain..
so pegawai BSN kedua nie..dia mintak extra document jugak..
so add.. 6 bulan slip gaji laki aku untuk amek average OT sebulan, salinan buku ASB laki bini sebab nak tengok dividen ASB setahun..sebab tu pun kira income kan..

Laki aku pun siapkan semua document semula..
aku time nie memang tak dak mood langsung dah.. kecewa weii..
redha ja time ni..huhu

hari sabtu17hb kami set jumpa kat food court tesco mergong..
nak submit document semua tu..
so isi balik la form2 bagai tu..
pastu aku saja tanya kenapa boleh negative income..

so si pegawai kedua ni tunjuk la ..
rupanya pegawai hat first tu, jadikan potongan tabung haji kami sebagai loan...pastu statement ASB laki aku tu dia tak guna pun untuk reappeal sebab dia memang TAK reappeal pun..huhu...
marah betol aku time tu..huhu..

pastu lepas dia dah terang semua...kira lengkap la penerangan dia..
dia tunjuk jadual bagai.. kira detail la dia terang..aku pun faham..
dia kata bagi masa dalam 2 minggu untuk keputusan sebab dia reappeal loan tu semula..

ok la pastu, aku still redhooo lagi kalo tak dak rezeki kan untuk rumah idaman tu..huhu
nak buat cena kan..hehe..

tengok tengok ari jumaat lepas 23hb.. pegawai tu kol time maghrib dah..
kami tengah dok siap2 nak solat nak g Jamuan Hari Raya office aku..
dia kata LOAN APPROVED!!!!

hampa tak tau perasaan aku time tu..
sebak ja rasa..huhu..
Alhamdulillah ada jugak rezeki kami kan.. huhu..

so ahad lepas 25hb terus p bank, sign agreement.. hehe..



Alhamdulillah















Monday

Tetamu tak di undang

Bismillah..

Assalamualaikum!!

tu dia tanya seru..hahaha..
lama rasa xupdate..idea ada cuma malassss...hehe..

ha ni cerita sebelum raya ritu sebenarnya..
tengok la ni baru aku nk update..wuahaha..
sorry la..mood tak berapa ada...nak pulak nak raya ritu down gila kan..
haha..malas nak cerita dah.. hehe..

ari isnin sebelum raya tu..yakni 5hb Aug tu.. aku still keja..
selasa baru start cuti..
so aku tak mau la nyusahkan mak ngasuh Fatimah ritu..
nak bagi dia rehat dekat nak raya tu..
so aku bawak la mek ni ke pejabat..
abah Fatimah cuti tapi aku pun tak berapa nak harap sangat kat abah dia..
wuahahaha..

pagi nak ke pejabat tu, abah aku tanya ok ka aku nak bawak dia g office kan..
ya lah sat gi officemate lain rasa rimas ka apa kan..
hehe..

aku lak ingat ramai dah cuti minggu tu..sebab isnin ja kot keja..
pastu dah start cuti seminggu dua kan..
tengok tengok pagi tu, ramai lagi yang keja..
huhuhu..segan weii bawak mek ni ke office sebab dia kannya mau dok diam..hehe

mula mula tu tak mai lagi mood nak main tu..
bila aku start letak dia atas meja sambil buat keja, dia mula la..
banyak keja dia boleh buat kan..
habis bersepah meja aku.. semua dia tarik, dia main..hehe
pastu main lak, mulut tak diam... habis bising satu pejabat.. hehe



ni waktu aku leka sikit, dia panjat siap kabinet printer semua nie..
waktu nie officemate aku dok melayan..dia mau jugak dengaq..hehe

lama jugak aku biaq dia main main tu..
lama lama aku tengok koi bising dah mulut tu.. mesti mengantok..so aku bawak ke surau nak menyusu ngan bagi tidoq..



sampai surau dia nampak pili ayaq lak..tak jadi nak tidoq..
dok tenung pili ayaq, pastu kalih tengok aku..bajet ibu nak tolong bukak pili bagi main ayaq la tu.. hehe




ni dok gagau gagau kot ada ayaq..




dalam sepuluh minit, aku tengok dok tenyeh mata dah..
confirm mengantok.. bangun koi 6 pagi tu..dekat koi 10 tak lena lagi..
so aku pun bagi susu dia xmau..aku sua nenen, dok kembam sampai lena..hehehe




bila Fatimah dah lena, ngan aku sekali join lena..wuahahahaha..
seb baik bos aku baik.. tak kisah sangat..hahaha..




ni pengalaman aku bawak Fatimah ke pejabat..
kalau dah leh berjalan ka senang sikit la..boleh biaq ja dia main sana sini..
sekarang dok merangkak lagi..tak kan aku nak biaq dia merangkak kot lantai kan..
so fokus nak buat keja memang kurang la..hehe..

apa pun, senang nak handle Fatimah kat office ritu..





Thursday

Tak sangka bertuahnya Fatimah

Bismillah..

aku penat2 balik dari bank terus bukak blog..
plan nak update sikit..
pastu ngelat p blogwalking..

pastu tengoh Safiyyah dah update tentang pemenang Contest baby ceria dia buat ritu tu..
tengok Sini ...
laju la klik sebab nak tengok pemenang sebab aku tau confirm tak dapat nya..
ramai lagi yang gambaq anak depa ceria ceria kan..

pastu tengok2..
coihhh gambaq Fatimah...
terkedu aku...
dapat pemenang utama lak tu kan..
wahahaha...




Alhamdulillah... bertuah nya Fatimah anak ibu nieee...heee

aku excited weii.. sorry...

ni gambaq aku boh ritu..
tengok sini penyertaan aku ritu..





heee... thanks Safiyyah...

Fatimah dapat la Ergo Carrier tu.. senang kit ibu ngan abah nak bawak dia g shopping ngan jalan jalan..
heheee...



love!



Monday

Raya ke

bismillah..


selamat hari raya semuaaa..


haa aku ucap ni di kala aku kat office tau..
takdak mood langsung aku nk buat keja..
aku nk p beraya lagii.. tak puas weiii..


mcm aku gtau kat entry lepas, aku beraya kat Pedu lagi tahun nie..
geram aku tau dak..huhu..


ari selasa pagi aku dah start kemas beg semua dari Yan nk balik Pedu..
siap semua..siap salam2 bermaaf maafan siap..
bergenang ayaq mata aku..
mata mak aku..
mata kak aku..
mata tok aku..
sedihh tau dak..


sepatutnya turn aku beraya kat Yan kan..
tapi nak buat cena kan..
huhu..mungkin ada hikmah dia kan..


stay sna dari selasa sampai raya kedua.. lama gila kan..
haa tunggu tahun depan aku balas balik..hahaha...jahat gila bunyi dia.. wahahaha..

raya tahun ni memang tak beshh langsung..
dengan xkemana jugak laki aku bawak..
dengan baju raya aku tak cantik, tak selesa nak pakai,
dengan besaq kedabak kakak tu buat..
dengan tudung mcm org tua..
memang semua serba tak kena..


pastu langsung takdak gambaq raya kami berdua ka bertiga ka..
langsung takdak..
gambaq fatimah pun 2 3 keping ka dan snap amek..


entah la.. memang tak best langsung..
raya kedua tengahari baru aku gerak balik Yan.
singgah padang sanai umah besfren aku sat..pastu terus balik Yan..
sampai umah depa takdak lak..
rugi tak balik awai..kalo tak leh p beraya ngan famili aku kat padang serai..mesti best..

raya kedua dok umah ja..huhu..

malam tu baru aku ngn kak ten, kak cicilia n elit p amanjaya mall..
kak cicilia teringin nak p..
abg aku siap message aku awai g soh bwk kak cicilia p sana..
best gila rasa dpt hangout ngan adik beradik sendiri.. sempat jugak shopping kasut raya n kemeja kat laki aku sehelai..haha..
laki aku n abang aku p memancing malam tu.. haha..

pastu raya ketiga n keempat memang all out la p beraya..baru best..puas hati.. letih xpa.. nama pun raya kan..hehe..

tahun depan aku nak balas dendam balik utk 2 thn raya aku tak beshhhh..wahahaha..


ni pagi raya..siap awal sekali.. ehehe
ni gambaq amek kemarin, sebelum abang aku balik Johor.. baru la aku merasa ada gambaq sempena hari raya.. tu pun raya ke empat.. wuhahaha..

tunggu tahun depan memang aku balas balik.. dengan terawikh langsung x p..
inshaa allah tahun depan aku nak ganda kan semua nie.. hehehe

turn perempuan amek gambaq, Idris menyibuk nak jugak..


ni turn cucu lak.. Idris muka sedih.. hahaa


raya korang cena? mesti beshhh kan.....



xoxo

Sunday

Balik raya mana nie??

haa tudia..
tak selesai lagi tau bab balik raya nie..
kalo ikut ke yang kami dah bincang memang akan raya di Yan nie utk raya pertama..
tapi kau tgk muka laki aku, kelat semacam ja dari sampai semalam..
sedangkan esok smpai rabu kan stay kampung dia jugakkan..

nak pulak abah aku tanya tadi raya mana..
aku cakap la raya sini dulu..
terus abah aku marah..
dia soh balik raya sana dulu..
dia sayang menantu dia..
nak menantu dia hepi..muka ceria..tak mau muka kelat..hehe..

abah aku soh balik sana selasa...stay sampai hari raya pertama..
kau cuba kira berapa hari..
bukan nak berkira tapi itu la aku cakap sebelum nie....huhuhu..

aku nak rasa kemeriahan malam raya tu..dan pagi raya tu..
ikut ke tahun lepas, aku tengah mengandung kan.. memang aku tidoq ja sepanjang hari raya tu..
dah tak kemana pun laki aku bawak g beraya kan..
pastu suasana tak macam aku dok raya di Yan kan..

abah aku kata kena ikut suami..
kalo dia tak bagi aku balik Yan pun abah tak leh halang.. hak dia kan..
pastu aku sempat persoalkan lak "dah tu kalo tak hepi pun xpa ka"
abah aku kata tak leh kira hepi ka tak..dia suami..
dah tersentap aku kat situ..
pastu aku tak abeh lg persoalkan..
"habis tu kena ikut ja semua la..korban semua sampai diri sendiri takyah pikiaq"
abah aku relax ja kata.."ikut ja laki tu"

abah cakap nanti petang raya pertama ka balik la Yan pula..
sebab dah stay sana 3 ari utk sambut raya kan..
soalnya sekarang, bila dah stay sana boleh ka petang tu nak balik Yan?...
Confirm mencuka laki aku tu..

entahla..aku redha ja la..
nak camna..aku ni isteri, ikut ja la suami..walaupun hati tak berapa seronok..

Thursday

Pernah kau melayan customer macam nie tak?

Bismillah..

haa tudia panjang soklan tajuk aku..
faham dak apa aku tanya?
la ni aku macam geram kat sorang customer aku nie..
huuu.. buat kurus posa aku ja budak nie..


aku tau Customer is Always Right la.. Always King la.. wat ever la kan..
tapi aku selalu jugak jadi pelanggan orang.. so aku tau nak behave macam na kan..
ni first time aku deal ngan customer camnie..
letih gak melayan.. end up xbeli pun.. kata nak bank in, sampai sudah x bank in..
buang masa aku ja melayan sms dia bagai..huhu..

yang buat aku marah tu sebab pa tau..
mai aku senaraikan :-

1) memula dia tnya harga Magic Pink Cream tu..ok fine..aku layan ok la..sebab first kan..pastu Strawberry Milk Body Butter, aku ok lagi..pastu loose powder, aku ok ja..sbb kekadang maybe customer xtau kan harga dia..so bila dah confirm barang nak, dia soh aku MMS pic magic cream n loose powder tu kat no mana tah.. aku pun kata la ok..

2)pastu macam kejan aku tau.. tanya nak mms sekarang ka? aku cakap la, sekejap lagi la sebab aku kat bazar..dia ok ja..
pastu dalam kol 8..dalam aku tengah kalut2 dengan baru berbuka n urus Fatimah n urus diri aku bagai.. dia sms lagi..gini ayat dia "Mananya cakap nak mms intan payung"
aku dah rasa lain dah.. apa lak intan payung bagai nie kan.. aku sound ja la.. "Sorry la xsempat..dgn berbuka lagi..dgn baby lagi..sekejap ye.."
pastu dia reply kata sorryla..pastu dok tanya baby berapa bulan bagai.. banyak la hang punya soklan..
pastu aku mms la dlm kol 9.50 gitu..pastu dia start balik dah, macam2 soklan dia tanya..ada tu soklan yang aku xsempat nak reply, masuk sms baru soklan lain.. huhu..

3)pastu dah tau aku jual barangan SOPHIE kan..dia boleh dok tanya aku ada jual brand lain nya product..macam Sigma F48 andgled kabuki, pastu Avene Eau Thermal water spray, Save eyeshadow..
waktu tu aku memang aku malas dah nak jawab..
aku dah malas nak reply dah sebenarnya.. aku tnya ja "So u nak order apa" direct soklan aku bagi dia..
pastu dia kata losyen n magic cream tu.. ok la.. pastu tnya lak losyen ada berapa bau..so aku explain saja la..
end up dia setuju nak losyen n magic cream ja..total rm26.00 so aku soh bank in rm25 sudah la kan..dah first time dia membeli ngan aku kan..

4)dia janji nak bank in ari ahad, so aku pun tunggu la..sebab isnin aku memang nak poskan semua barang2 customer yang order ari jumaat sabtu ahad tu.. dia sms awal ritu 24hb.. so dlm 27 tu, aku just remind la tnya dah bank in lum..sebab kalo dia bank in dah ari sabtu tu, aku nak terus pos ja ari ahad.. sebab kebetulan memang ahad tu aku free..aku nak setel semua barang customer kan..

pastu kau nak tau dia reply sms aku bila??30hb baru reply..ni ayat dia yang aku rasa dia just nak main main ja ngan aku..bukan serius nak membeli pun..
"hi adik manis, saya belum bank-in lagi duit rm25 tu..nanti la ya.."
kau nampak ayat dia.. ADIK MANIS?? dah macam bangla punya ayat dah..pastu boleh lak nanti nak bayaq.. ritu kejan aku bagai kan..

pastu aku reply la.. "serius nak or saja2.."

pastu dia replu camnie.. "ada ke boleh nak saja2? apa masalahnya if i inform mcm smlm..barang tu kan dah ada dgn u kan..so nanti i free i bank in la duit tu ok..xde masa pun nk main2..selamat berbuka.. :)"
dok sat dia send lagi satu sms.. "cuma i rasa bukan satu keperluan lagiiii"

terus aku xreply dia.. sebab aku rasa dia nie memang sesaja nak memain ngan aku...

so andai kata budak ni baca apa yang aku tulis nie..
mai sini aku nak cakap sikit dengan kau..

first sekali, kau dah buang masa aku 24hb tu dari kol 3 ptg sampai kol 10 lebih melayan kau punya macam2 soklan dan permintaan.. 
end up kau kata bukan satu keperluan lagi??? 
dah tau bukan satu keperluan lagi, yang kau beria-ia sms dan kejan or paksa2 aku tu pasai pa??
dengan soh mms la, explain satu satu la..banyak la jekadak hang tu..
lain kali pikiaq siap siap kau nak ka tak barang tu, jgn menyusahkan orang lain..

secondly, apa adik manis, intan payung bagai?? geli aku membaca sms kau..pastu tak yah dok buat peramah dengan aku nie, tnya anak aku berapa bulan bagai..rimas customer macam kau..

thirdly, aku rasa dengan sales rm25 tu aku rugi pun xpa..sebab rezeki keja Allah kan..

lastly, kalo boleh lepas nie, kalau kau berminat nak membeli dengan orang, kau jangan la  buat macam kau buat kat aku nie..kecian kat orang tau..







p/s: hampa penah alami dak macam nie..huuu





Tuesday

First Time weii Lulus!!

Assalammualaikum..


haa.. ni haa.. tiba tiba tergerak hati nak bukak email..
tengok2 dapat nie..

aku ingatkan macam selalu kan.. ANDA GAGAL..
pedih weiiii perkataan depa guna..

tengok tengok tadi.....




wah wah.. hepi habaq hang..Alhamdulilllah..
tak pernah kot aku dok p exam ngan SPA ni lulus.. ni first time.. so aku kecewi sikit..
terus kol laki aku..abah aku semua.. haha..

ni utk exam Penolong Akauntan Gred W27 ritu la..aku LULUSSSS
dah la time tu aku sampai lewat..first paper dan jawap 30min ja.. hentam kromo ja aku time tu..
sbb hujan lebat gila..xnampak jalan..
HUJAN RAHMAT!! Alhamdulillah

walaupun baru ja lulus kan.. even ramai sangat dah lulus.. aku tetap syukur n hepi..
sebab tak pernah lulus kau.. macam aku nie x pandai sangat selalu GAGAL ja dia tulis.. hehe..
kena tunggu depa panggil interview jugak la pasnie kan..

excited nya..

dan aku akan berdepan dengan soalan yang sama nanti..
macam aku p interview Maktab Mahmud dan Lembaga Kemajuan Ikan ritu..

"Kenapa mintak kerja sini, sedangkan keja di Naza dah stabil dah? Gaji pun besaq dari sini?"

haaa tu dia soalan killer depa bagi aku..dua tempat soalan sama weii..hehe

kalo hampa dok tempat aku hampa nak jawab per?
cer bagi idea kit... hehehe..


xoxo

Bangun Soq

bismillah..


assalamualaikum kawan kawan..hampa bangun soq ka dak nie..

haa aku bangun awai kot.. koi 4..mandi siap..baru selera nak makan..hee
laki aku pun sama..kna mandi dlu..
sebelum ni mkn ada la 2 mulut xmau dah.. la ni lepas mandi segaq sikit kot, makan pun dah bertambah dah..hehe..aku lak masak nasik 1 pot ja..cukup2 kami laki bini.. hee..

aku makan sikit xpa..sbb aku akan minum TAMAR COCOA AlHadad + ESP Shaklee.. memang kenyang perut.. hehe..


pastu setiap kali kami bangun siq..mek Fatimah ni mesti bangun jugak.. bangun2 minum susu dlu..aku selak baju ja bg..senang.. kot ingt nak tidoq balik, hampeh.. dia bangun nak main.. hehe..

aku kalut kat dapoq, dia kalut kt depan main menan dia..pastu sampai ke dapoq dia main..
kan kami xdak meja makan lagi..la ni gna meja study aku dulu hat boleh lipat kaki tu ja.. kira japanness style la konon..dapat kat mek nie..dia panjat habih..hee..

satg dia mai punggah periuk belanga, tipuwarre semua la.. asalkan dia xganggu aku masak, aku biaq ja dia main..hehe..


tu ja la aku nk cerita pun.. hahaha..
ok bye..




p/s: amacam persiapan raya hampa..dah setel ka..




bangun awai kacau ibu nak date ngan abah

Wednesday

Review : Kelas Make Up with FYNA

Fyna make up class sophie paris

Alhamdulillah.. sabtu ritu setel keja aku organize kelas make up utk Fyna dengan kerjasama Sophie Paris BC Klang.. aku one off downline di BC Klang.. jadi point kelas make up ni jugak utk kembangkan network aku la.. haha.. dapat la kat aku 14 orang.. kat baby 10 orang.. baby bawak mai puteri umno 10 orang.. haha..

ko kenai Fyna kan.. website dia www.fynahere.com
dia la member baik aku dari sekolah teknik dulu..dok satu dorm..
dia jugak yang make up aku dlu time nikah n kenduri.. haha

ok berbalik ke event tu..

aku ngan kakak aku le.. sampai awai koi 8.00 kau bukan main..sebab plan nak setup bagi lawa lawa kit..
sebab sehari sebelum tu kan aku ada training kat penang..memang xdan nak setup apa pun..

dalam koi 10 sorang pun xmai lagi.. aku dah naik risau dah nie..huhu
dok sat koi ramai dah mai.. tp geng Fyna lum sampai..

rupanya salah faham.. depa ingat koi 11..
dengan setup bagai.. dalam koi 12 baru start..
koi 4 baru habih.. huhu..

waktu memula Fyna sampai tu, kebetulan memang kat hotel office aku nie ramai customer check in..
elok dia turun dari kete ja..semua mata tertumpu kat dia..
dah macam somebody dah.. dengan dressing dia..confident dia.. memang terbaikla..

aku puas hati gila dengan kelas Fyna nie..
dia memang ajaq satu satu..tak faham tanya ja.. dia memang respon baik..
pastu dia kongsi product hat memang dia guna dan best..

so, alhamdulillah..

sesapa nak join SOPHIE PARIS hanya RM15.00 shj.. seumur hidup tau..
xrugi.. nanti akan ada kelas make up lagi.. hehe

ni antara participant hat sampai awai

haa.. tu aku kalut pa tak tau kat tepon.. nmpak kurus.. haha

haa tu aku ngan baby.. tengah dok bincang apa tau..

Fyna tengah demo.. 

memang terbaikla..
.



Thursday

Training lagi

Assalam..

Ko tau x.. Aku.ni.keja dah 3thn 8bln keja tmpat keja skrg..ni baru first time aku dpt attend training luaq..

Tajuk arini Analysing & Interpreting financial statement kt Georgetown Citi Hotel, Penang..

Ermm tersengguk sengguk aku dlm kelas tu..mengantok.. Boring gile..

Wednesday

Busy sungguh aihh

Bismillah

Assalamualaikum... sapa tu? haa bajet ada orang baca kan.. haha..

aku letih nie.. baru balik dari tengok tempat event utk kelas make up Sabtu nie..
neves aku tau.. first event aku organize nie...participants pun semua aku cari sendiri..
so far Alhamdulillah, dah 20 orang dah.. hehe..

nak pulak esok 18hb bos hantaq p penang lak attend training..
haiihh ya.. ritu time bos cakap nak hantaq tu, xconfirm lagi training tu.. tetiba terconfirm lak..huhu..
alamatnya esok FYNA mai tengok tempat sendiri la..aku xdak..huhu..
pastu jumaat petang aku ada taklimat ecosway tu lakk - hat ni memang xleh lari sebab commitment kan..
cehh...semua commitment sebenarnya.. heee..

awal ritu risau aku takut xcukup orang..
so far, Alhamdulillah.. dah 20 orang.. profit margin besaq sikit..

Inshaa Allah jika berjaya akan ada lagi event seterusnya kan..

Rezeki Allah punya.. Allah tentukan kan..heeee

Monday

SOPHIE : Stock nak jual

Assalam..

Ko tau kan aku ahli SOPHIE PARIS..
nak kata aktif sangat tu xla.. Cuma tiap2 bulan ada la jugak sales rmxxxx kan..
Ada yg barang sendiri..
Ada yg customer order..

Sekarang stock banyak kat aku..
Customer dok wassapp sms bagai pun banyak..
Banyak jugak yang aku da restock cuma lum sampai lg ja.. Hehe..

So far, Alhamdulillah.. Masyuk sangat tu tak la..just dpt untung retail 20% sbb ahli.. And bebaru ni..bulan june dpt bonus 6%.. Tu ja..

La ni makin giat la..
Minggu ni ada kelas make up.. Dpt la ahli 11 ++ rasanya yang baru..kira downline aku la.. Takut aku nk guide orang ni.. Kena jadi leader yg bagus..yg dedikasi kan.. Hehe..

Skrg baru 2 org downline aku.. Ina mmber sekolah..ngan kakak aku sndiri..hehe..
Kakak aku lg giat..dia cikgu..letak ja catalog kt sekolah confirm laku kan.. Hehe..

Ni gambaq stock yg aku nak bg kat dia nk dia p juai kt sekolah dia la.. Hehe..

Hopefully rezeki ni kami pakat2 dapat.. Aku xmau senang sorang.. Biaq ramai kit.. Bagi ekonomi org melayu naik sikit.. Hehe..

Ok bye..

Sunday

Baju raya

Assalamualaikum..

Aku.xleh tidoq lak bila fatimah ni dah tidoq..
Satg time dia dah bangun time tu baru aku mengantok..huhu..

Haa ko nak bli baju raya ka..
Aku baru g beli kain kemarin..sb baik aku dah booking tmpt nk menjahit tu..
Laki aku ni sibuk memanjang..tu yg lambat baru cari kain tu..

Ko tema kaler pe tahun nie..
Aku sama ja mcm tahun lepas.. Kaler hijau hahaha..

Kami laki bini suka hijau..

Cuma aku xberapa bekenan kain yg aku beli tu.. Pasaipa aku p pilih yg tu tah.. Bila dah beli rasa mcm buruk lak..tak tahu la nanti jadi baju cantik ka dak....
Aku beli utk fatimah jugak semeter.. Bg dia ada bju kurung jugak..kain sama ja mcm aku..

Plan awai tu nk cari kain cotton..tp kat pendang kami p kemarin kt kedai tu xdak kaler hijau..
Last beli kain baju kurung biasa ja la..hehe..

Aku pun xkesah ngat.. Elok ka dak.. Asalkan ada baju baru nk pakai kan.. Hehe..

Kasut ngan tudung ja belum ada g..
Fatimah lumada kasut n reben..hehe..
Laki aku nnti baru nk g cari baju melayu..pastu n cari baju berjalan sorang sepasang.. Jd la kan.. Simple sudah..hehe..

Ko brapa pasang baju raya?

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum..

Hampa buat pa tu hujung minggu mcm nie? Aku ni xdak la plan tetap.. Tiap2 minggu mcm2 aktiviti ada.. Hehe..

Minggu ni balik pedu..
So berbuka 2 hari kat sini la..
Xdak apa aktiviti pun..
Dok melayan Fatimah ja..
Aku masak pun dak..hahaha..
Petang kit p baram..
Hahaha..

Kelmarin just p umah bestfren laki aku baru dpt baby.. Raihanah Auni.. Sedapkan nama dia.. 1.8kg ja..dok balang 2 minggu sbb keluaq ritu 1.6kg..hihi..

Tu ja aktiviti aku minggu ni..
Best dak.. Hahaha

Jom layan gambaq Fatimah weekend ni..

Soq apa tu

Assalamualaikum..

Hampa soq mkn pa tu..
Aku bangun koi 4 nak solat isyak td mak mertua aku dah masak siap dah.. Hahaha..
Semlm aku bg fatimah tidoq dengan aku tidoq sekali.. Hihihi..

Ni skrg tgh update sambil menyusu fatimah..
Tengah aku solat subuh td dia boleh tetiba meraung raung..sedu sedu..
Ni pun dia xmau tidoq balik dah..
Aku dgn dok tahan nk terkucil nie.. Huhu..

Fatimah la ni lasak ngoh.. Main sesaja..tengah menbesaq kan..hihi..

Ok la.. Aku nk p tunai hajat..

Byee..

ps: menu apa ek nk bg laki kita lalu makan soq..huhu

Friday

Di kala keletihan

Kemarin kat office letih badan2.. Maybe sbb lepas soq aku xtidoq balik..pastu li boleh lak wat kalut nk g keja nek moto sbb tayar moto pancit..kelam kabut aku bersiap.. Huhu..

Dalam dok lemau tu aku ni jenis tangan gatai..xleh dok diam..mesti menconteng..mcm2 la aku lukis..aku tulis.. Haha..
Pastu hat cun cun aku boh dlm instagram aku.. Hahaha..poyo kan sensorang.. Hehe

Skrg kan dilemma balik kg mana utk raya kan.. -aku yg dilemma sorang2..huhu
Jadi aku lukis la mcm kt bawah ni..
Saja nak bg peringatan kt laki aku yg tahun ni giliran aku.. Haha..
Jadila dialog antara Fatimah dengan Idris.. Hehehe..

Sbenarnya aku reti lukis org mcm tu ja.. Hihihi

Perlu ka MERCUN

As salam..

Kau nampak perkataan MERCUN tu aku besaqkan?
Kau nak tau sebab pa?

Ni budak budak kt taman aku ni mcm esok raya depa main mercun..
Kalo malam raya depa nak main aku xkesah sgt sbb confirm aku xda kt rumah.. Main la sampai lebam pun.. Aku xkisah..
Yang aku kesah sgt skrg ni sbb..
Anak aku nak tidoqq la..
Dah la skrg Fatimah susah nk bg tidoq..
Puas meratib aku td.. Sua nenen beribu kali..dia dok pusing2..dengan aku nk solat mahgrib lg..
Depa lak senang2 pum pang pum pang.. Pastu menjerit jerit lak tu reramai..
Awat la pot depan rumah aku yg depa pilih.. Ada ong ka apa..
Pi la main jauh sikit xboleh ka.. Huhuhu..

Astarfirullahhal'azim..

Da kurang pahala aku sbb depa ni..

Kasi la can aku ngan laki aku nak rehat..
Kebetulan rini laki aku xOT..
Dia takut Fatimah terjun katil lg..huhu..

Fatimah :: Ikut abang

Bismillah

ce na kau nya posa hari ke tiga nie? ok dak..
aku steady lagi.. berkat makan kurma dengan minum ESP shaklee pagi tadi kot.. hehe..
boleh pulak time bangun nak masak soq tu, Fatimah pun bangun sekali..
aku pun bagi susu soh abah dia bagikan..
mek tu ka kalo dok ngan abah dia ka, bukannya mau tidoq.. kira nak main ja.. hehe
pastu aku lari sat menyusu dia baru dia nak tidoq..
kalo time tu kita sumbat botoi memang tak tidoq nya la mek tu.. hehe..

ok ok aku melalut.. hehe..
sejak posa nie aku macam banyak idea lak nak menaip nie.. tu yg semua benda nak cerita tu.. hehe..

korang tau kan.. aku ada anak menakan nama IDRIS kan kan kan kan..
Idris nie macam madu n racun la utk kami sekeluarga..
Allah pinjamkan dia dekat kak aku saat kak aku memang perlukan dia..
kami pun perlukan dia.. dia memang menceriakan hidup kami.. dia jugak yang banyak buat famili aku mcm berkumpul, bersatu macam tu la.. hehe..

pastu sejak aku preggy memang aku dok tenung gambaq Idris ja..
aku nak sangat anak aku macam Idris.. cerdik macam dia.. cergas macam dia.. semua la.. hehe
time aku preggy jugak Idris selalu mai henyak perut aku, mai cakap cakap kat baby dlm perut..
selalu jugak dia dok mai panggil "Adik" kat perut aku nie..hehe..

waktu baru beranak ke Fatimah, orang kan dok mai tumpu kat Fatimah..
nak pulak Fatimah cucu perempuan sulung dlm famili aku..
pastu nama Fatimah kan klasik sikit, tu yg jiran2 sedara mara pakat suka tu..

Idris nie jeles la sikit..tau dia buat apa kat Fatimah? hehe
bila time orang dok kerumum Fatimah, Idris mai pukui Fatimah kat dahi..
memang menjerit la semua orang..
pastu Idris menangis2 la.. Fatimah lagi la.. kecik lagi..

boleh kata tiap tiap hari nak pukui Fatimah..
pantang kita ralit kit mesti tangan tu laju ja..
Fatimah keja menangis ja tiap tiap hari kena pukui..

tapi sekarang nie kalo dia geram ka apa, kalo dia pukui Fatimah..
Fatimah sengih ja.. sebab dah terbiasa.. hahaha

la ni depa dah bestfriend..sikit sikit mana adik..mana Fatimah..
apa abang buat mesti Fatimah ikut..
awai ritu xleh mengesot / merangkak g.. dia tengok ja..
mata tak lepas usya abang dia..

la ni ka.. merangkak dah.. memanjat dah..
kalo nampak abang kat kotak mainan dia ka..Fatimah ikut sekali p punggah mainan..
tapi kekadang Idris kedekut jugak nak bagi mainan dia.. hehe..

kiranya apa ja abang dia buat dia nak buat jugak..
kalo abang dia ada kat bawah, dia kat atas..dia dok usya balik pagaq (Oo abah aku pasang balik pagaq kat tangga sejak Fatimah jatuh ritu)
perangai pun dah sama macam Idris sikit.. susah nak tidoq.. malam ka siang sama ja..nak main ja keja dia..
nak lagi kalo balik Yan, memang x tidoq selagi abang x tidoq.. abang pun sama..
tu yg kalo nak bagi depa tidoq..sorang kena bawak masuk bilik, kunci pintu.. hehe

aku kalo boleh nak ja tiap tiap ari bagi Fatimah main ngan Idris..
baru cepat cerdik sikit.. cepat belajaq kit.. cergas ja sentiasa..
pastu biaq dia membesaq dengan Idris.. hehe..


Ni pagi besday aku ritu.. bukak mata ja tequih main..

sat abang henyak adik..sat adik p henyak abang

ni kat rumah aku ritu.. macam sebulan tak jumpa.. padahal baru 3 hari..

Ni hari Fatimah demam teruk ritu.. nampak Idris tequih cergas..

berebut nak bawak kereta


Fatimah nak henyak abang lak..

Ni Idris tengah ajak Fatimah upin ipin

Idris buat lawak, Fatimah gelak mengekek sampai terbalik.. hehe


sebenarnya aku buat entry nie sebab minggu ni xbalik Yan..huhuhu
sebab nak balik Pedu.. aku dah la cepat rindu Idris..rindu nak tengok dia main dengan Fatimah..rindu la..
huhuhu

mode # jiwa kacau, tak seronok.. huhuhu






Fatimah :: Jatuh Katil

Bismillah

Assalamualaikum

anak ko penah jatuh katil?x pun jatuh tangga ka? x pun tengah duduk xdapat imbang, terus terlentang?
haa anak aku si Fatimah  ni dah merasa dah semua nya..huhu

ko nak tahu time semua tu jadi aku rasa apa?
rasa macam kalo cucuk pisau kat muka pun xkeluaq darah..
punya terkejut...

nak pulak kemarin balik dari amek dia, bawak g bazar cari lauk..
on da way tu dia memang lali lali dah dlm bouncing dia..
aku dok gerak xbagi tidoq g.. nanti nak g cari lauk susah kan..

pas da  beli semua.. kami balik la rumah..
kau nak tau dak Fatimah tu jakun p bazar.. kiri kanan dok pusing..
tengok orang ramai.. hehehe..

pastu balik dari rumah.. aku letak lauk salin bagai..
aku menyusu dia la..
nahh terus terlena... pastu aku letak la bantal keliling dia..
pastu aku terus bersilat kat dapur...

dok tengah aku masak tu..tiba tiba kau tau..
terus aku dengaq bunyi dia meraung raungggg...
lari aku p tengok dia dok tertiarap kat lantai..menangis nie xyah cakap la..
celop terus.. xdengaq suara terus...
aku jadi terkejut gila.. terus angkat dia.. gosok dahi dia..badan dia..

lama jugak baru dia relax kit tapi dok sedu sedu lagi..
aku ni siap menangis sekali dah.. risau kau tau..
takut patah tulang ka.. retak ka..

aku tuam dahi dia yang berbekas merah tu dengan kain wap panas..
pastu aku ayak ayak zikir bagai.. elok nak letak bawah..dia xmau..
dia nak dok atas aku ja.. so aku biaq ja la.. maybe dia pun terkejut lagi kan..
lama jugak dia dok lali lali atas aku..
elok dah aku tengok dia ralit sikit baru aku letak dia kat bawah..
aku lapik toto ngan bantai..biaq dia tidoq depan tv.. senang.. huhuhu..

tu cerita jatuh katil..

ni cerita jatuh tangga..

ritu time tu rasanya fatimah baru 4mo ++..
kami 3 beranak kan tidoq depan tv..tv kat atas..bawah ruang tamu..
alahh bukan bertingkat sangat.. cuma ada 3 anak tangga ja..hehe..
selalunya aku akan menyusu dia sebelah kanan la..
so aku block la ruang tangga tu dari dia mengesot / pusing pusing time tidoq..
nak jadi cerita one day tu, breast sebelah kiri dah penuh gila..meleleh leleh..
so aku tukaq la posisi..menyusu sebelah kiri..
jadi Fatimah dok sebelah tangga la..aku letak bantal keliling tu..
tengah menyusu aku terlena..
sedaq sedaq dia dah meraung raung dah.. tengok kat tepi xdak..
rupanya dah dok kat anak tangga hat bawah dah..
huhuhuhu..

lately Fatimah selalu jatuh tergolek..
tak kira la tengah main ka tengah duduk ka..
mesti terjatuh nya..
kekadang tu ada jugak dia dok main ngan abang idris.. dia p lanyak abang idris..
abang idris lanyak dia balik.. hahahaha..

anak korang selalu jatuh dak..






Thursday

Balik raya mana

Bismillah

Assalamualaikum..

haa kau, baru sehari posa dah tanya balik mana raya nanti kan..puff
aku rasa ada jugak kan yang mesti bila time posa ja mesti dok terpikiaq tahun nie raya mana kan..
aku pun tergolong jugak kekadang.. hahaa..

even sebelum kawin dulu pun dah bincang dah dengan tunang (skrg suami lerr..)
first year kawin balik mana.. terus dia jawab pedu lerr..side dia kan.. ok fine..
kita macam sedih sedih jgk..mana tak nya first time raya kat tempat lain kan..huhuhu

pastu bila mai time raya, time tu aku preggy kan Fatimah.. dah 7mo ++..
badan pun dah xlarat sangat..lagipun time aku preggy tu macam letih gila gila..
nak pulak dua ari sebelum puasa aku admit sebab turun dah..first day posa aku xposa.. hukhuk..
pastu tengahari posa pertama tu aku check out terus laki aku ajak balik pedu berbukak kat sana..
lagi la aku sedih time tu.. dah la baru check out dari wad, pastu berbukak kat pedu lak..
huhu.. tapi abah aku relax ja..dia kata xbalik Yan pun xpa.. dok sana.. huhu
dia xtau anak dia dah meraung raung dah dalam toilet..sedihhh.. huhuhu

pastu 2 hari sebelum raya, kira nya 2 malam terakhir nak berbukak tu, aku ajak laki aku balik Yan jugak2.
sebab adik beradik aku semua dah balik.. nak jugak la berbukak ngan semua orang..
mesti meriah.. mak aku mesti masak sedap.. pastu pakat2 berebut lauk pauk..
wa wa terbayang kau.. huhuhu..
waktu tu laki aku berkeras nak balik pedu jugak sebab dia kata adik beradik dia pun dah pakat balik..
pastu aku ugut dia - jahat dak aku ni?haha
aku kata kalo xmau balik xpa..raya kita balik Yan...sedangkan ada lagi sehari kan nak berbukak kat sana kan.. huhu..

pastu waktu tu laki aku dah janji akan gilir gilir raya..
dia nak raya pertama as laki bini side dia dulu..
aku ckp la, thn depan dah ada anak, mesti lagi seronok kalo raya kat pedu..
dia xmau, dia nak jugak raya side dia dulu..
so makna nya tahun nie raya side aku lak kan.. hehe..

pastu ritu mak mertua aku tanya raya mana tahun nie.. aku diam ja la..
bukan xmau jawab..saja nak laki aku yg jawab.. hahaha..

pastu baru baru nie aku tengah borak borak dengan laki aku..
aku pun timbulkan isu balik raya nie..
aku cakap la " tahun ni raya pertama dan kedua kat Yan la kan"..
- sebab last year nya raya kedua pun still di pedu kan..raya ketiga baru balik yan tu pun sbb nak ke Langkawi..huhu..
pastu terus laki aku kata "tengok la abah nak soh balik mana"
"sayang yg nak raya bukan abah"
 "kuasa kat tangan abg..ikut abg la"..
terus aku makan hati..huhuhu..
aku cakap.. "xpa la macam tu..syg ikut ja.."
terus aku xcakap ngan dia.. sedihhhhh kauuu..

aku tau dia nak raya kat pedu dulu raya pertama tu..
dengan ada Fatimah lagi, mesti lagi seronok kan..
tapi kan dah janji kan... hehehehe

ko tengok, aku yang emo.. aku tgk laki aku relax ja..
macam xperasaan apa apa.. huhuhu..

kalo ikut ke abah aku ka..dia soh tiap tiap tahun balik pedu..
sebab dia sayang sungguh kat menantu dia nie..
dia kata balik raya ke 3 ke 4 pun xpa..sama ja..
weiii.. mana sama.. raya pertama tu la yang best tu..

tahun lepas nya raya? biasa ja bg aku.. aku xla teruja sangat..maybe sebab first time raya kat tempat lain kan..dengan aku xberapa larat, aku tidoq ja raya pertama tu..gi ziarah umah mak pak menakan laki aku pastu aku balik tidoq lagi..haha..
pastu suasana x macam biasa aku dok raya kat Yan kan..
mana tak sama, dah 26 thn raya kat Yan, tetiba raya kat pedu, memang xsama la..
nak sesuai kan diri dengan suasana kat sana tu maybe take time sikit la..
dah janji kan nak gilir gilir, so kena train diri utk terima la kan..huhuhu..

hopefully tahun nie dapat la raya kat Yan dulu as per promise kan..
dengan ada Fatimah mesti lagi seronok raya kat Yan..
lagi meriah la.. hehehe...





Tuesday

Ramadhan datang lagi

Bismillah..

Alhamdulillah... in shaa allah esok dah puasa..
hopefully sempat nak berpuasa tahun nie.. hehe..

tahun nie first time berpuasa dengan cik Fatimah..
tak terbayang lagi la macam na nanti..
dengan time nak berbukak tu la time dia nak tidoq..time bangun sahur tu la time dia nak bangun main..
haha.. redha ja la.. hehe..

hopefully tahun nie dapat berbukak puasa kat rumah sendiri dengan lebih kerap la..hahaha..
terutamanya weekend.. sempat la kita nie nak rehat ka apa kan.. huhuhu..

Thursday

Make Up Class for Hari Raya

Bismillah..

harini nak war war kan.. korang suka FYNA??
Nak belajaq make up dengan Fyna? sekali gus berbuka puasa bersama beliau?
ini la peluang dia..


dengan hanya rm100.00 korang dapat free keahlian SOPHIE PARIS :)
berserta jamuan berbuka puasa bersama beliau..

deposit cuma RM50.00 sahaja.. balance hari event tu korang bayar..
deposit just utk konfirmkan tempat sahaja sebab tempat terhad yeee...
beliau famousss.. ramai sangat dok tunggu peluang nie..

kalo korang berminat, SMS / WassApp @ 019 - 269 9635 (Is)


xoxo




Baiti Jannati :: Bank Loan

Assalamualaikum..


Semalam suami balik keja bagitau orang bank dah kol soh submit few documents utk loan application..
Wahh!! teruja aku.. haha..
padahai baru nak submit loan, lulus ka dak xtau lagi kan..
tapi kalo dah xdak rezeki nak buat macam na kan.. hehe..

Utk loan nie, kami buat kongsi la..senang kit nak dapat rasanya kalo kongsi..org bank tu la kata.. hehe..
so ni antara document hat depa nak..
1) 3 bulan slip gaji
2) EPF statement 2012 & 2013
3) Surat pengesahan majikan
4) Statement bank account

tu ja dia mintak.. hehe..
kami dah bayaq duit booking ritu.. rm2k jugak booking..
harga rumah tu rm198k.. semi-D setingkat..4 bilik..
tanah bendang.. hehe..

aritu lalu kot situ tengok depa tengah dok tambak tanah tak abeh lagi..



aku snap gambaq ni time laki aku tengah drive..haha..
tu yang kelabu sikit tu..
yang ada papan tanda tu bukan taman hat kami booking..
taman kami tu tepi dia..
kebetulan kat situ nak naik dua taman sekali..
tapi kami amek lot hat belakang rumah bendang la..
sebab laki aku dia nak mengai dia kata.. hahaha..

cer ko tengok, lawa kan kawasan dia..hahaa - perasan
ada gunung jerai.. ada bendang..
tepi jalan.. hahaha..

In shaa Allah kalo ada rezeki kami..
dapat la merasa dok situ.. hehehe..


ok la byeeee



Baru semangat nak buat keja!!

Bismillah..

As salam... lama aihh x update kan..
hahaha.. i was so busy with few reports.. hukhukhuk..

lagipun lately macam berapa semangat nak keja..
macam nak resign..dok umah.. haha..
baget semangat sangat la nak buat kerja rumah kan.. hahaa..
sama ja penat nya nanti kan.. hehe..
In shaa Allah, one day aku tetap akan resign jugakk..
nak jadi suri rumah.. hee.. tu cita cita aku la nie.. hehehe..

arini aku tetiba mai semangat apa tak tau..
tetiba nak kemas meja aku.. alang alang tu aku nak masuk GA Susun Atur Sioca tu..
hehe.. boleh kot noo.. hehehe..

ni secara keseluruhan meja aku kat pejabat nie..
serabut kan meja aku.. haha.. aku sendiri mengaku..
bukan apa..kebanyakkan benda atas meja aku tu, ada hat penting, ada hat xpenting..hahaha
lagipun ada jugak barang hat selalu guna, so aku xmau nak cari cari.. nak ada depan mata sentiasa..
senang, nak guna ja tequih amek.. xyah cari cari dah.. aku kan baloq kit.. heee...
meja aku dalam cubical 4 orang sekali..L shape la kot no.. aku pun xtau nama dia apa.. hehe..



ni sudut hat selalu aku guna..
kat situ la aku buat keja..kat situ la segala macam ketas ketas..
kat situ la aku makan minum.. kat situ jugak aku letak bantai tidoq.. hahaha..
serabut gila kan??


ni lak raga segala macam cop, puncher, calculator, klip paper, gam, kunci kunci, bisness card pun ada..
raga nie aku letak barang barang hat cepat aku nak sambaq.. tu yang main campak ja tu..hahaa



ni dekat monitor aku.. lagi la semak..huhuhu..
dengan ketas dok juntai juntai tu.. serabut mata..


ni lak tempat pensil pen pembaris segala mak nenek..calendar pun kat situ..
so ganggu sikit bila aku nak cakap tepon..wayar dia dok tertarik tarik calendar tu..
rimas aku tgk..



haa.. ni fail fail dan ketas ketas report bagai..
nak buang penting penting lak..
cuma last tray tu aku letak recycle paper..senang nak kira apa apa ka amek terus ja.. hehee
pastu mesin argox ngan fail 2 ketul tu xpenting pun aku biaq dok atas meja ni..

pastu aku sendiri serabut tengok meja aku..
aku stop buat keja sat.. aku pun mulakan 5s aku..
first sekali aku kasi buang apa yang aku xmau..
apa yang aku rasa xpenting..
ketas ketas yang penting penting aku masukkan dalam fail..

so jadi la macam kat bawah nie..
ok dak kawan kawan??
rasanya kena kemas lagi kan.....



aku simpan mesin argox dan fail 2 ketul tu dalam almari..
pastu aku alihkan raga serbaguna aku tu ke bahagian kanan lak.. senang nak capai kit..
hehe..



aku buang ketas ketas hat tak guna dan aku kemas sikit wayar wayar belakang tu..calendar aku alih p belah kiri..dekat kipas comel aku..




ni bila aku alihkan raga serbaguna tu, jadi la kemas sikit kan.. baru luas sikit aku nak tebaq ketas A3 ka apa..nak kira duit ka.. senang kit.. hehe
calendar aku boh kat tepi kipas comel tu..sebab kipas tu suka berpusing sendiri..so calendar tu jadi penyendai la.. haha..
mesin kira tu xleh alih.. sebab aku rasa macam ok dia dok situ..lagipun aku dok guna kira duit.. hehehe

pastu...



haa jadi la macam ni..

ok dak ...



SEBELUM
SELEPAS


kalo kurang kat mana mana.. bagi la cadangan ye..
aku xberapa pandai nak mengemas sangat.. nak pulak hat office punya nie..
mana boleh beria hias.. tu yang bunga ka seketul apa pun xdak..hehe..


syok jugak noo join GA bagai nie kan..
sambil nak bantai comei tu, meja aku  pun kemas..
kalo dak, dok serabut tu la.. hahaha..

so, syokknyeerrr kalo dapat bantai comel tuuu..
boleh bagi kat Fatimah..hehe..

kan Fatimah kann...

Ye ye bantai comeiiiii!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...